Friday, March 27, 2015

Lari

......dari masalah.

Beberapa hari lepas, dapat bercakap dengan kawan lama yang dah lama tak dengar suara dia..yeah..kawan lama yang dulu pernah sama-sama buat benda2 merapu..kadang2 benda macam bodo. The best part, kitorang tak friend pun kat FB. Ntah, tak rasa nak add dia..dia pun macam tu. haha..ntah apeke peliknye kitorang. Tapi, kitorang rapat, like sisters. Mungkin lepas dia kawin..banyak lagi benda yang jadi priority dia daripada layan aku...yang dulu dia cakap...selalu peningkan kepala dia. 'Suwett' kan dia..garkhhhhhh! @_@

Dah lama tak sembang kan...mesti la aku excited je cerita benda yang aku buat sekarang...(yang aku tak buat dengan dia). Salah satunya...aku cakap, aku sekarang kadang-kadang join run. Aku dah register 4 run untuk bulan 5 dan 6 blablablaa...

Mengejutkan...
dia TAK kagum langsung pun! TAAKKK...

Dengg...dia memang suka anti-klimaks. Cis...tak boleh ke pura-pura jek kagum dengan aku...aish, tak bangga ke kawan dia ni dah berubah..ada aktiviti yang berfaedah sket nak buat.

"takde ape pun yang baru. aku tau ko suka lari-lari..macam selama ni ko suka lari dari m______. itu memang ko dari dulu sampai sekarang"

Oh kawan! Ohhhhh! Ape kaitan ni.adeh..

Dia ni memang suka sakitkan hati aku. Tapi dia ni orang yang aku boleh cakap apa je..perli..kutuk..marah pun..dia orang yang aku pernah tengking..tapi dia relax jek makan coklat kat sebelah tak hirau aku. tak sentap pun...haha sebab dia pun cakap takde tapis punya dengan aku. memang tahap makan dalam sampai ayo mate pun tak sanggup nak keluar punya.

Selama ni tak penah pun dia ceramah aku pasal 'lari-lari' ni. Kali ni aku dah bagi bola tanggung kot. Terus kena smash.

Erm..kadang-kadang rindu jugak zaman takde arah dulu. ;)


Nota bawahan:
Aku bukan baik pun...kadang-kadang bahasa tu tak boleh jaga juga bila hati dah panas...dengan keadaan sekeliling yang tak bagi kerjasama jugak...sampai ke tahap aku buat keputusan untuk keluar dari dunia pekerjaan itu. supaya aku boleh jumpa orang yang baik-baik. orang yang macam-macam. orang yang boleh ajar aku berbahasa. orang yang boleh sejukkan hati aku. orang yang boleh buat aku sedar dunia ini masih ada yang berhati suci. bukan aku tak sayang kerja dulu...bertahun-tahun kot habiskan masa untuk ilmu itu. macam cinta pertama. tapi aku lagi sayang diri aku. penat sangat. semua tu dah jadi sejarah pun.

Wednesday, March 11, 2015

Hidup Serabut

Hidup ni tak payah la nak serabut sangat. Benci itu ini. Marah itu ini. Bebel itu ini. Setiap hari. Kalau tak penah benci, marah atau bebel tu, macam tak normal pulak kan.

Tapi memang ada orang yang hari-hari itu lah pe'elnya. Benci, marah, bebel. Penuh negatif. Semua orang tak betul. Cakap kasar-kasar. Tapi solat jaga, dhuha dan puasa sunat siap.

Hidup ni bukan lama pun. Bukan hari-hari dalam keadaan sihat pun. Setiap hari kita menggadaikan nyawa di jalan raya pergi kerja. Ada yang berhemah, ada yang bawak kenderaan macam onggile. Kalau takdir kita kemalangan, mati, rugilah kehidupan sebab dah dihabiskan dengan marah dan benci.

Hari-hari lintas jalan, silap hari bulan pun kena sodok terus dengan kereta yang lumba-lumba nak punch card. Dah tak sempat mintak maap.

Kalau tak suka, lebih baik diam. Atau tak suka, tulis je..macam aku hahahah.

Ada sesetengah suka menyumpah...sumpah keburukan akan jadi pada orang itu.

Macam mana kita boleh cakap orang itu tak elok/jahat/buruk sedangkan diri sendiri pun lebih kurang?

Ee....BAPAK TAK MALUNYE!

Nota bawahan:
1. Aku sumpah orang jadi duit je. Tapi tak penah jadi pun.
2. Aku bukan cakap tak boleh marah ke ape...cuma apekejadahnye hari-hari. Suis tercabut ke apentah.
3. Aku bukan orang baik. Allah sayang aku je, tertutup aib.
4. Kawan aku cakap, kalau tak nak orang tau, tak payah cerita.

Wednesday, March 4, 2015

Si Genius

Sebelum ni aku ada tulis pasal sistem pendidikan kat negara ni. Baca SINI. Hari ni keluar kat mStar Online pasal Adik Adi Putra, budak genius Matematik. Baca SINI. Sampai sekarang ni Adi Putra tak sekolah atau dapat mana-mana pendidikan formal yang membolehkan dia ada kelayakan.

Dia pernah masuk Matrik UIA, belajar habis, tapi tak diberi sijil sebab faktor umur. Jatuh rahang aku baca. Betul ke ni? Ikut buku meh? Manusia kot yang buat peraturan dan syarat tu. Takkan syarat-syarat tu macam Perlembagaan sampai nak kena masuk Parlimen bagai untuk pinda.

Ye yea..aku tau, aku tak tahu keadaan sebenar. Nanti ada pulak yang sound, ko tak tau cerita, ko banyak bunyik ye. Deshummmm *dia tumbuk aku*

Tapi, jikalau ia benar terjadi. RIP to sistem pendidikan.

Ada jugak orang kata, apa salahnya dia masuk sekolah biasa, belajar macam orang lain..ambil tahu semua subjek.

Mudah sangat ni.

Masa sekolah--belajar semua subjek--masuk matrik (belajar semua subjek lagi, tapi khusus sikit)--masuk Uni, belajar khusus.

Jadi, sama jugak kan? Akhir nanti, kena ada pengkhususan jugak. Jadi, apa salahnya jika ada orang yang gifted, terus sahaja ke bidang khusus?

Ah..ko cakap senang laa...bukan ko yang buat. Deme kata ke aku. Err..semudah (mudah untuk aku tulis) pinda syarat..takde libatkan kos kan? Bukan macam nak buat sekolah yang takde dinding tu. Kena buat brief projek, angkat untuk mohon peruntukan, korek cari peruntukan (sebab keje kecemasan), bukak tender, select kontraktor..baru boleh buat. Nak cepat sikit, boleh skip bukak tender, buat selected tender jek. Tapi kang buat selected, ada pulak kata kroni. Aiya! APTB.

Itula aku cakap dulu, kagum pada orang yang mula-mula mencipta sistem ini.

Tak boleh usik maaa!

Sabak Bernam Aku Datang!

Ngee..ni lagi kisah tahun lepas. :P

Sempena penghijrahan Intan ke Sabak Bernam setelah lebih 5 tahun bermastautin kat Mukah, Sarawak, jadi aku buat la lawatan sket. Hihi. Saja nak buat spot check. Hiks :P
Wiwiw..sehari sebelum tu, Intan dapat bunga sejambak :P

Aku pegi dengan Jaja. Amik Jaja kat Gombak Setia then ikut LATAR keluar kat Kuala Selangor. Aku pegi umah Jaja ni ingat-ingat lupa je jalannye. Location yang Jaja share tu pulak tak memberikan kerjasama yang baik dengan Waze aku. Korek-korek dashboard, ada peta yang aku lukis masa nak gi umah Jaja 2 tahun lepas. Sekejap jek ikut LATAR tu nak gi Kuala Selangor, pastu dah sampai..dalam pukul 8 lebih.

Sembang tak hengat sambil breakfast kat umah sewa Intan. Err..sembang atau lebih glamor dipanggil gosip. Kemudian kitorang keluar cari kedai makan binatang eksotik tu.. Restoran Lembah Bernam. Kecik beno signboard jalan masuk kedai tu. Jauh ke dalam. Mana tau kedai tu? Besa la..sebelum gi mana-mana aku suka gegugel dulu hehe.. buat research sket..ececee.. kalau bab berjalan rajin jek ko buat research yek :P
Jajakun + Tantintun

Dah jumpa kedai..nak order tak reti. Nasib makcik kedai redha jek layan haha..kitorang order rendang landak, masak lemak cili padi rusa, sambal petai udang galah..perghhhh..burpburppp.. eh kedai tu ada jugak makanan yang tak yah order..yang tak eksotik. Sementara nak tunggu order sampai, atas meja ada tapai. Dah makan separuh, tetibe cuak..apsal kaler hijau? Haha..dah separuh hokey, nampak tak makcik ni suka makan..:P Rupanya tu tapai banjar..fuuhh lega..ingat kot dah expired..gagagagaa~
 Tapai Banjar

 Udang galah + landak + rusa + ayo kelapa + Jaja..eh..Jaja tu bukan makanan..tapi buat gigit memang sedap. :P

Menu-menu makanan

Dah habis makan..buat sesi photoshoot plak kat bendang. Jakun tu macam kat rumah aku takde bendang jek kahkahkah..takpela..aku tolong jakunkan untuk Jaja..dia kan budak KeyEl :P
Gahahaa...nak cari tempat macam cite Nur Kasih kunun..

Kemudian kami gi pulak ke pantai apetah..kat Bagan Sekinchan. Masa ni macam ada pasar kat tepi pantai tu. Tapi pantai ni not recommended la. Kotor..sepanjang jalan kotor. Punyala tak suke kan, sampai aku lupa nama tempat ni. Hahaha.
 Yeah, Zon Bersih, tapi kat situ kotor dan busuk. haha

 Pantai nye
 Ada jeti nelayan kat tepi dia

Jeti Nelayan Bagan Sekinchan

Sabak Bernam ni sepanjang jalan banyak sangat kedai makan tau. Pilih jek mana nak. Kerepek pun banyak jual. Buah pun banyak jual. Ehh..banyaklah macam-macam pendek cite.

Malam kitorang nak pegi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Tapi, masa gerak tu macam awal jek..kitorang singgah makan kat Cendol Bakar. hee..makan lagi. Jaja ada beli jugak karipap gergasi kat situ. Jaja mulanya berlagak sangat...sebelum kat situ, dah ada kedai lain yang jual karipap tu..tapi, boleh plak dia kua statement "setakat karipap, aku suruh mak aku jek yang buattt"...pastu dia yang beli! Ko ghase??? Memang nak kena cepuk minah ni. Oh masa ni, baru aku tersedar....aku tak bawak duit langsung! hahahaha...tertinggal kat umah Intan. Masa makan kat Restoran Lembah Bernam tu Intan belanja, tu yang tak perasan ada duit ke tak. Sambil aku duk kelebek-kelebek beg cari duit tu, Intan sound "Ko ni nak keluar kereta macam mak datin..lambat!"...hahaha hantu betol..memang setiap kali keluar kereta, aku yang paling last. Bese la..aku kan sweeper..kena la semua orang selamat keluar, baru aku keluar..bahahahahaa :P
 Nampak tak rakus? Kanan karipap kiri cendol. Eh eh..keme sopan jek..ini atas kepentingan perkhidmatan  nak hyperbolakan gambo jek :P

Cendol Bakar + Durian. Bakar tu nama kedai ok, bukan cendol tu dibakar. hehe

Kitorang sampai kat Kampung Kuantan  tu sebelum Maghrib. Duk lepak jek kat dalam tu tunggu gelap. Kaunter buka pukul 7.30 malam. Nak solat, tak yah risau..depan pintu masuk tu ada Masjid :)
Tu masjid kat sebelah. Dataran ni tempat parking nak masuk kat tempat kelip-kelip
2 kelip-kelip gergasi :P

1 sampan, RM50 boleh muat 4 orang. Hee...kitorang kan bertiga...tetibe ada mamat orang India (memang datang dari India) approach aku dengan Jaja untuk joint kitorang. So, cukup la satu sampan. Boleh jek kalau nak naik sengsorang pun 1 sampan..tapi rugi la bayar RM50 sorang-sorang.
 Jaja + Pakwe Indianya..Tahniah Jaja, till Jannah! bahahahaa :D

 Ready nak masuk sampan

Nak balik dah

Banyak sangat kelip-kelipnya..kat pokok-pokok tepi tu..apekenama pokok tu, lupe dah. Boleh jek nak tangkap gambo bagai, kalau pandai guna slow shutter, dan terer tangkap gambo dalam low light cenggitu.

Dalam setengah jam la naik sampan tu. Pastu balik kitorang singgah kedai makan lagi. Hahahaha...oleh kerana malam tu Final Suzuki Cup, Malaysia vs Thailand, jadi duk kat depan tv la jawabnye. Kelakar makcik depan kitorang, bersungguh-sungguh..suami dia relax jek haha.
Hee..dinner..bukan setakat sate..yang lain tak sampai lagi :P

Lepas dah confirm kalah...cabut la balik. Baring-baring..gelak-gelak like an old days yaw..Jaja sponsor plak mask beli masa kat Korea aritu satu sorang..hahahaha..tido dengan mask masing-masing. Tapi, mask yang aku pakai masih mistewie...sebab bangun pagi, dah takde...kat keliling toto pun takde..bawah bantal takde..bawah selimut takde..aku makan ke hape ntah?! Huh..

Lepas tu, kitorang keluar pulak tengok Pekan Sabak Bernam..ecee..'tengok'. Pastu pi Sungai Besar..breakfast. Orang kata kat Sungai Besar ni tempat banyak jual kain dan tudung yang murah-murah tapi lawa...tapi kan..tapi kan...tak jumpa pun..adeh..

Dah habis ke hulu ke hilir kat Sungai Besar, singgah plak Pantai Bagan Noh Nakhoda Omar (BNO). Kat sini ada pantai..dan katanya paling famous, Mee Udang sedap sangat..ngee....tapi, aku rasa biasa je. Hahahahaha :D Bak kata Intan, rasa je, at least kalau orang cakap, kita dah pegi dan rasa dah...

 Mee Udang (eh, kakak kedai tu kerek. sekian)

Kedai yang orang selalu datang yang ade tulis 'Laksa Jaiton' tu. Kesian kedai sebelah, takde orang.

Sepanjang nak ke BNO tu banyak rumah-rumah nelayan...kat belakang rumah tu ada storage hasil laut dorang. Kitorang singgah ler..memborong udang, ikan :) Boleh jek mintak Aunty tu box ais warna putih tu, RM8.

Balik rumah Intan semula kemas-kemas barang...dengan malasnya, kitorang balik KL dalam hujan lebat. Tapi singgah jap Kuala Selangor beli kerepek..hee..masa on the way nak tengok kelip-kelip tu, Intan dah tunjuk dah tempat-tempat yang ok nak beli kerepek dan buah :)
Hadiah dari Intan sebelum balik, ros satu sorang . Gahaha..orang lain bagi kat dia, dia bagi kat orang bunga-bunga tu.





Ah Long : Kenapa Kau Wujud

Tolong jangan pinjam Ah Long.

Tolonggggg la!

Masa kau pinjam, kau takde pun dapatkan khidmat nasihat orang.

Bila kau kena kejar, habis semua orang kau jolok.

Masa nak pinjam kat orang sebab nak bayar hutang, berjela-jela kau mesej.

Bila orang dah bagi, tak reply pon?!!

Check mate.

Kena main dah.

Bai.
.

.

.

sakit hati teruk---teruk sangat.

Tuesday, March 3, 2015

Cecuti Cameron Highlands

Lalala...ni cerita tahun lepas. Hahaha :P

Bulan 10 punya cerita..haha. Pedulik la..baru transfer gambo dari henpon ke hardisk :P

Yang ni pergi berdua dengan Cikpina jugek. Naik kereta. Tapi agak timing tak berapa nak best..sebab minggu tu cuti Deepavali..maybe ramai yang ambil cuti direct sampai weekend kot. Jalan jem habaq anggg!

Kitorang gerak dari Putrajaya lepas subuh, pukul 6 pagi. Berenti breakfast kejap kat RnR Rawang. Dalam pukul 10.30 macam tu sampai CH. Niat di hati nak pegi Ladang Teh Boh Sungai Palas...tapi sembang punya sembang punyaaa la sembang...terlepas! Tak perasan pun sebenarnye..sobsobsobb..lepas tu terus jek gi Bharat Tea. Nak patah balik..tengok kete berderet. Fefeeling jap kat ladang teh. Tapi panas aaa...!

Kikii...siap draf route map, senang la ko nak tau kedudukan tempat yang ko nak pegi. Takdela fail geografi.

Panassss..Bharat Tea

Masa nak gerak jalan dah jem dari Tanah Rata menghala ke Kea Farm. Kitorang berenti kat Tanah Rata, Cikpina nak makan scones..ade kedai best katanye. Jalan-jalan jap cari kedai tu (dia pun tak ingat sangat kedai tu kat mana). The Lord's nama kedai tu..sedap ah scones dia..air dia sedap..ah..pai dia sedap..ah! Makan itu memang perbuatan yang sedap!
 Klasik sangat menu dia..tengok kertas nak tulis menu tu. Haha.


Cikpina order scone + tea (perisa apetah, tak ingat), Aku order vanilla eksrem+apple pie + manggo lassi...perghh dapp angat!

Lepas makan scones...makan nasik lemak sambal stroberi lak kat Taman Sedia hahaha..sowie..makan adalah nikmat hidup.bahaha

 Kedai Abang Strawberry. Kat belakang dia boleh petik storberi
Nasi lemak ayam sambal stroberi. Sebenarnya, aku nak pegi kat KHM tu, nak beli acar stroberi dia yang sedap dulu....huuu dah tak jual lagi rupanya sobsobsob

Then terus gi Hotel Copthorne untuk check-in. Berchenta dalam jem nak sampai hotel. Rehat-rehat jap...jalan kat Kea Farm yang kat bawah hotel jek. Usha-usha dulu apa benda nak beli nak bawak balik esoknya..kikikii..

View dari bilik hotel

Orang-orang yang tak sayang nyawa tu leh plak potong line...dah cirit birit agaknye. Melalak la aku dan Cikpina dalam kete nyanyi sambung-sambung lagu 2 jam..:P Tak kuasa aku nak folo perangai deme..walaupun nak hilang sabar gak..haha.. tapi, takpe..sayang nyawa orang sebelah :P

Berchenta lagi dalam jem...haishh, ramai betul manusia selfish yang tak sayang nyawa. Nanti dah eksiden nak poyo-poyo nangis. Padahal ko yang bawak kete cam onggile. Niat di hati nak gi kedai steamboat kat sebelah hotel De La Fern tu...tapii...sebabkan jem-tart-stroberi tu..kitorang berenti kat Brinchang je. Huh..kedai makan pun feenuhhh la. Feenatt betul.

Balik dari Brinchang ke Kea Farm..5 minit je kot..masa pegi 2 jam..huahua.

Esok pagi lepas breakfast kitorang terus gi Cactus Point, cari bunga hehe.. no, haruslah bukan aku yang beli bunga..ee apeni apenii..I bukan minah bunga hoke :P. Tapi, aku ada la dianugerahkan 3 bijik kaktus...Cikpina cabar untuk aku jaga hahaha...(pada hari ini...sesungguhnya, sebijik jek yang hidup @_@).
Sebelum check-out :P

Pilih kaktus-yang-berani-mempertaruhkan-nyawanya-kepada-aku

Kemudian ke Pasar Kea Farm plak..borong sayur. 2 kali ulang alik ke kereta. Penuh bonet. Ko ghase???:P
Pilih-pilih bunga...ada orang pesan roses..auww :P

Tu sebahagian jer... 2nd round 

Balik tu singgah Cameron Lavender..nengok bunga. Boleh pulak jumpa Ita & family kat situ..jumpa orang sekampung lak. haha

Motif gambar ini adalah..sila rujuk belakang-yang-tak-berapa-nampak-tu

Next persinggahan, ladang stroberi..apetah nama dia. Tak ingat. Masa datang tu kitorang dah singgah dah..tumpang toilet je..haha..masa tu dah usha-usha makanan dia. Jadi, masa balik ni kitorang berenti makan la plak. hehee..

Aku plak order scone + teh lavender. Scone The Lord's jugak yang sedap

Err..macam banyak aktiviti makan jek. Hahaha..jalan-jalan untuk makan.

Lesson learnt : 
Kalau nak pegi tempat yang jalan sempit cam CH ni..jangan la time cuti panjang..haha. Sesak! CH ni sesuai la untuk percutian pendek. Sehari pun boleh khatam. Kecuali kalau jem tart storberi memang tak boleh khatam sehari la :P
 






Sunday, March 1, 2015

Bilik Darjah vs Alam Pekerjaan

Tersengih aku baca satu buku ni. Penulis tu cakap pasal kenapa apa yang di ajar di dalam kelas, tak relevan nak digunakan di alam selepas kelas (bekerja).

Puncanya (menurut beliau):
1. yang buat modul adalah orang yang pekerjaannya mengajar. Dia bukanlah orang yang pernah 'bekerja'.
2. sesetengah pensyarah tidak pernah pun masuk ke industri. Dari ijazah pertama sambung master...sambung terus PhD.

Itulah antara puncanya, kenapa apa yang diajar oleh sesetengah pengajar tidak relevan. Mungkin ada di antara modul tersebut (ni kat universiti la..kat sekolah takde kot), ada buat kerjasama dengan industri seperti lawatan atau kerja kursus...tapi bila pelajar kembali ke kelas...mampu ke pensyarah (yang tak berada dalam industri itu) menjawab? Lagi malang, kalau diorang tak pandai pun nak relate apa yang diajar, dengan industri.

Ini mungkin konflik yang ada dalam sistem pembelajaran...bukan kat Malaysia je tapi seluruh dunia jugak kot.

Kelakar jugak kan...orang yang mengajar bisnes..tapi 1 bisnes pun dia tak penah buat. Orang yang mengajar engineering, feeling jadi engineer berjemur tengah panas (civil la) bergaduh dengan kongsi-kong pun dia tak penah rasa.

Teori..teori..teori.

Teori ni cepat lapuk. Tambah pulak dengan kepesatan teknologi sekarang. Dalam sibuk-sibuk orang kat universiti buat research pasal perkara A, kat industri dorang dah lajak sampai perkara S.

Belajar teori ni pun macam memaksa orang untuk terima teori tu. Tak ikut, kira salah. Nak buat teori lain...kita ni baru setuden jek hahaha..tahap Albert Einstein jauh sekali. Sapa nak percaya kalau setuden buat teori sendiri.

Jadi macam mana?

Heh, aku sengih tu bukan apa. Kena batang hidung. Masa kat sekolah..aku tak pernah fokus kat matematik tambahan...sebab aku tak nampak gunanya untuk masa depan. Dari form 4 sampai form 5..rekod aku bersih...TAK PENAH LULUS! Nasib SPM dapat 4B  haha..pemeriksa salah kira kot?

Masa matrik pun sama. Masa ni lagi teruk memberontaknya. Matematik jugak. Ni memang betul-betul memberontak punya. Tak faham aku kenapa kena belajar complicated sangat. Maka, dapatlah keluar matrik dengan pointer 2.46 je *kawan-kawan semua 3 pointer*

(universiti pun aku keluar dengan pointer 2.9 lebih je...di kala kawan2 rapat, dean list semedang ekekeke..yang Anugerah NC pn ade)

Nasib la dapat jugak jadik engineer (sekejap je pon..2 tahun lebih) miahahahaa... tapi masa jadik engineer pun, aku tak buat pengiraan yang complicated tu. Kira duit..guna tambah tolak bahagi darab jek. Kira besi..kira konkrit..kira bata pun gitu..  *sigh*

Jadi macam mana????

Sistem?

Kagum pada orang yang memulakan sistem ini dulu....sampai orang nak ubah sekarang pun macam tak berapa nak boleh.

Tu sebab ada orang kata (tak ingat ayat sapa):
"Pembelajaran bermula saat kita tamat persekolahan"

Jadi macam mana??

Adakah sistem pendidikan kita betul-betul platform untuk menyediakan kita untuk alam pekerjaan?

Akhir sebuah sistem pendidikan adalah 'untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus' kan? Macam yang selalu cikgu cakap kat sekolah. Tak belajar, tak pandai..tak dapat keja elok..takde duit ler kome.

Atau penerapan 'untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus' itu yang salah???

Haaa..udoh komeee...sape pulok yang salah sebenornye? *pening lalat*

Pikior-pikior ler.