Friday, February 6, 2015

Doktor Psikik

Cerita ni dah lama..saja peram supaya takde ayat makian. Hati sudah reda. Ada 1 minggu dulu, masa awal Januari...aku adalah tak sihat sikit. Ikut hati malas nak gi klinik...sebab tak jumpa lagi klinik yang ada doktor kacak..gahahaha...ok, tipu.

Tapi, kebetulan hari tu ada budak kecik tu cuti..jadi dia duk tanya nak gi klinik ke tak..nak gi klinik ke tak..sampai call lak. Aku bukan boleh orang tanya-tanya banyak kali ni. Ada 2 jek yang akan jadik, sama ada aku jadik lomah gemalai..atau aku jadik marah...hahahaha.. dengan dia, haruslah jadik lomah. Nampak tak, pilih kasih di situww..ngeh2...Jadi pastu, aku suh dia bawak jek gi klinik. Nak harap aku pegi sendiri..memang takkk laa! :P

Mula-mula pegi klinik kat satu taman ni..tapi tak bukak lagi plak. Masa tu dalam pukul 8.30 pagi gitu.

Lepas tu kitorang ke klinik kat tepi mall ni. Ok la, tak lama tunggu..masuk jumpa doktor.
Untuk pertama kalinya dalam hidup aku...jumpa doktor, doktor tu tak check pape pon..doktor tu cuma dengar jek apa yang aku citer..dia tulis jek..

Oh goshhh..aku ke doktor? Kut ye pun amik la hati aku sket. Tenyeh-tenyeh la stetoskop tu sket kat aku. Periksa nadi ke.. Ke dia dah terer sangat? Ok, memang la dia dah tua..dah kategori pakar gamaknye.

"ha..ramai ni yang sakit macam ni"
"ni viruss ni"
"makan jangan kongsi"
"nanti beli kat Aeon Big atau Mydin sudu garfu plastik tu"

Aku macam..WHATT???

Dah la ko tak check aku langsung..pastu cakap menakut-nakutkan aku.

Pastu..."awak datang nak MC kan? saya bagi MC"

Serius...aku terasa dengan doktor tu. Dia ingat aku sesaje datang untuk MC ke? Sudahlah aku ni spesis tak suka gi klinik. Kalau bukan sebab budak kecik tu..aku tak datang la. Tapi, dia orang tua..takpe..sabar jela.

Sesenang jek ko dapat puluh-puluh hengget ye. Sabauuu jela.

Itu cerita kat swasta.

Kat gomen pun aku penah sentap gak. Itula kali terakhir aku pegi sebab sakit..lepas tu semua sebab urusan medical checkup jek. Sakit semua gi ke klinik swasta. (Ok, last aku pegi klinik swasta pun...sebab kena paksa gak..haha)

Masa tu aku keje kat Penang lagi..tapi masa tak sihat tu aku kat kampung. Baru balik dari KL-Johor-Pahang. Mak yang beria suruh pegi kat situ..siap pesan "jangannnn pegi swasta".

Sudahlah lama gilos tunggu. Masuk-masuk..doktor yang muka ketat tu cakap "kenapa datang sini? Kenapa tak pegi swasta je?"

"saya ni anak solehah, lurus bendul..mak suruh datang sini..saya ikut jelaa" jawab dalam hati je.

Dan doktor tu pandang sinis je..bila aku mintak MC... Aku nak kena drive kot Perak-Penang. Ok, mungkin aku patut mintak cuti jek time tu...pada pandangan dia kot..walaupun dah bagitau akan drive Perak-Penang kalau tak dapat MC pagi tu, aku kena masuk site. Tak larat kot. Pastu tau plak bagi ubat berkoyan-koyan.

Nak MC pun fobia dah. Sakit pun tak berani mengaku.

Ah, tak faham lah manusia! Patutlah dinosor pupus! hahaha..ni semua salah dinosor.

Moralnya di sini, takyah la nak compare sistem mana yang bagus. Sama jek...Sebab kadang-kadang bukan salah sistem pun. Tapi salah mental tu.

Eh, mental dorang tak betul pun..sebab sistem gak---sistem peranakan.

Thursday, February 5, 2015

Mimpi

Ceritakan pada ku 
Cerita yang terdahulu 
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku 

Ceritakan semua .. 
Cerita kita cipta bersama .. 
Kisah terindah pernah ku rasa .. 
Selama pernah jantung ku bernyawa .. 
Berdua .. 
Hanya kau dan aku .. 

Andai ini hanya mimpi .. 
Tinggalkan ku begini 
Biar terus ku lena .
Sampai kau tiba 
Andai ku hanya bermimpi 
Biar aku begini 
Sampai ketemu lagi 
Aku di sini .. ohh ..

Ceritakan pada ku ..
Ceritakan pada ku selalu .. 
Kisah yang tak mungkin pergi lalu .. 
Selama akan ku hidup dengan mu .. 
Bersama .. 
Mengharungi semua .. 

Andai ini hanya mimpi 
Tinggalkan ku begini .. 
Biar terus terlena .. 
Sampai kau tiba 

Bawa daku ke angkasa .. 
Memetik bulan bintang .. 
Bawaku terbang bersama .. 
Jangan kau lafazkan .. 
Jangan kau tinggalkan semua 

Biar saja begini .. ohh.. 
Biar terus ku lena .. 
Sampai kau tiba 

Andai ku hanya bermimpi .. 
Biar aku begini .. 
Sampai ketemu lagi .. 
Aku di sini 

Andai semuanya mimpi ..
Biar saja ku terus begini ..
Ku mahu terus kisah cinta kita ..
Terus sampai hujung masa ..

Lirik MIMPI - Aisyah Aziz


Nota bawahan:
Denggg..lagu ni je aku layan dari hari Selasa. lagu ni aku terdengar sebab tengok citer kat Astro..cite apetah (sebab aku tak tengok sangat, saja bagi rumah bising je). tapi menangkap telinga betul lagu ni, first time dengar *yeee..ketinggalan zaman, ni AF2013 kott hahaa*. Terus google..google search by lirik jek hahaha *gigih*. 

Akhir Hidup

Sesetengah orang rasa berjaya bila masa hidupnya, dia nampak baik, dia nampak alim, dia nampak kacak, dia nampak jelita, dia nampak benar, dia nampak kaya.

Sampai riak memandang rendah kepada yang tidak nampak baik, tidak nampak kaya, tidak nampak ALIM.

Betul, musibah itu datang kepada kita dengan tidak mengenal siapa. Sama ada yang alim...atau yang berdosa. Atas dasar itu, saling mengingat itu peranan bersama.

Saling mengingat itu...bukanlah dengan cara riak, cara macam hebat atau cara merendah orang lain.
Setiap manusia punya sisi-sisi yang berbeza.

Berjayanya manusia....hanya boleh diukur di akhir hidupnya (bagi aku).

Sesetengah orang suka menilai manusia lain hanya berdasakan luaran sahaja. Tengok dia pakai apa..tengok dia sopan terkemut-kemut ke...tengok dia salam cium tangan, tunduk pada orang.

Itu semua penilaian bagi istilah baik, bagus, alim pada pandangan mata sesetengah orang.

TRUST ME, aku pernah jumpa orang yang perwatakan baik di luar...tapi macam harrrrr perangainya. Perangai yang hanya pada orang yang rapat serapat-rapatnya sahaja tahu.

Trauma dan fobia.

Semua tu buat aku pegang kuat pada prinsip Don't Judge A Book by Its Cover.

Jangan jadi judgemental.

Aku takut untuk judge orang pada pertemuan pertama.





Nota bawahan:
Aku tulis ni sebab aku marah. Marah sangat. Pada orang yang tak kenal orang yang aku kenal/ rapat. Tapi memberikan persepsi yang salah dan berlagak macam baik. 

Wednesday, February 4, 2015

Backpack to Singapore

Tajuk tak menahan. Acah-acah backpacker jerr :P

Adui, 2 hari hibernate lepas balik dari Singapura. Hibernate tu bukan sebab apa...sebab sakit kaki haha..sado kaki keme! Semuanya sebab peristiwa sebelum balik Malaysia. Adeh..

Aku ke Singapura ni sempena cuti panjang Hari Wilayah tambah Thaipusam..ngee..dan pergi berdua aja dengan Cikpina. Sebenarnya, dari Cuti Krismas 2014 lagi kitorang dah nak gi, tapi....sebab masing-masing gigih nak naik keretapi...makanya, tertangguh la sampai sekarang.

Tangguh tu, sebab..masyaAllah berchenta nak dapatkan tiket keretapi tu..baru ku tahu, ramai rupanya nak naik keretapi ni. Tapi pastu teringat aku ada kawan sekolah, Manager kat KTMB..pe lagi roger la kawan tu..fuuhh baru berjaya, tu pun pegi dapat kerusi, balik baru bed. Thanks Is!

Untuk beli secara normal, boleh beli di kaunter, atau beli online kat e-ticket KTMB. Cuma e-ticket akan buka sebulan sebelum tarikh travel. Tapi, macam aku cakap tadi..berchenta hoii..sebab ko bukak jek e-ticket tu..tulis 'FULLY BOOKED'. Amekaw..padahal ko dah bukak pada hari pertama sepatutnya boleh book kan..haha. Harga tiket, RM34 untuk kerusi dan RM40 untuk bed (superior). Aku rasa superior pun dah cukup selesa dah.

Tiket KL Sentral ke Woodlands

Perjalanan KL Sentral ke Woodlands ni banyak berenti. Train ni berenti kat Kajang, Seremban, Tampin, Gemas, Segamat, Kluang, JB lepas tu baru Woodlands (stesen setakat yang aku perasan la).

Kekdahnya masa kat KL Sentral, kitorang duduk bersila elok ja bawah map Malaysia & route train KTMB, pastu datang tourist dari Bangkok tanya macam-macam hahaha..dah macam duta ja.

Sebelum ZzzZz..tapi aku tak boleh tido sangat pun, sebab dorang tak tutup lampu. Haha..asyik terjaga jek..sejuk lak tuh..brrr..nasib ada bantal peluk kat sebelah..ehhh :P

Train ni akan berenti kat JB Sentral untuk check Imigresen. Semua penumpang kena bawa turun beg masuk Imigresen Malaysia, check passport dan turun balik ke train. Jangan risau..train tunggu..mihmihmih. Takyah nak buat drama sangat takut kena tinggal train (drama tu simpan je untuk time balik nanti..tettttt).

Sampai kat Woodlands, masuk Imigresen Singapura pulak, isi borang putih (ambil kat tepi kaunter Imigresen) then pegila mengadap Imigresen dorang untuk cop passport pulak, Kertas putih tu jangan buang pulak. Masa balik nanti dorang amik balik. Kat situ kena tulis details passport & tempat menginap.

Keluar dari Woodlands Checkpoint, blur kejap..baca dalam blog, kata boleh jalan kaki jek ke MRT Woodlands..hahaha..tapi jauh rupanya. Pastu nak naik bas, takde duit kecik pulak..bas kat sana kalau takde duit kecik dorang tak bagi balance ye.

Pastu, teksi jela pilihan yang ada. Rupanya MRT yang lagi dekat adalah MRT Marsiling bukan Woodlands. Woodlands Checkpoint ke MRT Marsiling, 4SGD. Haha...tapi oleh kerana kitorang takde duit pecah (pakcik teksi taknak duit besar), kitorang bagi RM jer..hahaha..pakcik tu siap cakap "Alamak!" *macam masalah besor sangat jek -,-*...jadi lepas tu kalau kitorang nak cakap pape pasal pakcik tu kitorang bahasakan 'Pakcik Alamak!" LoL :P
Kitorang tanya kat pakcik tu, kat MRT Marsiling tu boleh beli Tourist Pass tak? Dia kata, semua stesen boleh.......dan ternyata, pakcik tu DUSTA! hahaha..ada beberapa stesen je sebenarnya. Antaranya Ang Mo Kio, Orchard & Harbourfront. Oleh kerana, destinasi pertama kitorang USS, maka, kitorang decide beli kat Harbourfront je.
Tourist Pass, 16SGD (untuk 2 hari) + 10SGD (untuk deposit). Deposit boleh claim kat mana-mana station yang ada kaunter dia. Ada orang pesan..make sure pass tu warna MERAH! Plis ek..update plisss.....dah takde kaler merah ye...putih sajor! @_@

Tourist Pass ni boleh guna untuk naik bas (certain bus), MRT & LRT. Ia amat memudahkan la, especially untuk ko yang suka turun naik MRT/LRT hahaha.. (takde arah..biase la :P). Tak payah la pikir nak pegi beli tiket bagai setiap kali nak naik MRT/LRT. Buang masa dah kat situ.

Oh, oh..masa kat MRT Marsiling tu, abang kaunter khidmat pelanggan tu bagi kitorang map MRT/LRT. Kalau korang nak google siap-siap pun boleh, Tapi macam aku...yang aku google tu, tak sama pun dengan map yang dia bagi! grrr..

Dari Harbourfront nak ke USS kitorang naik monorel (4SGD - kat sini tak boleh guna Tourist Pass). Kalau nak naik bas pun boleh, 2SGD ...jalan kaki pon boleyy..(sampai 28 Februari depa kasik diskaun, free aje kalau jalan kaki).

Oleh kerana kitorang ni bawak backpack..jadi pegila cari loker. 20SGD koooo untuk 1 hari (24 hours). Loker besar la kitorang amik, untuk isi 2 backpack. Tiket USS kitorang beli online, 66 SGD dapat sekali 5SGD free meal + 5SGD retail (tapi kena beli lebih 35SGD baru boleh guna). Kalau beli online takyah la beratur nak beli tiket tu..print jek..then nanti pergi claim tiket kat kaunter yang dia tulis kat resit tu. Macam kitorang kat kaunter Asia Travel kat basement USS.

Sebelum masuk, kitorang makan dulu kat Malaysian Street..roti telur kongsi..milo ais kongsi..hahaha..punya lar bajet kan.

Masuk USS, kitorang gi ke Transformer dulu, orang kata kat situ ramai. Adalah setengah jam beratur..5 min je pun mainnye hahahah.. >,<. Game yang kitorang tak main..Jurassic Park (ramai bebeno orang), Treasure Hunt (ramai bebeno orang)...dan Galactica tutup! Kalau korang banyak bajet, boleh la beli tiket express..takyah la nak beratur panjang-panjang sampai setengah jam cam kitorang..sobsobsob T_T.

 Ni kekdah sebab tak dapat masuk Jurassic Park, tangkap gambo jela
 Far Far Away
 The Mummy..eee brother tu jahat..dan menakutkan hahahaha
 Mommy Monster..masa ni Hollywood Parade, pukul 5pm

King Julien kan menatang ni??
 Pose wajib katanya kat globe ni kihkihkih
 Pose wajib untuk Cikpina lak..hehe

Pose backpacker sejati..ehh..haha. Ok, sebenarnya gambar ni yang paling aku suka dari 300++ gambar yang diambil sepanjang perjalanan 2 hari 1 malam (dan 2 malam dalam train). Ha kenape?? ce teka :P *takyah la buang masa teka sangat aihh*

Dalam kul 6.30pm lebih kitorang gerak cari hotel. Hotel pun dah booked online. Fragrance Hotel- Crystal (55 SGD, 1 malam) kat Geylang. Hahaha...confident gila nak gi hotel..aku memang bergantung pada Cikpina, sebab dia dah tengok Google Street View. hahaha...katanya kat 'kawasan perumahan'. 10 minit lebih kurang dari MRT Aljunied untuk ke hotel. 

Ok, cerita kawasan perumahan tu..haha..nampak macam rumah..tapi...tapi....tu sebenarnya rumah tetttt hahahaha..kalau kat Malaysia, sila bayangkan Chow Kit dan Lorong Haji Taib kahkahkah :P yang tak boleh blah..yang tukang panggil-panggil tu semua lelaki tua...yang pakai seluar bermuda dan selipar aje. 

"Sir you want ladies? We have new girls" itu curi-curi dengar, pakcik tua cakap kat sorang mat salih ni. ahahaha

Kat kawasan Geylang ni ramai Bangladesh & Indonesian. Hiks..terus putar 360 darjah pandangan aku terhadap Singapore. 

Lepas rehat sekejap, kitorang keluar balik..nak gi Marina Bay. Lagi sekali...hasil googling tak membantu. Hahaha..kata dari MRT Marina Bay dah boleh sampai Marina Bay Sands Hotel dan Garden By the Bay. Citt..

Untuk ke Marina Bay Sands Hotel dan Garden By the Bay, dari MRT Aljunied gi MRT Raffles Place, tukar line MRT ke Marina Bay, then tukar line MRT ke Bayfront...pastu bacalah signboard...kihkihkih.

Marina Bay Sands Hotel

Lawa seh tengok malam-malam Marina Bay Sands Hotel tu & Garden By The Bay. Dari situ boleh nampak jugak Singapore Flyer (macam Eye on Eye Malaysia).

Balik hotel, kitorang study balik perjalanan untuk esoknya..(ye ye oo je kan)...sambil makan megi cup. Pastu pengsan.
 Mamee Chef sodappp
Tengok tu..bentang itinerary, map MRT & map attraction places in Singapore (rembat je kat kaunter hotel)

Hari kedua kitorang terus check out. Eeeee..berkira tau hotel ni, tepat kul 12 pm terus ketuk pintu + call suruh check out. Kitorang tumpang tinggalkan backpack kat hotel tu supaya tak penat nak jalan-jalan.

Destinasi pertama kami untuk hari kedua ni, gi Bugis Street. Turun kat MRT Bugis..pastu melelong-lelong cari jalan keluar hahaha :P 

Ramai gilos orang kat Bugis Street ni. Pastu kitorang pun decide nak gi Arab Street jela. Melelong-lelong lagi nak cari Arab Street..sebab tak nampak signboard langsung. Dekat sini dah agak buang masa...melelong. Jadi, kitorang pun beli la map 8SGD kat 7e..kih3. Baru la fefeeling backpacker baca map manual hahaha... Ceh, dekat jek sebenarnya MRT Bugis tu dengan Arab Street.
Masa ni aku gigih nak tangkap gambo..Cikpina cakap sensorang, sebab dia ingat yang baju putih tu aku. LoL :P

Tempat pertama, Restoran Zamzam nak rasa murtabak yang glamer sangat tu. Kitorang order murtabak dan nasi beriyani ayam (kongsi la :P). Sedap baq hang nasi beriyani dia..nangis! Murtabak pun sedap..banyak..tak habis, kitorang bungkus.

 Tengok tu..tengokkk tuu..banyak weh..kalau perut tu bukan taraf stokin bola, baik kongsi jer. Membazir nanti.

Haa..kari dia perghhh

Pastu gi solat kat Masjid Sultan. Best betul, kipas dia besar...nyamaannnn. 


 Study peta lagi kat masjid..hehee.. comel teruk kan dia baca map gaya gini?



Jalan-jalan Kampung Glam sekejap..best la suasana dia. Kemudian, kitorang terus gerak ke Esplanade dan tengok Si Merlion singa kuor ayo tu. Tak gi Singapore la kalau tak gi Merlion..kata depaaaa... Dari sini pun boleh nampak Singapore Flyer dan Marina Bay Sands Hotel.

 Kampung Glam

 Esplanade
 Merlion Park
 Kat tepi MRT Raffles Place
MRT Raffles Place

Next...nak cari Hard Rock Cafe pulak. Kat Sentosa Island..kali ni naik bas dari MRT Harbourfront, 2SGD. Kekdahnya...HRC tu betul-betul depan globe tulis Universal Studio yang kitorang posing bagai semalamnya -,-. hahaha..tak perasan!

Dari HRC kitorang terus balik hotel untuk ambil backpack. Mula-mula nak terus ke Orchard Road...tapi bila tengok kaunter untuk claim deposit tourist pass tutup pukul 9 pm, macam tak sempat pulak.

Lepas amik deposit kat MRT Orchard, kitorang ke Masjid Falah (pergi ke arah Bideford Street)..mandi dan solat.

Selesai semua..tengok jam pukul 9.30pm..so, kitorang pun jalan-jalan nak cari kopi dan wifi. Hajat dihati nak cari kedai-kedai kopi biasa yang macam kat KL..tapi tak jumpa. Starbuck jugak la yang dituju.
Banyak nauu shopping complex kat Orchard Road ni

Pukul 10.30pm..kitorang gerak nak ke Woodlands Checkpoint. Maka, bermulalah kisah hampir tragis kitorang..hahahaha :D Train kitorang ke KL Sentral adalah pada jam 11.30pm..dan pada pukul 11.00pm..kitorang masih lagi dalam MRT yang ada lagi 6 stesen untuk berenti..slow la pulak MRT ni..wakkkkk!!! Cikpina dah stress...aku pun stress gak..tapi kontrol macho jek. Rabbi yassir walla tuasir jela baca ulang-ulang dengan selawat. 

Kitorang decide untuk berenti kat MRT Woodlands jek sebab kat situ ada bas/ teksi center (eh center ke panggilnya ;P). Sampai MRT Woodlands, jam aku tepat pukul 11.25pm..tunggu teksi jap pastu terus shoot ke Woodlands Checkpoint. Driver teksi tu plak berchentaaa nya laaa haiii.

Kat Woodlands Checkpoint tu kitorang terjun jek dari teksi..teksi berenti kat tepi jalan jek..pastu lari panjat tangga ke Imigresen Singapore.

Masa tu dalam 11.40pm camtu...Dan....tadaaaaa....gate closed!!!!

Abang Imigresen Singapore tu bukak sikit pintu, cakap kat celah-celah pintu..bagitau suruh kejar train kat JB Sentral pukul 12am. Abang tu ajar : dari Imigresen Singapore-naik bas ke JB Sentral- gi Imigresen Malaysia -naik train.

Dari Imigresen Singapore-naik bas ke JB Sentral-gi Imigresen Malaysia-naik train ---> semua ini dilakukan dengan berlari!!! garkhhhhhh..patah kaki !!.. eh,dalam bas tu takdela pulak nak berlari kan LoL :P

Pulaknya tu, aku boleh pulak masa kat Imigresen Singapore tu salah masuk lane..gi kat passport Singapore pulak. NOOB! Kelam kabut macam tu sampai tak nampak Cikpina kat mana dah hahahaha lawak asbestos. Rasa nak nangis bila ingat balik. Buat malu universiti jek *eh, apa kaitan :P*

Turun Imigresen Singapore lariiii lagi pegi kat bas. Naik jek bas yang ada kat situ. Bas kilang kaler biru tu. Bila masuk..errr...ada 1 bangsa je kat dalam tu. Kitorang terus duduk seat belakang sekali. Nasib ada kakak sorang ni Melayu keje kat Stadium Kallang. Dia yang bagitau lepas ni nak gi mana etc. Yang geng-geng sebangsa tu duk tengok-tengok kitorang sambil gelak-gelak. Ntah apa la dorang mengumpat. cettt!

Masa nak turun tu aku bagi driver bas RM4 sebab kakak tu kata Woodlands ke JB Sentral RM2 seorang. 

Nak tau apa aku cakap kat driver tu??

"Kita sampai kat sini aje"

Gila..bila fikir balik..macam ayat orang mintak break-up jek. Hahahaha

Pastu blah..dan sambung lari lagi...lariiiiii

Dah kat JB Sentral, gi Imigresen Malaysia..lari lagi...lari...lari.....lari..dan larii...lariii..dan aku menyumpah..apsal JB Sentral besoooo sangatt!!! arghhhhhh! Cikpina dah berdesup kat depan aku tak nampak dah.

Pastu sampai kat tempat train, Cikpina dah jerit-jerit suh lari cepat...Aku dah bayang nak kena marah dah dengan Cikpina ni hahaha...Pakcik Imigresen dengan walkie-talkie yang tunggu kat gate nak ke train tu, roger orang KTMB suruh tunggu kitorang berdua. Pastu nak kuarkan tiket nak tunjuk kat pakcik tu punyala terketar-ketar. Parkinson!

Pastu dia dah check tiket...Lari lagi...lariiiiiii...lariii turun tangga...lariiiii ke train plak...lariiiii lagi cari koc...sampai kat train abang KTMB tu lambai-lambai suruh lari lompat train hahaha..lawak gilos.

Abang tu suruh lompat jek mana-mana koc..tapi kitorang gigih nak lari cari koc kitorang gak..Lompat masuk koc sambil jerit "terima kasihhhhhhh!!" kat abang tu.

Adeh...cuba bayangkan adegan filem hindustan. Gitula gaya kitorang hahahhaa nasib bukan sebab kejar kekasih hahahaha..macam dilwale dulhania la jayange tu *betul ke tajuk ni bahahaha*

Dah jumpa bed, buat drama peluk-peluk..terharu kan. Baju basah kuyup toksah cakap laaa..Nafas pun sikit lagi nak terbang.

 Tiket Woodlands - KL Sentral (yang jadik JB - KL Sentral hahaha)

Bed kitorang

Walaupun dah biasa kendong beg berat masa OBS, tapi takdela pulak kendong dan berlari pecut kann..hahaha...Aduila..memang klimaks giler trip kitorang ni.

Tak sangka akan berakhir dengan kelakar macam ni. Tapi takpela..pengalamannnnnn *ayat sedapkan hati kan*

#KMISholiday
#banyaknauuuperkataanlari

Nota bawahan:
Aku rasa...aku kena tulah kot. hahaha..post sebelum ni aku tulis tajuk KASI LARI baca sini. Hambekk kooo...memang kena lari selari-larii nya. Padan muka.