Monday, October 26, 2015

Qatar Airways : KUL-DOH/DOH-IST - Return

Masih lagi pasal perjalanan ke Turki. Hehe..nak citer dalam satu entry panjang pulak kan. Jadi, kita pecah-pecahkan la..hee

Kali ni nak cerita pasal Qatar Airways. Qatar Airways ni kalau tengok customer review kat Skytrax dapat Nora bagi limaaa bintang! 5 bintang.

Seperti yang aku tulis kat entry sebelum ni, naik Qatar transit kat Doha.

Check-In Staf

Hmm..masa kat KLIA, ok la..peramah, tapi kat Istanbul- Ataturk Airport, huhhhh...mashammm jek.

Cabin Crew

Dari KUL-DOH peramah, baik jek semua. Ok la..walaupun serve makan lambat juge. Ke sebab keme ni lapor benor sampai rasa macam lambat bebenor? Haha

Sebelum terbang tu, pramugari edarkan patung untuk budak-budak. Patrik rasanye..ke bukan *lupa* :P

DOH-IST pramugari dia macam kerek sikit. Eh, kerek banyak kot. Haha..masa DOH-IST ni macam tak perasan pulak dorang ada edarkan patung untuk budak-budak ke tak.

Flight IST-DOH pun kerek jugak. Hahaha..rasa kuciwe, kite senyum dorang buat muka ketat.

DOH-KUL pramugari ok. Terlebih sengih pulak dia. Haha.

Jadi, kesimpulan yang cikpina buat...flight ke/dari KL jek bagus. haha :D

Take-off & Landing

Semua adalah very smoothhhhh..hehehe..terbaek punye pilot.

Baggage claim

Lama...hahaha..biasa la tu. Oh..masa sampai KLIA, luggage cikpina rosak..so, gi buat report kat kaunter depa.

Haa..nak citer masa balik tu..kan cikpina gi buat report semua..so, aku gi surau kat tempat baggage claim tu. Lama la kat dalam tu jadinya...masa nak keluar, Imigresen tahan....dan bertanya..

"crew?"

tetttttt...

Apeke lawak dan positifnya orang Imigresen neh. Bahahaha.

Sorang tak cukup inci..sorang terlebih lebar..mana gaya nye pulak nak jadik crew kikikiii

Qatar Airways Crews kikikii :P
Masa pegi jek duk tangkap gambo..haha..masa balik, ingat nak tido jek

Gambo wajib gamaknye hehehe

Nota bawahan:
Mungkin pengalaman yang dilalui adalah berbeza mengikut keadaan & tempat..hee :)



No comments: