Monday, November 10, 2014

Secubit Rasa

Macam secubit Baba's dah bunyiknya.

Punyalah lama tak post kat sini. Dalam hardisk ada berkoyan-koyan..yang tulis-tulis separuh jalan. Tak tau nak post ke tidak. Taken by event dah. Mm..nantilah..kalau ada mood, ingat nak copy benda-benda yang aku meroyan tulis kat instagram dan facebook tu.

Ni nak cakap tulis, lately ni macam ada seketul rasa yang tak terluah. Dia macam seketul...yang tak boleh nak keluar dari hati.

Nak cakap kat orang...orang lain lagi ada masalah yang lagi besar dari aku. Buat apa nak tambah serabut kepala orang.

Lagipun, ke-tidak-pandai-an aku untuk describe benda seketul itu...mungkin akan menyebabkan orang lain tak paham *pening*

Miahaha....aku memang ditakdirkan jadi listener jek kot. Kerja mendengar lagi senang dari meluahkan. Tak reti cakap. Ey eyy..bukan cakap yang macam 'awak kat mane'..'nama saya Otroman bin Superman'..Ni cakap..yang cakap panjang-panjang tulaa.. Patut la Allah tak makbulkan doa mak aku untuk aku jadik Cikgu. Jahanam anak murid nanti..dapat cikgu tak reti explain haha

Oh, hari ini sahabat aku memulakan perjalanan hidup baru di tempat baru. Harap-harap dia gembira di situ. Berkat sabar lebih 5 tahun.

kbai.