Friday, March 21, 2014

Diploma Pengurusan Awam (DPA) : Part I



Amaran : Entry ni dah lama peram kat word :)


26 Mei 2013 bermula perjalanan baru. Permulaan kursus yang dinanti-nantikan. The well-known and famous DPA…Diploma Pengurusan Awam. Kursus wajib tempuh, wajib harung dan segala jenis wajib yang ada kat muka bumi ni untuk menjadi seorang PiTtiDdiii. 

Heh, dinanti dengan penuh debaran kot..sebab ada banyak cerita yang didengar. Sama ada baik atau buruk. Untuk aku..dan mungkin kawan-kawan Batch 2/2010, sememangnya kami amat berharap untuk pergi kursus siri kali ini sebab kalau nak tunggu tahun depan, alamatnya dah terlebih tiga tahun kami dalam servis.

Sebelum pergi DPA, macam-macam persediaan telah dibuat. Antaranya menukar waktu kerja daripada WP3 kepada WP2..sebab, nak jogging balik kerja..wakakka. Kemudian, mengumpul wang sebanyak mungkin, sebab..kalau ikut checklist..mak oii banyaknya nak kena beli! Lepas tu, persediaan mental! Hee..takde ape pun yang aku buat untuk persediaan mental…doa je laa…

Dengan beg yang penuh satu kereta..perjalanan secara konvoi nak tercabut nyawa ditempuhi untuk ke INTIM. Kenapa tercabut nyawa? Sebab ketua konvoi sangat laju! Hampeh tul. Nyaris juga tak ikut plan asal nak tumpang Eli. Barang dorang suami isteri pun penuh Myvi..siap terlebih sampai ke seat belakang. Kalau campur barang aku…mungkin aku kena duduk kat seat atas bumbung. Ngee…

Ok, minggu pertama DPA dimulai dengan Minggu Group Integration (GI). Minggu ini menyaksikan ada beberapa hari aku berjaya capai 10,000 langkah seperti yang di-set-kan dalam henpon aku. Tapi itu tak termasuk la yang aku pergi toilet atau tempat-tempat yang aku tak bawak henpon…contohnya, berlari kat padang. Ha, paham tak maksudnya? Maksudnya adalah masa GI ini…terlampau banyak pergerakan lerr…sampai aku turun 4 kilo tauuu…aku jogging setiap petang pun tak turun berat!

Masa minggu GI ni masing-masing berusaha nak tunjuk bakat tersirat dan tersurat..maklum ler..takut kena RTU. Apa itu RTU?? RTU ialah Return To Unit anak-anak sekalian. Maknanya, anda dihantar pulang ke pangkuan jabatan anda atas sebab anda tidak layak menjalani DPA ini dari segi fizikal mahupun mental.

Minggu GI diakhiri dengan pengumuman….ANDA SEMUA LAYAK MENJADI PESERTA DIPLOMA PENGURUSAN AWAM SIRI 44 BIL. 1/2013! Habis kembang kuncup semua orang. Hahaha.

Kami kemudiannya dibahagikan mengikut sidang. Katanya sidang ni dibahagikan mengikut karakter dan personaliti masing-masing. Pusing kiri, pusing kanan…tengok kawan-kawan sidang..mmm…memang ada persamaan haha. Setelah pecah kepala, stay up…nama sidang yang diluluskan ialah Chivalry. Nama batch pulak LEGION.

Modul pertama yang kami harung ialah Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi. (PESMO). Ok la..takde presentation..Cuma ada exam habaq ang…kemudian selepas PESMO, Modul Ekonomi plak. Perghhh…memang macam ahli ekonomi dah masing-masing masa presentation. Bayangkan dalam masa seminggu..kemudiaan exam lagi. Tapi, sempat lagi kami bersukan inter sidang. Aku..main netball la..haha..

Modul lepas tu plak modul Polis di Maktab Polis Cheras. Yeahh..yang ini yang aku nanti-nantikan. Tapi, sudah takdirnya..jerebu menanti. Makanya, jadilah kami polis yang kawad di dalam dewan! Tapi menembak tetap menembak. Pistol Walther P.99. Wuuu…best habaq ang…markah menembak 17/20. Tersasar yang 3 tu masa awal-awal sebab tak paham macam mane nak tenang (teynang) Memang rasa ketagih..kalau boleh nak menembak lagi. Ehem-ehem..kat modul Polis gak…tiba-tiba nama aku naik untuk Anugerah Akademik Terbaik..hahaha..rasa macam lawak antarabangsa petala kelapan pulak! Unexpected. Tapi syukurlah…at least ada la sesuatu kan..kihkihkih.

Modul Bomba di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu pulak menyusul selepas tu…fuhh..sebenarnya kami semua kecut perut nak pergi modul ni. Sebab...mendengarkan beberapa kisah tidak enak seperti BA Gallery yang amat menyeksakan..dan latihan-latihan kawad yang menakutkan. Tapi, sudah rezeki kami jadi sidang yang terakhir daripada INTIM..latihan kawad kami tak la berat sangat. BA Gallery pun dapat harung dengan jayanya. Oleh kerana aku ni takut..jadik aku join grup pertama perempuan yang masuk BA Gallery..sebab taknak ketakutan menghantui hidup kuuu…wahhh, memang menyeksakan..dengan nak control nafas lagi, kendong tong oksigen yang berat kat belakang..masuk lorong yang sangat kecik dan bersimpang siur..gelap..duhh..inilah penyeksaan yang paling dasyat yang pernah aku tempuh…ingatkan masa Lead Camp dulu kali terakhir kena masuk tempat cam ni..adehh..tapi kat Lead Camp takdelah horror macam ni…(sila bayangkan ye, sambil makan biskut Hup Seng).

Tapi, berada di Akademi Bomba ni sangat menginsafkan. Kesian sangat tengok pelatih-pelatih kat sana. Makan tak mewah. Latihan berat. Besarnyalah pengorbanan dorang nak jadi bomba punya pasal kan. Isk..badan dah la kurus jek masing-masing. Susahnya nak jadi bomba.... (...susahnya juga nak jadik PTD).

Balik saja dari bomba..bulan puasa pulak. Perghh..inilah bulan puasa yang paling tragis seumur hidup kot. Sangat hectic! Banyak event..dan modul-modul yang kena harung pun banyak assignment. Haa..contohnya Modul Pengurusan Projek. Kena buat model bagai.. Meeting event mula pukul 1 pagi tu biasa… “Hey, meeting pukul berapa weh?”..”Meeting pukul 1 ye..” dialog biasa sepanjang bulan puasa. Heh.. tapi itu semua indah habaq ang..masa ini la, kita akan nampak siapa yang boleh dibuat kawan..dan siapa yang perlu dinyah-tinjakan. Hee. Kesusahan kan selalunya membawa kepada hikmahNya.

Dua minggu cuti raya..eh, bukan cuti sangat la pun nyee..ada assignment, interview tokoh PTD. Kumpulan aku, interview KSU KBS. Pengalaman menarik..walaupun ketaq lutut. Kemudian, sempena bulan syawal tuh..ada event Rewang Raya. Nak memasak la pulak nye adoi! Pada masa ini sudah bertebar-tebaran gosip menyatakan kami akan dipecah-sidang-kan. Ini antara event yang paling menarik..have fun as Chivalrians..mm.. *mood memory lane*

Oh, masa first term ni..hehe...aku merasa la jadik Pengarah Projek…Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Akhir..nasib la tak banyak masalah sepanjang nak anjurkan program neh. Apa pun, ia jadi satu kenangan yang terindah (macam poyo..haha). Ok la..masa nak bahagi-bahagi event tu untuk lantik Pengarah Program..aku tengok pertandingan debat tu lar event paling senang dalam list..plus lambat lagi nak buatnya kalau ikut tarikhnya, jadi aku pun volunteer jela nak jadi PM..lagipun, Exco berkenaan asyik pandang jekkk dengan mata penuh memaksa hahaha..nasiblar, Exco roommate sendiri...last-last…amekawww…tarikh diawalkan!..terkujat aku! Dengan kekangan orang cuti raya lagi. Pastu dengan event bertindih-tindihnya..*poning pale kite*

No comments: