Monday, April 27, 2015

Nak Pergi Temuduga?

Haa..tengah berkira-kira nak pegi temuduga Kerajaan ke adik abang?
Mmm..aku bukan la pandai sangat bab temuduga ni..tapi sakit pulak hati kite..bila orang datang temuduga tak bersedia...langsung!
Nak dimarah...kang kate kita ni buli pulak kan.
Nah...ini perkongsian untuk sesiapa yang nak pergi temuduga Kerajaan:
1. Masuk bilik penemuduga, ringankan tangan ketuk pintu, ringankan mulut bagi salam..
 
2. Bagi dokumen pada panel dan duduk la dengan relax. Yang wanita, handbag letak bawah ye...tak payah la dipangku kat peha tu dik. Pen ke..buku ke..tak payah la pegang..simpan jek..ni dah gaya nak melukis peta di awangan jek pegang pen tu. Siap tunjuk-tunjuk plak kat panel guna pen tuh. Heh.
3. Resume tu janganlah pukul rata untuk setiap jawatan yang awak pohon. Siap ada expected salary bagai. Buat la resume ikut jawatan..eksklusif untuk satu-satu jawatan. Jangan malas ok. Jangan la sehelai je pun resumenya. Tengok la contoh-contoh resume yang bagus kat internet. Oo..tulis status kat Facebook rajin ea..
4. Fail sijil-sijil tu..buat la teratur sikit...lagi bagus, buat separator. Nampak la awak tu teratur orangnya. Contoh : Maklumat Peribadi, Sijil Akademik, Sijil Ko-kurikulum (ni aku buat dulu).
5. Selalunya, panel ada 2 orang..sorang akan tanya perkara-perkara yang umum/pengetahuan am..sorang lagi soalan-soalan yang lebih teknikal atau berkaitan jawatan tersebut.  Soalan umum/pengetahuan am tu..kalau tak tahu..boleh aje goreng..asalkan tak hangus dan confident itu penting. Soalan teknikal tu...study la dik oii. Ni memang tak dapek den nak nolong. Walaupun, anda kata anda akan belajar kalau dapat jawatan tu..tapiiiii..tolonglah buat persediaan sikit kalau betul-betul nak jawatan tu. Kalau tak sempat study pun, tanya-tanyalah urus setia kat luar tu..tengok-tengok board/carta/gambar kat luar bilik temuduga..kut-kut ada hint jawapan. Hiks. Tapi, menggoreng agak-agak jugaklah..dapat pulak benda yang korang goreng tu sebenarnya, panel korang expert perkara tu..memang selamat lar korang kena main lepas tu tambah-tambah kalau goreng salah kihkihkih (tu kalau panel tu nakal sikitt suka ngusik nak tengok korang confident ke tak..hiks :P)
6. Jangan gabra! Confident yo. Praktis la sikit dekat rumah..suruh mak ayah kakak abang adik tengok. Kalau tak boleh jawab jangan pulak emo..nak nangis ke ape. Relax aje..jawab je tak tahu..jangan cakap plak 'tak study'. (tapi kalau boleh..tak tahu pun jangan jawab tak tahu..haha).
7. Aku memang frust betul bila untuk jawatan yang minimum kelayakan SPM tapi yang datang itu pemegang ijazah...tapi mereka tak perform pon! Aku pulak yang stress nengoknya..selak-selak sijil..degree 3 pointer..SPM berderet A..PMR berderet A..sekolah asrama penuh...fuhhhh..panas mata keme. Tapi kenapa tak boleh 'menjual diri' dik? Whyyy?? Kalau kita dah bersedia, lengkap ilmu di dada..kalau tak dapat tu belakang cerita..ni tak sedia langsung. Adeh..
8. Lagi satu...tolonglah wahai pemegang-pemegang ijazah sekalian, jangan sibuk study jek sampai tak reti nak berkomunikasi dan berhadapan dengan orang. Kadang-kadang ada orang yang cakap.."aku dah banyak kali pergi temuduga..tapi satu pun tak sangkut..yang dapat tu mesti guna kabelll" ...ceh, kabel lektrik jugak yang kau salahkan. Dah awak tu, kalau sembang dengan kawan-kawan jek lebat macam hebat...bila dengan orang lain, senyap..gagap..ketaq. Tak guna pun pergi temuduga banyak kali, tapi takde inisiatif nak improvekan diri. Selalu lepas habis temuduga, ada panel yang tanya.."ada apa-apa soalan?"..haa..masa ni tanya la panel macam mana awak boleh improvekan diri tu.
9. Mungkin la awak akan cakap.."ala..nanti kene buat keje je pon..bukan nak pegi bagi ceramah hari-hari yang sampai nak test komunikasi bagaiii". Awak..awak..ni kite nak cakap..kalau awak sama jek macam orang lain..yang datang keje hanya untuk keje sahaja..awak sama je la macam orang lain. Ada faham?
10. Untuk Perkhidmatan Awam, business...not as usual..jadi, wajiblah orang yang mempunyai nilai tambah yang akan diambil..walaupun jawatan tersebut minima SPM! Ada faham? *heh, Cikgu Dollah dulu selalu tanya macam tu, "Ada faham?"*

11. Kadang-kadang panel memang tanya soalan cliche..contohnya "apa kelemahan kamu?".."kenapa kamu nak kerja Kerajaan?"..haa..ni sebenarnya soalan perangkap ni..pasaipa perangkap? Sebab...soalan memang cliche..tapi jawapannya, mereka nak yang tak cliche. Jangan nak ambil mudah sangat ek. Sapa yang dapat jawab lain daripada orang lain tu..haa..orang tu ada la peluang sikit... :P

Ok, dah membebel. Kbai. 

*post guna henfon ni memang tunggang langgang font & setting tak leh nak nolong dah*

Sunday, April 19, 2015

Mata

Semalam aku pegi kedai cermin mata kat Equine. Nak tukar baru...mata dah tak nampak sangat.

Peramah sangat la plak 2 orang mamat chinese tu. Adehh..dah macam kenal lama. Yang paling tak boleh blah...sorang tu duk bahasakan diri dia 'abang' 'adik' dengan aku..hahaha..aku menahan diri jekkk masa kat dalam bilik gelap tuh (bilik yang nak check power tu). Tak penah kot, Chinese guy bahasakan diri macam tu dengan aku..tu yang menahan gelak jek. Awkward kott...

Lagi satu...aku rasa nak lepuk pun ada mamat ni. Exaggerate gila dia describe betapa teruknya power aku. Dengg..adalar beberapa saat aku rasa macam... 'goodbye dunia..lepas ni aku tak boleh tengok dunia dah'.

Lagi satu...dia duk ulang-ulang ni "jangan pakai contact lens..dengan power adik ni, adik tak boleh pakai contact lens"

Tetttt....habis tu..takkan duk atas pelamin nak pakai cermin mata?!! OK..dah ada alasan tak nak kawin sanding. YESS!


Nota bawahan :
Bayang sanding tu tak nampak langsung lagi. hiks :P





Saturday, April 18, 2015

Hidup Memadai

Tadi aku ada tengok satu filem ni Mom's Night Out kalau tak silap tajuk dia. Kisah ibu yang ada 3 orang anak..tapi dia rasa dia gagal. Dia nak ada kehidupan yang sempurna..rumah sentiasa kemas..ikut aturan.

Tapi realitinya, dia tak boleh kawal keadaan dalam rumah dia dengan tiga orang anak kecil dia yang sangat nakal. Sampai dia rasa hidup dia tak best..dia stress..rasa semua benda adalah 1 kesilapan.

Ada satu masa, scene dalam cerita tu kat balai polis..antara dia dan sorang biker yang penuh tatu..scene tu agak terkesan untuk aku.

Si ibu itu mengeluh yang hidup dia tak cukup baik..tak sempurna..tak cukup memadai..

Then si biker tanya "untuk siapa?"

Si ibu pun kata..untuk suami dia...untuk anak-anak dia..untuk kawan-kawan dia..

Si biker tanya lagi "adakah untuk awak sudah memadai?"

Si biker bukak cerita..dulu dia dibesarkan di gereja..dengan ibu dia yang buat 3 kerja 1 hari..tanpa kenal siapa ayahnya. Setiap malam, dia akan tunggu ibu dia balik lewat malam..sebab sebelum tidur, tiap-tiap hari..ibu dia akan tidurkan dia..dengan cakap 1 benda yang sama "Dia tak bersalah..jangan salahkan dia..dia seorang yang baik" (lebih kurang).

[Si ibu cuba menanamkan pada diri si anaknya, kehidupan mereka pada ketika itu sudah cukup baik untuk mereka berdua, jangan salahkan sesiapa atas kekurangan hidup mereka]

Kemudian Si biker cerita beberapa hari lepas dia ke suatu tempat..dan nampak seekor helang, sedang memberi anak-anak dia makan. Itu lah pekerjaan helang itu hari-hari...SEBABNYA HIDUP SEBEGITU SUDAH MEMADAI UNTUK DIA JADI IBU HELANG YANG BAIK.

Moral of the story:

Kita  kadang-kadang kejar kesempurnaan yang terlampau jauh dari jangkauan kita. Sedangkan setiap dari kita Allah dah tetapkan aturan. Memang kita kena berusaha...tapi bukanlah tanpa keredhaanNya. Bukanlah sampai menjadikan kita taksub untuk mengubah. Usaha, tawakal dalam redha.

Kadang-kadang menjadi sempurna tidak menjadikan kita hebat pun... bila mana ada perkara lain yang kita lepaskan. Jalanilah kehidupan dengan seadanya. Hargai apa yang ada disekeliling kita.

Thursday, April 16, 2015

LIMA 2015


Tak puas.

Hiks. Tak tau la..tak puas nengok LIMA atau tak puas bercuti. Haha *konpius*

First time jejak Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) nih. Masa balik tu nyaris jadi tragedi. Kalau travel je..time balik mesti jadi sesuatu. Fuhh..kesimpulannya..kalau aku gi mana-mana...takyah balik la! Hiks..tapi kalau tak balik..macam mana nak gi 'mana-mana' tu kan. Ah, pening.

Tragedi-tiket-flight-kunun-dah-tukar-masa-rupanya-aku-kena-prank-je

--- itulah nama tragedinya..panjang kan? heh. Tak nak la ulas panjang-panjang tragedi itu..nanti aku menangis *alasan* hahahaha

Kalau tak dapat naik flight masa tu, kena la aku kenyit-kenyit mata kat abam-abam Air Force..mintak tumpang naik Charlie ke...EC ke...

Tak pun..nuri ke..tiung ke..gagak ke..helang ke...Ok, merapu. Kbai. Mohon layan gambo je :P
Kete kebal dari Turki
Itu helikopter -- macam la kome taktau kan :P
NAVY..tapi kapal tobang..haha
Cari drebarnye..tapi tak jumpe lak
Air show
Air show


Tidak dapat disangkal lagi...inilah kereta yang paling best dibawa dan ditumpangi setakat ini..hehe
Tinggi angat!
Atas kapal NAVY Kpop. Lol :P

Marines
Ini err..Charlie rasenye hehe
Ini...kesayangan saye hihi
Abam Marines bagi buntut..grrr

TQ Cik (bakal Puan) Kyra Ayda hehe melayan tingtong kitorang
Dinner by the beach. Gigih gile wefie2 time ni..tetibe abang meja sebelah offer diri tangkapkan gambo haha

Silang kaki sampai kedai tutup :P

Wednesday, April 15, 2015

Life Booster

Kadang-kadang rasa kelakar dengan diri sendiri. Rasa nak tampar-tampar pun ada.

Ada jela benda macam bodoh yang dibuat. Kadang-kadang mengada-ngada sangat. Lemah sangat hati. Tak konsisten.

Kadang-kadang konon macam gagah sangat. Kadang-kadang benda simple pun nak meleleh. Heh.

Asyik nak ada orang yang sedarkan. Niat di hati taknak hidup ini complicated. Telan je semuanya. Layan je.

Tapi...kadang-kadang sakit jugak wooo..haha

Tengoklah..sampai bila boleh tahan. Hiks.

Nota bawahan :
Sape ada jual happy pills? Angkat tiak!


Pssst :
Sedang menanti happy pills keme kembali.

Tuesday, April 14, 2015

See You Again

It's been a long day without you my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again

Damn, who knew
All planes we flew
Good things we've been through
That I'll be standing right here
Talking to you about another path
I know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn't last
Had to switch up look at things different see the bigger picture
Those were the days hard work forever pays Now I see you in better place

How could we not talk about family
When family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

It's been a long day without you my friend
And I'll tell you about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you about it when I see you again
When I see you again

First you both go out your way
And the vibe is feeling strong and what's
Small turn to a friendship a friendship
Turn into a bond and that bond will never
Be broke and the love will never get lost
And when brotherhood come first the the line
Will never be crossed established it on our own
When that line had to be drawn and that line is what
We reach so remember me when I'm gone

How could we not talk about family when family 's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

So let the light guide your way hold every memory
As you go and every road you take will always lead you home

It's been a long day without you my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again...

Wiz Khalifa feat Charles Puth
See You Again

Harta

Kalau masa ada, keluarga bahagia.
Bila dah tiada, keluarga pecah.
Sebab harta.

Bukan di televisyen semata.

Kenapa ye susah sangat.
Tamak?
Dengki orang lain ada lebih?


Tak faham.



#bukankisahaku
#pemerhatiansahaja