Sunday, April 22, 2012

Anak

Nur Ameera Maisarah 

Mak dia ni degill...aku suh bagi nama Munirah Khairiyah....lain pulak nama dia bubuh..kensel hadiah!

Baiti Jannati

Rumah itu syurga. Tempat sepatutnya yang paling tenang. Tempat yang paling selamat. Tempat untuk berehat, tempat untuk berkasih sayang. Bagaimana agaknya jika sebuah rumah itu tidak lagi menjadi tempat yang paling aman untuk suami isteri, untuk adik beradik dan untuk anak-anak.

Betapa banyaknya masalah masyarakat bermula dari rumah, hasil porak perandanya sebuah hubungan kekeluargaan. Mungkin seorang isteri tidak lagi mahu kembali ke rumah, bila mana tubuh menjadi tempat melepaskan amarah. Mungkin seorang anak tidak lagi mahu kembali ke rumah bila diri dinoda ayah dan abang kandung sendiri. Mungkin seorang adik tidak lagi mahu kembali ke rumah bila hasad mula menguasai ikatan saudara.

Rumah adalah syurga bagi keluarga.

Pejabat pula adalah syurga bagi penjawat awam.

Keluarga penjawat awam perlu ada kasih sayang, saling percaya...sama seperti keluarga di rumah. Persekitaran yang baik di pejabat akan membuatkan ahli-ahlinya gembira bekerja. Sama konsepnya dengan rumah. Perlu ada ayah yang sentiasa memberikan keselesaan kepada anak-anak...anak-anak akan  gembira dan ceria berada di rumah.

Manakah lagi tempat yang lebih menyenangkan...jika nilai-nilai kasih sayang sudah tidak wujud di dalam 'rumah' itu. Dimanakah anak-anak ini mahu bergantung?




Monday, April 16, 2012

Jalan Pilihan

Lokasi Gambar : Pusat Komuniti Bersepadu Padang Rumbia, Pekan, Pahang.


Ada orang lebih senang mengikut jalan-jalan yang tersedia. Ada orang tidak suka, mereka mahu mengikut jalan mereka sendiri. Ada orang yang ingin mengikut jalan yang tersedia, tetapi mereka tersalah arah di simpang pertama.

Mana-mana jalan sekalipun yang kita pilih, sama ada ia nya mudah ataupun sukar, kita perlu redah jua. Tidak kira sama ada dengan meneruskan perjalanan...atau, berpatah balik ke simpang pertama. Kadang-kadang, perbuatan 'berpatah-balik' bukanlah satu kesalahan. Mungkin ia akan menyelamatkan kita.

Akhir kalam...
Selamat mencuba resepi masakan Chef Khair-al Munirah ini ;)

Sunday, April 15, 2012

Langkah Mula


Kadang-kadang kita hanya memerlukan selangkah untuk berubah dan merubah.
Kadang-kadang kita perlu berlari sampai lelah.
Kadang-kadang cukup dengan hanya langkah-langkah tenang.

Jadi, sekarang...di mana dan bagaimana langkah kita?

Renung. Fikir.