Sunday, December 6, 2015

Kawan Masa Kecik

Mata terkedip-kedip jek pandang kipas.
Nak tido...esok kena bangun awal. Esok kena pergi KL.

Tapi...tiba-tiba teringat arwah Faiz. Terasa nak tulis kat sini. Mungkin sebab tadi tengok FB, jiran sebelah rumah dia...geng kami main kejar-kejar keliling masjid, kawin harini.

Ntah la. Random. Teringat.

It was 19 years ago.

Memori akhir aku dengan dia--- aku tarik baju dia sampai koyak. -_- main punya pasal. Time ngaji memang kitorang main je keje nye. Maklum lar..mak sendiri mengajar kat sekolah agama tu..eksyen..ketua gengster la aku. Darjah 5 pun nak main kejar-kejar lagi -_-

Itu sebelum dia demam yang panjang....

19 years ago. Naik basikal dari sekolah...sambil nangis. Lepas rehat, dapat berita tu. Intai celah-celah tingkap tengok arwah.

Kalau dia ada lagi...mesti dia jadi jejaka pujaan. Handsome. Kawan aku paling handsome kot.

Al-Fatihah untuk Arwah Izni Faiz.

No comments: