Saturday, December 27, 2014

Banjir 2014: Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Kedah

1. jps mmg expect thun ni worse..tp tak seteruk ini.

2. kalau pusat pmindahan tu x diwartakan sbgi pusat pmindahan...mmg la penyelamat xtau

3. stakat ko je pggil tu pst pmindahan tp dorg xtau..mknn xleh anto

4. kwsn2 yg dijangka banjir mmg dh dimaklum dr rmah ke rumah...tp sbb org2 situ kate mn pnh banjir kt situ...jd dorg x nk pindah

5. bila dh teruk...arus deras..n hanya sedare mare ko jek tau ko duk kt ceruk kg tu....mn la penyelamat nk g tolong dgn pantas

6. pylamat pn manusia..ada anak bini makpak..bkn superman

7. mcm intim dlu..awal2 dorg x isytihar intim pusat pmindahan..xde makanan kan dihantar

8. time ptt xyah birokrasi..depa nk suh berbirokrasi isytihar darurat bagai

9. kalau korg/team dgn mampu sewa heli..plis proceed..xyah n wat ayat maki mcm2..korg ni nk tolong ke nak publisiti

10. yg kata xde org selaras bantuan tu..dah nape xkontek PKOB (urus bantuan), JKM @ MKN.

11. JKM, MKN etc pun xcukup kakitangan...jadi ko urus jelaaaa...dh packing siap baru tny urusetia mana nk anto..takyah kecoh boleh?

13. bila jadi bencana..yg paling susah adalah bila VVIP dtg. jadi...PM xyah dtg pn xpe..lagipun bangjib bkn pengerusi bencana kbangsaan..pgerusi itu bang maydin. cuma utk mileage dia as politician dia jek...bila dtg pn bkn dia leh berenang slmatkan org

14. Selepas ini pengurusan bencana perlu disebarkan..supaya org tau. apa tu pusat pemindahan, knp perlu ke pusat pemindahan..apa no2 yg perlu di kontek

15. nape nk marah kerajaan persekutuan je.kerajaan negeri bukankah sepatutnya patut ready dulu.bak kate tpm...klu tak isytihar darurat pun..federal still bantu..takde beza pun. Dalam kes Kelantan, MB sendiri mengatakan tidak perlu darurat.

16. cuma masalahnya thun ni sgt truk..overpowered. xcukup man power n aset yg bersesuaian. sape yg cakap mana kapal selam tu...aku isytiharkan dia sebagai ketua org bodoh sedunia

**font/ayat caca marba..sebab guna phone.

Tuesday, December 9, 2014

1 year of Yahooo!!

Hee...not exactly 1 year today..1 year 3 days. haha

Hari melarikan diri dari Kemaman. Perjalanan yang ohsem..walaupun berdebarnya Tuhan jela tahu.

Sempena ulangtahun tu, aku meraikannya dengan jalan-jalan....(habiskan duit) kat Jalan TAR. lol.

Nyaris la Sogo tu aku pandang jeling-jeling jek.

Ok, bukan itu nak ceritanye pun adoii.

Oh tapi hari ini official aku kat Kementerian baru.

Setahun...macam kejap sesangat. macam takde mende pun buat. Hahaha.

Harap-harap tahun depan lebih menjiwai diri sendiri. Ahaks.

Monday, November 10, 2014

Secubit Rasa

Macam secubit Baba's dah bunyiknya.

Punyalah lama tak post kat sini. Dalam hardisk ada berkoyan-koyan..yang tulis-tulis separuh jalan. Tak tau nak post ke tidak. Taken by event dah. Mm..nantilah..kalau ada mood, ingat nak copy benda-benda yang aku meroyan tulis kat instagram dan facebook tu.

Ni nak cakap tulis, lately ni macam ada seketul rasa yang tak terluah. Dia macam seketul...yang tak boleh nak keluar dari hati.

Nak cakap kat orang...orang lain lagi ada masalah yang lagi besar dari aku. Buat apa nak tambah serabut kepala orang.

Lagipun, ke-tidak-pandai-an aku untuk describe benda seketul itu...mungkin akan menyebabkan orang lain tak paham *pening*

Miahaha....aku memang ditakdirkan jadi listener jek kot. Kerja mendengar lagi senang dari meluahkan. Tak reti cakap. Ey eyy..bukan cakap yang macam 'awak kat mane'..'nama saya Otroman bin Superman'..Ni cakap..yang cakap panjang-panjang tulaa.. Patut la Allah tak makbulkan doa mak aku untuk aku jadik Cikgu. Jahanam anak murid nanti..dapat cikgu tak reti explain haha

Oh, hari ini sahabat aku memulakan perjalanan hidup baru di tempat baru. Harap-harap dia gembira di situ. Berkat sabar lebih 5 tahun.

kbai.




Wednesday, August 6, 2014

Menilai Manusia

Menilai manusia bukan semudah mengambil peperiksaan objektif.

Pilih sama ada A, B, C atau D. Hitamkan bulatan. Selesai.

Itupun kalau jawapannya terang lagi bersuluh. Kalau spesis jawapan yang tersirat...berselirat jugak urat otak nak berfikir.

Menilai manusia bukan hanya melihat pada rupa kacaknya, besar rumahnya, canggih keretanya, tebal poketnya, jenama bajunya...

Menilai manusia bukan boleh dipelajari di sekolah konvensional...ia hanya diperolehi daripada sekolah alam..sekolah kehidupan.

Hidup kalau sekadar leka dengan kehidupan sendiri...mana mungkin nak mengaut ilmu daripada sekolah alam.

Kadang-kadang menilai manusia ini hanya try and error sahaja. Paling penting, jangan sekadar menilai luaran sahaja. Tapi...luar dan dalam. Namun, sentiasalah bersangka baik. ;)

Wednesday, July 9, 2014

Sahabat yang hebat

Bertuah rasa diri dikelilingi orang-orang yang hebat.

Apa lagi yang patut aku minta?

Baiknya hati mereka.

Terima kasih.

Bila suatu hari kita rasa jatuh, masih ada yang menghulur tangan. Itulah antara nikmat hidup yang terbaik.

Di balik kelam

Di balik kelam
Halus sinar menerobos
Sedikit menyinari gelap.

Putar ligat otak memerah
Apa akal merebut sinar jelas
Agar seluruh jiwa disinari.

Tapi
Kaku
Masih begitu
Tidak berubah
Tiada sinar
Apatah lagi cahaya.

Dambakan yang terang
Dambakan yang jelas.

Tapi hampa.

Dari sudut kamar kecil ini.
Hanya ada harapan.
Entah bila menjadi nyata.

Sunday, July 6, 2014

Ramadan 2014

1.04 pagi.

Tahun lepas..masa-masa gini, takde maknanya nak tido. Kalau masa tu panda dah ada kat Malaysia, mesti dia stress...sebab ramainya bermata panda kat Malaysia ni..kalah mata panda yang original. :P

Walaupun tahun ini tak sesibuk tahun lepas...tapi..erm..erm...macam rindu pulak. heh.

Macam tak percaya je, aku...kami...boleh lalui semua tu. Betullah orang kata, kita tak tahu kekuatan diri kita, apa yang kita boleh lakukan...sampai kita terpaksa hadap benda tu..kerana itu sahaja jalan yang kita ada. Tiada pilihan lain.

Terpaksa. Ya, t-e-r-p-a-k-s-a.

Macam yang aku selalu cakap sebelum ini. Sesetengah perkara itu, memang perlu dipaksa sebelum ia menjadi darah daging. Apa salahnya...kalau perkara itu baik..bermanfaat.

Bukan semua paksaan itu menjurus kepada negatif semata-mata.

Contoh :
kalau anak-anak kecil tidak dipaksa untuk solat...macam mana ia nak jadi darah daging..menjadi rutin.

Eh, tukar balik cerita.

Ramadan kali ni, kat Putrajaya la pulak.

Sorang.

Sorang.

Huhu.

*tune in -Dendang Perantau*

kbai *lap ayo mate*

Terbang Tunduk

Pernah tak dengar satu-satu lagu tu..pastu meremang bulu ketiak roma? Haa..lagu Fynn Jamal tajuk Terbang Tunduk yang dia buat khas untuk Kapten Dato' Halim Othman sempena Red Bull Air Race haritu..memang meremang. Bagi aku lar...bagi orang lain..tetau ler kite :P

So, atas kemeremangan aku itu, aku pun menjadikan lagu itu sebagai ringtone henpon aku..Miahaha :P

Nah..lirik terbaik. Ayat makan dalam punye :)




Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

Monday, April 21, 2014

Malaysia Breakfast Day 2014 - Milo Run

Semalam aku join Malaysia Breakfast Day 2014 - Milo Run..7 km habaq ang!

Ini adalah pertama kali. haha..pastu terus 7km kann...of course lah bukan aku yang daftar sendiri.. haha..

7km tu takdelah aku lari sepanjang masa..jalan and slow jog jek..tapi, boleh jugak habis dalam masa 1 jam 11 minit..so, dapatlah medal! yeayy..kalau habiskan before 1 jam setengah dapat medal :)

Aku takdelah praktis mana pun before ni..sekali briskwalk and sekali jogging..tu je.. Nasib la tak pancit yang menyebabkan tak boleh lari..kihkihkih.

Seronok laa..aku lari dengan 'baby sitter' aku :P Tapi geng2 aku 5 orang yang join.

Nak join lagilah next time! eh..:P

Saturday, April 19, 2014

Program Cross Fertilization

Dua minggu lepas, aku ulang-alik Putrajaya-KL selama dua minggu.

Sebabnya?

Aku telah di PCF-kan ke Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) kat Jalan Sultan Salahuddin. Masa mula-mula masuk ke kementerian baru ni memang aku tau, kementerian ni ada buat program PCF dorang sendiri...bukan melalui JPA macam selalu tu...dan melibatkan pegawai-pegawai baru yang masuk kat kementerian.

Aku memang dapat rasa, lambat laun, aku mesti kena pergi jugak...cumanyaaa....aku tak la sangka secepat ini! Hahaha..pendek cerita, sebenarnya aku masih tak bersedia.

Di JPS aku ditempatkan kat Bahagian Korporat. Dua minggu je penempatan ni, ada pro dan con nye la.

1. 2 minggu..baru nak loading...dah macam ok, paapppp! kena balik office.
2. 2 minggu..sebenarnya nak faham core business satu-satu jabatan tu macam tak sempat sebenarnya.
3. 2 minggu tak tau nak buat apa! haha :P

Cumanya, mestilah ada beberapa perkara yang kena ditambah baik.

Hikmah dan pengajaran untuk diri sendiri..

Kagumnya pada orang yang boleh ulang-alik hari-hari jauh-jauh demi mencari rezeki. Kalau nak tempuh tempat yang tak sesak macam KL tu takpe jugak..ini..hmmmmpphhh..faham-faham jela. Hari gelap lagi dah keluar dari rumah..semata-mata nak elak jem. Gigih kan.

Syukur.

Oh, sebenarnya...2 minggu aku di-PCF-kan, aku rasa banyak hikmah/ renungan untuk diri sendiri...haha, bukan berkaitan kerja pulak. Kekdahnya, kalau dah hari-hari pergi balik kerja berfikir jek. Worth it. No regret at all.


Nota bawahan:
Teringat pulak cerita operator PLUS kena maki tuh.


Bayang-bayang

Pernah pergi mana-mana, kemudian jumpa orang yang dikenali...orang itu pun tanya "eh, mana si polan?"....jalan-jalan lagi, jumpa orang lain pulak..dan orang tu pun tanya "eh, mana si polan?".
Kalau anda pernah mengalami situasi ini..itu maknanya, anda sangat kerap atau sangat sinonim dengan si polan tu. Haha, kembar..tapi lain-lain bapak dan emak. Bayang-bayang pun ye.
Ni bayang-bayang aku. Haha..bayang-bayang la, dah sorang tinggi..sorang kurang tinggi. lol ;P 

Ibu Seludup Dadah Untuk Anak

BALIK PULAU 18 April - Seorang ibu mempamerkan kasih sa­yang tidak bertempat terhadap anaknya selepas tergamak menyeludup dadah untuk lelaki itu di dalam galeri awam Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini semalam.

Dadah jenis heroin seberat 9.4 gram itu dibalut di dalam gulungan tembakau dan dibungkus di dalam plastik hitam sebelum diserahkan kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhkan hukuman atas pertuduhan memiliki dadah.

Perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari seorang anggota polis yang mengiringi anaknya turun dari kandang tertuduh ke lokap sementara mahkamah di aras bawah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Nor Salawati Saad berkata, dadah itu diberikan wanita tersebut kepada anaknya yang kemudiannya menyerahkan bungkusan itu kepada seorang lagi tahanan lain pada kira-kira pukul 11.15 pagi.

"Wanita itu yang berada di galeri awam tiba-tiba meluru ke arah anaknya dan menghulurkan bungkusan berisi dadah tersebut. Dia kemudian ditahan oleh anggota polis yang mengiringi anaknya,' katanya dalam sidang akhbar di IPD Barat Daya, di sini hari ini.

Menurut Norsalawati, wanita itu ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau se­umur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Katanya, anak suspek pula ber­ada di mahkamah kerana menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB dan dikenakan penjara sembilan bulan.

Berita penuh SINI

Nota Bawahan ;
Saboo jela..alahai, masyarakat..kesian betul tengok emaknye, dah la tua..kang kalau sabit kesalahan..tak pasal-pasal ke dalam jugak sama dengan anak. 

Sunday, March 23, 2014

Persefahaman

Kawan kata...
Persefahaman itu bila..kita tak payah lafazkan pun, tapi pasangan/kawan kita tahu apa yang perlu dilakukan pada masa itu. Macam ada satu persetujuan bersama secara senyap...dan ia melengkapkan antara satu sama lain :)
Cer kamu-kamu tengok sekeliling..siapa disekeliling kamu yang ada unsur-unsur itu.
Selamat mencuba!

Putrajaya Dalam Jerebu

Jerebu makin kurang di Putrajaya. Alhamdulillah. Setiap hari pun hujan. Sekarang pun tengah hujan.
Malaysia sedang di uji.
nota bawahan : Gambar 2 minggu lepas

Saturday, March 22, 2014

MH370 : Selepas 15 hari, 350 jam

15 hari bersamaan 350 jam sudah berlalu. MH370 masih hilang. H I L A N G.

Terlalu banyak hikmah disebalik kehilangan MH370 ini bagi orang-orang yang 'melihat'. 15 hari itu juga menyaksikanjutaan pandangan, kritikan, andaian, komen dan teori sama ada baik atau tidak.

15 hari itu juga menyaksikan mungkin sebahagian besar rakyat Malaysia telah menjadi pakar penerbangan, pakar oceanografi dan pakar siasatan. Sampaikan..bila orang yang benar-benar pakar..yang sememangnya ada kelayakan pun kena 'pangkah' dengan pakar-pakar mee segera ni. Sigh. Some people are born to be stupid..forever!

Ketahuilah wahai manusia, bagi orang-orang yang benar-benar pakar..mereka tidak melihat dari satu hala sahaja. Mereka sudah tahu/ biasa adanya lain-lain aspek yang perlu dilihat secara bersama.

Satu artikel yang pada aku, pandangan yang bagus, dan makes sense. Baca SINI.

Teruskan berdoa!.

Sang Musafir

Kadang-kadang rasa malas. Kadang-kadang rasa sangat penat. Kadang-kadang rasa marah pun ada. Terutamanya bila orang menggunakan ayat..'awak la pegi..awak bujang'..'awak takde komitmen'..untuk mereka mengelak.

Tapi...betul juga kata si dia, niatlah bermusafir dan berdoalah sepanjang perjalanan. Mudah-mudahan doa orang bermusafir ni dimakbulkan. Allah bagi banyak peluang untuk kita berdoa secara tak langsung.

HikmahNya.

nota bawahan : si dia tu perempuan.


#repostdarifb

Pahang - Penang - Pahang - Putrajaya

Oyea Oyea..cerita basi. Haha..

Pahang - Penang - Pahang - Putrajaya --> penuh P dalam dunia kerjaya aku. P yang seterusnya...Perak mungkin? :)

Nak sangat pindah kan..haa..duduk la kau nak Putrajaya. Haha..

Masih dalam proses menyesuaikan diri. Terkejut kut urat-urat otak ni 6 bulan tak bekerja...tiba-tiba kena kerja balik..masyaAllah..susahnya nak menyambungkan urat-urat otak ini. Setiap pagi kena bagi semangat pada diri sendiri untuk pergi kerja. haha

Pathetic sangat.

Tapi, honestly, aku rindu tempat kerja lama...hahaha..tapi bukan rindu orang-orangnya yek. :P


Friday, March 21, 2014

Diploma Pengurusan Awam (DPA) : Part II

Amaran : Entry ni dah lama peram kat word :)



Semester kedua dengan sidang baru. Awkward. Bukan aku sorang je rasa macam tu, semua orang kot. Masing-masing tak boleh nak masuk dengan sidang baru. Tapi, aku ok jek..sebab sparring partner aku pun sidang yang sama..hiks. 


Modul Strategic Engagement Program, kena buat projek yang melibatkan daerah Pekan dan Kuantan. Lepas tu, present depan wakil SUK dan PBT. Terbaikk..

Modul yang banyak disebut-sebut dan dinanti-nanti dalam DPA ialah Pengurusan Majlis. Pengurusan Majlis yang mana salah satu tugasannya adalah Malam Protokol. Aku amik part yang mulanya macam senang…tapi jadik complicated pulak lepas tu..haha..aku buat pameran. Sangat berchenta betul aku buat pameran tuh..duduk bertapa kat dewan dengan laptop..edit gambar, printing, tampal-ing, cutting..fuhh..dan, tiba-tiba tempat pameran jadik hutan. Haha..kelasss kauu budak lelaki menghutankan ruang pameran itu dengan membuat operasi pembalakan hutan kat belakang INTIM. Oh lagi satu, terkeluar satu potensi diri, menconteng muka orang. Haha..conteng muka watak Cinda, muka burung..sampai orang lain dok kata Cinda special, ada make-up artist sendiri...LoL.

Lepas tu..hmm..tiba-tiba jadik Mak Sidang. Belasah jela..sebab dua minggu je pun kat kampus, dua minggu lagi modul luar yakni CSR dan OBS. Tapi…cayolah cakap den, sebab ada modul luar tu lagi susah nak buat arrangement dan coordination..haha..semua kena pakai whatsapps jek (Terima kasih Whatsapps).

CSR antara modul yang paling dekat kat hati…sebab arrangement kena mula awal..contact sponsors/ suppliers, design posters, banners, stickers. Dan out of nowhere pilih Langkawi sebagai destinasi. Its Langkawi!!! Beribu batu dari INTIM. Paling kerja gila! Semua orang macam tak percaya, kami nak ke Langkawi. Kenapa Langkawi?! Tapi..kami dengan machonya..Yes, Langkawi! Keterujaan kami itu sampai menutup kekangan-kekangan yang bakal dihadapi. Banyak perancangan yang berubah. Faktor cuaca juga hampir-hampir buat CSR kami tak berjaya. Hahaha..tapi berkat keterujaan kami yang gila itu…mission accomplished! Bangga tengok banner program tergantung kat Langkawi..promosi kat radio Langkawi FM, masuk Berita Wilayah TV1..haha..nice! 

Elok jek habis CSR yang gila itu, mood ketakutan terus ambil tempat. Haha..sebab kena pergi OBS kat Lumut. Sepanjang perjalanan…rasa macam..aargghhhh…kenapa kena pergi OBS!! Tapi..dah kena paksa kan, harung je la..layann..naik 3 bukit yang sangat..perghhh…dalam hujan. Camping tepi laut dalam hujan. Taichi dengan pacats. Masak dalam gelap. Kendong backpack yang ntah berapa kilo berat tu. Pasang khemah sendiri, duduk dalam gelap satu malam sorang-sorang. Mental. Haha. Tapi, hidup jek.

Modul lain yang menarik ialah Pengukuhan Bahasa..yang ada English Nite. Berlakon lah hamba sebagai Diva Queen. Ada satu line je pun…tu pun gagap! Hahaha. Bencilah. Malu. Hahaha..*tak boleh terima kenyataan*

Sebelum Minggu Sintesis, ada Modul Kajian Lapangan. 2 minggu kami ditempatkan dengan keluarga angkat. Aku dapat di daerah Temerloh. Keluarga angkat ok. Cuma aku kurang gemar modul ni…haha..ntahlar. Ok tu je.

Minggu Sintesis mula dahh…seminggu di INTAN Kiara, seminggu lagi di INTIM. Majlis kat Kiara aku joint comittee Majlis KPPA je. Best..smooth jek. Lepas tu aku joint bola jaring. Kami tak tetapkan sasaran pape pun, memang main suka-suka sebab kitorang memang tak sempat praktis betul-betul as a team. Tapi, masa ni la..tengok Legion tunjukkan camaraderie as a team, as a friends. Kalah ke menang…sebab masing-masing datang memang untuk berseronok jek. Tiada tekanan.

Minggu Sintesis di INTIM mula dengan program yang aku jadi Setiausahanya. Ambik kau..terus tak duduk diam. Pada waktu itu, memang hujan sepanjang hari. Angin kencang..tapi, Alhamdulillah, masa program..tak hujan pun. Elok habis program, hujan turun. Masa ni dah dengar Kuantan dah mula banjir. Jalan ke Kuantan pun dah naik air.

Masa program pengurusan jenazah, dapat berita dari Hani, bagitau rumah sewa aku dan Eli dah naik air. Jadi, kami decide untuk balik Kuantan..Che An pun ikut. Sepanjang jalan tu dah naik air. Habis kemas, aku, Eli dan Che An balik ke INTIM. Aku yang bersangka baik ni, cuma angkat barang letak atas katil je. Tanpa fikir, banjir itu akan jadi sangat teruk.

Perjalanan kami balik ke INTIM sangat mencabar. Bermula dengan jalan dinaiki air di MCKIP, Gebeng. Stranded. Akhirnya, kami decide nak ikut jalan lama. Jalan naik air jugak. Tapi, sebab kereta depan teruskan perjalanan..kami ikut la..tapi air memang deras. Tawakal jela. Seriau bila kat satu tempat tu ada satu kereta yang dah tertonggeng nampak buntut kereta je. Kami mula gerak dari Kuantan jam 6 petang, dan sampai ke INTIM jam 10.30 malam! Yang pada waktu biasa hanya mengambil masa 40 minit sahaja.

Keadaan kat INTIM kemudiannya jadi teruk. Blackout. Air takde (bilik aku masih ada air pada masa orang lain takde air dah)..dan talian komunikasi terputus langsung. Makanan dicatu. Bandar Kemaman tenggelam. Macam pulau dah INTIM. Nasib INTIM ada generator..tapi cuma kat Blok Eksekutif, so wi-fi boleh digunakan..jadi boleh lah nak whatsapps dan cas telefon walaupun lambat…Malam-malam pulak, kami ramai-ramai berkampung kat Dewan Samudera, bawak extension, cas telefon kat plug-plug yang ada. Extension bersambung extension. Meriah dewan. Aku siap tidur kat dewan sementara nak tunggu henfon cas penuh ;)Tak senonoh kan. Haha.

Dan akhirnya, DPA kami dihabiskan awal daripada kampus lain. Pagi, 5 Disember, DPA kami diumumkan tamat…dalam keadaan…sangat santai, pakai tracksuit, dengan penempatan kami diumumkan cuma dengan melihat pada netbook KPP…tanpa tangisan terharu atau feeling-feeling terlebih sebab semua orang fikir, macam mana nak keluar dari Kemaman! Hahah..dan, yang paling kelakar…habis jek pengumuman..lampu pun padam! 

Walaupun, DPA dah diumumkan tamat..tapi tiada siapa pun yang boleh balik…sebab takde jalan keluar. Jadi, masing-masing melangut la. Sampailah pada jam 6 pagi 6 Disember 2013, suasana kat luar bilik kecoh..rupanya, ada berita mengatakan ada jalan keluar yang airnya dah surut. Maka, masing-masing mula mencampakkan barang masing-masing dalam kereta..sebab takut air naik balik. Macam nak lari dari rumah dah masing-masing. 

Maka, bermulalah sweet escape early in the morning kami. Tak tau nak digambarkan perasaannya macam mana masa tu. Berdebar-debar. Kami ikut jalan lama sebab jalan Cherating masih tenggelam. Dengan konvoi aku adalah semua perempuan..dengan jalan pun tak confirm..haha..tapi, sepanjang perjalanan tu pun bertembung dengan konvoi-konvoi yang lain. Dan betapa syukurnya kami bila akhirnya..sampai ke Tol Jabor! Rasa macam baru lepas terselamat dari tempat yang penuh dinosaur ke hape ntah perasaannya.
Dan..inilah perkara yang paling melekat dalam sanubari…best moment ever in DPA! Err..menenggelamkan momen lain.Haha.

Secara rasminya DPA kami tamat pada 9 Disember 2013..buat pulak tu kat INTAN Kiara. Kiranya, Legionnaires lapor diri lewat la dari kampus lain..hihi.

-Tamat-
 

Diploma Pengurusan Awam (DPA) : Part I



Amaran : Entry ni dah lama peram kat word :)


26 Mei 2013 bermula perjalanan baru. Permulaan kursus yang dinanti-nantikan. The well-known and famous DPA…Diploma Pengurusan Awam. Kursus wajib tempuh, wajib harung dan segala jenis wajib yang ada kat muka bumi ni untuk menjadi seorang PiTtiDdiii. 

Heh, dinanti dengan penuh debaran kot..sebab ada banyak cerita yang didengar. Sama ada baik atau buruk. Untuk aku..dan mungkin kawan-kawan Batch 2/2010, sememangnya kami amat berharap untuk pergi kursus siri kali ini sebab kalau nak tunggu tahun depan, alamatnya dah terlebih tiga tahun kami dalam servis.

Sebelum pergi DPA, macam-macam persediaan telah dibuat. Antaranya menukar waktu kerja daripada WP3 kepada WP2..sebab, nak jogging balik kerja..wakakka. Kemudian, mengumpul wang sebanyak mungkin, sebab..kalau ikut checklist..mak oii banyaknya nak kena beli! Lepas tu, persediaan mental! Hee..takde ape pun yang aku buat untuk persediaan mental…doa je laa…

Dengan beg yang penuh satu kereta..perjalanan secara konvoi nak tercabut nyawa ditempuhi untuk ke INTIM. Kenapa tercabut nyawa? Sebab ketua konvoi sangat laju! Hampeh tul. Nyaris juga tak ikut plan asal nak tumpang Eli. Barang dorang suami isteri pun penuh Myvi..siap terlebih sampai ke seat belakang. Kalau campur barang aku…mungkin aku kena duduk kat seat atas bumbung. Ngee…

Ok, minggu pertama DPA dimulai dengan Minggu Group Integration (GI). Minggu ini menyaksikan ada beberapa hari aku berjaya capai 10,000 langkah seperti yang di-set-kan dalam henpon aku. Tapi itu tak termasuk la yang aku pergi toilet atau tempat-tempat yang aku tak bawak henpon…contohnya, berlari kat padang. Ha, paham tak maksudnya? Maksudnya adalah masa GI ini…terlampau banyak pergerakan lerr…sampai aku turun 4 kilo tauuu…aku jogging setiap petang pun tak turun berat!

Masa minggu GI ni masing-masing berusaha nak tunjuk bakat tersirat dan tersurat..maklum ler..takut kena RTU. Apa itu RTU?? RTU ialah Return To Unit anak-anak sekalian. Maknanya, anda dihantar pulang ke pangkuan jabatan anda atas sebab anda tidak layak menjalani DPA ini dari segi fizikal mahupun mental.

Minggu GI diakhiri dengan pengumuman….ANDA SEMUA LAYAK MENJADI PESERTA DIPLOMA PENGURUSAN AWAM SIRI 44 BIL. 1/2013! Habis kembang kuncup semua orang. Hahaha.

Kami kemudiannya dibahagikan mengikut sidang. Katanya sidang ni dibahagikan mengikut karakter dan personaliti masing-masing. Pusing kiri, pusing kanan…tengok kawan-kawan sidang..mmm…memang ada persamaan haha. Setelah pecah kepala, stay up…nama sidang yang diluluskan ialah Chivalry. Nama batch pulak LEGION.

Modul pertama yang kami harung ialah Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi. (PESMO). Ok la..takde presentation..Cuma ada exam habaq ang…kemudian selepas PESMO, Modul Ekonomi plak. Perghhh…memang macam ahli ekonomi dah masing-masing masa presentation. Bayangkan dalam masa seminggu..kemudiaan exam lagi. Tapi, sempat lagi kami bersukan inter sidang. Aku..main netball la..haha..

Modul lepas tu plak modul Polis di Maktab Polis Cheras. Yeahh..yang ini yang aku nanti-nantikan. Tapi, sudah takdirnya..jerebu menanti. Makanya, jadilah kami polis yang kawad di dalam dewan! Tapi menembak tetap menembak. Pistol Walther P.99. Wuuu…best habaq ang…markah menembak 17/20. Tersasar yang 3 tu masa awal-awal sebab tak paham macam mane nak tenang (teynang) Memang rasa ketagih..kalau boleh nak menembak lagi. Ehem-ehem..kat modul Polis gak…tiba-tiba nama aku naik untuk Anugerah Akademik Terbaik..hahaha..rasa macam lawak antarabangsa petala kelapan pulak! Unexpected. Tapi syukurlah…at least ada la sesuatu kan..kihkihkih.

Modul Bomba di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu pulak menyusul selepas tu…fuhh..sebenarnya kami semua kecut perut nak pergi modul ni. Sebab...mendengarkan beberapa kisah tidak enak seperti BA Gallery yang amat menyeksakan..dan latihan-latihan kawad yang menakutkan. Tapi, sudah rezeki kami jadi sidang yang terakhir daripada INTIM..latihan kawad kami tak la berat sangat. BA Gallery pun dapat harung dengan jayanya. Oleh kerana aku ni takut..jadik aku join grup pertama perempuan yang masuk BA Gallery..sebab taknak ketakutan menghantui hidup kuuu…wahhh, memang menyeksakan..dengan nak control nafas lagi, kendong tong oksigen yang berat kat belakang..masuk lorong yang sangat kecik dan bersimpang siur..gelap..duhh..inilah penyeksaan yang paling dasyat yang pernah aku tempuh…ingatkan masa Lead Camp dulu kali terakhir kena masuk tempat cam ni..adehh..tapi kat Lead Camp takdelah horror macam ni…(sila bayangkan ye, sambil makan biskut Hup Seng).

Tapi, berada di Akademi Bomba ni sangat menginsafkan. Kesian sangat tengok pelatih-pelatih kat sana. Makan tak mewah. Latihan berat. Besarnyalah pengorbanan dorang nak jadi bomba punya pasal kan. Isk..badan dah la kurus jek masing-masing. Susahnya nak jadi bomba.... (...susahnya juga nak jadik PTD).

Balik saja dari bomba..bulan puasa pulak. Perghh..inilah bulan puasa yang paling tragis seumur hidup kot. Sangat hectic! Banyak event..dan modul-modul yang kena harung pun banyak assignment. Haa..contohnya Modul Pengurusan Projek. Kena buat model bagai.. Meeting event mula pukul 1 pagi tu biasa… “Hey, meeting pukul berapa weh?”..”Meeting pukul 1 ye..” dialog biasa sepanjang bulan puasa. Heh.. tapi itu semua indah habaq ang..masa ini la, kita akan nampak siapa yang boleh dibuat kawan..dan siapa yang perlu dinyah-tinjakan. Hee. Kesusahan kan selalunya membawa kepada hikmahNya.

Dua minggu cuti raya..eh, bukan cuti sangat la pun nyee..ada assignment, interview tokoh PTD. Kumpulan aku, interview KSU KBS. Pengalaman menarik..walaupun ketaq lutut. Kemudian, sempena bulan syawal tuh..ada event Rewang Raya. Nak memasak la pulak nye adoi! Pada masa ini sudah bertebar-tebaran gosip menyatakan kami akan dipecah-sidang-kan. Ini antara event yang paling menarik..have fun as Chivalrians..mm.. *mood memory lane*

Oh, masa first term ni..hehe...aku merasa la jadik Pengarah Projek…Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Akhir..nasib la tak banyak masalah sepanjang nak anjurkan program neh. Apa pun, ia jadi satu kenangan yang terindah (macam poyo..haha). Ok la..masa nak bahagi-bahagi event tu untuk lantik Pengarah Program..aku tengok pertandingan debat tu lar event paling senang dalam list..plus lambat lagi nak buatnya kalau ikut tarikhnya, jadi aku pun volunteer jela nak jadi PM..lagipun, Exco berkenaan asyik pandang jekkk dengan mata penuh memaksa hahaha..nasiblar, Exco roommate sendiri...last-last…amekawww…tarikh diawalkan!..terkujat aku! Dengan kekangan orang cuti raya lagi. Pastu dengan event bertindih-tindihnya..*poning pale kite*