Friday, December 21, 2012

20122012

Orang suka sangat nombor cantik ni. Aku pun suka gak.

Hari ni ulangtahun genap 2 tahun aku jadi penjawat awam.

Mengagumkan. Hahaha

Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya meningkatkan kesabaran diri sendiri..hahahaa

Tuesday, December 11, 2012

Nak mati macam mana?

Ada orang tanya....

"ko nak mati macam mana nanti?"

Terkedu dan terkejut...dalam hati cakap "boleh pilih ke nak mati macam mana?"

Aku jawab begini...

"saya cuma tak nak mati dalam aib"

Dia angguk-angguk kepala.

"tapi..kalau saya sakit...saya tak rasa nak bagitau orang...especially orang2 yang rapat...tak tau macam nak hadap muka dorang...sedih" sambung lagi.

Takde respon....tapi kemudian dia angguk-angguk kepala lagi.

Perbualan habis kat situ je. Masing-masing diam dan beku lepas tu.

Sunday, December 2, 2012

Kaki saya

Hari ni nak tekan minyak dan brek pun sangat sakit. Meronta-ronta nak salahkan kereta. Tolonglah sihat kaki....