Tuesday, November 29, 2011

Yadaa~

Semalam sangat semput.

Tekanan bila driver drive dengan tertekan. Co-pilot pun jadi sangat tertekan. Ha ha ha.

Perjalanan yang jauh dan mengejar masa. Nak pergi ke tempat yang dalam peta berada dalam Negeri Pahang, tapi nak pergi kena izin laluan Negeri Sembilan dulu, Adoila penatnya!

Perjalanan balik pulak kena mengekor lori siput. huh. Nasib sempat sampai tepat pada masanya untuk menghantar mereka ke stesen bas.

Hari ini... Berchenta buat kerja. Ok, betulla hari ni cuti. Tapi cuti aku duk bersila sambil buat kerja & buntut pun krem. uwaa...!!

Tekanan tekanan....;p

Friday, November 25, 2011

Nikmat kehidupan

bendang di kiri kanan ditenggelami air. meredah jalan yang telah ditenggelami air. perjalanan meninjau nelayan. hey, manushia-manushia yang sering bermegah-megah...dapatkah anda belajar sesuatu dari semua ini?

Nelayan 1 : gigih mengusaha kolam ternakan ikan, tanpa bantuan benih, tanpa kursus formal dan mengorek 2 kolam (sedang mengorek kolam ke-3) dengan hanya menggunakan SKOP+CANGKUL! can u imagine?

Nelayan 2 : satu ayat yang selalu beliau katakan "Alhamdulillah, ini rezeki saya" (berulang-ulang kali)

Nelayan 3 : sedang mengusahakan sarang burung walit (baru mula beberapa bulan) untuk back-up pendapatan 6 bulan mereka tidak ke laut semasa musim tengkujuh ni. Kata beliau, "jiran saya yang dah buat sarang burung ni 5 tahun dulu (sambil tunjuk rumah sarang burung jiran tersebut) datang tadi mintak lagu yang saya guna untuk panggil burung ni...sebab tiap-tiap petang dia nampak banyak burung datang ke sini. Saya bagi je la....nak buat macam mana, jiran kita...takpe la...kalau dia dapat lebih, rezeki dialah...kalau ada rezeki saya..adalah..."

Lihatlah....

Betapa mereka gigih, bersyukurnya mereka...dan tiada hasad dengki! Walaupun perkampungan mereka bak kata staf aku 25 tahun terkebelakang.


Bendang yang telah ditenggelami oleh air laut
I love my job



Iktibar kehidupan dari;
Kuala Pahang, Pekan, Pahang
Merchong, Pekan, Pahang

Wednesday, November 23, 2011

Motivasi Bekerja

Bagaimana nak meningkatkan motivasi dalam bekerja? Kadang-kadang memang stress bekerja. Ngehee..mana ada kerja yang tak stress kan.

Bak kata bos no.3 aku, hidup ni tak boleh tak stress..stress tu perlu supaya kita ada sifat cepat bertindak (alert). Cuma terpulang kepada kita macam mana nak manupulate stress yang negatif menjadi positif.

Motivasi juga bukan sekadar dari bos kepada anak buah. Anak buah pun boleh memberi motivasi kepada bos. Contohnya, bila bos suruh buat sesuatu..kita buat dengan bersungguh-sungguh dan cepat. Maka secara tak langsung bos jadi seronok dan dia pun akan jadi lebih bermotivasi.

Kita juga jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain. Panjang cerita, dont judge a book by its cover. Kadang-kadang kita tengok seseorang itu macam takde pape pun..tapi sebenarnya dia hebat. Jangan lah kita memalukan orang..di depan orang lain.

Bak kata bos no.2 aku, kalau saya nak marah staf, saya jumpa dia sorang je, tapi kalau nak puji...saya puji depan orang lain.

Oh ye, siapa-siapa nak bos-bos yang hebat..marilah kerja kat pejabat aku. Superb  motivator :)

Kata kunci untuk memotivasikan diri sendiri ialah POSITIF.








**********
Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots

Jatuh...cinta

Kenapa bila mula-mula nak bercinta/ mula suka seseorang, orang panggil itu adalah JATUH CINTA?

kenape kenape kenapeeee???! *stress*

Hati jatuh?
Akal jatuh?
Minda jatuh?
Jiwa jatuh?

Sape ntah pernah cakap pada aku...pada ketika seseorang itu sedang bercinta, tahap fikirannya memang jatuh menjunam kebaboom...tak boleh fikir straight.

Mungkin la kot, sebab masa bercinta ni, kita rasa semuanya manis...masham pun rasa manis...so sweettt bak kate Opah.

Jadi, siapakah yang boleh memberikan huraian kepada definisi JATUH CINTA? *buka buku sejarah*




Nota bawahan :
Hampes betul sape yang tarik balik trofi YUNA tuh.cett...*tampar laju-laju* kau memang penakut!

Saturday, November 19, 2011

New passion

jengjengjenggg...eheh..dah. tu je. ;p

Gambar hiasan- Ni osmet saya. sekian.




;p