Tuesday, January 24, 2012

Kepentingan Awam

Bila big boss mesej ayat begini....

"Baguslah kalau utamakan kepentingan awam..."

......aku rasa macam berkerjaya sebagai POLIS pulak!hailah!






Nota bawahan:
nak baju uniform satu!!

Kuala Tahan - Kerja Gila

Orang kata kami gila.
Kenapa?
Mau pergi ke Ulu Tembeling pada ketika hujan sangat lebat. Paras air sungai Pahang mendadak naik. Oh, pada ketika kami sampai..ia telah pun melebihi paras bahaya!

Tak..kami tak gila. Kami cuma mengikut arahan.
Oh, lagi la gila..mereka kata..
Tak...kami cuma mengikut arahan. itu sahaja.

Orang kata berpantang ajal...tapi kami mencari ajal...kata mereka.
Tak... kami cuma mengikut arahan.

Halangan pertama, Jambatan Sungai Ak telah tenggelam 
Kami naik backhoe untuk melepasi jambatan tersebut. Exciting yeah!

 Jeti Kuala Tahan. Air dah tinggi. Nampak parking itu? Ada lagi satu lagi parking di bawah (5 meter lebih kurang ke bawah) sudah tenggelam. Air..sangat deras. Tiada bot yang sanggup nak hantar ke Ulu...


Nak balik ke bandar Jerantut..jambatan Sungai Ak dah makin tenggelam. Backhoe dah tak nak lalu...naik sampan ler pulak.

Air deras..sampan senget-senget.



Kata 2nd bos : 
Kita pergi je...ini tanggungjawab. Buktikan kita tidak paling tadah pada pertengahan perjuangan.



phewww~ SYMP.





Nota bawahan
Kami tak ke ulu pun...takde bot nak bawa kami.
Pengalaman ini sangat bermakna :)

Kita untuk diri kita

Kalau kita tidak kuat untuk diri kita sendiri...


siapa lagi yang kita nak harapkan?

Thursday, January 19, 2012

Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Tuesday, January 10, 2012

Flower In My Life













If your life is green like old tree...let me be your flower to colour your life.

Sunday, January 8, 2012

Pembunuh Senyap

Khairul Munirah tak suka di tipu. Kepercayaan itu adalah sangat penting bagi seorang Khairul Munirah.
Hilang kepercayaan mungkin satu hari nanti boleh menjadi salah satu sebab kepada kematian Khairul Munirah.


Har har har..

Kita percaya orang...macam mana kita nak orang percaya kita. Mungkin orang kata, kita tak boleh meletakkan 100% kepercayaan pada orang...tapi, kalau kurang daripada 100% kepercayaan yang kita letakkan kepada kawan-kawan kita, maknanya kita berprasangka pada mereka.

Oh, untuk rakan sekerja memang aku tak letakkan 100% . cuma 99.9% je, sebab dah lihat beberapa penganiayaan berlaku di depan mata disebabkan 100% kepercayaan.

Tapi, untuk kawan-kawan....100% kepercayaan itu yang akan mereka dapat daripada seorang Khairul Munirah. Kalau aku tak bagi kawan 100% kepercayaan...siapa lagi yang aku nak percaya? Di kala waktu keluarga bukan di sisi kita.

Yang haru nya...bila kepercayaan itu dipecah-hancurkan-dan-di-tipu'in, maka...jadilah Khairul Munirah yang stress, migrain, hilang deria merasa kesedapan makanan dan jadi zombi.

Kepercayaan itu memang boleh menjadi pembunuh senyap kepada seorang Khairul Munirah.


Ha, takyah susah-susah nak racun aku. Tipu je aku. confirm aku frust.


Sangat la berharap Khairul Munirah yang positif.. yang tak sampai separuh ada dalam diri seorang Khairul Munirah ni..dapat menangkis serangan Khairul Munirah yang negatif ni. Fighting3~

Battle Of Myself!YadaYadaaa~


Inner peace bebeh.... inner peace!

Perubahan Fokus Hidup

Baru-baru ni aku ada membuang masa...membelek-belek mesej di telefon dan whatsApp.

dan tersedar sesuatu.

Semenjak...emm...beberapa bulan ini...TIADA lagi mesej dari orang yang bergelar KAWAN. Mesej yang "saje-saje-sebab-rasa-macam-nak-mesej-ko". Kalau ada pun, mesej yang aku start dulu sebab-aku-rasa-macam-nak-mesej-dorang.

Hanya cuma ada satu je. Mestilah dari gf Mukah aku.

Mesej lain semuanya berkenaan KERJA, dari ahli keluarga dan housemates aku yang berdua tu.

Pemenang utama mestilah mesej pasal KERJA!

perghhhh....sangat patheticusss.....

Wah, mana kawan saya pergi? Oh, pakwe pun takde!ahaks. LoL ;p.

Sesungguhnya...kini masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Ada yang dah kawin...yang sibuk dengan pakwe masing-masing...

Ha..ade satu kes masa aku mesej seorang kawan ni sebab-aku-rasa-macam-nak-mesej-dorang aku di katakan nak ngintip dia! ceh!

Perubahan fokus hidup. Dah tak sama dengan zaman belajar. Cuma bagi seorang Khairul Munirah yang suka sangat larut dalam sentimental-value-of-so-called-friendship-till-die ni...dia memang agak susah dan agak lambat nak terima kenyataan, yang kawan-kawan dia dah makin jauh. my bad. sekian. luahan hati untuk kali ini ye anak-anak. bubyee!




Oh lagi 1, sekarang semua orang dah pakai fb je nak mesej. aku yang ketinggalan zaman ni je suke guna fon. huargh2~

Saturday, January 7, 2012

Hati Rapuh

Kadang-kadang rasa nak gelak pada diri sendiri.
Bila nak terasa hati
Bila nak merajuk

Tiba-tiba datang lagi seorang Khairul Munirah yang baik.

"Hey Munirah...jangan la camtu..jangan terasa..jangan merajukkk...takde ape laa...sabar ye. positif..positif! jangan berprasangka..."

Harap-harap Khairul Munirah yang baik itu selalu ada dengan Khairul Munirah yang selalu berhati rapuh ini.










Nota bawahan :
Jangan harap orang lain untuk menggembirakan kita. gembirakan lah hati sendiri. pujuk la diri sendiri. positifkan diri sendiri.






walaupun...
bunyinya macam sangat pathetic..kueng3~

Monday, January 2, 2012

Tahun Baru Datang Lagi

Pertama.
Alhamdulillah. masih bernyawa lagi.

Kedua.
InsyaAllah tahun ini akan lagi baik dari tahun lepas.

Ketiga.
Harap Allah sabarkan hati dan mental.

Terakhir.
:)

Meluaskan Pengalaman

Banyak berjalan, banyak pengalaman.

Sekarang gila berjalan. Bersama housemates. Jalan-jalan tengok alam.
Tengok tempat orang. Release tension ;)

Ahha.macam-macam..

On the way ke destinasi, tiba-tiba dapat tahu hotel berhantu..terus walk-in cari hotel lain.
Baca map macam zaman dulu-dulu pada zaman orang sekarang semua dah pakai GPS. LoL ;p
Baca map terbalik.
Pergi negeri orang, jalan macam tempat sendiri..
etc.


Macam-macam.

Bila dah besar. fikir la sendiri macam mana nak buat diri sendiri gembira ;) Enjoice!

Surat terbuka untuk awak

saya cuma nak awak.
saya tak nak kongsi.
mungkin nampak tamak
tapi..
bila saya kahwin dengan awak...
saya cuma ada awak.
isteri untuk suami.
awak ada emak awak.
awak ada ayah awak.
awak ada family awak.
awak tak yah minta izin saya pun.
kalau saya....
saya kena minta izin awak.
Jadi awak....
boleh kah, saya nak awak berkorban sikit untuk saya?
Saya nak awak je. saya tak nak kongsi.
Paling kurang pun, sampai saya tutup mata.

Boleh tak awak?










NOTA
bawahan;
AWAKituMASIHbelumWUJUD.sekian.