Saturday, April 27, 2013

Diploma Pengurusan Awam

Yada yada~

Akhirnya, akan pergi jugak Diploma Pengurusan Awam (DPA). Last stage sebelum disahkan dalam jawatan ini.

Krohkrohkrohhh JAWATAN INI. yeeee...JAWATAN ITU.

Apalar yang susah sangat nak sah jawatan kan. Ha Ha Haaaa~

Nasib masih dalam lingkungan tiga tahun lagi.

Ok, aku akan ke INTAN Wilayah Timur (INTIM) Kemaman. Untuk DPA kali ini, buat pertama kalinya akan dibuat di empat kampus. INTIM, INTAN Wilayah Utara (INTURA), Sg. Petani, INTAN Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang dan INTAN Bukit Kiara. Cuma di INTAN Bukit Kiara ni untuk Kadet PTD. Kadet PTD cuma 100 orang yang akan mengambil masa kursus selama setahun. Wuuu~ kami yang lain ni hanya enam bulan je wok!

Sekarang tengah buat persiapan la nih..huks...persiapan fizikal (sebab langsung dah tak fit!), persiapan mental (bersedia untuk di-torture) dan jugak yang paling penting.....persiapan kewangan! Uwaaa....lounge suit pun dah RM600!

Semoga kami semua akan dapat menabahkan diri selama enam bulan. Khabar-khabar angin juga mengatakan...kami tidak akan ditempatkan di jabatan lama.

So, farewell party meh?? hehe :P

26 Mei 2013 - 6 Disember 2013 = Mohon dipermudahkanNya.

No comments: