Friday, August 28, 2015

Berat Mata Memandang...

Ada sesetengah perkara...kita fikir kita mampu untuk hadapi.

"Aku OK kalau blablablaaa"

"Aku tak kisah pun kalau blablablaaa"

Tapi, bila masanya tiba..atau perkara yang pernah kau fikirkan suatu ketika dulu itu betul-betul terjadi, baru kau sedar...kau bukanlah OK pun untuk menghadapi perkara itu. Kau bukannya boleh berlagak konon-konon cool pun...

Tak..kau tak boleh.

Berat lagi bahu yang memikul itu kau tak pernah rasa. Sebelum-sebelum ini hanya mata kau sahaja yang memandang.


Lebih teruk...ia adalah sesuatu yang lebih berat dari apa yang kau sangka.

Tuesday, August 25, 2015

Pindah

Tak sangka aku sedih macam ni. *sigh*

Hari ni kawan se-kementerian tukar. Kitorang bukan satu bahagian pun...tapi selalu berurusan.

Dengan dia je kot kat sini yang aku boleh gile-gile gurau kasar punya..mesej-mesej macam onggile..bergaduh aje tiap kali mesej...tapi tang keje saling cover memasing. Heh. Sementelaah untuk 'urusan' tu..kitorang berdua je junior officer.

Tapi...kalau dah keje macam ni...tukar sana sini itu pasti.

Nanti mesti aku rindu ko weh!

Semoga kau berjaya dan lebih tenang di sana.

Esok nak mc la...*berkabung*

Apa itu Syawal

*dah lama tulis...peram..tunggu Syawal habis*

Apa itu Ramadhan dan Syawal pada kita?

Sejak dah tua matang ni...aku takde la excited dah nak sambut Syawal. Tak tau la kenape. Nak cari baju ke...nak cari kuih raye ke..kalau lah hari tu takde orang tanya aku "ko dah beli baju raye?" mesti aku wat lek wat pis jek...pakai jela baju mane ade...kuih raye pun tempah seminggu lagi nak raye.. tu pun cakap kat kawan tu "kalau ade lebih-lebih la..." pastu aku kena marah. Hahaha..order last minit.

Ntahlar ek..kenape ntah. Banyak fikir pulak tu. Kadang-kadang macam tak boleh terima jek dengan orang yang beria-ia giler-giler-gilerrrr nak sambut hari raya nih. Ramadhan dah la ke laut...pastu ade hati nak beria sambut raya.

Lagi macam tak boleh terima bila ada sesetengah orang...

takde baju baru...tak best raye
takde duit raye...tak best raye
takde kuih raye...tak best raye

anak-anak tak balik pun...macam nak kiamat dunia...padahal, anak-anak tu sebelum-sebelum ni (bukan bulan puasa/raya) memang balik semendang pun. Ok, memang lah Syawal tu nak meraikan kemenangan bagai selepas Ramadhan...cuma aku rasa ada sesetengah orang ni terlampau terikut-ikut dengan drama sedih Rashid Sibir tiap kali raya. Huh..nasib baik sekarang dah kurang cerita sedih dia tu. Tak paham aku kenapa kalau time raya jek orang nak sendu-sendu...nak sentap-sentap..nak sensitif bagai...

Teringat aku tengok satu ceramah tu..Ustaz tu belajar di negara timur tengah nun..katanya, kat sana takbir dengan gembira bukan mendayu-dayu macam kat Malaysia...sebab berpadanan lah dengan Syawal sebagai kemenangan tu..macam orang menang perang.

lagi satu..kenapa kalau raya nak kena ada scene mak pak duduk kat satu sudut..pastu semua anak/ cucu pi salam..pastu hulur duit raya...errr..tak boleh ke buat secara natural? kenape kena ade scene tuh?

Pengaruh drama sangat. Cliche. Dah la tiru babak dalam drama...lepas salam, gaduh. Padiyappaa~~

Lagi satu yang menjadi kepantangan aku...kalau aku nampak/ dengar mak pak ajar anak dia "haa..pi mintak duit raya kat tuttuttutttt.."

Murahnya makna Syawal ko.

Budak-budak sekarang..itulah makna hari raya untuk dorang..nak mintak duit raya...MINTAK ok.

Bukanlah maknanya aku taknak bagi duit raya..aku bagi jek.. Duit raya tu pun adat jek..tapi baguslah..sebab mendidik si pemberi tu secara tak langsungnya untuk bersedekah...tapi, kalau dah dipaksa-paksa..ko ghase?? jadik sedekah ke..jadik ape..hee

Alah..mungkin sesetengah orang..akan cakap "ala..chill laa..raya kot..nak seronok-seronok..."

banyak cekadak ko nak seronok-seronok...sebab ko nak seronok-seronok la..maka suku sakat ko pun berseronok jek tak berfikir.

Ok, mungkin aku terlampau serius orang nya. Hahaha

Ntahlah...mungkin banyak sangat fikir kot.



Friday, August 21, 2015

Putrajaya : Pusat Pentadbiran atau Liburan

Putrajaya yang mempunyai luas sekitar 4,931 hektar pada asasnya adalah sebuah pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Itu prinsip asal pembangunan Putrajaya dengan memindahkan fungsi pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini berpusat di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur pula akan kekal sebagai pusat perdagangan dan kewangan utama negara.

Baguslah tu..nampak dah sistematiknya. tapi, makin lama...nampak macam dah hilang fokus. Mungkin bagi sesetengah pihak...terutama pihak yang mentadbir Putrajaya (Pihak Berkuasa Tempatan maksud aku...bukan Pentadbiran Kerajaan ek), Putrajaya itu perlu dijenamakan...dipopularkan...rebranding bak kata Opah.

Maka, bermacam-macam jenis program, acara dan aktiviti yang bertentangan dengan prinsip asal pembangunannya diadakan. 

Kalau alasannya, nak mewujudkan konsep 'work-life-balance' kepada WARGA Putrajaya...rasanya, yang memenuhkan acara itu bukan orang yang memang bekerja di Putrajaya. Orang Putrajaya pun tak sanggup nak redah ramai-ramai orang.

Kalau alasannya, nak mempopularkan Putrajaya..atas dasar apa semua itu diperlukan? Mungkin PBT terbabit perlu term 'popular' sebagai salah satu syarat/ KPI untuk mencapai sesuatu di peringkat antarabangsa...itu entahlar. Jika betul-betul ingin mengikut prinsip asal sebagai Pusat Pentadbiran, popular itu tidak perlu. Liputan ketika kedatangan delegasi asing ke Putrajaya pun sudah memadai atau aktiviti-aktiviti yang melibatkan program Kementerian. 

Jika acara/ program/ aktiviti itu dilaksanakan pada hujung minggu...yang tidak mengganggu waktu bekerja, ia tidak menjadi isu pun.

Isunya sekarang, bila semua itu dilaksanakan pada hari orang bekerja. Jalan ditutup...parking ditutup...maka yang datang nak bermesyuarat lambat sebab cari parking keliling bangunan...yang datang nak berurusan parking sesuka hati di tepi jalan. Natijahnya, saman setepek kat cermin masing-masing. Lebih buruk lagi, ada sesetengah acara/ program/ aktiviti tidak dimaklumkan lebih awal pun. 

Ok, mungkin pihak PBT mempunyai authority terhadap kawasan pentadbirannya...tetapi, mengetepikan kemaslahatan ummah ahli jemaahnya juga adalah suatu tindakan tidak cerdik langsung.

Lebih baik PBT disitu meningkatkan aspek keselamatan kepada warga jemaahnya...takdela kena tembak kat traffic light..kereta kena pecah...rumah kena pecah...

Ntahlar..lain orang lain pandangan...mungkin depa tengok ikut mata helang...aku ni tengok ikut mata siput jek...

Wednesday, August 19, 2015

Asean Unity Run 2015

9 Ogos 2015 yang lepas aku dengan cikpina masuk Asean Unity Run 2015. Pertama kali masuk 10km...pertama kali jugak masuk run kat KL atau lebih tepat lagi kat Padang Merbok.

Kenapa 10km? Tu sebab cikpina yang daftar..jadi aku ikut jela...kalau aku sorang-sorang...memang idok ler wehhh *lap titisan peluh di dahi*

Aku takla harap sangat dapat lari dengan baik..sebab lutut aku dari bulan puasa buat perangai. Dah longgar gamak skrunye..hiks.

Kalau gi memana dengan cikpina ni..ade jela benda kelakar jadinye.

Pagi tu..kitorang gerak dari rumah dalam pukul 5.15 lebih kurang. Nak dijadikan cerita minggu tu pulak jalan kat KL banyak yang tutup sebab tetibe ada plak KL Grand Prix apetah.

Kitorang ni mula-mula nak parking kat Lake Garden...tapi terlepas pulak simpang yang Waze suruh masuk...ok, takpela...proceed pulak la masuk ikut Jalan Parlimen.

Tapi...jengjengjengggg..abam polis trafik dah nunggu kat situ woi..jalan tutup!

Kitorang pun redah jela..ke hulu ke hilir masuk jalan tu..masuk jalan ni...sempat la beriringan dengan orang-orang yang masuk 21km. Depa lari..kitorang stuck dalam jem..haha..Sebenarnya..tak teringat pun ada 21km...mestilah jalan tutup awal! Aduyaiii...

Pastu mula la nak give up..nak balik jek hahaha..give up cari parking punya pasal...kitorang patut start pukul 6.15 pagi..pukul 6 parking tak jumpa lagi...solat pun tak lagi..hahah

Lepas tu baru la jumpa parking..parking kat basement Dataran Merdeka. Bentang kanvas tepi kereta, solat! Amekaw..first time solat tepi kereta. hihi. Dari parking..terus lari pi Padang Merbok...memang tak la nak warming up ape up up ke..

Run ni aku banyak jalan jek...hahaha..tapi time turun bukit, kasik pecut sikit wakakak..tu namanye teknik..lol

Sampai finishing line 1 jam 48 min..tapi organizer amik dari gun time..huhu..2 jam lebih la masa aku jadinya..start dah lewat setengah jam dari orang lain.