Sunday, January 23, 2011

Selamat Pulang ke Kuantan

 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216)



Lamanya tak jenguk blog..haha..sejarah terpahat neh..LoL ;p

Hujung bulan Disember sampai sekarang masih membiasakan diri dengan kerja baru, suasana baru, negeri baru, kawan-kawan baru, housemates baru, segala-segalanya baru.

Walaupun kerja masih berkaitan dengan 'dunia pembinaan' tapi, kali ini lebih dekat kepada rakyat. Hahaha..ayat bajet 'paling' ADUN..haha ;p

Walaupun tonggang terbalik jugak...sama ada dari segi mental mahupun fizikal..namun semuanya Alhamdulillah masih lagi berada pada landasanNya. Walaupun, jantung rasanya dah jatuh ke kaki...tapi, positif itu meneutralkannya.

Dan..betapa bersyukurnya, bila laluan itu sangat dipermudahkan. Lupakan hal-hal kecil yang menggugat hati. Itu memang tidak dapat dielakkan. Cuma, hikmah selepas itu sangatlah mententeramkan jiwa.

Dan..betapa besarnya nikmat dan kuasa Allah...bila orang-orang di sekeliling kita sebenarnya berkait antara satu sama lain. Dan sungguhlah..Malaysia ini kecil aje. Jadi, jangan ada sesiapa pun terfikir untuk melakukan perkara-perkara yang di luar batasan moral dan kemanusian. Ingatlah, Malaysia ni kecil aje.

Alhamdulillah. Betapa kawan itu sangat penting di kala kita kesusahan. Sesiapa yang takde kawan tu sila buat kawan sekarang ye.

 “Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran. (al-Qamar: 49)
 
Buat Ema (hehe..masih bace blog aku ke? ;p), terima kasih banyak-banyak. Subra + Elly..terima kasih juge..memudahkan jejak pertama (tapi untuk kali kedua) di Kuantan.

“Sesungguhnya, Kami telah menunjukkan jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (al-Insan: 3)




Nota bawahan
Perak - Johor - Pahang - Penang - Pahang....ke mana pula selepas ni? yadayadaaaa~

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru!

........TAUUU..dah lambat!! haha

masalahnya takde tempat nak cucuk broadband..hihi..

Banyak benda nak tulis..tapi penat la. jadi, malas. ;p



Nota bawahan :
sekarang tengah kursus...heheheee...aku memang suka kursus neh.sebab?? MAKAN FREE la!