Sunday, September 18, 2011

Johnny English Reborn

Menapak ke 3 panggung baru boleh tengok Johnny English Reborn. Full house! huh..

Heh, tapi berbaloi-baloi...memang best! ;) Jadi, sila la tengok...hihi

Ok, part yang paling teruja sekali ialah...bila tengok Gillian Anderson!! wawawa....dah bertahun-tahun kot aku tak tengok Gillian Anderson..Ejen Scully tuuuu!

Korang tau sape Ejen Scully? Awek Ejen FBI dalam cerita X-Files...cerita zaman kanak-kanak ribena dulu...suke giler kot aku tengok dia...hihi


Psstt :
Aku memang tak berkenan dengan Rowan Atkinson ni. Nasib baik dia tak buat perangai parkinson macam Mr. Bean dalam cite ni..Dan nasib baik juge, awal-awal lagi dah keluar Ejen Scully, terus mood exciited..hahaha

Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011

Raya tahun ni cuti lama..huahua...tolak dapat cuti free, aku amik cuti sampai selasa 6hb. Kelama-an cuti aku tu sampai siap dapat reminder dari bos besaq bagitau "your leave approved until 6 Sept ONLY".....huh? ingat aku takmo balik opis ka hape? Risau sangattt...eheks ;p

Ok, cerita raya.

Storyline masih sama.

Jadik bibik.

Jadik tukang kebun.

Jadik cleaner.

Jadik pengusaha kueh raye berjaye.

Jadik baby sitter.

Jadik supir terhormat.

Jadik runner pi carik lauk.

Aktiviti selain di atas :

Konvoi-konvoi lah! ;)

Sekian.



Laporan disediakan oleh bekas Bibik Kehormat, Haji Taris & Hajah Zalihah...kuang3~



err..tahun nii takde gambo se-famili...

Paksaan Yang Baik

Macam mana kita boleh menulis dan membaca?

Tiba-tiba pandai?

Oh tidak..mesti mummy dan daddy yang paksa kan. Takpun...zaman dulu-dulu, ayah & mak tak pandai menulis & membaca...cikgu-cikgu tolong paksa-tulis & paksa-baca.


Terima kasih.







*takde motif...lalalala~*






************
mak kate nak menantu cikgu!GI-LA..mane mau carik?hahahahah :D err...carik kat maktab je la ek?kuang3~

Ironi

sama ada sedar ataupun tak, banyak sangat keadaan yang ironi dalam kehidupan kita. kita mahukan itu, tapi kita dapat yang ini. dulu kita pangkah habis-habisan itu, tapi itu juga yang kita dapat akhirnya.

itulah namanya takdir. kadang-kadang kita berusaha untuk berkata TIDAK. tapi DIA menulis untuk YA. Ia takdir. ya, takdir. tiada istilah kebetulan dalam hidup kita (ISLAM). yang ada dan wujud hanyalah takdir.

ada benda (baik) yang kita memang patut dipaksa-buat dan hipokrit sebelum ia menjadi darah daging dan akhirnya kita amalkan dengan hati yang terbuka.langsung hilang istilah terpaksa. dan sebenarnya kita tak patut dan tak harus rasa terbeban untuk melakukan perkara yang baik.



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216)


wallahualam.








*sudah terperap di dalam notepad sebelum dipublish disini*

Balasan Untuk Kebaikan

Pernahkah anda berada pada situasi...anda berbuat baik pada seseorang, tetapi si dia tidak menghargai kebaikan anda malahan tiada langsung ucapan seringkas TERIMA KASIH yang anda terima.

Apa perasaan anda? Kecewa? Geram? Atau...sudah berputus asa untuk membuat kebaikan kepada si dia, atau kepada orang lain keseluruhannya.

Kenapa manusia selepas dia membuat kebaikan, mereka mengharap akan ada balasan yang baik dari manusia yang kita hulurkan bantuan/kebaikan itu tadi?

Sedangkan, kita sedia maklum, malah berkali-kali telah diingatkan bahawasanya...setiap kebaikan yang kita lakukan Allah akan memberikan ganjaran yang berlipat kali gandanya dari apa yang kita akan dapat di dunia ini.

Jadi, apa perlu lagi kita kecohkan, jika tiada terima kasih yang kita terima, tiada kenaikan pangkat untuk segala kebaikan kita, tiada hadiah untuk segala kerja keras kita?

Cukuplah sekadar kita mengikhlaskan diri melakukan sesuatu itu kerana Allah. Ganjaran Allah itu kan lagi hebat dari segala jenis ganjaran yang manusia mampu berikan *wink*



SEKADAR MENGINGATKAN DIRI SENDIRI YANG SELALU LUPA.


*esok, harapnya rancangan melihat alam berjaya ;)*