Tuesday, September 29, 2015

Masa yang berlalu

Hari ini masa kami tengah buat kerja ramai-ramai untuk next meeting besau.. sambil bergelak ketawa..bertepuk tampar..beraku-kau..tetiba bos besar datang..duduk sambil perhati...

"Awak semua ni janji tau dengan saya...sampai bila-bila pun macam ni..nanti ade yang dah jadik dato la..tan sri la..pangkat semua besar-besar...tapi jangan lupa kawan-kawan..jangan marah pulak kalau kawan-kawan beraku-kau dgn awak orang"

Menyelinap juga kat hati aku.

Sebab sebelum itu, telah disampaikan satu berita tentang seseorang yang telah lupa nama aku. Dulu...pada ketika itu, hari-hari mintak itu ini dengan aku. Baru beberapa bulan berjawatan baru..dah lain benar.

Ajaib rasanya. Macam tak boleh diterima akal.

Lupa nama takde hal sangat. Pertikai pula kerja orang satu hal, padahal semasa berurusan untuk perkara itu, tak pula mempersoal. Mengadu pula pada orang lain satu hal. Agung-agungkan pula kerja orang lain...yang sebenarnya aku tolong buat dulu pun satu hal.

Jadi, aku sengih jek. Macam kerang busuk yang tunggu nak kena campak dalam tong sampah.

Ntah macam mana nak respon pada khabar itu.

Tapi, tula....sampai sekarang berlegar-legar dalam palotak. Haha..tu sebab tulis sini. Sedih gamaknya...ke sentap..entah.

Kuang3~

Tapi...takpelah.

Adat dunia kerja katanya.

No comments: