Tuesday, January 15, 2013

Di mana?

Kalau macam ni la gayanya...aku dah nampak dah kat mana aku akan bermastautin hujung minggu ini. Adoilah! Cadangan siapakah yang bijak sangat buat semua benda nih?

Agak-agak kalau aku tukar status dari single to married, bosses nak kacau tak hujung minggu aku?hahahahah

Ok. berangan. bai!

Sunday, January 13, 2013

Apa yang kita mahu

Jangan minta perkara yang sebenarnya kita tak mahu pun.

Contoh:
Suami-suami yang secara bergurau mengatakan mereka mahu berpoligami..padahal sebenarnya mereka tidak mahu pun berpoligami.

Janganlah kita menggunakan alasan bergurau untuk menghalalkan segalanya.

Jaga tutur, jaga adab.

K,bai!

Friday, January 11, 2013

Peluh

Sesi mengeluarkan peluh..yang menyebabkan tangan daku sakit kini. Ni lah bahana main suke hati tak warming up..huwaaa


Wednesday, January 2, 2013

Dabel Chin

Dabel Chin.

*Frust*
*Makan*Ngap!*
*burpp*

Rasa Apa?

*waktu habis kerja, jalan nak ke parking kereta*

p/s : masa ni aku curi parking kat garaj :P

Bos berjalan dalam 50 meter di hadapan bersama seorang staf lelaki. Dorang tak sedar aku kat belakang. Bila jarak nak dekat 15 meter antara kitorang, bos pandang belakang, terus dia berhenti berjalan. Aku, masih berlenggang-kangkung.

"Apsal berhenti?" Saja bertanya..padahal aku tau, dia tunggu aku.

"Tunggu ko laaa!" Bos jawab. Staf lelaki tu dah gelak-gelak

"Oh, yeah?? Soooo sweeettt" Sambil buat muka petak jek.

"Ko tak rasa ape-ape ke?" bos soal.

"Ada" Pantas aku jawab. Bos sengih.

".....rasa menyampah!" Aku sambung lagi. Staf lelaki dah gelak sakan.

Bos geram.

"Ko ni kan..langsung tak nak jaga hati aku langsung kan" Cekak pinggang.


"Memang pun...." Menjawab..dan terus jalan laju-laju.

"Babaiii bosss!!" Sempat lagi hahahha. Cabuttt!




p/s : bos saya memang suka bergurau-senda.

Fanatik diri sendiri

Err...kalau selalu main-main dengan Pakcik Google, taip nama sendiri..tu kira fanatik pada diri sendiri ke?
hahahah :D




*bosan*

2013

2 0 1 3 dah kauu!

Hari pertama bekerja pada tahun 2013 dimulakan dengan penuh malas. Tergolek sana...tergolek sini. Akhirnya, bukk! tergolek ke bawah katil. Keluar pada pukul 8 pagi...sampai pejabat pada pukul 8.10 pagi...lepak-lepak dalam kereta, baru menapak naik lif. Ha ha ha...

Sangatlah tak bermotivasinya bekerja di tahun baru!

Kemudian bertapa mengadap minit mesyuarat...kemudian terbuka topik menarik bersama Bedah Lempoyang..sampai aku ter-google pasal Aberdeen. Ha haa..ada apa dengan Aberdeen? Ni la namanya penangan baca novel-pastu-rasa-macam-best-sangat-belajar-oversea..haha :P panjang betol nama sindromnye!

Masa rehat..ada makanan free la weii! Oh, tapi aku tak joint. Duduk mengadap PC...tiba-tiba aku teringat seseorang..Dr. Sarah! Baru teringat...Dr. Sarah kan kat Pahang, kerja kat HOSHAS..aku pun google. terkejut gegirl! Dr. Sarah dah kawin....dan dah ada anak! Alahaii...dah 2 tahun aku ter-stop baca blog dia...gara-gara menjadi wanita bekerjaya yang macam super duper buziest in the world ni kan.

Senyum sendiri. Banyak benda yang dah berubah.

Petang.

Satu lagi kejutan.

Ada sesi melamar la weh! ekeke..oh, tak tepat rasanya melamar..errr...meluahkan perasaan kot. Dan..kat ofis kot...:P

*pening*

Tak paham dan pening. Apsal la bajet sangat dia tau semuaa..yess, semuaaa pasal aku!

*nah buku teknik mengorat, tips 1 : jangan bajet sangat*

Senang je ek..sebab ramai kawan anak bongsu dan dia ade adik bongsu..makanya, yakinlah dia, dia sangat mengenali aku!

*tips 2 : jangan samakan aku dengan orang lain*

tips 3 : pikir sendiri hahaha..mana boleh reveal semua kuikuikui