Wednesday, May 23, 2012

Lelah

Macam-macam perlu dibuat dan telah dibuat. lelah. bekerja macam aku sorang je yang ada pekerjaan di muka bumi ini. penat. tapi, merungut pun tiada gunanya.

memang kadang-kadang tak tahan. tasik jadian memang selalu je muncul kat mata. tak tau la kenapa mata yang jadi pilihan kan. tapi, hati perlu dikeringkan..supaya tasik itu pun kering sekali. kadang-kadang memang kita perlu bersedia menyerap serangan dari kiri kanan atas bawah. menepis bagai pahlawan terbilang.

kalau ikutkan penat...memang boleh koma. tu la pasal kadang-kadang tertidur je atas karpet...tu pun dah kira paling selesa. tidur je dengan berbantal lengan kat meja. paling sedaplah tu bantalnya. pastu bangun je, mereng sekejap. sakit tengkuk, sakit kepala, sakit tulang...nasib la...

mana ada benda mudah kan? merungut? oh, ini dikira merungut ke?hahaha...:P bukan kot..aku nak cite kat orang tak reti.....tulis je la kan...

menyusun kerja yang bersimpang siur lagi dengan hal peribadi. pening teruss...

oh, hal peribadi..yeah..hujung minggu lalu aku telah diserang bertubi-tubi. nice one. pasal apa?

J O D O H lar...

nasib la aku tak rasa nak marah. he he he.--> petanda takde perasaan ke? atau dah tak ambil kisah?

mungkin salah satu sebab aku tak berapa nak kisah sebab...dalam setiap doa aku...aku doa supaya Allah temukan aku dengan jodoh aku pada MASA-nya.

Jadi, kalau sekarang masih tak jumpa, maknanya sekarang bukan masanya lagi la tuh. tu je...dan aku yakin.




Sunday, May 6, 2012

Dimana DIA di hatiku

Currently read this book. 





Mau habis ini malam juga. tak kire..

Pesta Buku 2012

Semalam menjejak kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..apalagi, pergi menjengah Pesta Buku ler..

Ok, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pesta buku kat PWTC ni..ehehe

Tapi....banyak sangat buku nya! Aku pening terussss....kuang3~ tapi nasib baik teringat nak cari buku protokol dan pengurusan majlis..dah lama cari tapi tak jumpa. Dan pasti la jumpa kat pesta buku ni :)

Oh, lupa nak cakap..aku pergi dengan Penjaga Khutub-khanah ni. Beliau dua kali pergi dalam masa selang sehari jek...memang 'in'- lah sebagai Penjaga Khutub-khanah..haha. Sangat lah excited-nya dia jumpa dengan Dr. HM Tuah. Kasik can la bergambar bersama...

Ehem..jejaka idaman malaya..Ustaz Don Daniyal :)


Ni jejaka idaman Munirah..eh..salahh chakapppp...;p

Autograf skali...;p

eheh...ter-jumpa Puan Nurul Aini yang dah sarat dah ni..;)

Cuti!

Yeah..esok Pahang cuti..ngeh3~

marilah kita menyambung berhibernisasi :)