Monday, April 21, 2014

Malaysia Breakfast Day 2014 - Milo Run

Semalam aku join Malaysia Breakfast Day 2014 - Milo Run..7 km habaq ang!

Ini adalah pertama kali. haha..pastu terus 7km kann...of course lah bukan aku yang daftar sendiri.. haha..

7km tu takdelah aku lari sepanjang masa..jalan and slow jog jek..tapi, boleh jugak habis dalam masa 1 jam 11 minit..so, dapatlah medal! yeayy..kalau habiskan before 1 jam setengah dapat medal :)

Aku takdelah praktis mana pun before ni..sekali briskwalk and sekali jogging..tu je.. Nasib la tak pancit yang menyebabkan tak boleh lari..kihkihkih.

Seronok laa..aku lari dengan 'baby sitter' aku :P Tapi geng2 aku 5 orang yang join.

Nak join lagilah next time! eh..:P

Saturday, April 19, 2014

Program Cross Fertilization

Dua minggu lepas, aku ulang-alik Putrajaya-KL selama dua minggu.

Sebabnya?

Aku telah di PCF-kan ke Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) kat Jalan Sultan Salahuddin. Masa mula-mula masuk ke kementerian baru ni memang aku tau, kementerian ni ada buat program PCF dorang sendiri...bukan melalui JPA macam selalu tu...dan melibatkan pegawai-pegawai baru yang masuk kat kementerian.

Aku memang dapat rasa, lambat laun, aku mesti kena pergi jugak...cumanyaaa....aku tak la sangka secepat ini! Hahaha..pendek cerita, sebenarnya aku masih tak bersedia.

Di JPS aku ditempatkan kat Bahagian Korporat. Dua minggu je penempatan ni, ada pro dan con nye la.

1. 2 minggu..baru nak loading...dah macam ok, paapppp! kena balik office.
2. 2 minggu..sebenarnya nak faham core business satu-satu jabatan tu macam tak sempat sebenarnya.
3. 2 minggu tak tau nak buat apa! haha :P

Cumanya, mestilah ada beberapa perkara yang kena ditambah baik.

Hikmah dan pengajaran untuk diri sendiri..

Kagumnya pada orang yang boleh ulang-alik hari-hari jauh-jauh demi mencari rezeki. Kalau nak tempuh tempat yang tak sesak macam KL tu takpe jugak..ini..hmmmmpphhh..faham-faham jela. Hari gelap lagi dah keluar dari rumah..semata-mata nak elak jem. Gigih kan.

Syukur.

Oh, sebenarnya...2 minggu aku di-PCF-kan, aku rasa banyak hikmah/ renungan untuk diri sendiri...haha, bukan berkaitan kerja pulak. Kekdahnya, kalau dah hari-hari pergi balik kerja berfikir jek. Worth it. No regret at all.


Nota bawahan:
Teringat pulak cerita operator PLUS kena maki tuh.


Bayang-bayang

Pernah pergi mana-mana, kemudian jumpa orang yang dikenali...orang itu pun tanya "eh, mana si polan?"....jalan-jalan lagi, jumpa orang lain pulak..dan orang tu pun tanya "eh, mana si polan?".
Kalau anda pernah mengalami situasi ini..itu maknanya, anda sangat kerap atau sangat sinonim dengan si polan tu. Haha, kembar..tapi lain-lain bapak dan emak. Bayang-bayang pun ye.
Ni bayang-bayang aku. Haha..bayang-bayang la, dah sorang tinggi..sorang kurang tinggi. lol ;P 

Ibu Seludup Dadah Untuk Anak

BALIK PULAU 18 April - Seorang ibu mempamerkan kasih sa­yang tidak bertempat terhadap anaknya selepas tergamak menyeludup dadah untuk lelaki itu di dalam galeri awam Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini semalam.

Dadah jenis heroin seberat 9.4 gram itu dibalut di dalam gulungan tembakau dan dibungkus di dalam plastik hitam sebelum diserahkan kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhkan hukuman atas pertuduhan memiliki dadah.

Perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari seorang anggota polis yang mengiringi anaknya turun dari kandang tertuduh ke lokap sementara mahkamah di aras bawah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Nor Salawati Saad berkata, dadah itu diberikan wanita tersebut kepada anaknya yang kemudiannya menyerahkan bungkusan itu kepada seorang lagi tahanan lain pada kira-kira pukul 11.15 pagi.

"Wanita itu yang berada di galeri awam tiba-tiba meluru ke arah anaknya dan menghulurkan bungkusan berisi dadah tersebut. Dia kemudian ditahan oleh anggota polis yang mengiringi anaknya,' katanya dalam sidang akhbar di IPD Barat Daya, di sini hari ini.

Menurut Norsalawati, wanita itu ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau se­umur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Katanya, anak suspek pula ber­ada di mahkamah kerana menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB dan dikenakan penjara sembilan bulan.

Berita penuh SINI

Nota Bawahan ;
Saboo jela..alahai, masyarakat..kesian betul tengok emaknye, dah la tua..kang kalau sabit kesalahan..tak pasal-pasal ke dalam jugak sama dengan anak.