Wednesday, July 9, 2014

Sahabat yang hebat

Bertuah rasa diri dikelilingi orang-orang yang hebat.

Apa lagi yang patut aku minta?

Baiknya hati mereka.

Terima kasih.

Bila suatu hari kita rasa jatuh, masih ada yang menghulur tangan. Itulah antara nikmat hidup yang terbaik.

Di balik kelam

Di balik kelam
Halus sinar menerobos
Sedikit menyinari gelap.

Putar ligat otak memerah
Apa akal merebut sinar jelas
Agar seluruh jiwa disinari.

Tapi
Kaku
Masih begitu
Tidak berubah
Tiada sinar
Apatah lagi cahaya.

Dambakan yang terang
Dambakan yang jelas.

Tapi hampa.

Dari sudut kamar kecil ini.
Hanya ada harapan.
Entah bila menjadi nyata.

Sunday, July 6, 2014

Ramadan 2014

1.04 pagi.

Tahun lepas..masa-masa gini, takde maknanya nak tido. Kalau masa tu panda dah ada kat Malaysia, mesti dia stress...sebab ramainya bermata panda kat Malaysia ni..kalah mata panda yang original. :P

Walaupun tahun ini tak sesibuk tahun lepas...tapi..erm..erm...macam rindu pulak. heh.

Macam tak percaya je, aku...kami...boleh lalui semua tu. Betullah orang kata, kita tak tahu kekuatan diri kita, apa yang kita boleh lakukan...sampai kita terpaksa hadap benda tu..kerana itu sahaja jalan yang kita ada. Tiada pilihan lain.

Terpaksa. Ya, t-e-r-p-a-k-s-a.

Macam yang aku selalu cakap sebelum ini. Sesetengah perkara itu, memang perlu dipaksa sebelum ia menjadi darah daging. Apa salahnya...kalau perkara itu baik..bermanfaat.

Bukan semua paksaan itu menjurus kepada negatif semata-mata.

Contoh :
kalau anak-anak kecil tidak dipaksa untuk solat...macam mana ia nak jadi darah daging..menjadi rutin.

Eh, tukar balik cerita.

Ramadan kali ni, kat Putrajaya la pulak.

Sorang.

Sorang.

Huhu.

*tune in -Dendang Perantau*

kbai *lap ayo mate*

Terbang Tunduk

Pernah tak dengar satu-satu lagu tu..pastu meremang bulu ketiak roma? Haa..lagu Fynn Jamal tajuk Terbang Tunduk yang dia buat khas untuk Kapten Dato' Halim Othman sempena Red Bull Air Race haritu..memang meremang. Bagi aku lar...bagi orang lain..tetau ler kite :P

So, atas kemeremangan aku itu, aku pun menjadikan lagu itu sebagai ringtone henpon aku..Miahaha :P

Nah..lirik terbaik. Ayat makan dalam punye :)




Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati