Monday, June 8, 2015

Lukisan Takdir

Heh..aku tengok video teaser ni banyak kali. Aku rasa part Neelofa ni respon dia 'tak ok' kat Aiman ni..kiut.

Hahaha..tetibe jadik kipassusahmati Neelofa lak.

Sape nak tengok boleh repeat kat tonton telefilem lukisan takdir. Aku rasa lagu tema tu macam kena jek. Kalau ikut telinga aku lagu tu menggambarkan 'kekosongan'.

Pi tanya bang google..lagu Sunset Lover - Petit Biscuit.

Kbai.

Tuesday, June 2, 2015

Terengganu Kite

Cuti hari buruh lepas, aku ke Terengganu.

Hee..Terengganu ni boleh kata negeri favourite aku ni....especially kalau ikut jalan pantai. Nyaman bohh...lagipun, jalan kat Terengganu senang aje. hiks..macam Pahang..pusing-pusing situ jugak.

Kali ni pergi sebab Aida kawin. Plan asal kemain nak pegi amik diving course kat Perhentian konon lepas kenduri. Kuikuikui. Kami pergi berempat, Aku, cikpina, cikryia & adam. Dalam 7.30 pg kami gerak, 12 tengahari sampai. Tempah homestay kat area Pantai Sura, dekat dengan SM Sains Dungun. Lupa pulak nak amik gambo homestay tu. Homestay Aqilah nama dia. Owner baik, 3 bilik, barang masak ada, aircond ade, rumah pun lawa, pagar pun lawa..hehe..

Sampai-sampai je terus siap-siap then gerak terus ke Rantau Abang, rumah Aida adalar dalam 15 minit.

Tapi, sesat.

Kesesatan itu aku letakkan kesalahannya kepada peta kat kad kawin Aida yang salah..hahahaha.. boleh terbalik letak sekolah menengah dengan sekolah rendah.

Bila sampai je, kaklong dah siap tunggu dengan dukung anak menakan macam ni kenduri rumah dia plak..eh? :P

MasyaAllah view kat rumah Aida ni SubhanAllah cantiknya!


Cantik kan..cantik kan!

 Chiori!! err..kecuali adam & ajip lar.. :P
 lagi..
 dan lagi...
dan lagi lagi..haha

Dah bergambo sakan..paw red velvet pengantin bagai..kitorang pun balik la ke homestay dengan misi seterusnya..iaitu membeli baju batik dan barang-barang nak BBQ! Hoyeah! Ok, konon nak candat sotong awalnya..tapi akhirnya jadi bbq sotong pon bolehhhhh...

Dapatlah sehelai batik hasil tangkapan di Desa Murni. Oh..baru ku tahu..Desa Murni ni memang jual printed batik je..batik lukis ada..tapi sikit je. Kemudian, kami teruskan melelong-lelong mencari arang, nak cari sosej, sos & lauk pauk tambahan nak bbq. Nak cari lauk pauk tu lama memusing...lepas tu jumpa kedai jual lauk pauk kemain hepi. kenape kat sini tak hepi pun jumpa kedai jual lauk pauk.

Pastu pegi plak membungkus nasi goreng cina. Nampak tak kesungguhan masing-masing nak mentekedarah? Lauk pauk dah tambah (kaklong dah marinate beberapa lauk pauk masa kat rumah adik dia)..pastu tambah sosej lagi..pastu nasi lagi. heh. Tamak aras tinggi.
Balik tu terus gi ke pantai. Dari homestay ke pantai dalam 300 meter je kot..balik membeli barang tu kitorang dah usha tempat mana nak dijajah untuk mem-bbq. hehe. Rasa tu la tempat paling best la. Berdepan dengan wakaf tu..ada satu banglo yang banyak lampu...
"haa..ni mesti terang nii..lampu rumah orang ni banyakkk" inilah sejenis dialog ketika recce tempat itu.

Elok keluarkan barang-barang dari kereta....taptaptappp..air rintik-rintik membasahi pipi mulus ku. Eceh. Hujan ko!!! 

Kekdahnya..lepas tu si adam bakar arang disebalik payung la jawabnye hahaha....bila malam kian gelap.....tak nampak apa dah mak ngah! suluh la pakai henfon. 

 adam di sebalik payung merah. Ramai tukang support. Support jela..tolong tak kikikiii
 Masa ni lebat jugak la hujannye

Gigih masing-masing..membakor, mencucuk sosej & memotong harumanis dalam suram malam berteman lampu henpon.. ecee..Oopsss wait semenet..ape jadi dengan.....

"haa..ni mesti terang nii..lampu rumah orang ni banyakkk" 
Harapkan lampu...lampu pun tak terpasang..hahaha. Balik kampung gamaknya tuan rumah banglo tuh. Lepas tu bukak pulak lampu kereta. 
 Sesi mencucuk sosej
 Tu dia aih sotong besor
 Sebelum membbq
 BBQ!

 Tudia udang besoo
 Sotong besar lengan cikryia bak kate kaklong ekeke

 dengan bantuan pencahayaan henfon (tu tangan kaklong tu pegang henpon)

Perghh..sedap angatt laaa..freshh...yummehh...sotong juicyyyyy. Oh lapo la plak. Sllruppp. Dah makan-makan sambil tunggu pengantin sampai...kitorang main. Hahaha..eee..aku tak suka la..asik-asik aku je kalah.  Sakit perut gelak sakan. Dah la kenyang, gelak guling-guling lagi.

 Pengantin suda tibaaa
 Game round two! Pengantin fokus dengar peraturan game
Game round two!!!!! Kalah lagi!! *stress*

 Dah habis lauk pauk nak di bakor..mister potato  di bakornye pulee..

Habis makan-makan & gelak guling-guling..kemas-kemas balik homestay. Pengantin pun ikut. Sambung sembang lagi. Pada ketika inilah terjadinya peristiwa Penapis Kopi. Baca SINI.

Esoknya itu patut besday cikpina sebenarnya. Aku, kaklong, cikryia dengan aida ni duk memikior..macam mana nak buat ni. Nak baling tepung kang..habis rumah orang..tepung pun takde. Nak baling telur..lagi la mati, jahanam rumah orang. Lastnya..aku kekunun nak sambung main game. Hahaha..tapi gagap plak nak start! Epic fail betullah! Tapi cikpina ni excited jek nak main. Heh..ke excited nak tengok aku kalah lagi neh? :P 
Lepas tu ramai-ramai la nyanyi lagu happy birthday pukul 12.00 am hehe

12.00 am

Pepagi esok nya dah set konon nak tengok matahari terbit. Masalahnya..kitorang yang tak terbit-terbit dari katil. hiks. Gi jalan cari breakfast jela..

 Lepas beli breakfast gi jalan-jalan ke pantai jap

 Pantai Sura
 Pantai Sura
 Gaya apetah
 Love kekonon haha

Birthday Girl :P


Dalam pukul 12 tengahari macam tu kitorang gerak balik Putrajaya. Walaupun sebenarnya 1 malam jek duduk sana...tapi rasa macam lama. Hehe..sebab aktiviti penuh kot. Best! Balik singgah Kemaman plak..tempat jatuh lagi kan dikenang..inikan pula tempat bercinta bermastautin 6 bulan dulu.

Nak cuti reramai lagi! Nak cuti! Nak cuti! Nak cutiiii!! *pangggg! meroyan plak*