Sunday, December 6, 2015

Kawan Masa Kecik

Mata terkedip-kedip jek pandang kipas.
Nak tido...esok kena bangun awal. Esok kena pergi KL.

Tapi...tiba-tiba teringat arwah Faiz. Terasa nak tulis kat sini. Mungkin sebab tadi tengok FB, jiran sebelah rumah dia...geng kami main kejar-kejar keliling masjid, kawin harini.

Ntah la. Random. Teringat.

It was 19 years ago.

Memori akhir aku dengan dia--- aku tarik baju dia sampai koyak. -_- main punya pasal. Time ngaji memang kitorang main je keje nye. Maklum lar..mak sendiri mengajar kat sekolah agama tu..eksyen..ketua gengster la aku. Darjah 5 pun nak main kejar-kejar lagi -_-

Itu sebelum dia demam yang panjang....

19 years ago. Naik basikal dari sekolah...sambil nangis. Lepas rehat, dapat berita tu. Intai celah-celah tingkap tengok arwah.

Kalau dia ada lagi...mesti dia jadi jejaka pujaan. Handsome. Kawan aku paling handsome kot.

Al-Fatihah untuk Arwah Izni Faiz.

Monday, October 26, 2015

Qatar Airways : KUL-DOH/DOH-IST - Return

Masih lagi pasal perjalanan ke Turki. Hehe..nak citer dalam satu entry panjang pulak kan. Jadi, kita pecah-pecahkan la..hee

Kali ni nak cerita pasal Qatar Airways. Qatar Airways ni kalau tengok customer review kat Skytrax dapat Nora bagi limaaa bintang! 5 bintang.

Seperti yang aku tulis kat entry sebelum ni, naik Qatar transit kat Doha.

Check-In Staf

Hmm..masa kat KLIA, ok la..peramah, tapi kat Istanbul- Ataturk Airport, huhhhh...mashammm jek.

Cabin Crew

Dari KUL-DOH peramah, baik jek semua. Ok la..walaupun serve makan lambat juge. Ke sebab keme ni lapor benor sampai rasa macam lambat bebenor? Haha

Sebelum terbang tu, pramugari edarkan patung untuk budak-budak. Patrik rasanye..ke bukan *lupa* :P

DOH-IST pramugari dia macam kerek sikit. Eh, kerek banyak kot. Haha..masa DOH-IST ni macam tak perasan pulak dorang ada edarkan patung untuk budak-budak ke tak.

Flight IST-DOH pun kerek jugak. Hahaha..rasa kuciwe, kite senyum dorang buat muka ketat.

DOH-KUL pramugari ok. Terlebih sengih pulak dia. Haha.

Jadi, kesimpulan yang cikpina buat...flight ke/dari KL jek bagus. haha :D

Take-off & Landing

Semua adalah very smoothhhhh..hehehe..terbaek punye pilot.

Baggage claim

Lama...hahaha..biasa la tu. Oh..masa sampai KLIA, luggage cikpina rosak..so, gi buat report kat kaunter depa.

Haa..nak citer masa balik tu..kan cikpina gi buat report semua..so, aku gi surau kat tempat baggage claim tu. Lama la kat dalam tu jadinya...masa nak keluar, Imigresen tahan....dan bertanya..

"crew?"

tetttttt...

Apeke lawak dan positifnya orang Imigresen neh. Bahahaha.

Sorang tak cukup inci..sorang terlebih lebar..mana gaya nye pulak nak jadik crew kikikiii

Qatar Airways Crews kikikii :P
Masa pegi jek duk tangkap gambo..haha..masa balik, ingat nak tido jek

Gambo wajib gamaknye hehehe

Nota bawahan:
Mungkin pengalaman yang dilalui adalah berbeza mengikut keadaan & tempat..hee :)



Saturday, October 24, 2015

Tragedi Sebrenica Bosnia

Aku baru habis tengok dokumentari pasal pembunuhan beramai-ramai bangsa Bosnia di Sebrenica oleh askar-askar Serbia.

Setiap tahun, minggu pertama September adalah hari untuk memperingati tragedi ini.

Tahun 1995, masa kejadian ini berlaku, mungkin aku terlalu kecil untuk faham dan hadam. Dulu-dulu...ada jugak aku fikir...kenapa nak tolong Bosnia. Betul ke Bosnia tu yang di pihak benar..atau sebenarnya Serbia.

Tapi...bila dah besar ni, automatik kita faham. Dah boleh fikir.

Perang Bosnia ni, kira perang penghapusan etnik..penghapusan bangsa. Di Sebrenica sahaja 8000 orang dibunuh, manakala wanita-wanita diperkosa.

Lebih dasyat lagi, di satu kilang bateri kereta di Sebrenica...bangsa-bangsa Bosnia ini dikumpulkan oleh askar-askar UN Belanda yang akhirnya mereka diseksa dan dibunuh. Kesan-kesan darah di dinding kilang masih jelas kelihatan. Kejam sangat. Penganiayaan yang sangat tak boleh diterima. Mereka didustakan, ditipu oleh orang yang kononnya datang ingin menyelamat (UN).

Melihat mereka yang masih hidup...dengan kesan trauma yang dahsyat..kehilangan orang-orang tersayang...cacat anggota badan..ia cukup menginsafkan.

Seperti kata seorang ibu yang hilang anak-anak dan suaminya, "Jangan sampai peperangan sebegini terjadi di negara kamu"

Ngeri.

Ngeri...sebab terbayang rakusnya manusia di  negara ini menebar rasa benci sesama manusia dan bangsa di negara ini. Menggunakan alasan kebebasan bersuara. Melempar kebencian, kemudian bersembunyi. Berselindung di sebalik profile picture.

Moga-moga negara ini dijauhkan daripada kebencian sesama manusia.

Monday, October 19, 2015

Hamad International Airport, Doha, Qatar

Kisahnya, masa ke Turki bulan lepas...aku dan cikpina naik Qatar Airways transit kat Doha. Transit lebih kurang 8 jam lebih masa pergi dan 1 jam lebih masa balik dari Turki.

Masa sampai kat Hamad International Airport, Doha waktu tu dalam tengah malam macam tu la. Masa sampai tu...kitorang blur sket. Hehe..tak tau nak tuju mana sebenarnya. Konpius pun ye jugak kot. Jadik, dari tempat Arrival tu..kitorang lepak dulu kat kerusi-kerusi depan Imigresen.

Masa aku pegi jalan-jalan tengok gate mana kitorang patut masuk, ada seorang Hamba Allah ni duduk dekat cikpina...Malaysian. Mula-mula sembang ok je..lepas tu, kitorang jadik terganggu pulak. Hiks...takpela, dah banyak sangat travel kot..sampai sembang macam ape jek. Pastu masa dia tengah sembang dengan orang lain, kitorang slow-slow angkat punggung masuk Imigresen wakakakaka. Kira macam kami ni degil jugak la..tak ikut cakap Hamba Allah tu...dia kata, tak payah masuk lagi...sebab kat dalam tu bukan ada apa. Nasib kitorang degil!

Masa tengah beratur tu, ada pulak sorang mamat ni, dari Vietnam ke negara manetah..tanya pasal flight dia. Dah lambat dah sebenarnya mamat tu, pastu tanya kami dari mana...boleh dia tak tau Malaysia...grrrr...macam besor beno jek Asia Tenggara neh.

Rupanya kan..kat gate-gate tu kan..besOo. Huh..nasib tak ikut cakap Hamba Allah tu. Mula-mula kami merayau-rayau sekejap...akhirnya kami duduk kat kerusi banyak-banyak kat area gate C. Pandang kiri, pandang kanan...nampak orang tidur jek kat kerusi tu..siap ada yang bentang kain..tidur kat bawah tepi kerusi.

Ok, kitorang pun join tidur..sambil duduk -_-

Kesilapan di situ...aku lupa walaupun aku penah baca, transit lebih 8 jam boleh claim makan hahahaha..gigih la makan kitkat & biskut! Ah, kenapa la tak ingat langsung!

Lagi 2 jam lebih nak boarding cikpina ajak jalan-jalan. Masa tu pun dah tau gate mana kitorang kena gi. Gate A pulak..so jalan-jalan la...sambil tangkap gambo sana sini.

Cikpina ni minat sangat dengan bear ni. Tau tak banyak kali kena tangkap gambo kat sini
-_-
Jalan punya jalan punya jalan...eh ada tempat main internet la. Jalan lagi...eh ada television room la (...yang orang guna untuk tidur). Jalan lagi........eh ada quiet room la!!!! Siap ada kerusi panjang yang untuk tidur tu..uwawa..adui lawak la!nape tak kabo! Idok ler keme dua orang tido duduk. Hahaha...padiyappa~ Aku rasa...kitorang terpengaruh jugak dengan dakyah Hamba Allah tu, yang mengatakan...takde mende punnnn kat airport Doha nih..sampai kitorang tak berusaha pun nak cari tempat yang best nak zZzz hahaha

Boleh main internet guna epal kena ngap
Tempat budak main...kot :P
Backpacker...acah-acah :P
Usha gate mana sampai berpinor mate
bear berlampu. Nak study gamaknye, ade lampu atas kepala
Haa..tengok..gambar dia kat bear ni lagi kihkihkih
Giant Bear...yang belakang tu la bukan depan!
Lepas tu kami jumpa surau. Surau ni kat semua gate ada rupanye. Hehe..suka surau dia...bersih, wangi dan selesa. Duduk kat surau sambil tengok macam-macam gaya orang solat. Hee...

Surau . Happy gilo jumpa surau yang best cenggini haha
Tempat amik wuduk...guna sensor jek hehe
Surau bersih + luas.
Quiet Room! Tempat ZzZzzz
Masa balik dari Turki,transit kan sejam lebih je.. dari kapal tobang kena pulak naik bas ke arrival...lepas tu kena gi Gate E pulak.. kena jalan laju-laju hokey...sebab gate tu jauhhhh...jauhhhhhh kat hujung sekali..siap kena turun bawah sekali lagi, lepas tu kena naik bas lain plak untuk ke kapal tobang. Sebelum nak boarding tu..hehe..aku nak gi toilet..tanpa aku sedar bahawasanya kena naik bas lagi! hahahahaha.. cikpina rupanya dah nampak bas tu, tapi dia diam jek. Keluar toilet, tengok cikpina dah beratur...makanya, jadi lar kami antara orang terakhir naik bas tu. kehkehkeh....nyaris nak jadik lagi tragedi kena tinggal! Nehii meri beti..tak mau ku ulangi lagi. hahaha :D




Friday, October 16, 2015

Istanbul : Kami Dah Datang!

Pertengahan September 2015, akhirnya tercapai jugak impian nak menjejak bumi Al Fateh. Heh...rancang dari tahun lepas lagi. Beli tiket sebelum puasa....lepas tu nganga currency naik hahaha :P

Untuk trip ke Istanbul ni, aku pergi berempat. tapi 2 orang transit, 2 orang direct flight ekeke. Bagaimana ia terjadi? Kerana ia adalah takdir. Haha..yang transit tu..aku dengan cikpina la. hee..kami naik Qatar Airways, farah dan cudib plak naik direct flight, Turkish Airways. Ada cerita kelakar sikit pasal transit tu,tapi itu kena kat entry lain hehe.

Trip kami ni cuma cover Istanbul dan Bursa aje. Sebab? Taknak rushing sangat..nak watlek watpis jek. kihkih. Kami amik pakej ground tour aje, tiket flight beli sendiri. Pakej tu include 4 hari tour (breakfast, lunch, dinner, hotel, entrance fees) dan 3 hari free and easy. Airport transfer pun termasuk dalam pakej. Untuk ground RM1,935.00. Kalau nak beli travel insurans, boleh beli online aje kat https://digital.axa.com.my/travel-insurance-malaysia.. hah, hambek ko..link trus aku tepek. hiks. RM52 sajorr..

So, persediaan sebelum pergi :
1. Cari pakej ground tour - RM1,935.00
2. beli tiket flight - RM2,317.90 return Qatar Airways
3. beli insurans - RM52
4. MINTAK CUTI! hahah
5. tukar duit. heh

Oleh kerana aku dan cikpina transit kat Doha, makanya kami tiba lewat beberapa jam daripada farah dan cudib, dalam pukul 2 pm kami sampai kat Istanbul-Ataturk Airport. Haa..Istanbul ada 2 airport ek, kat belah Asia ada 1, Sabiha namanya. Kalau beli tiket flight jangan konpius plak. Tour agent kami plak kata hari first tu takde tour gi mana-mana sebab kitorang sampai lambat. Grrr..idok ler lambat beno..pukul 2 pm jerr.
Tu diaa..abam dah menanti 
Sebelum ke Istanbul, Farah dah sewa wifi Alldaywifi secara online. Mereka hantar terus kat hotel yang kita menginap. Sooo..boleh la post gambo kat Instagram & spam Facebook dengan berderet-deret gambo ko tengah hoye-hoye di kala orang lain berkoje. :P

Alldaywifi - USD5/ day, boleh kongsi guna reramai

Jadi, hari pertama kitorg free & easy. Lepas mandi-mandi, kitorang keluar..cari kebab haha. Hotel kami tu dekat aje dengan stesen tram. Lepas kenyang makan kebab (aku tak habis pon..besar angat!), kitorang beli Istanbulkart 7TL + isi 13TL. Istanbulkart boleh kongsi-kongsi..lepas sorang touch, sorang lagi touch..pastu touch lagi..touch lagi dan lagi dan lagii..:P senang hidup ehehe.

Stesen tram kat hotel kami tu ialah Stesen Laleli-Universite. Kitorang mula-mula nak ke Eminonu...tapi tengok macam menarik jek masa lalu Beyazit..jadi, kami turun la kat stesen seterusnya, Sultanahmet. Masa nak balik kitorang jalan kaki je..ikut jalan tram heheh. Bukan lalu atas landasan tuh..lalu tepi lerr..Dekat je. Masa jalan-jalan tu cikpina try la ekskrem, dondurma. Heh..eskrem memang dorang panggil dondurma. Eskrem McD tu pun dondurma. Orang yang jual dondurma ni memang tradisi dorang duk main-main dengan orang yang nak beli tu..duk usik-usik.

Rupa Istanbulkart + jejari flawless bahaha :P
Hari kedua, tour guide kami, Ferhan datang jemput kat hotel. hee..naik van yang besar dan selesa. Destinasi pertama yang dituju ialah the famous Blue Mosque. Nama betul dia Masjid Sultan Ahmed, tapi lebih dikenali sebagai Blue Mosque. Cantik sangat weh masjid ni. Tak tau nak cakap camne. Jubin dia sangat cantik. Berapa entah jumlah jubin kat situ, dah lupa..Ferhan ada bagitau...maklumlah, time orang bercerita ko sibuk melopong jer hehe. Masa kami datang tu, ramai sangat orang. Masjid ni masih digunakan untuk solat. Kalau masuk waktu solat, mereka akan tutup..bagi laluan untuk solat dulu. Blue Mosque, Hippodrome, Hagia Sophia dan Topkapi Palace dalam kawasan yang sama..sebelah-sebelah aje. Kat sebelah Blue Mosque pulak ada Hippodrome. Hippodrome ni dia ada tiang-tiang... kalau tengok dari atas, ia lurus dan katanya akan terus menuju ke Kaabah. Di Hippodrome jugak ada German Fountain.

yang ni Valens Aquaduct kat tengah-tengah bandar Istanbul


Obelisk kat Hippodrome
German Fountain
Masjid Biru bila di-translate-kan jadi Blue Mosque. hiks
Jubin kat dewan solat utama Masjid Biru
Masjid Biru
Mengadap Blue Mosque pulak ada Hagia Sophia. Hagia Sophia ni asalnya adalah sebuah gereja. Tapi, bila Sultan Al Fateh menakluk Constantinople, Hagia Sophia ditukarkan menjadi masjid. Dalam masa setengah hari sahaja, ia ditukar menjadi masjid dan menaikkan ukiran kayu yang besar diukir  dengan nama Allah, Muhammad dan khalifah-khalifah Islam di setiap penjuru. Solat jemaah pertama adalah pada hari Jumaat, iaitu pada hari Kerajaan Byzantine ditumbangkan oleh tentera Al Fateh. Walaupun dah ditukar menjadi masjid, tetapi unsur gereja masih ada disitu. Hagia Sophia ini jugak sangat cantik...jubin-jubin dia memang sangat menakjubkan, macam lukisan. 

Haa..kat kawasan antara Blue Mosque dan Hagia Sophia ni, banyak anjing-anjing tak bertuan tau. Sihat-sihat belaka (beso la maknanye). Tapi, jangan takut, deme tak gesel-gesel orang. Anjing-anjing ni semua ada tag, sebab senang kerajaan Turki nak trace dan bagi vaksin.  
Hagia Sophia
Erm..budak ni memang keje dia melompat jek. Kalau tak melompat, dia berlari :P
Hagia Sophia
Masjid Biru daripada tingkap Hagia Sophia
Tak ingat la apa nama tempat ni. Ada kat depan pintu masuk Topkapi Palace. Dalam filem Istanbul Aku Datang tu, ada scene kat sini. eceh.
Kalau naik bahagian atas, cuba korang pergi kat kat dinding yang ada 3 orang tu, dibuat dengan jubin emas dan yang tengah-tengah tu Jesus. Korang duduk kat depan Jesus tu tengok mata dia. Lepas tu korang alih-alih kedudukan korang..pegi ke hujung kiri..hujung kanan...belakang sikit ke...korang akan nampak mata dia akan ikut je kita pergi mana. Haaa..hebat kan orang yang buat jubin tu! Yang ni Ferhan yang bagitau..tak ramai yang tau kot...tanya kawan yang penah pegi pun, depa taktau..hee..kat situ pun tak tulis. Ada lagi satu jubin Virgin Mary pangku Jesus, itu katanya jubin terlawa..memang pun, macam lukisan bebeno. Disebabkan Hagia Sophia ni asalnya gereja, kiblat untuk Masjid beranjak beberapa darjah. Kedudukan Virgin Mary tu tengah-tengah (kiblat deme la kot).
Jubin Jesus mata bergerak (yang tengah)
Virgin Mary pangku Jesus
Nama Allah, Muhammad dan Khalifah-Khalifah Islam
Lepas kerajaan Uthmaniyah jatuh, Attaturk dah tukarkan Hagia Sophia jadi muzium. Kat satu tiang kat bawah tu, ada satu lubang, nama dia Weeping Column, dorang dulu-dulu..masukkan ibu jari kat lubang tu, pusing 360 darjah dan buat wish. Ferhan kata aku pusing 359 darjah..pusingan tak penuh hihi
Weeping Column
Selesai kat Hagia Sophia, kami pergi lunch dulu sebelum sambung pusing kat Topkapi Palace. Topkapi Palace ni tempat sultan-sultan duduk sebelum dorang bina Istana Dolmabahce. Nak masuk dalam siap kena scan beg semua..hee. Kalau nak tengok view cantik Golden Horn-Bosphorus-Marmara sambil silang kaki minum kopi, boleh jalan sampai hujung lepas tu turun bawah..ada cafe boleh lepak-lepak. Kat Topkapi ni ada ruang-ruang pameran, macam hadiah-hadiah yang sultan-sultan terima dulu. Ada kat satu bahagian tu, tempat pameran Islam, Privy Chamber, ada orang baca Quran..ingatkan pasang CD...rupanya orang betul tengah baca! Tertipu keme..sedap sangat dia baca. Kalau nak masuk Topkapi ni kena masa yang lama..sebab banyak tempat nak masuk, selain nak kena beratur masuk tempat-tempat tu.

Topkapi Palace
Ini pintu. Haha..yang oren tu bukan pintu
ke dapur diraja, dapur istana serve untuk 4 ribu orang sekali masak
Lompatan dengan teknik kecacatan tangan
Puteri-puteri raja kuang3~
Bahagian belakang Topkapi yang boleh nampak lauttt
Mengopi dulu..sambil pipi ditampar-tampar bayu laut.. hehe
Hari Ketiga ni, hari merayau-rayau di tempat shopping. hiks. Tempat pertama yang Ferhan bawak, Kircilar, kilang kulit. Sebelum dia bagi jalan-jalan dalam kedai dia, dia bagi tengok fashion show dulu. Haa..kelass kau jah! macam setaraf Dato' Siti Nurhaliza je feelingnye..hahaha..sape tengok Romantika mesti perasan ada part fashion show neh. Boleh la buat album lepas nih..sebab dah setaraf Siti..hahaha :P Lembut dan ringan sangat kulit dia. Sedap jekkkkk megangnye kome oii..tapi sedap jugak la rege nye hahah. Oh, bila godeh-godeh galeri, takde gambar kat sini haha..semua video. 

Lepas tu Ferhan bawak ke kilang jual Turkish Delight pulak..rembat sekotak jek..sebab fikir banyak lagi tempat nak pergi..hehe. Habis rasa semua Turkish Delight yang ada, gerak pula ke Grand Bazaar. Sebelum masuk ke Grand Bazaar kami pi kejar burung-burung merpati kat depan pintu gerbang Istanbul Universiti…hehe. Antara Pintu 1 Grand Bazaar dan Istanbul Universiti ada pasar jugak..jual buku-buku, souvenir..Sahaflar Carsisi nama dia.  

Pengacau Merpati 
Nak jugak..

Deme pun nak jugak tuhh hehe
Istanbul Universiti
Jual barang-barang antik sebelum masuk Sahaflar Carsisi
Ni postcard yang paling murah dijumpai - Sahaflar Carsisi
Sahaflar Carsisi..banyak jual buku & frame
Grand Bazaar ni ada lebih 4 ribu kedai. Tapi kebanyakannya jual benda yang sama je. Tips untuk tak nak sesat kat sini ialah ingat pintu mana korang masuk. Pastikan masuk dan keluar ikut pintu yang sama. Lagi satu, kalau korang masuk ke lorong-lorong kecil dalam bazaar ni, always back to lorong utama sebelum masuk ke lorong-lorong kecil lain. Konsep tulang ikan bak kata Ferhan. Tips lagi satu..hehe..make sure dalam kumpulan korang tu, ada sorang atau lebih yang tak pening, yang tak konfius tengok jalan..jenis ni kalau baca map, confirm tak sesat hahaha. Kalau baca map pun sesat, elok la kome rebus map tu, pastu minum. Hiks.
Grand Bazaar yang famous sangat tu. Ini salah satu pintu gerbang masuknya
Dalam Grand Bazaar
Antara barang yang dijual (oh, pakcik tu bukan untuk dijual hahaha)
Antara barang yang dijual
Baklava
Lepas ke Grand Bazaar kitorang ke Spice Bazaar pulak. Spice Bazaar ni, macam nama dia la..banyak jual spice. Apa yang dijual kat Grand Bazaar, itulah jugak yang ada kat Spice Bazaar. Cuma harganya ok sikit kot..dan penjual-penjualnya tak kerek sangat. Hee

Selepas cuci mata di Spice Bazaar, kami naik pulak Bosphorus Cruise. Jetinya depan Spice Bazaar je, Eminonu nama tempatnya. Cruise ni akan bawa menyelusuri Selat Bosphorus. Heh...lawa seh..yang lagi macam "Oh, bermaknanya cruise ini!" adalah dapat tengok kapal selam bergerak hahahahahaha...naik cruise berselisih dengan kapal selam tuh..feeling dia rasa macam "heyyy jiran yang rare...jom high five!" haha :P

Galata Tower
Jeti Eskudar
Rumelian Castle
Yeni Mosque (New Mosque) & Galata Bridge
Kapal Perang, Kapal Selam & Military School :)
Selepas habis cruise, kami ke Taksim pulak. Taksim ni selalu tempat orang buat demonstrasi. Masa kami datang tu pun, ada gak...cuma macam kecil-kecilan je la...tapi polis macam FRU ...yang kacak-kacak  ramai la. Taksim ni dia macam happening sikit la..banyak kedai-kedai branded. Kat sini pun ada Hard Rock Cafe..pada sapa-sapa yang suka kumpul barang HRC la. Kalau lalu sampai hujung Istiklal Caddesi, akan jumpa Galata Tower. Cita-cita besar kami nak tengok sunset kat atas Galata Tower tu. Heh...cita-cita jela...cita-cita tak semestinya kesampaian..eceh..haha...ramainya la orang beratur nak naik atas...Dongak-punya-dongak nampak ada hotel yang ada restoran kat rooftop sebelah Galata Tower tu. Jadi, kitorang pun pegi lar minum kat situ sambil menikmati sunset berlatar belakangkan Galata Tower. haha..jadi laaa.. lawa juge!

Pokus beno bace menu tu kak? :P
Haa..tu tuu Galata Tower
View dari Restoran Hotel Anemon
Kami balik hotel naik Metro...dan bila sampai hotel, terjadi satu tragedi. Stranded dalam lif! ahaha..lif terbuka kat tengah-tengah antara level -1 & -2.  Penyelesaiannya, tekan lif sampai level 5, pastu turun balik ahaha. Selamatttt...

Hari yang keempat, kami ke Bursa pulak. Kalau ikut plan asal..nak tidur di Bursa satu malam..tapi tukar plan pegi sehari je, malam balik. Kami ke Bursa dengan naik bas kecik campur dengan orang-orang lain..majoriti dari negara Arab. Perjalanan ke Bursa ambil masa dalam 4 jam termasuk 30 minit naik feri.
Atas feri. Syok burung-burung terbang rendah kat tepi-tepi hehe
Naik Feri..Istanbullines dari Eskihizar ke Yalova merentasi Laut Marmara
View Bandar Bursa dari Uludag
Tempat pertama yang kami pergi kat Bursa ialah Kedai Madu..apadia ntah nama kedai madu tu hehe. .Organic House kot..Lepas tu, pegi Uludag untuk naik kereta kabel. Bas berhenti macam lagi 700 meter nak ke puncak. Jadi, kita boleh pilih sama ada nak naik ATV atau cable car untuk naik ke puncak. Cable car nak naik ke puncak ni takde tutup tau..open jek. Yang ni tak termasuk dalam pakej. Kena bayar sendiri. 20TL/ person untuk cable car dan 150TL untuk ATV (mungkin ada pakej yang masuk sekali kot).

Farah dengan Cudib jek naik atas...aku dengan cikpina duk kat bawah jek...sambil buat sesi photoshoot. hehe..kat atas puncak tu ada restoran kalau nak minum-minum. Kalau time winter, boleh main ski kat Uludag ni.

Lawa tak? lawa tak? cikpina tu memang lawa :P *tabur gula*
pencahayaan agung
Dikelilingi bunga yang menerbangkan debunga-debunganya..eceh
Haa..nampak tak..nampak tak...open je kan cable car dia..hehe
Masa nak turun bawah pulak, naik cable car yang boleh muat 8 orang (bayaran dah masuk pakej)..jauh jugak..siap ada station transit..tempat berhenti sekejap. Nampak lar satu bandar Bursa tu. Masa nak turun bawah ni baru buat sesi ice-breaking dengan tour guide dan pasangan daripada Pakistan. Kami berempat dan pasangan Pakistan tu je yang guna tour guide english ni..yang lain kan semua dari Arab. Semua pun tak caya kitorang ni dah lebih 25 tahun haha..huru hara sangat kot..macam budak-budak haha
terteleng-teleng
Dalam cable car
Bandar Bursa dari atas
dah nak sampai stesen bawah.

Kemudian kami ke Silk Bazaar dan Green Mosque. Silk bazaar tu dia jual kucing.

Hahahah :D

Obviously, nama dia silk...jual silk la :P Masa perjalanan balik ke Istanbul tu, ada singgah lagi kat kedai Turkish Delight. Masa datang pun singgah jugak..nama kedai tu..Munira hahaha. Sampai kat Istanbul pukul 1 pagi! Pengsan!

Esoknya mulalah hari kami tanpa tour guide. Jalan-jalan sendiri aje. Tempat pertama yang kami pergi ialah Cevahir Shopping Mall. Saje nak tengok shopping mall kat oversea. Hehe..nak masuk mall ni siap kena scan bagai. Sebelum pergi tu, kami mintak map kat kaunter hotel. Kemudian, kami ke Taksim...lagi! hahaha..naik metro berhenti kat Taksim..naik-naik terus jumpa Taksim Square yang popular tuh. Kami duduk makan kat Hafiz Mustafa.

Haa..kek..kunefe..dondurma..nyummmmm
Kalau nak topup Istanbulkart boleh topup kat mesin ni. Kat stesen-stesen tram/metro ada
Lepas tu, nak cari HRC balik...tapi sesat daaa..hahaha..tapi best jugak, lalu lorong-lorong belakang neh kan.

Pilih ler teh ape kome nak..teh o beng takde :P
Model bangunan :P
Kat jalan apetah namanye
kedai bunga
sukaaaa kedai buku macam ni!
Kedai buku dan pembeli buku 
Buah & sayur sebelah kedai buku. hiks
best kan dalam kedai ni
Haaaaa...Cihangir la namanye! Pusing-pusing balik tempat yang sama haha
Bazaar kat Istiklal Caddesi - mahal. hee
Avrupa Pasaji kat bahagian dalam..pintu keluar bersambung dengan Balik Pazari tu
Avrupa Pasaji ni kat depan HRC
kat dalam dia macam lawa sket
Ada ler dalam sejam nunggu ada orang tu queue nak beli souvenir HRC..sebab masa tu penuh dengan makcik pakcik akak abang rombongan Tupperware..dari Malaysia la of courseee :P

Lepas habis ukur Istiklal Caddesi kat Taksim, kami naik metro turun kat Halic. Halic ni stesen metro yang kat tengah-tengah Golden Horn, stesen atas ayo la. Jalan-jalan dari stesen Halic tu, ternampak pulak Misir Carsisi. Bazaar ni macam barang-barang kraf. Bazaar ni bersambung terus dengan Spice Bazaar.

Misir Carsisi
Barang-barang daripada kayu
ade souvenir jugak
Jenuh nengok lampu jek kat Istanbul neh :P
Yeni Mosque - gambo ni aku tiru pompuan kat sebelah aku..ini la kot gambo yang dia cube tangkap..hahahahah
Gerbang Yeni Mosque
Ingat tak tragedi stranded dalam lif? Kena tekan level paling tinggi lepas tu turun bawah balik kan?Sebabkan tragedi itu, baru kitorang tau, hotel tu ada port rooftop yang lawa hehe...
Waiting for sunset
Fly to the moon bebeh..but don't terjun bangunan ek 
Rooftop @ Hotel Samir..eh jangan risau cikpina duduk kat situ...sebelah sana tu bersambung dengan lantai bangunan sebelah tu. heheh
Aslan Kacak tolong tangkapkan gambo
Remang senja di Istanbul..eceh
Istanbul from Rooftop
Masjid Fateh
Azan dari sana-sini..masjid banyak kan :)
Pengembaraan (acah-acah sangatt :P) kami diteruskan lagi keesokan harinya. Kami nak ke Kadikoy iaitu di Istanbul sebelah Asia. Untuk ke Kadikoy, kena naik feri dari Eminonu. Sampai kat jeti Kadikoy kitorang terus cari bas nak ke Tazari Sali Pazari, kalau ikut blog yang pernah aku baca, kat situ macam pasar la..dalam google map..dalam 10-15 minit jek. Driver bas yang kami tanya tu (guna google translate la hehe) bagitau kena naik bas 15BK. Dah sejam dalam bas...tak nampak bayang pun. Hahaha..sampai kat satu tempat tu macam lawa jek, kitorang decide nak turun jer.

Kekdahnya...bila aku turun...dorang semua tak turun lagi, bas dah gerak! Ahahahaha..lawak-lawak. Terkulat-kulat jek aku tengok bas tu gerak. Tapi, sempat lagi check Istanbulkart ada tak dengan aku. hahaha Lepas tu baru bas berenti kat depan sikit hahahah. Kalau tak, solo traveler la aku lepas tu bahahaha

Tempat yang kitorang tak sengaja turun tu adalah Beykoz. Pekan tepi laut menghadap Selat Bosphorus. Tak menyesal pun sesat..sebab tempat tu lawa. hehe

Cantik ke tidokk? 
banyak bot-bot kecik 
view dari restoran tempat kitorang lepak makan
Cecelah tingkap restoran hehe
Kat Bandar Kadikoy
Lepas makan, kitorang tunggu balik bas 15BK tu, tapi menghala ke Kadikoy pulak. Haha..dah sesat..kembali ke pangkal jalan la.  Banyak pulak membeli belah kat sini haha. Oh, Kadikoy ni dalam Istanbul lagi, jadi Istanbulkart boleh guna ek.

Murah-murah pinggan mangkuk kat sini hehe
view dari Feri masa nak balik dari Kadikoy ke Eminonu
Kadikoy
view dari feri lagi
Balik dari Kadikoy kami terus ke hotel, lepas tu keluar balik. Jalan-jalan malam hehe..makan kat tempat yang sangat la peramahnye la haiii...lepas tu jalan-jalan jumpa kedai souvenir dan tshirt murah ehehe..borongggg laa! *wink* Haa, masa kitorang tengah makan tu, ada transformer datang hehe. Kat Istanbul ni dorang kutip sampah malam-malam. Sorang je pekerjanya yakni driver lori tu. Lepas tu, masa nak kutip sampah tu..driver lori akan control remote yang akan gerakkan kren untuk cekup tempat sampah tuh ahaha..cekup pon boleyy. Tong sampah tu nampak je kecik kat atas permukaan nih, bila dia angkat...beso rupanya! Bau pun tak berapa nak ada. Menarik sangat. Memang kekaguman keterujaanlah! Heh.

Hari terakhir di Istanbul, kitorang gi jalan-jalan untuk shopping cari souvenir. Habis pusing kawasan Eminonu tuh nak cari kedai jual sejadah. Rupanya kat kawasan Misir Carsisi tu..kat salah satu lorong, depan Virginia Steak House. Habis tumpah bergelen-gelen peluh nak cari kedai tu punya pasal hahaha. Berbaloi..sebab banyak sejadah lawa-lawa...siap dapat free satu sejadah. Beli sejadah murah...dapat free sejadah mahal sikit..kikikii :P

Banyak jual buah berangan kat sini
Misi mencari kedai sejadah
Turkish coffee ni boleh beli kat Misir Carsisi, betul-betul kat pintu belakang Spice Bazaar
Tamatlah sudah perjalanan kami di Istanbul. Istanbul ni sistem pengangkutan awam dia efisien, senang dan tak complicated. Kalau takut salah naik tram, tengok kat kepala tram tu, ada tulis nama stesen yang terakhir...tapi kena tau la..kat laluan tu ada stesen-stesen apa sebab kadang-kadang tram tu tak sampai pun kat stesen yang terakhir...mungkin dia akan berhenti sampai stesen yang sebelum tu. Cerita pasal makan, airport transit & pemerhatian tentang Istanbul, aku buat kat entry lain ek.

Ni stesen tram yang dekat tempat-tempat popular kat Istanbul. Ni aku amik kat blog mana ntah dulu..lupe, mohon ampun kepada pemilik blog

Sebelum pegi, boleh study dulu kot, laluan-laluan tram/ metro/ bas kat Istanbul. Idok ler pening nanti
Kalau sesiapa nak pergi Turki, rasanya boleh tukar RM kepada EURO kat Malaysia dulu kot. Kat sana baru tukar LIRA. Tapi, boleh je tukar sikit dulu..sebelum nak jumpa Money Changer kat sana kan


Nota bawahan :
Versi video dijemput untuk jamu mata kat : https://www.youtube.com/watch?v=VQARdNshqB4