Saturday, August 17, 2013

Untouchable Feeling of Pathetic

Pathetic gile kot buat kerja sekolah sambil makan kuih raya! hailoh...raya tak habis lagi..ohoiii!

Petang tadi dah la mengadap benda alah lego..haha..bapak excitednya jumpa lego helicopters & jet fighter kat ECM tadi. Terus rembat tiga ketul sekaligus. Kalau ikut hati...bulldozer, kren bagai tadi aku nak angkut skali...tapi memikir ongkos yang agak nak kering dalam purse tu..kite cekauu dulu mana yang paling best kann....

Apsal la kedai tu jauh bebenoo kat JB. haishh...ee..lagi satu tadi aku dah geram nengok motor kecik tadi..iskk...tapi harga tak memberangsangkan langsung! Koyak poket kang..



Friday, August 16, 2013

Hakikat Syahadah

...hakikat syahadah itu ada banyak. Bukan setakat membezakan Muslim dengan bukan Muslim sahaja. Ia sebenarnya dasar kehidupan. It is a vow, literally, to Him The Almighty. Siapa yang salah mentafsir maksud syahadah itu, akan membawa kepada salah tafsir kepada Islam itu sendiri.....







Nota bawahan :
Aku yang suka terlalai.

Tipu dan Ditipu

Ia suatu perasaan agak sukar bila mana mengetahui diri sedang ditipu.

Kita punya pilihan. Menerima atau tidak.

Benar, mudah untuk berkata-kata...kita tidak melaluinya. Zaman yang berlalu tidak sedikit mengubah hakikat bahawasanya manusia akan mudah terluka jika ditipu. Terutama ditipu oleh orang yang dikenali apatah lagi jika ditipu oleh insan-insan yang disayangi.



Nota bawahan ;
hurts enough.



Ijab dan Qabul

Aku sebenarnya dari semalam duk teringat scene last telefilem Ijab dan Qabul nih. Isk..awatla tragis sangat...aku taktau kot duk teringat tu sebab effect dari lagu tema dia ke hape...

Memang makan dalam..main aci panah terus ke hati lagu tema dia. Dengarlah Bintang Hatiku.

Terbayang kot mata si Nora Danish tu pandang arwah suami dia. Meninggal dunia sambil mata pandang arwah suami dia. Mmm..

Ni kira sehingga hujung nyawa punya cinta ke?

Mm...

Mm..

Mmm lagi.

k, bai.

Macam Mana Nak Naik Pangkat?

Aaachummm!

Sorry banyak habuk! dah lama tak jengah..hihi.

Nantilah dah habis DPA mungkin boleh update banyak-banyak.

M U N G K I N. capital letters. Ngee!

Sebelum tu, Selamat hari raya Aidilfitri ye!. Maaf zahir dan batin. Moga amalan Ramadhan kita diterima olehNya.

Sempena cuti yang lama sempena hari raya ni..hee..dua minggu kira lama la kan? Kami diberi tugasan untuk menemuduga tokoh PTD.

Kumpulan aku temuduga Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Keluar daripada bilik mesyuarat tempat temuduga dengan senyum lebar...dan rasa bangga.

Kenapa?

Pertama : KSU kottt!!
Kedua : Kagum. Tak salah langsung pilih tokoh!
Ketiga : Pesanan-pesanan beliau.

Mari share apa yang beliau pesan;

1. Selalu doa yang baik-baik
2. Baca alQuran
3. Jangan tinggal Solat Dhuha
4. Balance dunia & akhirat
5. Jangan tipu ketua
6. Perlu ada pelajaran (pengetahuan)
7. Pengalaman
8. Komitmen yang tinggi
9. Jangan meminta-minta jawatan/ pangkat
10. Jangan canang sana sini kerja yang kita buat (terutamanya..kalau sebenarnya kita tak buat pun!)
11. Niat yang baik
12. Integriti
13. Jangan ada rasuah


Nota bawahan;
1. Beliau merupakan KSU paling junior/ muda
2. KSU pertama dari Batch lantikan 1986
3. Pernah menjadi TKSU paling muda..dan pertama dari Batch 1986/ Jusa C 2010