Tuesday, October 25, 2011

Portable Scanner

saya dapat hadiah ini minggu lepas. dan saya sangat happy ;)

Sangat kagum hoke dengan benda kecik ni. Ahha...tadi aku baru beli SD Card..so, dah boleh guna!! Lepas dapat haritu aku terus pi beli bateri AAA...kunun nak terus guna...rupa-rupanya kena ada SD Card...hihi.

Hasil scanning ;





Chantekk kan? hihi...

Mari-mari beli sekarang! (kalau nak free, sila la buat jakun macam aku....kan dah dapat free..muahaha)

Terima kasih banyak-banyak  kepada yang memberi ;)

Oh Oh Kes

Khairul Munirah sedang mendengar lagu orkestra..

Wind of change - Scorpions & Berlin Orchestra
Canon In D
Detonautas
.....


haha...

apeQah?

LoL ;p
















nota bawahan
the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.


keep thinking~

11th hour

The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.
 
 
 
 
kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi perit - Hlovate, Contengan Jalanan
 Tembak dosa!

Suka Ke Tak Suka?

Memang la tak boleh nak masuk akal logik-kah-khairul-munirah bila tiba-tiba kena fikir benda-benda serius pasal life..oh oh oh yes, its all about relationship. Ha Har Harr... Fikir secara kronik setelah mem-publish-kan entry sebelum ini.

Kan dah kena cop kanak-kanak ribena! padan muka...eh but wait semenet...minachi tu memang suka cop aku macam-macam pun..haish..soalan jujur ikhlas aku dijawabnya dengan mengecop aku sebagai kanak-kanak ribena?huh!

Sangat la its complicatednya silibus ini, sampai minachi-nama-intan tu siap masuk subjek kimia, sains segala-bagai.

Susah ke nak figure-out bila dan macam mana kita tahu, kita suka seseorang itu?

hakhakhak...*masuk mode ji-wang habisan tengah pagi-dinihari..huwaaa~*

Ko dah 26 tahun tapi still tak dapat figure out ek ko suka orang tu ke tak..dahsat, kanak ribena.

Hambekk ko...berdas-das makan dalam dia bagi.

Isk..aku bukan nya tetau camna feelingnya itu...cumanya aku nak tau....camna orang lain rasa. Dan 'orang lain' yang aku boleh experimenkan tentulah minachi tu....

Lagipun dia memang subjek penyabar yang boleh layan semua experimen mengarut aku. Dia la orang yang boleh layan semua mesej mengarut aku masa aku nak test handphone aku dulu yang konon-konon rosak...baik kan dia?

*dem...aku ter-puji-an ko dowh!*

Tapi betul jugak kata minachi-senget ni.....

Kalau kita suka kat orang tu, walaupun dia tanya ko sezillion kali pun ayat "dah diner?" ko happy je nak jawab. Cuba kalau orang tu ko tak suka...mesti rasa nak geget-geget jek handphone tu kan?


think bebeh think!


Nota bawahan
Kagum jugak aku pada minachi ni...sentiasa ada ayat manis nak gula-gulakan aku.


zzz...*tengah baca buku SEJUTA AYAT-AYAT MANIS DARI WANITA UNTUK WANITA tulisan Sarah Osman Anak Makcik Rohana*

wahaha...sarah oh sarah..eeeuu..;p

Monday, October 24, 2011

Luah

*annoying*

Pernahkah anda terperangkap di dalam situasi-situasi yang sangat annoying? Contohnya seperti di bawah;

Situasi 1 :

Anda pergi ke kenduri kawin kawan anda..tiba masa anda hendak bersalam/pergi tangkap gambar/ ucap tahniah kepada pengantin, si pengantin pun bertanya "KAU BILE LAGI....TENGOK AKU..DAH KWIN DAH"

Ek enaaaa....kerek betul..ko pun nasib baik dah kawin arini, berani ar ko tanye gitu, kalau tak, ko pun mesti berasap telinga dengar soalan macam tu. baru kawin beberapa jam dah nak show..piiidah!


Situasi 2 :

Rakan sepejabat teman seGI-LA anda telah berkahwin meninggalkan anda sebagai satu-satunya calon hot yang single and available (sila jangan rasa nak muntah-ijau) di pejabat anda. Makanya, ramai la rakan sepejabat yang pura-pura ambil berat "Cik Mun bile pulak nak kawin....kawin la cepat-cepat, nanti dah berumur baru nak kawin.."

watdehekkk? Ada aku mintak duit korang tanggung aku? sukati aku la nak kawin bila. Korang ingat pilih suami macam petik stroberi pastu celup cokelat ke? Sila jelas ye...i nak pilih SUAMI..bukan LAKI.


Situasi 3 :

Anda meng-upload gambar kawin rakan anda di facebook, blog etc. tiba-tiba ada manusia komen..."Kawannya dah..awak bila lagi"

So whatt?? Biaq pi la dia kawin dulu. hangpa ingat aku ni Tuhan ka? Boleh tentukan jodoh aku sendiri. Padiyappa~ kata ja manusia beragama, konsep mudah pun lagi mau tanya.


Situasi 4 :

Bila ex-la-usurpadora anda sibuk nak tahu siapa pasangan hidup anda..dan kenapa anda masih tak kawin-kawin lagi..

Why sooo busy-body ha? Ingat gadis-jelita ini masih tak kawin lagi sebab tunggu ekau ke? ke nak tolong carikan calon? Tapi bak kata Kekaseh Mukah saya, boleh je kalau nak tolong carikan, tapi make sure dia bukan lelaki bodoh yang suka-suka je nak dump orang tanpa sebab. Kihkihkih ;p


Situasi 5 :

Bila makcik-makcik buat persidangan antarabangsa mesyuarat tingkap, dan kita secara tak sengaja buat lintasan hormat kat depan mereka...mereka pun secara peluru berpandu bertanya "O Jenab, si Kiah tu ha dah pregnant dah...kamu bile pulok?"

Oh makcik-makcik Datin Wannabe...bute mate ke bute hati..kawin pun tak..nak suruh aku pregnant?! Ingat aku Mariam ke hape?


Situasi 6 :

Bila kamu gumbira menjadi pengapit pengantin kepada rakan baik anda, tiba-tiba ada manusia turun dari langit cakap "Woi, kalau jadik pengapit, nanti lagi lambat la ko kawinnn..." (dengan gaya Mufti keluar fatwa)

Kasihan manusia sebegini. Dulu masa kat sekolah taknak belajar betul-betul, time agama, tidur..kelas agama petang-petang, memonteng. Gini la jadinya...berangan nak jadik mufti.



*emo*

Oh oh ohh sila betulkan arial tv anda. Aku bukan emo disebabkan masih tidak berpasangan (ini hint ;p), tetapi aku emo dengan manusia-manusia yang selalu salah memilih topik, memilih perkara untuk dibincangkan. Aku faham, kadang-kadang seseorang tu cuma nak cari topik untuk berbasi-basa (ke berbasa-basi eh?). Tapi, kadang-kadang tak kena gaya dan tak kena tempat. Nasib la aku ni jenis memendam perasaan je. Kalau tak dah lama dah kena sembur tak kira tua, muda mahupun hensem bergaya. Aku cuma kutuk korang kat sini je...;p

Memegang status single and available (hint lagi) ini, tidak memberikan sebarang tekanan pun pada aku. Tapi aku hairan bila ramai yang tiba-tiba terlebih tahu tentang perasaan-tekanan aku? Pelik.. eh tak pelik..tak pelik..itu tanda ramaaiiinye sayang aku kan? *sarkastikkah? La-gi*

Aku bahagia je ding-dong ding-dong dengan housemates aku. Aku bahagia je ke hulu ke hilir buat apa yang aku suka. Aku bahagia je berchenta dengan Kekaseh Mukah aku..tiap hari mesej sampai orang ingat aku mesej dengan lelaki.


*gelak baca mesej*

kenapa kalau kita baca mesej sambil senyum dan tergelak-gelak..orang ingat kita sedang bermesej dengan so-called PAKWE?

mereka ni terlampau la caring pada kita sampai ingat dorang paham/tahu segala benda pasal kita. Tapi, tahukah mereka, sesungguhnya...aku ini mempunyai rakan-rakan yang jika menulis mesej, tak penah tak guna ayat yang tak lawak? (ha..kasi bold, itu tanda penegasan)


*ciri-ciri*

Orang selalu tanya, apa ciri-ciri lelaki idaman malaya yang aku nak.

Aku senang je jawab "hensem sebijik macam Aaron Aziz" amekaw!Memang nan-ado la kan...;p

Penting beno ke ade ciri-ciri tu? So-called CIRI-CIRI itu menyebabkan kita meletakkan high expectation kepada pasangan kita. Pastu tak achieve (macam nak achieve SKT -sasaran kerja tahunan), kita jugak yang kecewa. Bungkus, balik bangla..huahua

Beriman
Berkerjaya
Penyayang
Kelakar
Baik
Berbudi pekerti
blablablaa

Aloloooooo....soo cuwit..prince charming wannabe.

Sebab kan....erm...kalau kita suka seseorang tu....tanpa ada sebab kan?

Kita suka dia...sebab kita suka dia lar kan?

HUH, bila masuk bab silibus chenta+perasaan ni...memang susah nak di-explain-kan. Masuk je bab ni...buku Rancangan Mengajar Harian (RPH) mesti kosong jek..tetau nak tulis ape...huahuahu ;p

Tatataaaapiii....aku ada satu ciri yang umum tapi mungkin susah kot (haha..nak jugekkk)

Aku cuma nak orang yang macam Kekaseh Mukah aku tu je, cuma versi Lelaki ;)

Jadi....sila lah berkenalan dengan kekaseh Mukah saya tu ye *wink* Sila copy-paste beliau beserta perangai bengong dia skali ;p




psst : kekaseh mukah sy single & available jugak..lalala~ (iklan free babe..aku tak kenakan bayaran huahuahua ;p)



nota bawahan
Masa sedang menulis entry ini dalam notepad (biasa ar suke peram cite), si kekaseh mukah mesej tanya buat ape? aku jawab "menulis"...

...memang sah kena kutuk lar kan.."Menulis? Diary? ni zaman ape ni tulis diari??"

Haha..mengong betul...takkan tulis diari kot...tak logik betul munirah = diari..heh.

Eh, sape dulu-dulu ada diari yang lovey-mushy eh?Angkat tangan sekarang!

Dear Diary...
I saw my crush today with red tie and green shirt blablabla...

hahahahahaha :D






 Curi Ayat Si-Dia
I'm going to smile like nothing wrong, talk like everything perfect, act like its all a dream and pretend its not hurting me....

Nak pengukur

apa ukuran pada sebuah kebahagiaan dan kejayaan?

Adakah dari jumlah harta yang dikumpul?
Adakah dari deretan kereta mewah koleksi di bawah porch?
Adakah dari indahnya rumah bagai istana di atas bukit?
Atau
Dari gaji beribu-ribu yang mengisi poket setiap bulan?

Beberapa bulan lepas, ikut mak aku ke rumah seorang nenek ni. Antara perbualan nenek tu dengan mak...

"Dah koje ke anak kamu ni Leha?"
"Udoh...semua dah koje..."
"Ooo..patut la dah paka krete...Seghonok ler kamu Leha..anak dah berjaye...dulu masuk u ke?"
"Aah..dulu die blajo kat Johor..sekarang koje kat Pahang pulok.."
"ooo..mude-mude dah meranto iye.."


Mak senyum pandang aku. Aku pandang siling.

Aku pandang siling bukan sebab nak kira ada berapa cicak ada kat siling tu..tapi aku tengah memikir-semenjak dua menjak ni memang aku suka memikir gaya ahli filosopi terbilang- Nenek ni kan la..adeh, agak-agaknya siapa yang pakai kereta tu dia kira dah berjaya ye.

Heh, dia tak tau duit gaji hilang bayar hutang jek.

Tapi, masyarakat sekarang memang kebanyakannya mengukur kebahagiaan itu pada pangkat, harta dan segala jenis macam material+plastik yang orang miliki.

Antara contoh ;

"Haa..Peah, kamu kawin la dengan si Jebat tu..die koje kerajaan...senang la idup kamu nanti"

*derr~ apa kaitan kesenangan dengan kerja kerajaan?*

"Huiish..tu diaa...besonye kete diee, bertuahlar sape kawin dengan die nanti"

*hah, memang bertuah..sebab dengan terpaksa-rela kena tolong bayarkan hutang dia*

"baguih dia noo..muda-muda dah ade umah sendiri"

*boleh la..gune duit mak pak..*




Eh jap...masih tak mencapai matlamat asal menulis entry ini. Ha Ha Ha....sebenarnya nak tulis pandangan tentang kebahagiaan dan kejayaan secara umum, tapi terrrr-ulas lebih kepada pasangan hidup pulak.



Ok, sambung.belasah jek.


Ala..munirah..ko tulis boleh laa....ko pun sama jek. Takkan la ko taknak calon suami macam tu kan?


Hah?? Sapa kata aku taknak?

Selagi ko takde banglo 3 tingkat, BMW (untuk aku) dan simpanan atas nama aku sejumlah RM200k, jangan harap nak kawin dengan aku. ha lagi satu, sila sediakan ladang tulip untuk aku.


Ade brannn?





heh, sarkastik enough ea?

pssst :
kepada yang suka kata aku sarkastik tu, heh..ade aku kesah? itu namanya kebelihan aku..eh, kelebihan aku kuang3~ ;p

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

Patah Seribu



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Sunday, October 9, 2011

Allahyarham Al Ameer Sadat : Al-Fatihah

Al Fatihah untuk kawanku, Al Ameer Sadat. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Moga Kak Murni tabah menghadapi ujian Allah ini. rasa baru lagi pegi wedding mereka.

Dua tiga hari ni aku asyik fikir, apa yang aku nak tulis kat blog ni. dah lama rasanya aku tak update blog. dan tak sangka....berita sedih ini yang aku tulis.

Lepas ni takde lagi orang nak panggil aku dengan nama KHAIRUL BERIMAN.


 Kami akan merindui keceriaan dan gelak tawa anda Allahyarham Al Ameer Sadat..T_T

Allahyarham Al Ameer Sadat a.k.a our Superhero '(