Friday, December 21, 2012

20122012

Orang suka sangat nombor cantik ni. Aku pun suka gak.

Hari ni ulangtahun genap 2 tahun aku jadi penjawat awam.

Mengagumkan. Hahaha

Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya meningkatkan kesabaran diri sendiri..hahahaa

Tuesday, December 11, 2012

Nak mati macam mana?

Ada orang tanya....

"ko nak mati macam mana nanti?"

Terkedu dan terkejut...dalam hati cakap "boleh pilih ke nak mati macam mana?"

Aku jawab begini...

"saya cuma tak nak mati dalam aib"

Dia angguk-angguk kepala.

"tapi..kalau saya sakit...saya tak rasa nak bagitau orang...especially orang2 yang rapat...tak tau macam nak hadap muka dorang...sedih" sambung lagi.

Takde respon....tapi kemudian dia angguk-angguk kepala lagi.

Perbualan habis kat situ je. Masing-masing diam dan beku lepas tu.

Sunday, December 2, 2012

Kaki saya

Hari ni nak tekan minyak dan brek pun sangat sakit. Meronta-ronta nak salahkan kereta. Tolonglah sihat kaki....

Thursday, November 22, 2012

Sisa indah

Sedang sayup-sayup kebisingan
Yang di sini terjeruk rasa
Menguis-nguis sisa sisa rasa manis
Rasa indah yang berbaki...
Mentafsir..mengira...
Adakah ia cukup untuk dibawa sebagai bekal
Menjadi tiang kepada hati yang kian rapuh

Perit.
Pedih.
Rasa yang terbuku.
Andai suatu hari nanti tersungkur....
Adakah akan ada tangan yang akan menghulur?



~bukan sesiapa~

Tuesday, November 13, 2012

Sesuatu yang lama

Lamanya, tak menulis...!!!bahana terlampau sibuk dengan urusan duniya..haha..

Banyak perkara yang telah berlaku di sekeliling. Sama ada baik atau buruk. Dua-dua dah ter-blend sampai kadang-kadang dah tak rasa apa-apa dalam hati.

Sunday, August 19, 2012

TakdirNya

TakdirNya kenapa aku beria-ia sangat nak gerak pada masa itu.

Supaya aku diperlihatkan pada sesuatu. sesuatu yang nak sangat aku tengok setelah sekian lama.

TakdirNya..subhanallah.

Sunday, August 12, 2012

Bermakna

Kini,hujung minggu kami akan lebih bermakna..

Kenape?haa..itu yg kite tak tawuuu!

Hehe

Daku baru pulang dari mendaftar astro bersama housemate daku.hehe

Harapannye, janganlah lagi kami membuang masa jalan2 sambil TER-shopping...hehe

Mobile post

Lalala..dh install blogger kt hp..hoho..boleh la menulis tanpa perlu bukak laptop..best2..

Dunia dh maju..

Saturday, August 11, 2012

PTD dan IR

Saya gembira kerana dapat meninggalkan dunia pekerjaan yang lama. Tetapi, saya tidak pernah menyesal mempelajari ilmu itu. Saya sangat menyukainya.

Pekerjaan saya sekarang adalah takdir saya. Saya hanya ditakdirkan untuk mempelajari ilmu kejuruteraan tapi nampaknya bukan untuk memegang title IR.

Saya berusaha untuk jadi jurutera. Saya berusaha belajar kejuruteraan. Saya sangat yakin pada ketika itu, saya akan menjadi jurutera seperti abang dan kakak.

Tapi, kemudian, saya hanya merasa menjadi jurutera sekejap cuma. Kerana takdirnya saya menjadi PTD....dan saya tidak pernah menyesal. Saya sangat menyukainya.

Apa yang kita suka, apa yang kita nak, apa yang kita usahakan...jika takdirnya bukan begitu, ia takkan menjadi pun. Allahuakbar.

Dan jika takdirnya kita tidak menjadi seperti apa yang kita nak..apa yang kita suka atau apa yang kita usahakan, kita mesti bersyukur dan redha...dan kita akan menyukainya seperti mana kita suka apa yang kita nak.



She Hurts

she hurts and she cries. but u can't see the depression in her eyes, because she just smiles. 
 
oke, tataa! selamat beramal!

Thursday, August 9, 2012

Saman : Bayar Serta-merta

Ops Selamat dah nak mula! Ops Selamat akan menggantikan Ops Sikap. Harap-harap ramai rakyat Malaysia dapat diselamatkan.

Emm..lepas ni saman kena bayar on the spot. Ngehee..banyaklah cash yang kena bawak ek :)

Antara kesan dari dari keputusan ini (bayar on the spot);

1. Mendedahkan pemandu Malaysia untuk dirompak di jalan (sebab dah tau bawak cash banyak..;p)
2. Menyebabkan jalan jem..sebab ramai yang bawak slow
3. Mendedahkan polis kepada sumpah seranah 11 keturunan
4. Menyebabkan Kerajaan sedia ada akan tumbang**

:)

sekadar pandangan semasa mamai.


** Satu kajian yang dilakukan di luar negara mengenai kesan saman kepada Kerajaan pada masa itu, menunjukkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan menurun. Terdapat satu stigma dan persepsi yang buruk daripada bekas-bekas orang yang kena saman terhadap Kerajaan yang memerintah pada ketika itu.

Dari Kanan Cepat Jalan!

Gambar yang epik. Haha..macam mane 3 orang ni boleh ter-sama pulak. Nasib Mr. Mohan tak join..kalau tak lagi epik gambar ni.


Book review...Again

Lalallalaaa~ kena buat book review lagi. kali ni buku Think Again : Why Good Leaders Make Bad Decisions and How To Keep It From Happening To You....hambekkk kauu..tajuk pun panjang gile, nak cari buku ni pun rasa nak berguling-guling dari kuantan ke perlis gi JB balik ke kuantan...

Memang menguji iman betul nak cari buku ni...punyalah payahnye. semua kedai buku takde stok.

Pastu, belum sempat deadline hantar book review, dah kena pergi Lead Camp pulak. Ini bermakna, book review itu wajib di hantar awal. Menghantar awal bermakna, hari raya ini daku akan beraya dengan BUKU!!! yeayyyy!!

dan...wajib la tak boleh makan banyak sebab nanti berat naik...haha..mampuih la takde stamina nak gi Lead Camp..


naseb...naseb..

Jalan Bapak Aku

Suatu hari di hari yang tenang dan aman..si Munirah dan si Peah (bukan nama sebenar) berjalan-jalan sekitar bandar.

Tiba di satu jalan....

Peah : ehhhh...jalan bapak aku lar!! Jalan *****..

Munirah : huh? tak heran pun.......sebab semua jalan kat dunia ni JALAN BAPAK AKU!

Peah : hah??apsal pulakkkkk?!

Munirah : yelah...semua jalan pun jalan tar...jalan T-A-R....T-A-R-I-S!

Peah :  #@%%$$$$



kuikuikuikuii~ ;p

Saturday, August 4, 2012

Karnival Sukan ICU JPM 2012

Heh, gambo feberet..haha..sampai semi jek...ok la tu...aku la yang paling haru sekali.... tak pernah turun training langsung, last-last  kena main untuk semua game. haru sungguh. Memang longgar otot ler jawabnye.

Oh, untuk bola jaring ni ICU Pahang ada 3 orang wakil je. Aku, Puan Zaeidah (timbalan aku) dan Ada..yang lain semua dari ICU Terengganu. Bola jaring ikut zon..so, zon timur diwakili oleh Pahang + Terengganu :)




Bandung

Heh, iye..ini cerita lama...bulan Jun lepas, aku ke Bandung, Indonesia. 

Had fun. tapi, tak berapa nak feel. hehe..Munirah dan hiruk pikuk sesak serabut memang tak boleh nak kamceng.
 
4 hari duduk sana duk ulang makan makanan sunda pastu nasi padang...sunda..padang..padang..sunda..memang buat tekak jadik mual...hahaha


Baju merah tu Bodyguard sepanjang di Bandung..hihi ;p


dah..tu je..malas nak upload banyak-banyak...hahaha ;p


Kg. Sg. Ruil


Meninjau Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands bersama YB ADUN Tanah Rata dan pegawai-pegawai JAKOA.

Wednesday, June 13, 2012

Iman & Darah Daging

Bila sesekali kamu melakukan kejahatan...dan timbul rasa ketakutan kepada azab Allah, maka bersyukurlah. Allah masih sayang kamu. Dia masih memelihara iman kamu. syukur. segeralah kembali ke jalan-Nya.

dan berusahalah untuk menjadi yang lebih baik.

kadang-kadang perkara yang baik perlu dipaksa sebelum ia menjadi darah daging.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.- Ali Imran : 133

Umrah

Abah keme


 Mak keme (nyorok kat belakang)
 
Kakak keme



Moga mereka selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Kisah kawan-kawan

Amaran Pihak Berkuasa Kerajaan Hati Munirah :
Ini kisah sentap.

 ;p


Dulu si munirah ni ada la kawan seorang ni. sekarang dia tak pasti apakah terjadi dengan status 'kawan' dia tu. masih kawan ke?

sebab kawan dia tu dah menghilangkan diri. si munirah ni tau kawan dia ni masih hidup...sebab masih boleh update status di facebook kan..kira hidup la tu.

tapi yang musykilnya..kenapakah kah kah kahhh..mesej-mesej tidak dibalas?

itulah kemusykilan yang terbesar di muka bumi Munirah ini sehingga kadang-kadang kemusykilan itu mendatangkan kemurungan kepada Munirah. Kira besarlah impaknya kan?

Haa..apakah beza OUTPUT, OUTCOME dan IMPAK??? sape terer jawab arrr!! *tibe-tibe cerite songsang ;p*


sambung balik cerita sebenar..


kemurungan tersebut menyebabkan playlist si munirah ini terpaksa memainkan lagu-lagu seperti patah seribu, penakut, buatku di sana, harapan, kosong, sebelah jiwaku dan segala jenis lagu berunsurkan patah hati...kueng3~


Maka, kepada KAWAN...dengan penuh rasa rendah dirinya..

daku ingin memohon maaf andai daku terlepas laku atau ada mengguris Kerajaan Hati kamu. berbanyak maaf dihulur. saya cuma tidak faham kenapa kamu menjauhkan diri......



dan ia sangat menyiksakan. sekian.


*macam la dia baca blog aku kan*sigh*


Masa silam yang menghantui

Manusia kadang-kadang sering terperangkap dengan masa silam yang sudah berkurun berlalu.

Biasa tak, berhadapan dengan manusia-manusia yang suka menggunakan ayat-ayat seperti di bawah..

"saya dulu kan...."

"saya masa kat sana dulu...."

"dulu...."

"dia ni dulu...."

Ape dulu-dulu...ingat ini buat bahulu kat sulu ka?

Kalau sekali dua mungkin boleh tahan lagi...kalau berkali-kali memang rasa nak gigit jek telinga kasik putus.

Mungkin mereka boleh kreatif sedikit membina ayat dengan menghilangkan perkataan "DULU" tu...

Contohnya :

"Eh, setahu saya ..."


"mengikut pengalaman saya..."

haa..kan tak menjengkelkan pada yang mendengar.


Kadang-kadang, ada jugak makcik-makcik atau sape-sape jela..masih lagi 'terikat' dengan masa kecil kita.

Contohnya :

"Eh, munirah kan suka ayam goreng...nah, amik makan banyak-banyak" *sambil letak 6 ketul ayam goreng dalam pinggan munirah* Padahal dia tak tau sekarang munirah makan ikan jek, dah alerjik dengan ayam..hahaha ;p

Takpun, ada makcik-makcik yang suka panggil kita dengan panggilan masa kecik kita. Padahal dia tak tau, nama tu la yang dia paling tak nak dengar.

Contohnya..makcik panggil Munirah dengan panggilan "COMELLL!!!!". geli telinga....

Bukan apa, sebab sekarang si Munirah rasa dia patut dipanggil dengan nama "CANTIKKKK!! ohhh CANTIKKKKK!!!"

*pengsan 100 kali*

Oleh yang demikian, moral of the story, kawallah diri anda..supaya orang tidak merasakan anda itu menjengkelkan.

Sekian, renung-renungkan...selamat Solat Istikharah :)




Sunday, June 10, 2012

Mencari Hikmah

Beberapa hari lepas, telah terjadi satu peristiwa yang hampir meluruhkan jantung aku.

Kisahnya. aku perlu ke INTAN Wilayah Tengah (INTENGAH). Oleh kerana aku dan housemate datang berkonvoi 2 buah kereta, aku tinggalkan kereta aku kat Universiti Malaya. Jadi kami naik satu kereta je la pegi INTENGAH.

Malam tu kami tido kat rumah universiti UM.

Selesai urusan di INTENGAH..kami pun balik ke UM sebab nak ambil kereta aku. Dan juga nak pulangkan kunci bilik. Housemate aku parking betul-betul kat belakang kereta aku..sambil aku dok cari kunci kereta dalam handbag. Cari punya cari tak jumpa pulak...

Aku pun keluar kereta sambil tangan masih mencari kunci kereta. MASIH TAK JUMPA!Fine, dah mula berdebar-debar...

Dalam kalut-kalut selongkar handbag..aku pandang kereta aku...

Ok..macam nampak sesuatu atas but. Ada benda bersinar...

Isk..bukan..bukan....*cuba untuk tidak percaya*

Pandang lagi...

........

OMG!!! Eliiiii!! *terus jerit kat housemate*

Kunci i!!!! *lari pergi ke kereta*

Kat mana?kat mana???

Sini!! *tunjuk atas but kereta*

Hahh?? u biar betul??? dari pagi tadi kat sini???!! 

Aahh...dari pagi tadi...huhu *mula rasa nak nangis atas kecuaian sendiri*


Nak tau masa jumpa kunci tu pukul berapa? Pukul 4.30 petang. Masa kami tinggalkan kereta tu adalah pada pukul 7.30 pagi...kira la sendiri berapa jam aku tinggalkan kunci tu atas but kereta. Dan ia masih dalam keadaan elok. Dan kereta aku pun masih ada di situ.

Alhamdulillah.




*budak cuai*



Wednesday, May 23, 2012

Lelah

Macam-macam perlu dibuat dan telah dibuat. lelah. bekerja macam aku sorang je yang ada pekerjaan di muka bumi ini. penat. tapi, merungut pun tiada gunanya.

memang kadang-kadang tak tahan. tasik jadian memang selalu je muncul kat mata. tak tau la kenapa mata yang jadi pilihan kan. tapi, hati perlu dikeringkan..supaya tasik itu pun kering sekali. kadang-kadang memang kita perlu bersedia menyerap serangan dari kiri kanan atas bawah. menepis bagai pahlawan terbilang.

kalau ikutkan penat...memang boleh koma. tu la pasal kadang-kadang tertidur je atas karpet...tu pun dah kira paling selesa. tidur je dengan berbantal lengan kat meja. paling sedaplah tu bantalnya. pastu bangun je, mereng sekejap. sakit tengkuk, sakit kepala, sakit tulang...nasib la...

mana ada benda mudah kan? merungut? oh, ini dikira merungut ke?hahaha...:P bukan kot..aku nak cite kat orang tak reti.....tulis je la kan...

menyusun kerja yang bersimpang siur lagi dengan hal peribadi. pening teruss...

oh, hal peribadi..yeah..hujung minggu lalu aku telah diserang bertubi-tubi. nice one. pasal apa?

J O D O H lar...

nasib la aku tak rasa nak marah. he he he.--> petanda takde perasaan ke? atau dah tak ambil kisah?

mungkin salah satu sebab aku tak berapa nak kisah sebab...dalam setiap doa aku...aku doa supaya Allah temukan aku dengan jodoh aku pada MASA-nya.

Jadi, kalau sekarang masih tak jumpa, maknanya sekarang bukan masanya lagi la tuh. tu je...dan aku yakin.




Sunday, May 6, 2012

Dimana DIA di hatiku

Currently read this book. 





Mau habis ini malam juga. tak kire..

Pesta Buku 2012

Semalam menjejak kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..apalagi, pergi menjengah Pesta Buku ler..

Ok, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pesta buku kat PWTC ni..ehehe

Tapi....banyak sangat buku nya! Aku pening terussss....kuang3~ tapi nasib baik teringat nak cari buku protokol dan pengurusan majlis..dah lama cari tapi tak jumpa. Dan pasti la jumpa kat pesta buku ni :)

Oh, lupa nak cakap..aku pergi dengan Penjaga Khutub-khanah ni. Beliau dua kali pergi dalam masa selang sehari jek...memang 'in'- lah sebagai Penjaga Khutub-khanah..haha. Sangat lah excited-nya dia jumpa dengan Dr. HM Tuah. Kasik can la bergambar bersama...

Ehem..jejaka idaman malaya..Ustaz Don Daniyal :)


Ni jejaka idaman Munirah..eh..salahh chakapppp...;p

Autograf skali...;p

eheh...ter-jumpa Puan Nurul Aini yang dah sarat dah ni..;)

Cuti!

Yeah..esok Pahang cuti..ngeh3~

marilah kita menyambung berhibernisasi :)

Sunday, April 22, 2012

Anak

Nur Ameera Maisarah 

Mak dia ni degill...aku suh bagi nama Munirah Khairiyah....lain pulak nama dia bubuh..kensel hadiah!

Baiti Jannati

Rumah itu syurga. Tempat sepatutnya yang paling tenang. Tempat yang paling selamat. Tempat untuk berehat, tempat untuk berkasih sayang. Bagaimana agaknya jika sebuah rumah itu tidak lagi menjadi tempat yang paling aman untuk suami isteri, untuk adik beradik dan untuk anak-anak.

Betapa banyaknya masalah masyarakat bermula dari rumah, hasil porak perandanya sebuah hubungan kekeluargaan. Mungkin seorang isteri tidak lagi mahu kembali ke rumah, bila mana tubuh menjadi tempat melepaskan amarah. Mungkin seorang anak tidak lagi mahu kembali ke rumah bila diri dinoda ayah dan abang kandung sendiri. Mungkin seorang adik tidak lagi mahu kembali ke rumah bila hasad mula menguasai ikatan saudara.

Rumah adalah syurga bagi keluarga.

Pejabat pula adalah syurga bagi penjawat awam.

Keluarga penjawat awam perlu ada kasih sayang, saling percaya...sama seperti keluarga di rumah. Persekitaran yang baik di pejabat akan membuatkan ahli-ahlinya gembira bekerja. Sama konsepnya dengan rumah. Perlu ada ayah yang sentiasa memberikan keselesaan kepada anak-anak...anak-anak akan  gembira dan ceria berada di rumah.

Manakah lagi tempat yang lebih menyenangkan...jika nilai-nilai kasih sayang sudah tidak wujud di dalam 'rumah' itu. Dimanakah anak-anak ini mahu bergantung?




Monday, April 16, 2012

Jalan Pilihan

Lokasi Gambar : Pusat Komuniti Bersepadu Padang Rumbia, Pekan, Pahang.


Ada orang lebih senang mengikut jalan-jalan yang tersedia. Ada orang tidak suka, mereka mahu mengikut jalan mereka sendiri. Ada orang yang ingin mengikut jalan yang tersedia, tetapi mereka tersalah arah di simpang pertama.

Mana-mana jalan sekalipun yang kita pilih, sama ada ia nya mudah ataupun sukar, kita perlu redah jua. Tidak kira sama ada dengan meneruskan perjalanan...atau, berpatah balik ke simpang pertama. Kadang-kadang, perbuatan 'berpatah-balik' bukanlah satu kesalahan. Mungkin ia akan menyelamatkan kita.

Akhir kalam...
Selamat mencuba resepi masakan Chef Khair-al Munirah ini ;)

Sunday, April 15, 2012

Langkah Mula


Kadang-kadang kita hanya memerlukan selangkah untuk berubah dan merubah.
Kadang-kadang kita perlu berlari sampai lelah.
Kadang-kadang cukup dengan hanya langkah-langkah tenang.

Jadi, sekarang...di mana dan bagaimana langkah kita?

Renung. Fikir.


Wednesday, March 28, 2012

Love Your Job!

Bagaimana mahu bahagia dengan kerja anda?

Love your job, not your organization. Pekerjaan kita tidak akan mengkhianati kita, tapi organisasi mungkin suatu hari nanti akan mengkhianati kita. Fikir-fikirkan...:) Untuk manushia sekalian, tak yah lar kejor kan sangat pangkat dalam organisasi kamu tuh. eheh.

Gambar sangat sedikit gemuk T_T



Gambar tiada kaitan dengan tajuk ekeke ;p.
Motif :  Sengaja menunjukkan sifat penyayang dan keibuan..muehehe~ ;p

Merealisasikan Impian

Beberapa hari lepas, dapat sesuatu ;)

ok. rasa macam ada santa claus versi Melayu. LoL.

Aku pun tak pasti, atas kapasiti apaQah, aku perlu dapat itu. Tapi, katanya...sebaik sahaja aku dapat sesuatu itu, aku wajib melupakan siapa si pemberi. Heh, tiada istilah so-called terhutang budi. Anggap je la rezeki, walaupun terima dengan rahang jatuh! *hilang segala ke-ayu-an.huh*

Alhamdulillah.

Aha..aku selalu cakap pada si dia-si dia dalam hidup aku, impian harus ditulis, dicatat atau ditampal. Untuk kita refresh apa impian kita setiap kali kita melihatnya. Supaya ia disusuli dengan usaha (walaupun, orang lain yang menunaikan impian itu..hi hi hi ;p)

Jadi....buat apa termenung di situ!!!

tulislah impian anda! eheh.

Serius berkesannnn ;)

cikendaauttt *gaya comel macam lisa surihani. kui3 ;p*

Thursday, March 22, 2012

Amekaww!

Nah, amekawww!

akhirnya, apa yang aku fikir, memang betul. tepat dan sahih. perghh...boleh percaya lah instinct aku ni.

hah, puas hati munirah?

dah tahu kebenaran...tapi hati sakit?

ehehe...well...reality bites, huh.



the truth is out there!

face it..or

leave it...larikkkkkk!! *lari dari rumah*

Saturday, March 17, 2012

Siapa kamu?

Siapakah yang kamu harapkan selain Allah?

Diri kamu.

Siapakah yang paling rapat dengan kamu selain Allah?

Diri kamu.

Siapakah yang paling mengenali diri kamu selain Allah?

Diri kamu.

Friday, March 9, 2012

kena tinggal

Kena tinggal dengan housemates = sedih
Bakal kena tinggal dengan boss = sedih kuasa dua.


sekian. episod sedih hujung minggu.

Thursday, March 1, 2012

Minggu Malas

Kurang motivasi minggu ini. Sekian.














Nasib baik kena pergi konvensyen. Seronok juga dengar orang bercakap. Tapayah aku duduk ofis.

Wednesday, February 22, 2012

Gatal tangan

Minggu lepas..ketika berlenggang kangkung pakpung lalu depan bilik 3rd boss.

"Munirah!! Munirah!!" Boss jerit dari dalam bilik. Aku pun brek mengejut kat depan pintu dia. Boss bangun sambil pegang kalendar. Tangan lagi sebelah garu-garu kepala.

"16hb dengan 17hb ni ade apa ye? Apsal kat kalendar ni ada tanda bulat ye? Apsal saya tak ingat apa dia ye" Dahi kerut-kerut.

"Ooo..yang tuuu...memang la Encik F tak tahuuuu....sebab saya yang bulatkan! he he he" sambil sengih yang paling menawan.

"Engko ni kann...!!eee...yang ko pegi conteng kalendar aku ni padahal??? Buang masa betul aku pikir apa bendanya 16hb dengan 17hb ni! Geram betullah aku dengan engko ni..hesh!"

"He he he...sorrrryyyy!!" terus cabut lari dengan pantas!


****
Beberapa hari lepas pulak, 2nd boss aku cakap....SPA dah silap ambil BUDAK NAKAL jadi PTD...he he he..tu la padahnya bila boss cuba nak provok anak buah tapi tak jadi, anak buah pulak yang provok boss balik...dapatlah title budak nakal..kuangkuangkuang~

Sunday, February 19, 2012

Multiskilling & Multitasking

 Lawatan YAB TPM & Isteri ke Kuantan, Pahang.
Thanks to Mr. Faizul (Enche Photographer SUK) for this pix ;p
Oh yes, im the bidan terjun photographer - Multiskilling



And....multitasking.
Bidan terjun gadis mock voucher lalalaa~
Thanks to Teacher Fais for this pix...rajin hantar gambar ni kat i...kui3~



16 Februari 2012

Bayu Pantai


Membiarkan diri dihempas bayu laut...sudah cukup untuk membuatkan kita sedar betapa berkuasa Sang Pencipta.
 

Monday, February 13, 2012

Hati yang degil

Walau berkali-kali kita mengingatkan hati kita, jangan rasa begitu, jangan rasa begini.

Kadang-kadang..ia tetap juga mahu rasa begitu atau begini. Terutama dengan orang yang rapat dengan kita.




Dan, kenapakah kita masih tidak mahu berterus terang?

Friday, February 10, 2012

Thursday, February 9, 2012

Musibah atau Rahmat

Sesuatu yang berlaku keatas kita, walau pun zahirnya kelihatan baik, tetapi jika fenomena yang berlaku keatas kita itu menyebabkan kita menyimpang dari kehendak Allah dan RasulNya, maka itu adalah MUSIBAH.

Dan sesuatu yang kelihatan pada mata kasar adalah sesuatu yang tidak baik atau kurang baik. Tetapi penzahiran dari fenomena tersebut adalah, kita mampu kekal dalam perintah dan kehendak Allah. Maka itu adalah RAHMAT.


 

Syukur Di Tempat Yang Salah

Semalam salah seorang staf di pejabat bagi cenderahati pada aku, my 3rd boss & 2nd boss. Staf berkenaan baru pulang dari bercuti dari satu tempat ni. masa tu kami dalam bilik 3rd boss.

3rd boss  pegang cenderahati (key chain berbentuk menara) tersebut ala-ala baru dapat anugerah sambil berkata "Alhamdulillah...terima kasih kerana memberi award ini kepada saya. Syukur saya dapat melakukan adegan-adegan panas di dalam filem ini dengan baik dan Alhamdulillah semua dapat menerimanya. Selepas ini saya berazam akan melakukan adegan yang lebih panas lagi supaya anugerah ini masih milik saya!"

Ok, keadaan aku memang nazak masa tu. Sakit perut. Gelak. Kemudian, 3rd boss berkenaan berkata "Kenapa awak gelak??Saya buat lawak ke?"

"Ok, itu bukan lawak ke??"

"Heh, kan ARTIS suka cakap macam tu....sedap je mereka ber-Alhamdulillah dan bersyukur kan? Its sooo easy to say anything without thinking..."


Aku. Senyum je....



Thing to ponder.

Wednesday, February 8, 2012

Internal

Just wanna share 1 motivation story. Forwarded by my KP.

*******

A business executive was deep in debt see no way out. Creditors were closing in on him. Suppliers were demanding payment. He sat on the park bench, head in hands, wondering if anything could save his company from bankruptcy.

Suddenly an old man appeared before him. “I can see that something is troubling you,” he said. After listening to the executive’ woes, the old man said, “I believe I can help you.” He asked man his name, wrote out a cheque, and pushed it into his hand saying, “take this money. Meet me here exactly one year from today, and you can pay me back at that time.” Then he turned and disappeared as quickly as he had come.
The business executive saw in his hand a cheque for $500,000, signed by John D.Rockefeller, then one og the richest men in the world.
“I can erase my money worries in an instant!” he realized. Nonetheless, the executive decided to put the cheque in his safe first. Just knowing it was there, would give him strength to work out away to save his business, he thought. With renewed optimism, he negotiated better deals and got extended terms of payment from creditors. Soon he could close some big sales. Within a few months, he was out of debt and making money once again.

Exactly a year later, he returned to the park with that uncashed cheque. The old man did not appear for some time yet the business executive decided to wait for a while more. A while later the old man came along the way but seemed to be unmindful of the business executive. He stopped the old man and was about the hand over the cheque with a few words of thanks as well as share his success story.

At the same time, he saw a nurse come running up and grabbing the old man. “I’m so glad I caught him!” she cried. “I hope he hasn’t been bothering you. He’s always escaping from the rest home and telling people he’s John D.Rockefeller. ” and she led the old man away by the arm.

The astonished executive just stood there, stunned. All year long he’d been wheeling and dealing, buying and selling, convinced he had half a million dollars behind him. Suddenly, he realized that it wasn’t the money, real or imagined, that had turned his life around. It was his new found of self-confidence that gave him the power to achieve anything he went after. He understood that confidence is nothing but the distant vision held positively no matter what comes in between. It comes from one’s own commitment and dedication and entirely internal.

Kehilangan Semangat


Picture taken at bendang

Friday, February 3, 2012

Don't Speak...


....unsaid.


hurt you.
hurt me.
friend.
friendship.
forgiveness.
forgive you because...
i still want you in my life. 
forever.
this is what i called...
....friendship.



Baik Ke Tidak

Untuk jadi baik atau tidak..

.....you choose...

Syaitan in the air :)
Picture taken at Malacca

Tuesday, January 24, 2012

Kepentingan Awam

Bila big boss mesej ayat begini....

"Baguslah kalau utamakan kepentingan awam..."

......aku rasa macam berkerjaya sebagai POLIS pulak!hailah!






Nota bawahan:
nak baju uniform satu!!

Kuala Tahan - Kerja Gila

Orang kata kami gila.
Kenapa?
Mau pergi ke Ulu Tembeling pada ketika hujan sangat lebat. Paras air sungai Pahang mendadak naik. Oh, pada ketika kami sampai..ia telah pun melebihi paras bahaya!

Tak..kami tak gila. Kami cuma mengikut arahan.
Oh, lagi la gila..mereka kata..
Tak...kami cuma mengikut arahan. itu sahaja.

Orang kata berpantang ajal...tapi kami mencari ajal...kata mereka.
Tak... kami cuma mengikut arahan.

Halangan pertama, Jambatan Sungai Ak telah tenggelam 
Kami naik backhoe untuk melepasi jambatan tersebut. Exciting yeah!

 Jeti Kuala Tahan. Air dah tinggi. Nampak parking itu? Ada lagi satu lagi parking di bawah (5 meter lebih kurang ke bawah) sudah tenggelam. Air..sangat deras. Tiada bot yang sanggup nak hantar ke Ulu...


Nak balik ke bandar Jerantut..jambatan Sungai Ak dah makin tenggelam. Backhoe dah tak nak lalu...naik sampan ler pulak.

Air deras..sampan senget-senget.



Kata 2nd bos : 
Kita pergi je...ini tanggungjawab. Buktikan kita tidak paling tadah pada pertengahan perjuangan.



phewww~ SYMP.





Nota bawahan
Kami tak ke ulu pun...takde bot nak bawa kami.
Pengalaman ini sangat bermakna :)

Kita untuk diri kita

Kalau kita tidak kuat untuk diri kita sendiri...


siapa lagi yang kita nak harapkan?

Thursday, January 19, 2012

Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Tuesday, January 10, 2012

Flower In My Life













If your life is green like old tree...let me be your flower to colour your life.

Sunday, January 8, 2012

Pembunuh Senyap

Khairul Munirah tak suka di tipu. Kepercayaan itu adalah sangat penting bagi seorang Khairul Munirah.
Hilang kepercayaan mungkin satu hari nanti boleh menjadi salah satu sebab kepada kematian Khairul Munirah.


Har har har..

Kita percaya orang...macam mana kita nak orang percaya kita. Mungkin orang kata, kita tak boleh meletakkan 100% kepercayaan pada orang...tapi, kalau kurang daripada 100% kepercayaan yang kita letakkan kepada kawan-kawan kita, maknanya kita berprasangka pada mereka.

Oh, untuk rakan sekerja memang aku tak letakkan 100% . cuma 99.9% je, sebab dah lihat beberapa penganiayaan berlaku di depan mata disebabkan 100% kepercayaan.

Tapi, untuk kawan-kawan....100% kepercayaan itu yang akan mereka dapat daripada seorang Khairul Munirah. Kalau aku tak bagi kawan 100% kepercayaan...siapa lagi yang aku nak percaya? Di kala waktu keluarga bukan di sisi kita.

Yang haru nya...bila kepercayaan itu dipecah-hancurkan-dan-di-tipu'in, maka...jadilah Khairul Munirah yang stress, migrain, hilang deria merasa kesedapan makanan dan jadi zombi.

Kepercayaan itu memang boleh menjadi pembunuh senyap kepada seorang Khairul Munirah.


Ha, takyah susah-susah nak racun aku. Tipu je aku. confirm aku frust.


Sangat la berharap Khairul Munirah yang positif.. yang tak sampai separuh ada dalam diri seorang Khairul Munirah ni..dapat menangkis serangan Khairul Munirah yang negatif ni. Fighting3~

Battle Of Myself!YadaYadaaa~


Inner peace bebeh.... inner peace!

Perubahan Fokus Hidup

Baru-baru ni aku ada membuang masa...membelek-belek mesej di telefon dan whatsApp.

dan tersedar sesuatu.

Semenjak...emm...beberapa bulan ini...TIADA lagi mesej dari orang yang bergelar KAWAN. Mesej yang "saje-saje-sebab-rasa-macam-nak-mesej-ko". Kalau ada pun, mesej yang aku start dulu sebab-aku-rasa-macam-nak-mesej-dorang.

Hanya cuma ada satu je. Mestilah dari gf Mukah aku.

Mesej lain semuanya berkenaan KERJA, dari ahli keluarga dan housemates aku yang berdua tu.

Pemenang utama mestilah mesej pasal KERJA!

perghhhh....sangat patheticusss.....

Wah, mana kawan saya pergi? Oh, pakwe pun takde!ahaks. LoL ;p.

Sesungguhnya...kini masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Ada yang dah kawin...yang sibuk dengan pakwe masing-masing...

Ha..ade satu kes masa aku mesej seorang kawan ni sebab-aku-rasa-macam-nak-mesej-dorang aku di katakan nak ngintip dia! ceh!

Perubahan fokus hidup. Dah tak sama dengan zaman belajar. Cuma bagi seorang Khairul Munirah yang suka sangat larut dalam sentimental-value-of-so-called-friendship-till-die ni...dia memang agak susah dan agak lambat nak terima kenyataan, yang kawan-kawan dia dah makin jauh. my bad. sekian. luahan hati untuk kali ini ye anak-anak. bubyee!




Oh lagi 1, sekarang semua orang dah pakai fb je nak mesej. aku yang ketinggalan zaman ni je suke guna fon. huargh2~

Saturday, January 7, 2012

Hati Rapuh

Kadang-kadang rasa nak gelak pada diri sendiri.
Bila nak terasa hati
Bila nak merajuk

Tiba-tiba datang lagi seorang Khairul Munirah yang baik.

"Hey Munirah...jangan la camtu..jangan terasa..jangan merajukkk...takde ape laa...sabar ye. positif..positif! jangan berprasangka..."

Harap-harap Khairul Munirah yang baik itu selalu ada dengan Khairul Munirah yang selalu berhati rapuh ini.










Nota bawahan :
Jangan harap orang lain untuk menggembirakan kita. gembirakan lah hati sendiri. pujuk la diri sendiri. positifkan diri sendiri.






walaupun...
bunyinya macam sangat pathetic..kueng3~

Monday, January 2, 2012

Tahun Baru Datang Lagi

Pertama.
Alhamdulillah. masih bernyawa lagi.

Kedua.
InsyaAllah tahun ini akan lagi baik dari tahun lepas.

Ketiga.
Harap Allah sabarkan hati dan mental.

Terakhir.
:)

Meluaskan Pengalaman

Banyak berjalan, banyak pengalaman.

Sekarang gila berjalan. Bersama housemates. Jalan-jalan tengok alam.
Tengok tempat orang. Release tension ;)

Ahha.macam-macam..

On the way ke destinasi, tiba-tiba dapat tahu hotel berhantu..terus walk-in cari hotel lain.
Baca map macam zaman dulu-dulu pada zaman orang sekarang semua dah pakai GPS. LoL ;p
Baca map terbalik.
Pergi negeri orang, jalan macam tempat sendiri..
etc.


Macam-macam.

Bila dah besar. fikir la sendiri macam mana nak buat diri sendiri gembira ;) Enjoice!

Surat terbuka untuk awak

saya cuma nak awak.
saya tak nak kongsi.
mungkin nampak tamak
tapi..
bila saya kahwin dengan awak...
saya cuma ada awak.
isteri untuk suami.
awak ada emak awak.
awak ada ayah awak.
awak ada family awak.
awak tak yah minta izin saya pun.
kalau saya....
saya kena minta izin awak.
Jadi awak....
boleh kah, saya nak awak berkorban sikit untuk saya?
Saya nak awak je. saya tak nak kongsi.
Paling kurang pun, sampai saya tutup mata.

Boleh tak awak?










NOTA
bawahan;
AWAKituMASIHbelumWUJUD.sekian.