Saturday, October 24, 2015

Tragedi Sebrenica Bosnia

Aku baru habis tengok dokumentari pasal pembunuhan beramai-ramai bangsa Bosnia di Sebrenica oleh askar-askar Serbia.

Setiap tahun, minggu pertama September adalah hari untuk memperingati tragedi ini.

Tahun 1995, masa kejadian ini berlaku, mungkin aku terlalu kecil untuk faham dan hadam. Dulu-dulu...ada jugak aku fikir...kenapa nak tolong Bosnia. Betul ke Bosnia tu yang di pihak benar..atau sebenarnya Serbia.

Tapi...bila dah besar ni, automatik kita faham. Dah boleh fikir.

Perang Bosnia ni, kira perang penghapusan etnik..penghapusan bangsa. Di Sebrenica sahaja 8000 orang dibunuh, manakala wanita-wanita diperkosa.

Lebih dasyat lagi, di satu kilang bateri kereta di Sebrenica...bangsa-bangsa Bosnia ini dikumpulkan oleh askar-askar UN Belanda yang akhirnya mereka diseksa dan dibunuh. Kesan-kesan darah di dinding kilang masih jelas kelihatan. Kejam sangat. Penganiayaan yang sangat tak boleh diterima. Mereka didustakan, ditipu oleh orang yang kononnya datang ingin menyelamat (UN).

Melihat mereka yang masih hidup...dengan kesan trauma yang dahsyat..kehilangan orang-orang tersayang...cacat anggota badan..ia cukup menginsafkan.

Seperti kata seorang ibu yang hilang anak-anak dan suaminya, "Jangan sampai peperangan sebegini terjadi di negara kamu"

Ngeri.

Ngeri...sebab terbayang rakusnya manusia di  negara ini menebar rasa benci sesama manusia dan bangsa di negara ini. Menggunakan alasan kebebasan bersuara. Melempar kebencian, kemudian bersembunyi. Berselindung di sebalik profile picture.

Moga-moga negara ini dijauhkan daripada kebencian sesama manusia.

No comments: