Wednesday, May 13, 2015

Penapis Kopi

Gigih.

Nak minum kopi punya pasal...tapi takde penapis haha.

Drama sebabak di dapur..di sebuah homestay...

"Penapis sayur ada" suara seseorang memberi cadangan.

"Huh, besar la lubang dia!" Pintas seseorang.

"Mesti ada cara...mesti boleh punya..pikir..pikir" kata seseorang lagi sambil melilau ke hulu ke hilir.. ke depan ke dapur.

"Takpe la..sementara korang pikir..aku sauk jek guna sudu ni.." kata seseorang yang lain pula. Gigih menyauk serbuk kopi.

"Haaaa.. ni ada!!" Kata seseorang pula selepas menyelongkar dapur sambil mengangkat penapis santan.

"Ini la yang aku cakap tadi..penapis sayur!" Kata seseorang yang pertama tadi.

"Eee..ini untuk santan laa..sayur yang tuuu" kata seseorang lain sambil menunjukkan penapis sayur.


Maka...selamatlah kopi di tus kan menggunakan penapis santan. Hiks.


Kreatif katanya! Haha


Monday, May 11, 2015

Hati Letaknya di Mana

Kadang-kadang...tak semua yang kita harap, kita dapat.

Kadang-kadang...kita kurang, mereka lebih. Kita lebih, mereka kurang.

Takdir.

Kadang-kadang...kita perlu cakap untuk orang faham.

Kadang-kadang kita perlu faham...tanpa cakap, orang akan tahu. Mungkin.

Vice versa.

Jangan harapkan gunung untuk ditakluk.
Jangan harapkan hujung lautan untuk direnangi.
Jangan harapkan dalamnya dasar laut untuk dijejaki.

Kita ada had.
Kita bukan sempurna.
Kita bukan maha hebat.

Jangan pandang rendah, bagai diri hebat di langit.
Jangan pandang tinggi, bagai mereka empunya dunia.

Kita bukan siapa-siapa...kalau mati nanti hanya keji diingati.

Kita bukan siapa-siapa.

Kita hanya menumpang.

Bawa Aku ke Syurga

Thursday, May 7, 2015

Sepandai-pandai tupai melompat...

Sekuat mana pun kau cuba untuk beringat...akhirnya terkena jua.

Hiks.

Selama ni aku selalu beringat..sentiasa check poket..check handbag..pastikan kunci rumah ada. Tapi, akhirnya...keme terkunci jua! Terkunci di luar rumah..housemate takde..nasib la bawak henfon..boleh jugak mengadu domba kat jiran si cikpina, kaklong & cikryia. ahaha

Rasa ralat jugak sebab mula-mula tu memang pegang kunci..lepas tu hantar barang separuh ke dalam rumah, pastu terus simpan kunci. Lepas tu ambil pulak barang yang tinggalkan kat luar pintu...dan..pangg! Maka tertutuplah pintu meninggalkan aku terpinga-pinga di depan pintu. Sepertinya pintu itu sedang menggelakkan aku. Naisss..

Nasib baiklah aku elok pakai menutup aurat bertudung bagai. Adehh..mula-mula gigih jugak.. aku, cikpina & Adam (suami cikpina..yayayaa..dia bukan cik pun..dia cik acah-acah je :P) cuba-cuba guna kad, kertas keras la..kulit passport la..perasan MacGyver kekdahnye..hahaha..akhirnya, telefon maintenance sajor! Hambekk.. terus dapat tombol baru. Heshh..nasib baik la hari cuti gitu cikpina ada kat rumah..selalunye takde hahaha..kalau tak, keseorangan aku menempuhi dugaan ini. Kaklong pun balik kampung dah.

Moral of the story...jadikanlah kunci rumah anda sebagai rantai leher, confirm tak terkunci. :P