Sunday, April 28, 2013

Caretaker Government

Semalam sembang-sembang dengan housemate, baru terfikir, masih ramai lagi rupanya yang tak faham konsep caretaker government nih. Patut lar ramai yang post status kat facebook macam-macam. Mm...

Apa itu Caretaker Government?

Caretaker government berkuatkuasa pada hari Parlimen dibubarkan sehingga tarikh Perdana Menteri baru (selepas pilihan raya) mengangkat sumpah atau sehingga penggal baru Parlimen yang mana lebih dahulu.

Untuk makluman, jawatan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri masih sah walaupun Parlimen telah dibubarkan. Mereka masih boleh menjalankan tugas-tugas mereka seperti biasa cuma tidak boleh membuat keputusan/ kontrak yang akan mengikat Kerajaan baru selepas pilihan raya. (Ketua Jabatan masih boleh menandatangani MoU).

Semua dasar/ sumbangan/ bantuan yang telah ditentukan seperti yang telah dinyatakan dalam bajet tahunan atau Rancangan Malaysia Lima Tahun (untuk kes sekarang Rancangan Malaysia Ke-10) boleh diteruskan...sebab ia telah pun dimasukkan dalam bajet sebelum pembubaran Parlimen dan peruntukan untuk tujuan tersebut telah ditentukan/ disediakan.

Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri boleh menjalankan tugas mereka atas kapasiti tersebut, tetapi bukan untuk tujuan politik. Contoh, Exco Kesihatan menyampaikan bantuan kerusi roda kepada penduduk DUN Pinang Terbelah. Walaupun, beliau adalah ADUN Pinang Terbelah, tetapi jika majlis tersebut bersesuaian dengan kapasiti/ portfolio beliau sebagai Exco Kesihatan, ia tidak menyalahi konsep caretaker government.

Jadi, kepada yang masih mempertikaikan gelaran Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri yang dibawa oleh mereka pada masa Parlimen telah dibubarkan, harap tidak melatah.

Keyword yang penting untuk caretaker government;
1. keputusan tidak mengikat Kerajaan baru
2. bukan untuk tujuan politik
3. tidak menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954


Kalau nak tau panjang lebar sikit dari yang ditulis ini , boleh PM saya. (PM- private message, bukan Perdana Menteri...kuikuikui~ :P)

SELAMAT MENGUNDI!

Relakan Jiwa - Hazama

Lirik Lagu Relakan Jiwa : Hazama

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/12/lirik-lagu-relakan-jiwa-hazama.html#ixzz2RjX1qsmq


Ntah kenapa, setiap kali dengar lagu ni...aku rasa macam tengah duduk bawah selimut tebal, sambil kaki rapat ke dada dengan rasa nak menangis.

LAGU LOSER KE NEH??

kuang3~

Saturday, April 27, 2013

Diploma Pengurusan Awam

Yada yada~

Akhirnya, akan pergi jugak Diploma Pengurusan Awam (DPA). Last stage sebelum disahkan dalam jawatan ini.

Krohkrohkrohhh JAWATAN INI. yeeee...JAWATAN ITU.

Apalar yang susah sangat nak sah jawatan kan. Ha Ha Haaaa~

Nasib masih dalam lingkungan tiga tahun lagi.

Ok, aku akan ke INTAN Wilayah Timur (INTIM) Kemaman. Untuk DPA kali ini, buat pertama kalinya akan dibuat di empat kampus. INTIM, INTAN Wilayah Utara (INTURA), Sg. Petani, INTAN Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang dan INTAN Bukit Kiara. Cuma di INTAN Bukit Kiara ni untuk Kadet PTD. Kadet PTD cuma 100 orang yang akan mengambil masa kursus selama setahun. Wuuu~ kami yang lain ni hanya enam bulan je wok!

Sekarang tengah buat persiapan la nih..huks...persiapan fizikal (sebab langsung dah tak fit!), persiapan mental (bersedia untuk di-torture) dan jugak yang paling penting.....persiapan kewangan! Uwaaa....lounge suit pun dah RM600!

Semoga kami semua akan dapat menabahkan diri selama enam bulan. Khabar-khabar angin juga mengatakan...kami tidak akan ditempatkan di jabatan lama.

So, farewell party meh?? hehe :P

26 Mei 2013 - 6 Disember 2013 = Mohon dipermudahkanNya.

Monday, April 22, 2013

Bukan Dia Tapi Aku

Lirik Bukan Dia Tapi Aku - JUDIKA

Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku
Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
(cintaku) cintaku
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia
(jangan dia) jangan dia cukup aku
(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)

Sunday, April 14, 2013

UTC Kuantan

Situasi : Sedang mengadap pc di pejabat pada hari Sabtu. Tiba-tiba datang seorang staf menegur.

Dia "Cik Mun...sudah-sudah la tuu..gi la balik..dating"

Aku "Err..ok, saya pegi UTC sekarang!"

Dia "Kenapa kena gi UTC pulak?"

Aku "La..dah awak suruh dating...pakwe saya kan doktor kacak kat UTC tu!"

Dia "Huh?!!"

Hee~

UTC (Pusat Transfromasi Bandar) Kuantan telah dibuka ye! Dirasmikan dengan penuh gah (sebab gimik gempaq oleh bomba) pada 11 April 2013 lepas.

Dan yang paling penting, katanya....katanyaaaa la (ha ha haaaa), doktor di Klinik 1Malaysia tu kacak!

k, bai!

hahaha :P

Judging People : Apple To Apple

Baru lepas kursus imej, tiba-tiba ramai jadi perunding imej.- dah dapat sijil?

lalalaa~

Baru lepas salam sekali je dgn PM, dah cakap 'aku biasa dengan PM'

Baru lepas dengar second hand news tentang Si Polan A, kita pun cerita kat orang dengan orang '..si Polan A tu gitu gini gono..'

Baru lepas sembang dengan Dato A sambil minum kopi lepas meeting, kita pun cerita kat orang 'dato A tu kawan baik aku tuhhh'

Baru lepas tolong edar flyers kat event besar, kita cerita kat orang 'aku dah bertungkus lumus dah untuk event tu'

Biasa dengan situasi di atas? Sesungguhnya anda bertuah dapat mengenali warna manusia. Tahniah!

Atau, andakah salah seorangnya?
 
Adilkah kita...?
 
Adilkah kita, bila mana kita hanya melihat dari sisi atas...atau hanya dari sisi tepi sahaja, kemudian kita membuat kesimpulan yang merangkumi keseluruhan kisah?
 
Adilkah kita?
 
Budaya mengambil secubit-cubit dari keseluruhan kisah memang menjadi kegilaan bagi orang-orang yang ingin kelihatan hebat. Padahal, bagi orang-orang yang melihat secara pandangan luas, mereka kelihatan bodoh sekali.
 
Budaya menyamakan atau membuat perbandingan satu perkara/ benda dengan suatu perkara lain..yang pada mata kasarnya kelihatan sama bukanlah satu perbuatan yang bijak. Cuma kelihatan bijak/ hebat di mata orang lain yang malas membaca dan mengkaji.
 
Untungnya orang-orang yang membuat perbandingan secara terus ini ialah kerana orang Malaysia malas membaca dan malas mengkaji..Jadi, apa yang mereka katakan, atau kalau di facebook, apa yang mereka 'share' kan akan diterima bulat-bulat.
 
Bolehlah kita sewenang-wenangnya membuat perbandingan kualiti epal di Pasaraya A dan epal di Pasaraya B? Sedangkan kita sendiri tidak tahu, bagaimana hendak menilai sebuah epal?
 
Kepesatan teknologi telah mewujudkan ramai cerdik pandai....tapi malangnya, pandai yang syok sendiri. :)
 
Wallahualam.

Exam PTD

Hari Sabtu lepas, ramai yang pergi ke exam PTD. Ada jugak yang minta tips kat aku. Secara umum boleh la bagi..aku amik exam tahun 2010. Takut pulak sekarang ni dah ada format lain. Almaklum la dah lama tinggalkan dunia itu. Ceewah *poyo*

Harap-harap sesiapa yang amik exam tu boleh jawab dengan jayanya.

Selepas ni, PTD dah tak macam sekarang. Pengambilan 2013 ni dah lain dah route-map nya. Batch 2013 dah mula Kadet PTD. Kadet PTD tak masuk pejabat dulu macam kami. Mereka akan terus kursus setahun (kalau tak silap). Lepas tu baru masuk pejabat. Kira macam polis la..latihan dulu, baru masuk ke kerja.

Biasala, ada pro and con.

Tapi, yang penting..semuanya untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat . Hambekk ko..ayat wakil rakyat..kehkehkeh :P

Ini semuaa poYoooo!

Cuma, apa yang aku harap, bila dah melangkah tuh..jangan menoleh lagi ke belakang. :)


*Tempoh paling lama tak mem-publish. ha ha ha. Bersarang blog!