Sunday, January 5, 2014

Penutup Disember 2013 : Iktibar Banjir di Kuantan

Tiada kata mampu dilafazkan. Hanya airmata sahaja tanpa sedar mengalir. Melihat syurga kita tunggang langgang dek bencana yang tak terfikir dek akal.

Ketika Majlis Pengurusan Jenazah baru membuka tirai..berita rumah hampir dinaiki air membuatkan aku dan Eli nekad nak balik. Nasib baik mudah je mintak izin daripada KPP.

Perjalanan balik penuh dengan debaran sebab tengok kiri kanan jalan di sepanjang perjalanan dah tenggelam. Sampai rumah di Kuantan, air dah paras paha di luar. Kat dalam masa tu baru bahagian dapur sahaja yang dah masuk air.

Kemas sikit-sikit je. Yakin sangat masa tu air takkan naik seteruk mana. Tengah hari masih sempat ke Giant..makan dan bertenang. Kemudian dapat tahu air semakin naik. Waktu tinggalkan rumah, air dah sampai paras betis..tapi hati ini masih positif..air takkan naik lagi.

Perjalanan balik ke INTIM penuh cabarannya. Nasib baik Che An ikut. Tersangkut kami kat MCKIP...berjalan beratus meter dalam hujan..sebab nak tengok apa yang jadi kat depan. Kemudian kami ikut jalan lama pulak...jalan tenggelam. Air deras merentasi jalan. Tapi sebab ada 2-3 kereta kat depan yang redah air banjir tu..kami tawakkal je redah air. Masa tengah redah air...sebelah kanan jalan ada sebuah kereta yang dah tertonggeng..berderau darah.

Kami bergerak balik jam 6 petang..sampai di INTIM jam 10.30 malam. Sangat meletihkan.

Esoknya, dapat berita air semakin naik. INTIM pulak blackout. Makanan di catu. Air pun takde. Masing-masing tak tau nak buat apa. (kisah di INTIM ni nak crite detail kat entry DPA :) )

Balik Kuantan all the way from Putrajaya (baru sampai petang, pagi-pagi esoknya gerak balik ke Kuantan). Sedih..sebab sepatutnya hari itu adalah hari pertunangan kakak aku kat Johor. Tapi, aku terpaksa balik ke Kuantan sebab nak cuci rumah. Nasib baik aku balik...kalau tak, sapa nak cucikan bilik aku tuh.

Sedih...banyaknya barang yang aku campakkan aje dalam plastik sampah. Masa ni la baru sedar...banyaknya barang aku!

Inilah hikmahnya banjir ni...takde la aku pindah dengan membawa barang yang banyak. 

Hanya sabar je yang mampu aku tanam sedalam-dalamnya dan pasakkan sekukuh-kukuhnya dalam hati.

Sesungguhnya..kun fayakun. Allah Maha Besar. Dia lah yang Maha Mengetahui apa yang berlaku.

Melihat keadaan di sebuah pusat pemindahan...nampaknya masih ramai yang tidak tahu bersyukur. Syukur masih bernyawa. Syukur masih ada makanan untuk disuapkan. Syukur kerana masih ada tempat untuk melelapkan mata...malah sangat berlebihan kemudahan yang mereka nikmati berbanding mangsa banjir yang lain. Namun..manusia sememangnya tidak pernah puas. Sedih.