Sunday, August 19, 2012

TakdirNya

TakdirNya kenapa aku beria-ia sangat nak gerak pada masa itu.

Supaya aku diperlihatkan pada sesuatu. sesuatu yang nak sangat aku tengok setelah sekian lama.

TakdirNya..subhanallah.

Sunday, August 12, 2012

Bermakna

Kini,hujung minggu kami akan lebih bermakna..

Kenape?haa..itu yg kite tak tawuuu!

Hehe

Daku baru pulang dari mendaftar astro bersama housemate daku.hehe

Harapannye, janganlah lagi kami membuang masa jalan2 sambil TER-shopping...hehe

Mobile post

Lalala..dh install blogger kt hp..hoho..boleh la menulis tanpa perlu bukak laptop..best2..

Dunia dh maju..

Saturday, August 11, 2012

PTD dan IR

Saya gembira kerana dapat meninggalkan dunia pekerjaan yang lama. Tetapi, saya tidak pernah menyesal mempelajari ilmu itu. Saya sangat menyukainya.

Pekerjaan saya sekarang adalah takdir saya. Saya hanya ditakdirkan untuk mempelajari ilmu kejuruteraan tapi nampaknya bukan untuk memegang title IR.

Saya berusaha untuk jadi jurutera. Saya berusaha belajar kejuruteraan. Saya sangat yakin pada ketika itu, saya akan menjadi jurutera seperti abang dan kakak.

Tapi, kemudian, saya hanya merasa menjadi jurutera sekejap cuma. Kerana takdirnya saya menjadi PTD....dan saya tidak pernah menyesal. Saya sangat menyukainya.

Apa yang kita suka, apa yang kita nak, apa yang kita usahakan...jika takdirnya bukan begitu, ia takkan menjadi pun. Allahuakbar.

Dan jika takdirnya kita tidak menjadi seperti apa yang kita nak..apa yang kita suka atau apa yang kita usahakan, kita mesti bersyukur dan redha...dan kita akan menyukainya seperti mana kita suka apa yang kita nak.



She Hurts

she hurts and she cries. but u can't see the depression in her eyes, because she just smiles. 
 
oke, tataa! selamat beramal!

Thursday, August 9, 2012

Saman : Bayar Serta-merta

Ops Selamat dah nak mula! Ops Selamat akan menggantikan Ops Sikap. Harap-harap ramai rakyat Malaysia dapat diselamatkan.

Emm..lepas ni saman kena bayar on the spot. Ngehee..banyaklah cash yang kena bawak ek :)

Antara kesan dari dari keputusan ini (bayar on the spot);

1. Mendedahkan pemandu Malaysia untuk dirompak di jalan (sebab dah tau bawak cash banyak..;p)
2. Menyebabkan jalan jem..sebab ramai yang bawak slow
3. Mendedahkan polis kepada sumpah seranah 11 keturunan
4. Menyebabkan Kerajaan sedia ada akan tumbang**

:)

sekadar pandangan semasa mamai.


** Satu kajian yang dilakukan di luar negara mengenai kesan saman kepada Kerajaan pada masa itu, menunjukkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan menurun. Terdapat satu stigma dan persepsi yang buruk daripada bekas-bekas orang yang kena saman terhadap Kerajaan yang memerintah pada ketika itu.

Dari Kanan Cepat Jalan!

Gambar yang epik. Haha..macam mane 3 orang ni boleh ter-sama pulak. Nasib Mr. Mohan tak join..kalau tak lagi epik gambar ni.


Book review...Again

Lalallalaaa~ kena buat book review lagi. kali ni buku Think Again : Why Good Leaders Make Bad Decisions and How To Keep It From Happening To You....hambekkk kauu..tajuk pun panjang gile, nak cari buku ni pun rasa nak berguling-guling dari kuantan ke perlis gi JB balik ke kuantan...

Memang menguji iman betul nak cari buku ni...punyalah payahnye. semua kedai buku takde stok.

Pastu, belum sempat deadline hantar book review, dah kena pergi Lead Camp pulak. Ini bermakna, book review itu wajib di hantar awal. Menghantar awal bermakna, hari raya ini daku akan beraya dengan BUKU!!! yeayyyy!!

dan...wajib la tak boleh makan banyak sebab nanti berat naik...haha..mampuih la takde stamina nak gi Lead Camp..


naseb...naseb..

Jalan Bapak Aku

Suatu hari di hari yang tenang dan aman..si Munirah dan si Peah (bukan nama sebenar) berjalan-jalan sekitar bandar.

Tiba di satu jalan....

Peah : ehhhh...jalan bapak aku lar!! Jalan *****..

Munirah : huh? tak heran pun.......sebab semua jalan kat dunia ni JALAN BAPAK AKU!

Peah : hah??apsal pulakkkkk?!

Munirah : yelah...semua jalan pun jalan tar...jalan T-A-R....T-A-R-I-S!

Peah :  #@%%$$$$



kuikuikuikuii~ ;p

Saturday, August 4, 2012

Karnival Sukan ICU JPM 2012

Heh, gambo feberet..haha..sampai semi jek...ok la tu...aku la yang paling haru sekali.... tak pernah turun training langsung, last-last  kena main untuk semua game. haru sungguh. Memang longgar otot ler jawabnye.

Oh, untuk bola jaring ni ICU Pahang ada 3 orang wakil je. Aku, Puan Zaeidah (timbalan aku) dan Ada..yang lain semua dari ICU Terengganu. Bola jaring ikut zon..so, zon timur diwakili oleh Pahang + Terengganu :)




Bandung

Heh, iye..ini cerita lama...bulan Jun lepas, aku ke Bandung, Indonesia. 

Had fun. tapi, tak berapa nak feel. hehe..Munirah dan hiruk pikuk sesak serabut memang tak boleh nak kamceng.
 
4 hari duduk sana duk ulang makan makanan sunda pastu nasi padang...sunda..padang..padang..sunda..memang buat tekak jadik mual...hahaha


Baju merah tu Bodyguard sepanjang di Bandung..hihi ;p


dah..tu je..malas nak upload banyak-banyak...hahaha ;p


Kg. Sg. Ruil


Meninjau Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands bersama YB ADUN Tanah Rata dan pegawai-pegawai JAKOA.