Sunday, March 27, 2011

Wira Yang Tak Didendang

Bidang Tugas PTD

27 Feb
 
Wira yang tidak didendang. Begitulah kesimpulan yang dapat dibuat berkenaan bidang tugas PTD. Untuk pengetahuan, antara pegawai yang terlibat dalam membawa pulang para pelajar dan warganegara Malaysia dari negara Timur Tengah adalah PTD. Mereka yang terlibat ketika itu bertugas di pejabat kedutaan, jabatan pelajar, Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya. Salah seorang daripada mereka ialah rakan penulis sendiri. Beliau perlu bertungkus lumus untuk memastikan keperluan dan pengurusan warganegara Malaysia di Mesir mencukupi. Daripada makan minum, tempat tinggal, kapal terbang dan lain-lain perkara perlu diurus dengan sebaiknya. Bukannya untuk seorang rakyat Malaysia tetapi ribuan jumlahnya. Selain itu kerjasama daripada pihak berkuasa Mesir, pihak lapangan terbang, pihak berkuasa Arab Saudi dan ibu pejabat di Malaysia juga sangat-sangat dihargai ketika itu.

Dari sudut peribadi pula, sungguhpun beliau membantu rakyat Malaysia pulang dengan selamat, beliau terpaksa melambatkan kepulangan ke negara. Ini semua dilakukan demi memastikan amanah yang diberikan terlaksana dengan sempurna. Biarpun pelaksanaan tugas ini mendapat kritikan, sebagai penjawat awam yang melaksanakan dasar negara, ia dilakukan tanpa sungutan mahupun rintihan.

Selain itu daripada peristiwa di Mesir tersebut, apa yang dapat dipelajari ialah walau apa pun kerja baik yang kita laksanakan, pasti ada suara-suara yang tidak berpuas hati. Justeru apa yang perlu dilakukan ialah terus laksanakan perkara  tersebut sehingga berjaya. Biarlah sejarah yang akan mengadili kita di kemudian hari.

Di copy-paste dari PTDBlog. Klik SINI untuk ke PTDBlog.


Nota bawahan :
Berminat jadi PTD? Silalah bersedia untuk exam pada 25 Jun 2011. Tahun ni dikatakan exam hanya sekali sahaja. Jadi, mungkin exam akan jadi lebih susah. MUNGKIN. Jadi, kalau betul teringin nak jadi PTD, start la study dari sekarang! Apa tunggu lagi...!

Bakal Puan

Rasa baru je dua tiga hari lepas tulis pasal Puan Nurul Aini...rupanya dah berlalu seminggu..huhu. maknanya, sudah dua minggu la ayul jadi isteri marzuki. ngee~ aku ni tolong kira plak dah berapa hari ayul jadik isteri orang...kuang3~

semalam plak, salah seorang dari kami dah selamat jadi tunangan orang. ;) bakal jadik PUAN yang kedua antara kami la nampak gayanya..insyaAllah ;)

pasni giliran sape la plak ek? akukah?hahaha...

isk, aku ni kena pikir plak nak gi DPA (Diploma Pengurusan Awam) lagi . tak nak la aku gi dengan batch lain..

isk, tapi takpe...insyaAllah semuanya dipermudahkanNya.

Sopan Santun Di Jalanraya

Apakah yang paling menjengkelkan ketika anda sedang memandu sambil karaoke dan berduet dengan penyanyi kesayangan anda??

1. Ada pemandu-tade-kesedaran-sivik masuk simpang tanpa memberi signal
2. Ada pemandu-tade-kesedaran-sivik menerjah masuk di depan anda tanpa memberi signal 
3. Pemandu-tade-kesedaran-sivik memcocok-cocok di bontot kereta anda...walaupun anda memang di lane kiri. Nak laju pi la lorong kanan! padiyappa~
4. Penunggang-moto-tade-kesedaran-sivik menyelit-nyelit suka hati...pastu bila jatuh nak salahkan orang. Budus punye olang!
5. Pemandu-tade-kesedaran-sivik bawak 30 km/j di lorong kanan. Padiyappa~ tak belajar kat driving school ke? Kalau jem lain ar citer.huh!


eh, saya tak marah la..saya sedang senyum ni...;)

Saturday, March 26, 2011

Bila dah insaf....

......................serta merta pakai baju kurung. ehiks.

drama drama dramaaa~ fuhhh!



Nota-tade-kaitan
Daku rindu banget same teman-teman...huuu~

Thursday, March 24, 2011

Supermoon

Serius aku baca artikel ni sebab dia ada perkataan MOON.hahaha

Mari baca mengenai Koleksi Supermoon Seluruh Dunia di SINI.





Enjoice!!










PSSSTTT..hujan lagi malam ni..huhu, Perak dah banjir.

Obat Oh Obat

Suatu hari di bulan Mac...Cik Bulan bertandang ke bilik Cik Milah (di pejabat)..

Cik Milah : Cik Bulan dah siap ke paper tu?
Cik Bulan : Belum la...sakit perut...tak leh fokus...
Cik Milah : Eh yeke..kesiannye..Cik Bulan nak ubat? Saya ade ubat ni dalam drawer...
Cik Bulan : Boleh jugak...baguslah Cik Milah ni..macam farmasi.
Cik Milah : Nah amik ni...Milah pun tak penah guna lagi..tapi mak kate ni untuk sakit perut...
Cik Bulan : Ok, thanks *sambil belek-belek botol ubat cecair tu*

Tiba-tiba...

Miiiiiilaaaaaaah!!!

Cik Milah : Nape Cik Bulan???
Cik Bulan : Ubat ape yang Cik Milah bagi ni??
Cik Milah : Ubat sakit perut la..sapu kat perut...
Cik Bulan : Adoyai...kejap ye, saya bace kegunaan dia..untuk sakit pangkal rahim, untuk sakit mati pucuk, mengubat lumpuh blablablablaa...abes tu, tang mana yang untuk sakit perutnye? Untuk kembung perut pun takde!
Cik Milah : hahahahahhahahaha *gelak macam dah tak hingat donia*
Cik Bulan : &^%$$###!!!@
Cik Milah : Mane Milah tau...tak penah guna pun..tak penah baca pun yang dorang tulis kat botol tu...hahaha..mak bagi, Milah amik je la...!



Moral Of The Story 
Jangan amik semberono je barang..tengok dulu padia...

Tuesday, March 22, 2011

Kerja Lagi

Ada sape-sape berminat nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik a.k.a PTD?

Kalau rasa-rasa nak keje sharp pukul 8 pagi ke pukul 5 petang punch card, sila lupakan niat suci murni anda. Hehehe...;p

Kerana..tahukah anda, bahawasanya berdasarkan fakta buku sejarah, PTD akan datang awal, balik lambat..kih3~ kalau dia balik awal pun, tak sharp pada waktu dia sepatutnya punch card. Mesti terlebih...pastu bawak balik keje ke rumah..........sebab takut opis dia seram sangat macam orang yang tengah menulis nih..hahahaha ;p

Adoi..tension la aku buat slide neh...bagi ar sat aku merapu kat sini noo...ampun la ek.

Tapi..walau di mana pun kita kerja...walau apa pun kerja kita..yang penting kita ENJOo0Y!! *angkat tangan cam Nora Danish dan pura-pura kiut macam dia*

Dan yang paling penting...BERSYUKUR laaaa....;) Alhamdulillah, inilah pekerjaan yang memberi rezeki kepada aku...untuk aku bayar bil broadband..opppss..;p hi hi hi


Kunun-kunun paling fokus..muehehe ;p

Monday, March 21, 2011

Tipu

Benci la orang tipu-tipu neh. haish. Susah sangat ke nak cakap betul-betul. Bukan aku nak pi bom jalan yang ko nak lalu tu pun, haish.


Uh.

Uh.



Uh. Saket per0t la....kuang3~

Kabel Baek Punya

Masa awal-awal aku jadik PTDie ni...ada orang tanya...

"Cik Mun ada adik beradik jadik PTD ke?"

"Takde" Cik Mun menjawab.

"Tiiipuuulah! Mesti ada punya..."


"Kenapa plak mesti kena ade??"


"Yelah..mana boleh jadik PTD kalau tak de kabel.."

"HOH?" Cik Mun ternganga sopan.. :p

"Kurang hasssam sungguh awak ni ek..saya susah-susah amik exam, tonggang terbalik pegi PAC, pecah kepala jawab soalan interview....awak cakap saya guna kabellll??!! grrrrrr" Cik Mun bertukar menjadi raksasa ijau yang menutup aurat.

Kenapa ek..ada orang yang berfikiran macam tu? Tragis betul untuk orang yang betul-betul menggunakan jalan kebenaran untuk dapatkan suatu jawatan.

Cikgu BM

Hari ni...sampai tujuh kali aku betulkan surat yang PT buat. Lastnya, PT aku cakap aku cikgu BM. LoL...dia taktau ke memang cita-cita aku nak jadik cikgu BM?he he he ...;p

Dah la first draft lagi aku terus amik pen merah..nampak sangat macam akan ada kesalahan...haha..tapi memang betul pun..;p

Sampai surat yang ke-enam kalinya..dia cakap.."Cik Mun nak cukupkan tujuh kali ke?"

"Yuppp! Baru afdal..." 

Lalalalaa~


Nasib baik, kali ketujuh tu memang betul-betul takde kesalahan dah...;)

Nota bawahan :
Apsal la lelaki-lelaki kat opis aku ni suke buat lawak otroman...penat gelak. Cik Bilik Sebelah pun suka sangat buat lawak sengal. Adui...moga bahagia ini berterusan. Aminn....

Sunday, March 20, 2011

Puan Nurul Aini

Hari ini genap seminggu Nurul Aini Aziz jadi isteri Marzuki. Tak sangka yuyul yang kawin dulu dari kitorang...hihi.

Terharu sungguh masa ari nikah yuyul aritu. Rasa nak nangis pun ada...akhirnya yuyul bahagia gak. Happy ending. Pertama kali juga dengar tok kadi cakap panjang lebar...tapi penuh dengan nasihat yang lawak ;) Sangat up-to-date tok kadi tuh.

Nak letak gambo...tapi brukben ni lemmmmmb sungguh. Jadi, nanti-nanti la upload gambo..hehe ;p

UPDATED (tenet dah lajuu..yehuuuuu!)

 hehe..gambo tetamu pengantin la dulu....;p

Tetamu pengantin lagi. Rombongan cik embun soksek ke pernikahan Ayuyul ;) Secara kebetulan, kami adalah rumet masa final year...tersedar masa beli hadiah..hihi..pastu pecah kepala nak ingat nombor bilik ape sebab nak tulis kat kad hadiah...akhirnya, sorang pun tak dapek nak ingat. Nampak sangat semua dah tua..kuang3~ ;p

MEMPERKENALKAN...........!!! KEPAKKEPUNGKEPAKKEPUNG...
PUAN NURUL AINI DAN ENCIK MARZUKI....!


sobsobsobbbss...*lap ayo mate*


Selamat ulangtahun yang ke tujuh hari, ayuyul...Moga bahagia hingga ke akhir hayat ;)

Friday, March 11, 2011

Hujan Di Kuantan

Terdengar bunyi hujan kat luar..teringat nak tulis pasal kejadian semalam. Eh, kelmarin...

Untuk pertama kalinya, kelmarin aku datang ofis setengah jam lewat. Selalunya setengah jam awal aku dah menepek muka kat ofis.Perjalanan yang biasanya 20 minit je dari rumah ke ofis, jadi 1 jam setengah!

Kesahnya, hujan lebat sangat pagi tu. Jalan sangat la jem. Rupa-rupanya air dah melimpah ke jalan dekat Tanah Putih. Sepanjang jalan sebelum sampai ke tempat yang dah terrrrbanjir tu, parit kat tepi jalan tu dah melimpah ruah dah. Jalan dari 2 lane, dah jadik 3 lane...disebabkan ramai warga Kuantan yang tak berapa nak sabo...

Masa aku sampai ofis, jiran bilik sebelah tak sampai lagi. Rumah dia lagi jauh dari aku. Masa dia sampai, dia pun cerita kisah tragis nasib malang si kancil satu nih...

Masa kawan aku ni tengah menempuh jem kat jalan yang sama (cuma dia lewat sikit dari aku), tiba-tiba ada ambulans nak lalu..so, semua kereta pun ke tepi la...dalam masa nak bagi laluan kat ambulans ni, kancil kat depan kawan aku ni terjunam masuk parit kat tepi jalan tu. Kesian sungguh. Dah la pemandunya perempuan. Kes naya sungguh...mungkin dia tak perasan sebelah tu parit, sebab air parit tu dah melimpah sampai tak nampak dah ada parit ke tak kat situ.

Jadi, nak salahkan sape? Salah parit sebab tak cukup dalam (untuk tampung air hujan lebat) atau salah ambulans sebab lalu pada masa yang salah? ;p

Of course, bukan salah hujan yang menyembah bumi.




Moral of the story :
Bukan semua perbuatan baik dibalas baik...jadi, BERSABARRRR LAH! Dugaaaaannn..

Tips Untuk Tidur

Muahahaha.....

Dah tau dah tips untuk cepat mengantuk walaupun baru lepas minum kopi 5 in 1..;p

Senang jek....






Bacalah buku "Perintah-perintah Am Dan Arahan Pentadbiran" ...hehehe   Ampun ILBS! Gurauan semata-mata. Sesungguhnya saat mata bertemu jodoh dengan ayat pertama...sang syaitan pun datang menggantungkan dirinya ke mata keme. Not ur faults ILBS. Just syaitan was not very happy with my terlebih rajin...gagagaga~



Gudnite everybody! Have a sweet nitemare! Ngehehe ;p Kenang daku dalam mimpi mu...weks!

Terlebih Sudaa~

Malam ni (eh..atau lebih tepat pagi?) terlebih rajin plak menulis. Ha ha haa..tak bleh tido plak..ni semua pasai minum ayo 5 in 1 produk Elken yang Cik Partner bagi.

Cis cis dan cis..nak buat ape lagi ni ek?

Erm erm ermmm.....

zzzZZzzzz.....

Garis Pemisah

Antara...

Benci dan Kasih
Halal dan Haram 
Suci dan Noda
Cinta dan Nafsu
Betul dan Salah
Yakin dan Ragu
Suka dan Duka
Tawa dan Tangis

Ia hanya dipisahkan dengan satu garis yang halus. Tersilap langkah, binasa.
Marilah kita menjaga diri masing-masing..;)

Fikir, Renung, Ketuk Hati ;)


UTHM : Simply Green

Hujung minggu lepas, pergi Karnival Jom Masuk U kat Hotel Zenith Kuantan. Sebelah karnival tu ada PIKOM PC Fair. Sangat la ramainya orang...fuh! Parking pun kat East Coast Mall atau nama glamornye ECM. Parking kat rooftop plak tu!

Sebenarnya takde arah pun pegi karnival tu..saje nak teman Subra jek. Dia nak usha program Masters. He he He...aku dan housemates aku plak, motif utama dan yang sangat terutamanyaaa....pegi nak kumpul beg free..hahaha..

Banyak booth universiti/kolej kat situ. Tapi...perghhh..memang ramai orang. Kebanyakan pempamer fokus untuk budak-budak SPM jek.

Salah satu beg yang dapat tu mesti ar dari UTHM..beg yang bertulis UTHM:Simply Green yang ada logo 1Malaysia....pemurah sungguh UTHM neh..banyak giler beg, orang datang, main bagi jek. Ada note book comel & pen gak.

Pas dah habis pusing karnival tu, pegi dewan sebelah pulak untuk PC Fair. Baru jek masuk, tiba-tiba ada uncle ni tegur "Amoi..mana u orang dapat beg 1Malaysia nih?Cantik lorhh"  Bangga siot...hahaha (nak gak tumpang sekaki).




"kat sebelah uncle..booth UTHM" ......dengan idung kembang kuncup..muahaha..tak bley blah..;p


WITH WISDOM WE EXPLORE!

Menganggur

Sambil godeh-godeh internet tadi, kat tv tengah tayang program Dari Parlimen kat TV1. Antara isu yang dibangkitkan mengenai graduan menganggur.

Timbalan Menteri berkaitan tu ada la jawab. Antara sebabnya yang beliau kata tu,  kurang penguasaan Bahasa Inggeris, graduan tak dapat info yang betul, pilih kerja etc. Mmm... tu semua common punya alasan. Biasa dengar kan?

Alhamdulillah, aku tak merasa menganggur. Menggangur sebulan je after habis LI..itupun tak gak duduk diam, kena jadik bibik kat JB..;p

Tapi, itulah...usaha tu paling penting. Doa yang paling utama. Restu Mak Abah paling diharapkan.

Bukan semua orang dapat laluan yang mudah sebenarnya. Kadang-kadang ada yang hampir putus asa. Tapi, inilah ujiannya.

Kita sepatutnya bersyukur Allah berikan kita ujian ketika kita masih muda & masih cergas untuk berfikir alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Jadi, sebesar mana pun masalah kita...tenang dan positif serta ucaplah Alhamdulillah.


Fikir-fikirkan!

Thursday, March 10, 2011

Jiran jejaka : Rajinnyeee

Ha ha..sakit perut gelak tadi..malam-malam pun rupanya jiran kitorang ni mengelap kereta. Dah la hujan! Adoi..obses sungguh dengan aktiviti mengelap kereta.

Bak kata salah seorang housemate aku, agaknya dorang nak lap sampai tercabut cat kot...hihii

Lagi satu..tiap-tiap pagi, sorang lagi housemate aku ni akan berebut-rebut kuar rumah. Sebabnya, dia berusaha nak gerak dulu sebelum salah seorang ahli rumah sebelah ni pergi keje. Kesahnya...si mamat tu satu jalan nak pegi keje dengan housemate aku ni. Jalan yang dorang lalu tu pulak, jalan short cut, jalan kampung yang boleh lalu sebuah kete jek. Kalau mamat tu yang pegi keje dulu...confirm akan berbaris la kete kat belakang die...sebab, mamat tu bawa kete bapak la slownye kat jalan kampung tu...

Nak tau kenapa?? Sebab kete mamat tu lowered gile...so, dia akan bawak slow-slow supaya kete die tu tak rosak la kot...

Adoi..dah la pegi lambat..pastu bawak slow..sape tak hangin...haha

Moral of the story :
Pakai la 4xW drive..hahaha ;p

Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan

Posted: 06 Mar 2011 10:23 PM PST
Salam tuan/puan,

Kenapa ye ramai orang suka sangat kerja dengan government ini?

Walaupun gaji takde la banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan - kelebihan ini:


1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
7. Cuti bersalin
8. Pinjaman perumahan
9. Caruman KWSP atau pencen
10. Bersara pada umur 58 tahun
11. Peluang kenaikan pangkat
12. Peluang melanjutkan pelajaran
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya.


Copy paste from peluangkerjaya.com



Nota bawahan :
Mary Kay ku sudah dapat..ngehehe ;)

Sunday, March 6, 2011

Mary Kay #2

Tadi akak Mary Kay datang lagi. Oh lupa nak cakap, facial treatment tu kitorang buat kat rumah je. Akak tu datang rumah arini sebab nak bagi barang yang kitorang beli semalam. Tapi untuk aku tak dapat lagi sebab dah kehabisan stok. Esok lusa baru dapat.

Tapi, akak tu bagi free 1 lotion tangan ni. Wangiiiiii....;) hehe..

(tetobe jadik kipassusahmati Mary Kay...hahaha)

Rupa-rupanya..akak omputih tu dah 'Hajjah'..kagum sungguh. Tadi dia datang bawak cucu dia sekali..hihi comel.

Need New Photos

Baru aku perasan...setelah keluar universiti, tak banyak pun aku amik gambar. Kalau ada pun..banyak gambar tak comel pun. hahaha..gambar nak comel belaka..LoL ;p

Tapi, bab gambar ni memang manusia selfish sikit. Kalau tak pecaya, cuba tengok selepas tangkap gambar, time kita nak tengok gambar tu..kita akan cari muka kita dulu..pastu baru kita cari muka orang lain...orang lain tak comel takpe, jangan kita kan?Heh! (pengalamannnn...;p)

Bila la nak ada kamera sendiri ni....kita tengok 10 Jun ni..dapat ke tak...hakhakhak...(sila alert ye, birthday keme tu! *blushing*)


Perghh..terbaek lah (setakat ini) kalau dapat 550D. Gi site visit ke Gusai leh tangkap gambo baek punya...nyum3~

Mary Kay

Semalam aku buat facial treatment dengan Mary Kay..haha..tak sangka aku boleh terjebak sekali. Yang nak buat sebenarnya housemate aku..tiba-tiba dengan aku sekali kena tarik..('',)

Isk..tapi kagum jugak dengan akak yang buat facial tu. Mualaf...orang omputih, kawin dengan orang Kelantan. Pakai tudung..sangat chantek tau...;)

Best gak pakai Mary Kay nih..hiks..biasa ar barang mahal..kuang3~ Housemate aku start pakai sebab bibir dia ada masalah. Dulu dia pernah pakai gincu/lip balm...bibir dia jadi hitam. Jadi, dia buat research sikit ..ternyataaaa (ceewahh) produk Mary Kay ni ada untuk penjagaan bibir. So, start situ la dia kenal dengan akak omputih tu. Alhamdulillah, bibir dia memang dah beransur ok sekarang ni. Untuk penjagaan bibir ni Mary Kay ada lip mask (bibir pun ada mask ngkooo...) dan lip balm.

Produk Mary Kay ni tak menggunakan bahan kimia dan lemak binatang atau bahan yang boleh dimakan. Jadi, ia memang selamat untuk dimakan dipakai.

Jadi, wanita-wanita sekalian..sila cuba pakai Mary Kay dan sediakan duit secukupnya.

Haha..aku rembat trial set je sudey..kuang3~