Saturday, February 19, 2011

Jiranku JejakaS

Nota Atasan :
Harap-harap jiran ku bukan pembaca blog..hahaha..kalau tak, mampuih aku!

Kesahnya :
Jiran sebelah kitorang adalah jejaka..eh, jejakaS (sebab lebih dari seorang ;p). Tapi pelik la dorang ni.hahaha..

Kitorang kan...tak penah bercakap pun..sekali pun tak penah. Tapi..ahli rumah sebelah ni memang suka buat aksi pelik..hikhikhik...tapi aktiviti hujung minggu dorang, kitorang dah tau dah..mesti mengelap kete punya. Dari pagi sampai ke petang. Kalau boleh sampai cat kete tu hilang kot. Alang-alang berhobi mengelap kete, bukannya nak lapkan sekali kete kitorang yang memang berhabuk tebal ntah bape inci tu..hiks.

Eh nak citer pasal perangai pelik tadi kan....petang tadi tiba-tiba salah sorang mamat tu peramah gila dengan budak kecik sebelah rumah. Budak tu pun nganga jek.haha..agaknya budak tu pun fikir "ape kehalnye abang ni ghajin bebeno tegur aku neh?buang tabiat kot..tak penah-penah bermesra dengan aku"..hihi..aku dengan housemate aku yang tengah cuci kete pun tak tahan nak gelak..tapi gelak kaw-kaw gak bila dah masuk rumah ;p

Persoalannya :
Adakah beliau sengaja bermesra dengan kanak-kanak itu..untuk menunjukkan dia seorang yang penyayang??

Haaa...itu yang kite tak tawuuu...ha ha ha haaaa



Nota Bawahan :
Oppss...besarlah harapan hamba, mereka buka berjiwa blog..hahahaha

Aura Positif Dan Negatif

Petang tadi housemate cerita pasal aura positif dan negatif. Si dia baru balik dari kursus. Ceramah berkenaan aura positif dan negatif ni antara isi kursus.

Menarik gak dengar si dia cerita. Boleh dipraktikkan ;)

Antara yang si dia kongsi...yang paling aku suka, jika kita berjumpa seseorang dan kita rasa tak selesa atau tak boleh 'ngam' dengan orang tu..itu tandanya orang berkenaan dah hantar aura negatif kepada kita. Aura negatif tu maksudnya, orang berkenaan sedang berfikir yang buruk-buruk pasal kita. So...paham-paham la apa nak buat kan kalau ada feeling macam tu kan...;p

Lagi satu katanya...kita kena sentiasa positif even nak keluar jalan-jalan waktu weekend pun. Kadang-kadang kita kan selalu fikir "taknak la keluar..parking mesti takde"..pastu kalau gi gak..kita memang susah la nak dapat parking. Jadi, pasni kita kena fikir gini " bestla keluar weekend..sure ada parking punyaa".

Lagi satu kisah penceramah tu sendiri. Masa tu dia bekerja di luar negera sebagai penyambut tetamu. Dia berdiri selama 5 jam tanpa henti, tapi dia tak penat sedangkan kawan dia yang berdiri dengan tempoh yang sama, rasa sangat penat. Nak tau kenapa? Sebab setiap tetamu yang datang, dia hadiahkan dengan senyuman dan para tetamu itu semua membalas dengan senyuman juga. Jadi, senyuman yang dia beri (aura positif) dibalas dengan aura positif...sebab itu la dia rasa tak penat.

Kalau dalam diri kita ada aura negatif, memang kita akan rasa cepat penat. Contohnya kalau kita sedang marah. Kita akan rasa tak selesa dan cepat penat kan?

Jadi, moral of the story...jadikan pemikiran dan amalan positif sebagai sahabat sejati anda ;)

PTD ka Engineer?

Seperti yang dijangka...aku kena jawab banyak soalan tentang "kenapa nak jadi PTD bukan engineer".... "gaji J lagi tinggi dari M".

Untuk kebanyakan orang yang bertanya...aku tak jawab pun. Senyum jek. Tapi aritu aku jawab gini.. "awak confident ke saya bahagia kalau jadi J?". dan orang tu terus senyap. Eheh..tak sangka pulak soalan dia yang aku jawab dengan soalan tu, susah sebenarnya...sampai tak terjawab dia.. hihi

Sebenarnya aku memang takde jawapan yang spesifik pun. Jawapan untuk jawab kat penemuduga tu biasa la.

Tapi, yang sebenar-benarnya..aku sangat percaya...setelah segala kerja keras untuk mendapat jawatan ini...pastilah dan InsyaAllah inilah yang terbaik untuk aku. Kalau tidak..mungkin dari nak pergi exam..mengulang exam untuk kali kedua..atau masa nak pegi PAC aku dah tarik diri kan? Atau Allah dah lemahkan semangat aku masa tu.

Dan..kenapa, ketika aku rasa sesi temuduga aku tu sangat teruk..Allah bagi juga peluang untuk aku ke jawatan ini. Pelik kan?

Jadi...kadang-kadang rasa malas nak jawab soalan kenapa nak jadi PTD?

Hi hi hi...kang jawab secara poyo kang baru tau... ;p berbulu pulak mate kome membacenye hiks ;)


Nota bawahan:
Baru perasan tepi jalan dekat rumah ni kedai batu nisan upenyer..hari-hari lalu...last 2 weeks baru perasan..hahaha..sebab masa tu balik kerja malam, kedai tu pasang lampu. Terus terkejot manusia. ;p (not beruk hoke)

Saturday, February 12, 2011

Dua Je?

Macam tak pecaye je bulan lepas post entry dua je??!hahaha

Mmm..bulan lepas kursus asas 4 hari kat INTAN Wilayah Selatan atau nama manjanya IKWAS, Kluang. Kaki masih sakit lagi. haha..padan muka..sapa suruh tak pi bersenam. kan dah pancit...adoyaii..

Hari ni dah buat operasi mengemas dari awal pagi sampai sekejap tadi. Tapi break sekejap pegi beli barang dapur kat pasar & pi basuh kete housemate. Oho..basuh kete kat tempat yang otomatik-ta-payah-kuar-dari-kete tuh...tapi kat sini RM4..kat Penang dulu RM3 jek. Dah ar tukang jaga 'trafik' tuh sengal gile. padan muke kena marah dengan kitorang bertiga.

Dah tu je nak citer (kot)..hahah ;p


Ni gambar masa Kursus Orientasi 20 Dis - 23 Dis 2010 yang lepas ;)
Photo credit to Enche Muslim




Nota bawahan :
Sapa-sapa ada teks ucapan yang b00mbastik tu hulur-hulur la kat keme..;)