Tuesday, July 28, 2015

Ah, frust!

Penah tak rasa frust pada diri sendiri?

Haha.

Pendendam rupanya aku ni. Tak nak berdendam...tapi terdendam..itu yang frustnya.

Dah maafkan, tapi tak lupakan. Nak lupa, tapi tak terlupa...itu yang frustnya.

Hah...acaner nak buek tu?

Arghhh..boleh tak kalau nak mintak tolong dengan aku ke ape...cakap baik-baik.

Kalau aku marah kau pun, kalau kau cakap baik-baik...aku lembut hati je kot.

Ah, frust!

Kbai.

Saturday, July 4, 2015

Perjalanan Pengalaman

Kadang-kadang kita rasa, kita buat sesuatu tu sia-sia je. Contoh kita pergi Jalan TAR dengan niat nak beli 20 pasang baju raya *eh saing2 Che Ta nih*

Tapi end up kita dapat sepasang je baju raya selepas tawaf 7 kali Jalan TAR tu *prektis umrah ke hape ni :P*

Lalu kita pun mengeluh "cisss..baik aku pegi kedai baju Markonah dekat tepi rumah tu jek...design sama jer..harga pun lebih kurang..dah la sini ramai orang..bersesak-sesak napas lagi pulak tu"

Tapi...dalam sedar tak sedar..dalam pada masa kita mengeluh itu, kehadiran kita di tempat yang 'mungkin salah' itu..adalah satu perjalanan kepada pengalaman hidup kita.

Hadirnya kita ke Jalan TAR itu, dapatlah kita melihat orang lain gigih mencari rezeki...ada sesetengah pula kurang jujur mencari rezeki-mempromosi produk bagai juara tapi produk tidak berkualiti, ada sesetengah pula kreatif berniaga- orang lain jual baju, dia jual eskrem...contoh la ni.

Mungkin dalam suatu keadaan, kita gagal memenuhi kehendak kita...tapi kita secara tak sengaja melihat dari sudut2 lain hidup ini. Supaya kita tahu..hidup ini bukan semata-mata untuk kita sahaja.

Jangan rungutkan pun...sebab nanti tahun depan kita jugak yang gebang "alohhh last year aku gi Jalan TAR takde mende ponnnn..buat sakit lutut jaaa" sambil mulut tu muncung macam Donald Duck.

Nah..pengalaman kan tu?

Tak melalui..tak tempuh..tak jadi pengalaman...pengalaman tiada tanpa perjalanan.

Bersangka baik untuk setiap yang kita lalui..sama ada baik atau buruk.

Hikmah..sangat clićhe mungkin...tapi itulah hakikatnya.

Bak kata Prof Muhaya pagi semalam...

Peristiwa + respon = hasil kehidupan

Wallahualam.