Wednesday, August 6, 2014

Menilai Manusia

Menilai manusia bukan semudah mengambil peperiksaan objektif.

Pilih sama ada A, B, C atau D. Hitamkan bulatan. Selesai.

Itupun kalau jawapannya terang lagi bersuluh. Kalau spesis jawapan yang tersirat...berselirat jugak urat otak nak berfikir.

Menilai manusia bukan hanya melihat pada rupa kacaknya, besar rumahnya, canggih keretanya, tebal poketnya, jenama bajunya...

Menilai manusia bukan boleh dipelajari di sekolah konvensional...ia hanya diperolehi daripada sekolah alam..sekolah kehidupan.

Hidup kalau sekadar leka dengan kehidupan sendiri...mana mungkin nak mengaut ilmu daripada sekolah alam.

Kadang-kadang menilai manusia ini hanya try and error sahaja. Paling penting, jangan sekadar menilai luaran sahaja. Tapi...luar dan dalam. Namun, sentiasalah bersangka baik. ;)