Wednesday, June 13, 2012

Iman & Darah Daging

Bila sesekali kamu melakukan kejahatan...dan timbul rasa ketakutan kepada azab Allah, maka bersyukurlah. Allah masih sayang kamu. Dia masih memelihara iman kamu. syukur. segeralah kembali ke jalan-Nya.

dan berusahalah untuk menjadi yang lebih baik.

kadang-kadang perkara yang baik perlu dipaksa sebelum ia menjadi darah daging.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.- Ali Imran : 133

Umrah

Abah keme


 Mak keme (nyorok kat belakang)
 
Kakak keme



Moga mereka selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Kisah kawan-kawan

Amaran Pihak Berkuasa Kerajaan Hati Munirah :
Ini kisah sentap.

 ;p


Dulu si munirah ni ada la kawan seorang ni. sekarang dia tak pasti apakah terjadi dengan status 'kawan' dia tu. masih kawan ke?

sebab kawan dia tu dah menghilangkan diri. si munirah ni tau kawan dia ni masih hidup...sebab masih boleh update status di facebook kan..kira hidup la tu.

tapi yang musykilnya..kenapakah kah kah kahhh..mesej-mesej tidak dibalas?

itulah kemusykilan yang terbesar di muka bumi Munirah ini sehingga kadang-kadang kemusykilan itu mendatangkan kemurungan kepada Munirah. Kira besarlah impaknya kan?

Haa..apakah beza OUTPUT, OUTCOME dan IMPAK??? sape terer jawab arrr!! *tibe-tibe cerite songsang ;p*


sambung balik cerita sebenar..


kemurungan tersebut menyebabkan playlist si munirah ini terpaksa memainkan lagu-lagu seperti patah seribu, penakut, buatku di sana, harapan, kosong, sebelah jiwaku dan segala jenis lagu berunsurkan patah hati...kueng3~


Maka, kepada KAWAN...dengan penuh rasa rendah dirinya..

daku ingin memohon maaf andai daku terlepas laku atau ada mengguris Kerajaan Hati kamu. berbanyak maaf dihulur. saya cuma tidak faham kenapa kamu menjauhkan diri......



dan ia sangat menyiksakan. sekian.


*macam la dia baca blog aku kan*sigh*


Masa silam yang menghantui

Manusia kadang-kadang sering terperangkap dengan masa silam yang sudah berkurun berlalu.

Biasa tak, berhadapan dengan manusia-manusia yang suka menggunakan ayat-ayat seperti di bawah..

"saya dulu kan...."

"saya masa kat sana dulu...."

"dulu...."

"dia ni dulu...."

Ape dulu-dulu...ingat ini buat bahulu kat sulu ka?

Kalau sekali dua mungkin boleh tahan lagi...kalau berkali-kali memang rasa nak gigit jek telinga kasik putus.

Mungkin mereka boleh kreatif sedikit membina ayat dengan menghilangkan perkataan "DULU" tu...

Contohnya :

"Eh, setahu saya ..."


"mengikut pengalaman saya..."

haa..kan tak menjengkelkan pada yang mendengar.


Kadang-kadang, ada jugak makcik-makcik atau sape-sape jela..masih lagi 'terikat' dengan masa kecil kita.

Contohnya :

"Eh, munirah kan suka ayam goreng...nah, amik makan banyak-banyak" *sambil letak 6 ketul ayam goreng dalam pinggan munirah* Padahal dia tak tau sekarang munirah makan ikan jek, dah alerjik dengan ayam..hahaha ;p

Takpun, ada makcik-makcik yang suka panggil kita dengan panggilan masa kecik kita. Padahal dia tak tau, nama tu la yang dia paling tak nak dengar.

Contohnya..makcik panggil Munirah dengan panggilan "COMELLL!!!!". geli telinga....

Bukan apa, sebab sekarang si Munirah rasa dia patut dipanggil dengan nama "CANTIKKKK!! ohhh CANTIKKKKK!!!"

*pengsan 100 kali*

Oleh yang demikian, moral of the story, kawallah diri anda..supaya orang tidak merasakan anda itu menjengkelkan.

Sekian, renung-renungkan...selamat Solat Istikharah :)




Sunday, June 10, 2012

Mencari Hikmah

Beberapa hari lepas, telah terjadi satu peristiwa yang hampir meluruhkan jantung aku.

Kisahnya. aku perlu ke INTAN Wilayah Tengah (INTENGAH). Oleh kerana aku dan housemate datang berkonvoi 2 buah kereta, aku tinggalkan kereta aku kat Universiti Malaya. Jadi kami naik satu kereta je la pegi INTENGAH.

Malam tu kami tido kat rumah universiti UM.

Selesai urusan di INTENGAH..kami pun balik ke UM sebab nak ambil kereta aku. Dan juga nak pulangkan kunci bilik. Housemate aku parking betul-betul kat belakang kereta aku..sambil aku dok cari kunci kereta dalam handbag. Cari punya cari tak jumpa pulak...

Aku pun keluar kereta sambil tangan masih mencari kunci kereta. MASIH TAK JUMPA!Fine, dah mula berdebar-debar...

Dalam kalut-kalut selongkar handbag..aku pandang kereta aku...

Ok..macam nampak sesuatu atas but. Ada benda bersinar...

Isk..bukan..bukan....*cuba untuk tidak percaya*

Pandang lagi...

........

OMG!!! Eliiiii!! *terus jerit kat housemate*

Kunci i!!!! *lari pergi ke kereta*

Kat mana?kat mana???

Sini!! *tunjuk atas but kereta*

Hahh?? u biar betul??? dari pagi tadi kat sini???!! 

Aahh...dari pagi tadi...huhu *mula rasa nak nangis atas kecuaian sendiri*


Nak tau masa jumpa kunci tu pukul berapa? Pukul 4.30 petang. Masa kami tinggalkan kereta tu adalah pada pukul 7.30 pagi...kira la sendiri berapa jam aku tinggalkan kunci tu atas but kereta. Dan ia masih dalam keadaan elok. Dan kereta aku pun masih ada di situ.

Alhamdulillah.




*budak cuai*