Tuesday, November 29, 2011

Yadaa~

Semalam sangat semput.

Tekanan bila driver drive dengan tertekan. Co-pilot pun jadi sangat tertekan. Ha ha ha.

Perjalanan yang jauh dan mengejar masa. Nak pergi ke tempat yang dalam peta berada dalam Negeri Pahang, tapi nak pergi kena izin laluan Negeri Sembilan dulu, Adoila penatnya!

Perjalanan balik pulak kena mengekor lori siput. huh. Nasib sempat sampai tepat pada masanya untuk menghantar mereka ke stesen bas.

Hari ini... Berchenta buat kerja. Ok, betulla hari ni cuti. Tapi cuti aku duk bersila sambil buat kerja & buntut pun krem. uwaa...!!

Tekanan tekanan....;p

Friday, November 25, 2011

Nikmat kehidupan

bendang di kiri kanan ditenggelami air. meredah jalan yang telah ditenggelami air. perjalanan meninjau nelayan. hey, manushia-manushia yang sering bermegah-megah...dapatkah anda belajar sesuatu dari semua ini?

Nelayan 1 : gigih mengusaha kolam ternakan ikan, tanpa bantuan benih, tanpa kursus formal dan mengorek 2 kolam (sedang mengorek kolam ke-3) dengan hanya menggunakan SKOP+CANGKUL! can u imagine?

Nelayan 2 : satu ayat yang selalu beliau katakan "Alhamdulillah, ini rezeki saya" (berulang-ulang kali)

Nelayan 3 : sedang mengusahakan sarang burung walit (baru mula beberapa bulan) untuk back-up pendapatan 6 bulan mereka tidak ke laut semasa musim tengkujuh ni. Kata beliau, "jiran saya yang dah buat sarang burung ni 5 tahun dulu (sambil tunjuk rumah sarang burung jiran tersebut) datang tadi mintak lagu yang saya guna untuk panggil burung ni...sebab tiap-tiap petang dia nampak banyak burung datang ke sini. Saya bagi je la....nak buat macam mana, jiran kita...takpe la...kalau dia dapat lebih, rezeki dialah...kalau ada rezeki saya..adalah..."

Lihatlah....

Betapa mereka gigih, bersyukurnya mereka...dan tiada hasad dengki! Walaupun perkampungan mereka bak kata staf aku 25 tahun terkebelakang.


Bendang yang telah ditenggelami oleh air laut
I love my job



Iktibar kehidupan dari;
Kuala Pahang, Pekan, Pahang
Merchong, Pekan, Pahang

Wednesday, November 23, 2011

Motivasi Bekerja

Bagaimana nak meningkatkan motivasi dalam bekerja? Kadang-kadang memang stress bekerja. Ngehee..mana ada kerja yang tak stress kan.

Bak kata bos no.3 aku, hidup ni tak boleh tak stress..stress tu perlu supaya kita ada sifat cepat bertindak (alert). Cuma terpulang kepada kita macam mana nak manupulate stress yang negatif menjadi positif.

Motivasi juga bukan sekadar dari bos kepada anak buah. Anak buah pun boleh memberi motivasi kepada bos. Contohnya, bila bos suruh buat sesuatu..kita buat dengan bersungguh-sungguh dan cepat. Maka secara tak langsung bos jadi seronok dan dia pun akan jadi lebih bermotivasi.

Kita juga jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain. Panjang cerita, dont judge a book by its cover. Kadang-kadang kita tengok seseorang itu macam takde pape pun..tapi sebenarnya dia hebat. Jangan lah kita memalukan orang..di depan orang lain.

Bak kata bos no.2 aku, kalau saya nak marah staf, saya jumpa dia sorang je, tapi kalau nak puji...saya puji depan orang lain.

Oh ye, siapa-siapa nak bos-bos yang hebat..marilah kerja kat pejabat aku. Superb  motivator :)

Kata kunci untuk memotivasikan diri sendiri ialah POSITIF.








**********
Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots

Jatuh...cinta

Kenapa bila mula-mula nak bercinta/ mula suka seseorang, orang panggil itu adalah JATUH CINTA?

kenape kenape kenapeeee???! *stress*

Hati jatuh?
Akal jatuh?
Minda jatuh?
Jiwa jatuh?

Sape ntah pernah cakap pada aku...pada ketika seseorang itu sedang bercinta, tahap fikirannya memang jatuh menjunam kebaboom...tak boleh fikir straight.

Mungkin la kot, sebab masa bercinta ni, kita rasa semuanya manis...masham pun rasa manis...so sweettt bak kate Opah.

Jadi, siapakah yang boleh memberikan huraian kepada definisi JATUH CINTA? *buka buku sejarah*




Nota bawahan :
Hampes betul sape yang tarik balik trofi YUNA tuh.cett...*tampar laju-laju* kau memang penakut!

Saturday, November 19, 2011

New passion

jengjengjenggg...eheh..dah. tu je. ;p

Gambar hiasan- Ni osmet saya. sekian.




;p

Tuesday, October 25, 2011

Portable Scanner

saya dapat hadiah ini minggu lepas. dan saya sangat happy ;)

Sangat kagum hoke dengan benda kecik ni. Ahha...tadi aku baru beli SD Card..so, dah boleh guna!! Lepas dapat haritu aku terus pi beli bateri AAA...kunun nak terus guna...rupa-rupanya kena ada SD Card...hihi.

Hasil scanning ;





Chantekk kan? hihi...

Mari-mari beli sekarang! (kalau nak free, sila la buat jakun macam aku....kan dah dapat free..muahaha)

Terima kasih banyak-banyak  kepada yang memberi ;)

Oh Oh Kes

Khairul Munirah sedang mendengar lagu orkestra..

Wind of change - Scorpions & Berlin Orchestra
Canon In D
Detonautas
.....


haha...

apeQah?

LoL ;p
















nota bawahan
the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.


keep thinking~

11th hour

The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.
 
 
 
 
kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi perit - Hlovate, Contengan Jalanan
 Tembak dosa!

Suka Ke Tak Suka?

Memang la tak boleh nak masuk akal logik-kah-khairul-munirah bila tiba-tiba kena fikir benda-benda serius pasal life..oh oh oh yes, its all about relationship. Ha Har Harr... Fikir secara kronik setelah mem-publish-kan entry sebelum ini.

Kan dah kena cop kanak-kanak ribena! padan muka...eh but wait semenet...minachi tu memang suka cop aku macam-macam pun..haish..soalan jujur ikhlas aku dijawabnya dengan mengecop aku sebagai kanak-kanak ribena?huh!

Sangat la its complicatednya silibus ini, sampai minachi-nama-intan tu siap masuk subjek kimia, sains segala-bagai.

Susah ke nak figure-out bila dan macam mana kita tahu, kita suka seseorang itu?

hakhakhak...*masuk mode ji-wang habisan tengah pagi-dinihari..huwaaa~*

Ko dah 26 tahun tapi still tak dapat figure out ek ko suka orang tu ke tak..dahsat, kanak ribena.

Hambekk ko...berdas-das makan dalam dia bagi.

Isk..aku bukan nya tetau camna feelingnya itu...cumanya aku nak tau....camna orang lain rasa. Dan 'orang lain' yang aku boleh experimenkan tentulah minachi tu....

Lagipun dia memang subjek penyabar yang boleh layan semua experimen mengarut aku. Dia la orang yang boleh layan semua mesej mengarut aku masa aku nak test handphone aku dulu yang konon-konon rosak...baik kan dia?

*dem...aku ter-puji-an ko dowh!*

Tapi betul jugak kata minachi-senget ni.....

Kalau kita suka kat orang tu, walaupun dia tanya ko sezillion kali pun ayat "dah diner?" ko happy je nak jawab. Cuba kalau orang tu ko tak suka...mesti rasa nak geget-geget jek handphone tu kan?


think bebeh think!


Nota bawahan
Kagum jugak aku pada minachi ni...sentiasa ada ayat manis nak gula-gulakan aku.


zzz...*tengah baca buku SEJUTA AYAT-AYAT MANIS DARI WANITA UNTUK WANITA tulisan Sarah Osman Anak Makcik Rohana*

wahaha...sarah oh sarah..eeeuu..;p

Monday, October 24, 2011

Luah

*annoying*

Pernahkah anda terperangkap di dalam situasi-situasi yang sangat annoying? Contohnya seperti di bawah;

Situasi 1 :

Anda pergi ke kenduri kawin kawan anda..tiba masa anda hendak bersalam/pergi tangkap gambar/ ucap tahniah kepada pengantin, si pengantin pun bertanya "KAU BILE LAGI....TENGOK AKU..DAH KWIN DAH"

Ek enaaaa....kerek betul..ko pun nasib baik dah kawin arini, berani ar ko tanye gitu, kalau tak, ko pun mesti berasap telinga dengar soalan macam tu. baru kawin beberapa jam dah nak show..piiidah!


Situasi 2 :

Rakan sepejabat teman seGI-LA anda telah berkahwin meninggalkan anda sebagai satu-satunya calon hot yang single and available (sila jangan rasa nak muntah-ijau) di pejabat anda. Makanya, ramai la rakan sepejabat yang pura-pura ambil berat "Cik Mun bile pulak nak kawin....kawin la cepat-cepat, nanti dah berumur baru nak kawin.."

watdehekkk? Ada aku mintak duit korang tanggung aku? sukati aku la nak kawin bila. Korang ingat pilih suami macam petik stroberi pastu celup cokelat ke? Sila jelas ye...i nak pilih SUAMI..bukan LAKI.


Situasi 3 :

Anda meng-upload gambar kawin rakan anda di facebook, blog etc. tiba-tiba ada manusia komen..."Kawannya dah..awak bila lagi"

So whatt?? Biaq pi la dia kawin dulu. hangpa ingat aku ni Tuhan ka? Boleh tentukan jodoh aku sendiri. Padiyappa~ kata ja manusia beragama, konsep mudah pun lagi mau tanya.


Situasi 4 :

Bila ex-la-usurpadora anda sibuk nak tahu siapa pasangan hidup anda..dan kenapa anda masih tak kawin-kawin lagi..

Why sooo busy-body ha? Ingat gadis-jelita ini masih tak kawin lagi sebab tunggu ekau ke? ke nak tolong carikan calon? Tapi bak kata Kekaseh Mukah saya, boleh je kalau nak tolong carikan, tapi make sure dia bukan lelaki bodoh yang suka-suka je nak dump orang tanpa sebab. Kihkihkih ;p


Situasi 5 :

Bila makcik-makcik buat persidangan antarabangsa mesyuarat tingkap, dan kita secara tak sengaja buat lintasan hormat kat depan mereka...mereka pun secara peluru berpandu bertanya "O Jenab, si Kiah tu ha dah pregnant dah...kamu bile pulok?"

Oh makcik-makcik Datin Wannabe...bute mate ke bute hati..kawin pun tak..nak suruh aku pregnant?! Ingat aku Mariam ke hape?


Situasi 6 :

Bila kamu gumbira menjadi pengapit pengantin kepada rakan baik anda, tiba-tiba ada manusia turun dari langit cakap "Woi, kalau jadik pengapit, nanti lagi lambat la ko kawinnn..." (dengan gaya Mufti keluar fatwa)

Kasihan manusia sebegini. Dulu masa kat sekolah taknak belajar betul-betul, time agama, tidur..kelas agama petang-petang, memonteng. Gini la jadinya...berangan nak jadik mufti.



*emo*

Oh oh ohh sila betulkan arial tv anda. Aku bukan emo disebabkan masih tidak berpasangan (ini hint ;p), tetapi aku emo dengan manusia-manusia yang selalu salah memilih topik, memilih perkara untuk dibincangkan. Aku faham, kadang-kadang seseorang tu cuma nak cari topik untuk berbasi-basa (ke berbasa-basi eh?). Tapi, kadang-kadang tak kena gaya dan tak kena tempat. Nasib la aku ni jenis memendam perasaan je. Kalau tak dah lama dah kena sembur tak kira tua, muda mahupun hensem bergaya. Aku cuma kutuk korang kat sini je...;p

Memegang status single and available (hint lagi) ini, tidak memberikan sebarang tekanan pun pada aku. Tapi aku hairan bila ramai yang tiba-tiba terlebih tahu tentang perasaan-tekanan aku? Pelik.. eh tak pelik..tak pelik..itu tanda ramaaiiinye sayang aku kan? *sarkastikkah? La-gi*

Aku bahagia je ding-dong ding-dong dengan housemates aku. Aku bahagia je ke hulu ke hilir buat apa yang aku suka. Aku bahagia je berchenta dengan Kekaseh Mukah aku..tiap hari mesej sampai orang ingat aku mesej dengan lelaki.


*gelak baca mesej*

kenapa kalau kita baca mesej sambil senyum dan tergelak-gelak..orang ingat kita sedang bermesej dengan so-called PAKWE?

mereka ni terlampau la caring pada kita sampai ingat dorang paham/tahu segala benda pasal kita. Tapi, tahukah mereka, sesungguhnya...aku ini mempunyai rakan-rakan yang jika menulis mesej, tak penah tak guna ayat yang tak lawak? (ha..kasi bold, itu tanda penegasan)


*ciri-ciri*

Orang selalu tanya, apa ciri-ciri lelaki idaman malaya yang aku nak.

Aku senang je jawab "hensem sebijik macam Aaron Aziz" amekaw!Memang nan-ado la kan...;p

Penting beno ke ade ciri-ciri tu? So-called CIRI-CIRI itu menyebabkan kita meletakkan high expectation kepada pasangan kita. Pastu tak achieve (macam nak achieve SKT -sasaran kerja tahunan), kita jugak yang kecewa. Bungkus, balik bangla..huahua

Beriman
Berkerjaya
Penyayang
Kelakar
Baik
Berbudi pekerti
blablablaa

Aloloooooo....soo cuwit..prince charming wannabe.

Sebab kan....erm...kalau kita suka seseorang tu....tanpa ada sebab kan?

Kita suka dia...sebab kita suka dia lar kan?

HUH, bila masuk bab silibus chenta+perasaan ni...memang susah nak di-explain-kan. Masuk je bab ni...buku Rancangan Mengajar Harian (RPH) mesti kosong jek..tetau nak tulis ape...huahuahu ;p

Tatataaaapiii....aku ada satu ciri yang umum tapi mungkin susah kot (haha..nak jugekkk)

Aku cuma nak orang yang macam Kekaseh Mukah aku tu je, cuma versi Lelaki ;)

Jadi....sila lah berkenalan dengan kekaseh Mukah saya tu ye *wink* Sila copy-paste beliau beserta perangai bengong dia skali ;p




psst : kekaseh mukah sy single & available jugak..lalala~ (iklan free babe..aku tak kenakan bayaran huahuahua ;p)



nota bawahan
Masa sedang menulis entry ini dalam notepad (biasa ar suke peram cite), si kekaseh mukah mesej tanya buat ape? aku jawab "menulis"...

...memang sah kena kutuk lar kan.."Menulis? Diary? ni zaman ape ni tulis diari??"

Haha..mengong betul...takkan tulis diari kot...tak logik betul munirah = diari..heh.

Eh, sape dulu-dulu ada diari yang lovey-mushy eh?Angkat tangan sekarang!

Dear Diary...
I saw my crush today with red tie and green shirt blablabla...

hahahahahaha :D






 Curi Ayat Si-Dia
I'm going to smile like nothing wrong, talk like everything perfect, act like its all a dream and pretend its not hurting me....

Nak pengukur

apa ukuran pada sebuah kebahagiaan dan kejayaan?

Adakah dari jumlah harta yang dikumpul?
Adakah dari deretan kereta mewah koleksi di bawah porch?
Adakah dari indahnya rumah bagai istana di atas bukit?
Atau
Dari gaji beribu-ribu yang mengisi poket setiap bulan?

Beberapa bulan lepas, ikut mak aku ke rumah seorang nenek ni. Antara perbualan nenek tu dengan mak...

"Dah koje ke anak kamu ni Leha?"
"Udoh...semua dah koje..."
"Ooo..patut la dah paka krete...Seghonok ler kamu Leha..anak dah berjaye...dulu masuk u ke?"
"Aah..dulu die blajo kat Johor..sekarang koje kat Pahang pulok.."
"ooo..mude-mude dah meranto iye.."


Mak senyum pandang aku. Aku pandang siling.

Aku pandang siling bukan sebab nak kira ada berapa cicak ada kat siling tu..tapi aku tengah memikir-semenjak dua menjak ni memang aku suka memikir gaya ahli filosopi terbilang- Nenek ni kan la..adeh, agak-agaknya siapa yang pakai kereta tu dia kira dah berjaya ye.

Heh, dia tak tau duit gaji hilang bayar hutang jek.

Tapi, masyarakat sekarang memang kebanyakannya mengukur kebahagiaan itu pada pangkat, harta dan segala jenis macam material+plastik yang orang miliki.

Antara contoh ;

"Haa..Peah, kamu kawin la dengan si Jebat tu..die koje kerajaan...senang la idup kamu nanti"

*derr~ apa kaitan kesenangan dengan kerja kerajaan?*

"Huiish..tu diaa...besonye kete diee, bertuahlar sape kawin dengan die nanti"

*hah, memang bertuah..sebab dengan terpaksa-rela kena tolong bayarkan hutang dia*

"baguih dia noo..muda-muda dah ade umah sendiri"

*boleh la..gune duit mak pak..*




Eh jap...masih tak mencapai matlamat asal menulis entry ini. Ha Ha Ha....sebenarnya nak tulis pandangan tentang kebahagiaan dan kejayaan secara umum, tapi terrrr-ulas lebih kepada pasangan hidup pulak.



Ok, sambung.belasah jek.


Ala..munirah..ko tulis boleh laa....ko pun sama jek. Takkan la ko taknak calon suami macam tu kan?


Hah?? Sapa kata aku taknak?

Selagi ko takde banglo 3 tingkat, BMW (untuk aku) dan simpanan atas nama aku sejumlah RM200k, jangan harap nak kawin dengan aku. ha lagi satu, sila sediakan ladang tulip untuk aku.


Ade brannn?





heh, sarkastik enough ea?

pssst :
kepada yang suka kata aku sarkastik tu, heh..ade aku kesah? itu namanya kebelihan aku..eh, kelebihan aku kuang3~ ;p

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

Patah Seribu



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Sunday, October 9, 2011

Allahyarham Al Ameer Sadat : Al-Fatihah

Al Fatihah untuk kawanku, Al Ameer Sadat. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Moga Kak Murni tabah menghadapi ujian Allah ini. rasa baru lagi pegi wedding mereka.

Dua tiga hari ni aku asyik fikir, apa yang aku nak tulis kat blog ni. dah lama rasanya aku tak update blog. dan tak sangka....berita sedih ini yang aku tulis.

Lepas ni takde lagi orang nak panggil aku dengan nama KHAIRUL BERIMAN.


 Kami akan merindui keceriaan dan gelak tawa anda Allahyarham Al Ameer Sadat..T_T

Allahyarham Al Ameer Sadat a.k.a our Superhero '(

Sunday, September 18, 2011

Johnny English Reborn

Menapak ke 3 panggung baru boleh tengok Johnny English Reborn. Full house! huh..

Heh, tapi berbaloi-baloi...memang best! ;) Jadi, sila la tengok...hihi

Ok, part yang paling teruja sekali ialah...bila tengok Gillian Anderson!! wawawa....dah bertahun-tahun kot aku tak tengok Gillian Anderson..Ejen Scully tuuuu!

Korang tau sape Ejen Scully? Awek Ejen FBI dalam cerita X-Files...cerita zaman kanak-kanak ribena dulu...suke giler kot aku tengok dia...hihi


Psstt :
Aku memang tak berkenan dengan Rowan Atkinson ni. Nasib baik dia tak buat perangai parkinson macam Mr. Bean dalam cite ni..Dan nasib baik juge, awal-awal lagi dah keluar Ejen Scully, terus mood exciited..hahaha

Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011

Raya tahun ni cuti lama..huahua...tolak dapat cuti free, aku amik cuti sampai selasa 6hb. Kelama-an cuti aku tu sampai siap dapat reminder dari bos besaq bagitau "your leave approved until 6 Sept ONLY".....huh? ingat aku takmo balik opis ka hape? Risau sangattt...eheks ;p

Ok, cerita raya.

Storyline masih sama.

Jadik bibik.

Jadik tukang kebun.

Jadik cleaner.

Jadik pengusaha kueh raye berjaye.

Jadik baby sitter.

Jadik supir terhormat.

Jadik runner pi carik lauk.

Aktiviti selain di atas :

Konvoi-konvoi lah! ;)

Sekian.



Laporan disediakan oleh bekas Bibik Kehormat, Haji Taris & Hajah Zalihah...kuang3~



err..tahun nii takde gambo se-famili...

Paksaan Yang Baik

Macam mana kita boleh menulis dan membaca?

Tiba-tiba pandai?

Oh tidak..mesti mummy dan daddy yang paksa kan. Takpun...zaman dulu-dulu, ayah & mak tak pandai menulis & membaca...cikgu-cikgu tolong paksa-tulis & paksa-baca.


Terima kasih.







*takde motif...lalalala~*






************
mak kate nak menantu cikgu!GI-LA..mane mau carik?hahahahah :D err...carik kat maktab je la ek?kuang3~

Ironi

sama ada sedar ataupun tak, banyak sangat keadaan yang ironi dalam kehidupan kita. kita mahukan itu, tapi kita dapat yang ini. dulu kita pangkah habis-habisan itu, tapi itu juga yang kita dapat akhirnya.

itulah namanya takdir. kadang-kadang kita berusaha untuk berkata TIDAK. tapi DIA menulis untuk YA. Ia takdir. ya, takdir. tiada istilah kebetulan dalam hidup kita (ISLAM). yang ada dan wujud hanyalah takdir.

ada benda (baik) yang kita memang patut dipaksa-buat dan hipokrit sebelum ia menjadi darah daging dan akhirnya kita amalkan dengan hati yang terbuka.langsung hilang istilah terpaksa. dan sebenarnya kita tak patut dan tak harus rasa terbeban untuk melakukan perkara yang baik.



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216)


wallahualam.








*sudah terperap di dalam notepad sebelum dipublish disini*

Balasan Untuk Kebaikan

Pernahkah anda berada pada situasi...anda berbuat baik pada seseorang, tetapi si dia tidak menghargai kebaikan anda malahan tiada langsung ucapan seringkas TERIMA KASIH yang anda terima.

Apa perasaan anda? Kecewa? Geram? Atau...sudah berputus asa untuk membuat kebaikan kepada si dia, atau kepada orang lain keseluruhannya.

Kenapa manusia selepas dia membuat kebaikan, mereka mengharap akan ada balasan yang baik dari manusia yang kita hulurkan bantuan/kebaikan itu tadi?

Sedangkan, kita sedia maklum, malah berkali-kali telah diingatkan bahawasanya...setiap kebaikan yang kita lakukan Allah akan memberikan ganjaran yang berlipat kali gandanya dari apa yang kita akan dapat di dunia ini.

Jadi, apa perlu lagi kita kecohkan, jika tiada terima kasih yang kita terima, tiada kenaikan pangkat untuk segala kebaikan kita, tiada hadiah untuk segala kerja keras kita?

Cukuplah sekadar kita mengikhlaskan diri melakukan sesuatu itu kerana Allah. Ganjaran Allah itu kan lagi hebat dari segala jenis ganjaran yang manusia mampu berikan *wink*



SEKADAR MENGINGATKAN DIRI SENDIRI YANG SELALU LUPA.


*esok, harapnya rancangan melihat alam berjaya ;)*

Friday, August 26, 2011

Jiranku Jejaka : Ais Sudah Pecah!

Hehe..hehe kisah 2 hari.

2 hari lepas....

Ade 2 orang budak pompuan yang ntah datang dari langit mane..tibe2 mintak izin nk tumpang motor kat rumah jiran jejaka ku! Isk..pelik betul..nampak gaya macam tak kenal antara satu sama lain. Boleh pulak slumber-ayam-belanda dorang nak tumpang letak motor. Dengan alasan sebab nak pegi bazar kat seberang jalan besar depan rumah kami. Aik...kenapa dorang tak letak kat rumah yang paling hampir dengan jalan besar tu jek? Kenapa kena letak kat rumah mamat2 tu???? Kenape tak letak je kat umah kitorang? kenape tak letak je kat umah makcik sebelah..padahal anak dia ade je kat luar umah tu??? kenapa...kenapa????

Haaaa.....itu yang kite tak tawuuuu!!!! (aku rase...budak pompuan tu dah aim mamat2 tu..hahaha..prasangka di bulan mulia)

Semalam...

Akhirnya, setelah lebih setengah tahun...baru kami bersembang!!WTFunny!Oh, dengan lebih tepat bukan kami...tapi aku..hehehe ;p

Wakaka..yes, aku yang pertama dapat cakap dengan dorang..haha..buleh pulak kitorang main lawan sape dapat bercakap dengan dorang (errr...yang agak sumbung itu..;p)

Dan hadiahnye, dapat balik raye dengan senang hati..erk.;p



(sambung buat minit..babai)

Minit aje

Oh ta-bestnye..lepas sahur membuat minit meeting..grrr....uwaa..kalau tak siap kang tak balik kg la aku esok!

Chaiyok!!

Thursday, August 11, 2011

Sunday, August 7, 2011

Kad Touch & Go lagi

Tahun lepas aku ada tulis pasal kad touch n go. baca [sini]. Hehe..punyala kecohnye nak beli kad touch n go je la pun...

Cerita benarnya ialah, baru rabu lepas aku beli. Ye, setelah setahun. haha ;p dari puasa ke puasa balik. padahal duk ulang alik lebuhraya PLUS, LPT & Karak selama ni. aku beli ni sebab pikir banyak tol yang aku akan lalu raya nanti. dulu stakat penang bridge & 2 tol PLUS je. sekarang ni paling kurang pun ada 5 tol aku kena lalu. tu pun kalau aku tak masuk DUKE (tapi time raya ni confirm aku lalu DUKE).

Jadi, touch n go adalah pilihan terbaik...muahahaha...ada sape-sape nak sponsor smart tag?lalala~

Count On Me


Yeah~ untuk kesayangans daku.

Saturday, August 6, 2011

Adab Berbicara

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai rasuluLLAH kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang2 yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)






Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka HENDAKLAH BERKATA BAIK atau LEBIH BAIK DIAM.” (HR Bukhari Muslim)

Thursday, August 4, 2011

TRUST

harini agak frust. masuk ofis terus dihidang dengan cerita buruk orang lain. bulan puasa ok. please la manusia...

gerak untuk outstation, tertahu pulak kepercayaan aku pada seorang kawan telah dirobek. fine, aku anggap ko tak sengaja walaupun aku tau ini bukan kali pertama. tak tahu sama ada memang kau tak telus..atau kau terlalu naif. ini gurauan yang tak lawak langsung kawan.

tapi, Alhamdulillah. ada kawan-kawan yang memang baik yang masih berdiri di belakang. thanks. sangat-sangat menghargainya.









and the rest dah jadi history.

Tuesday, August 2, 2011

Mandat

Aku tasuke orang sibuk-sibuk mau tau hal periperibadibodi aku. Kecuali manusia-manusia bertuah yang mendapat mandat-dari-langit-ke-7 yang diberi oleh Tan Sri Dr. Munirah Taris. Sekian.







Eh. lagi...eh kau...jangan la nak buat macam kau tu tahu semua benda pasal aku. menyampah i!


Ini tanda KEME sedang marah.teettttt!


zzZzzZz..

Tiada Tajuk

Gambar Hiasan
(antara gambar kesukaan)




Tiap derap adalah berbeza.
Walau dilihat sama.

Tiap hati adalah berbeza
Walau warnanya sama.

Tiap manusia adalah berbeza.
Walau dia bijak. walau dia gila.

Kerana manusia dilahirkan berbeza.
Kerana manusia itu adalah istimewa.

Monday, August 1, 2011

A Doctor In The House : Tun Dr. M

Harus menyambung kembali bacaan. Sudah lama ditinggalkan :)

Housemates

 Dua hari sebelum berpuasa sempat berclubbing dengan housemates ;p rasenya dah lebih sebulan kitorang tak buat aktiviti bersama masa hujung minggu. tiap-tiap minggu mesti tak cukup korum. ade je sorang yang takde. keja la...kursus la...balik kampung la...outstation la...kali ni walopon sorang tu nak balik kampung, tapi, kitorang pancing dia ajak gi Bukit Gambang Waterpark...hehehe....pas berclubbing baru si dia balik kampung ;p

ehe...oleh kerana masing-masing tak penah jejak pun kat bumi bukit gambang waterpark tu...haruslah kitorang ni macam orang sesat je kan...LoL ;p

Setelah salin baju dan simpan barang dalam loker, kitorang pun ape lagi, usha line la...gi usha nak maen ape dulu...setelah habis tawaf..dapat disimpulkan bahawa...takde satu pun game yang tak payah guna PELAMPUNG!! Jadi, dari asalnya tak nak sewa pelampung..hehe...kena balik menapak ke tempat sewa pelampung plak. hihi ;p

Ok, setelah cuba semua game....errr...kecuali yang slide gune tikar ajaib tu (macam seramm je..eee- ntah ape nama game tu), akhirnya kitorang tawaf Glacier River sebanyak 4 kali..hehehe...5 kali termasuk masa kali pertama sebelum kitorang tawaf game yang lain tadinya.



~ US ~

1 Ramadhan

Salam Ramadhan wahai umat Muhammad sekalian ;)

Syukur masih bernafas kita.

Setiap kali Ramdhan aku akan buat trivia..eheh..trivia ramadhan kehidupan selepas tidak lagi menjadi pelajar. Tahun lepas aku tulis ini.

sambung dari entry itu.....

2011
setelah 2 tahun berpuasa di bumi Penang, akhirnya aku kembali ke PAHANG!

pi mai pi mai tang tu jugeee....;p

Kali ini pekerjaan pun bertukar sudeyy...

Alhamdulillah. Hidup semakin teratur ;)

Wednesday, July 20, 2011

Lead by Example

Oh daku terlupa untuk mem-war-warkan kejayaan (paling poyo) daku menyiapkan book review yang bertajuk Lead By Example itu.

Heh, buat dalam masa 1 malam, sampai pukul 2 pagi. Goreng baek punya. Yang paling best, tak habis bace pun...hehe....buku tu ada 4 bahagian utama. bahagian terakhir tak sempat baca..just buat operasi scanning. dan yang paling rasa nak hantuk kepala...bila selak sampai habis...rupanya kat mukasurat terakhir ada summary untuk keempat-empat bahagian! haha...susah-susah ja!

Terus teringat masa sekolah dulu, kalau pegi kem motivasi ke...kem menjawab soalan ke..ada cikgu bagi banyak-banyak soalan..pastu kena jawab dalam masa yang singkat. tapi kat soalan last dia tulis gini "sila abaikan semua soalan", "anda hanya perlu menjawab soalan no.1 sahaja" atau "anda tidak perlu menjawab semua soalan di atas". Hambekk ko...kan dah terkono den. Inilah dinamakan baca dan paham arahan sampai abes.

Moral of the story : sila jangan menonong-nonong...nanti me-neenooong neeeenonggg ;p

Ok, berbalik kepada book review itu, jujurnya, aku suka buku tu. Bahasa yang simple. senang faham sangat. straight to the point la bak kate opah aku kan...

Paling confident, aku print je tanpa check, pastu bubuh lawa-lawa dalam envelope dan terus gi ofis housemate aku kat bangunan sebelah, sebab nak hantar sekali dengan dia guna pos express. Dah sampai ofis dia baru aku terasa macam nak check kan...haha...skali rase macam lawak plak aku goreng....mengekek-ngekek bace book review sendiri.  Sampai housemate aku pun berkata "Apedaaaa...bace sendiri punye pun leh gelak ke? ni belum Puan S bace lagi...tatau la die gelak camne"...hihik

Ok, moral of the story daripada book review ini adalah...kadang-kadang kita perlu dipaksa untuk buat sesuatu. bukan semua hasil paksaan itu tidak bagus. kadang-kadang bila kita terpaksa, otak kita akan bekerja keras untuk menerbitkan idea-idea yang kadang-kadang (bape banyak kadang-kadang daa~) kita pun tak sangka ittu adalah idea kita.

If u want people to grow and develop, u have to put them in tough situations.

Fikir-fikirkan. jumpa di syurga ya! InsyaAllah.


p/s : book review adalah tugasan bagi semua pegawai-pegawai PTDie, selepas habis Seminar Kecemerlangan Modal Insan (SKMI). selepas ni akan ada lagi book review.





pssst : nape aku tulis PTDie?.....Die? Die?? U know Die?? ehe...yeah~ think like what u think..lalalalalla~

Hidup dan pancarobanya

Hey kamu kamu..beritahu aku di dunia manakah hidup tiada pancaroba?

dan sila beritahu aku..kamu ada dunia lain kah..?

Manusia ini berbagai-bagai. Pelik. Manusia adalah makhluk yang pelik...kata si haiwan.

Eh, pelik sungguh haiwan itu...kata si manusia.


Moral of the story....

Masing-masing ada pandangan masing-masing tentang orang lain. Cuma, yang menjadi masalahnya, jika pandangan itu atau sesuatu perlakuan itu menganggu-gugat orang lain.

Manusia adalah makhluk yang mudah lupa. Aku pun mudah lupa...tambah-tambah sejak meminum air berperisa semut merah baru-baru ini. Sampai lupa nak return calls...lupa nak reply messages...ehe..

Dan setiap kekurangan itu pasti ada akibatnya, contoh kena marah sebab tak return calls..orang merajuk dengan kita sebab masa dia call kita sebuk berkeletang keletung kat dapur (heh,atau dengan kata lain............ saya rajin masak!...wakakaka).

Ok, moral of the story yang kedua ialah,

Tak semestinya kita kenal baik dengan seseorang itu, kita tak kan di-tikam-depan-belakang oleh mereka. Oh, bayangkan jika kita baru kenal 2-3 hari sahaja seseorang itu, sudah semestinyalah bukan sekadar tikam-depan-belakang...tapi siap dikerat 44kali pakej dengan dibakar hangus lagi (paling kejam).

Jadi, moral of the story yang ketiga ialah..

Walau bagaimanapun kita berusaha....iblis jelmaan manusia ini memang akan ada. Bukankah iblis sudah berjanji? Jadi, mungkin dia akan menjelma sebagai kawan kamu, jiran kamu atau mungkin sebagai pendrive kamu? ehe.

Jadi...apa tindakan follow up follow through yang boleh kita ambil?

Jaga iman, jaga hati.

Tataa...jumpa di syurga ya!

Saturday, July 16, 2011

Once - Kerana Ku Cinta Kau

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Karena kau yang aku inginkan
Bila ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Bila ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau..

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku pastikan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan pun tahu ku cinta kau
Jika kau tak percaya pada ku
Sedihnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sakit hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku slalu ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku pastikan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan pun tahu ku cinta kau
Kau..

Sunday, July 10, 2011

B E R S I H 2.0

Pada hari perhimpunan BERSIH 2.0........

Aku bergembira di sisi Puan Ema..hiks

Oh oh oh...fakta di sini : Saya pengapitnye..hiii ;)

Selamat Pengantin Baru Ema & Za'im

Exam PTD 2011

Huh, book review masih tak siap. Banyak betul halangan...errr...atau dengan kata lain, BANYAK LA KO PUNYE ALASAN!

Minggu depan ada exam PTD. Buat kawan-kawan yang ambil exam tu, semoga berjaya ya!


Amaran pihak berkuasa tuLisankeme : kalau dapat jadi PTD, sila la bersedia untuk buat book review sampai muntah (oh, tidaklah seteruk itu, tapi kalau anda sedang morning sickness je)..mokeke ;p




Bila bekerja, kita perlu tamak..hahaha...apa kauuu pikir kalau kau selalu hang aku tak boleh cari pakwe lain wahai Incik PC?!! huh!in ur dreams!

Sunday, June 5, 2011

Terlebih Sudaa~

Jumaat, 6.30ptg

"Takde muke lain ke yang balik lambat kat ofis ni?"
"Eh, takde ke orang lain..?? hehe" Soal balik..walaupun dah tau jawapannya.

Sabtu.

"Hey u wat pe? Jangan cakap u ade kat ofis yeee...."
"Hahaha...im very happy to tell u that...im at office now!hahaha" Macam paling bahagia.

Ahad.

Nasib baik aku pi kusus ..hahahaha...kalau tak aku dah tau dah hala tuju nak ke mana esok.;p


Yeayyyy....!

Saturday, June 4, 2011

Mereka Puan

Hari ini, mereka dah jadi Puan.

Tahniah buat mereka. Moga kekal ke akhir hayat dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang baik & solehah.

Murni Norestri Mohd Nordin -> se-dorm di E-2-2 & F-2-1 dan partner semeja di Kelas 4 Zuhrah SERATAS serta se-kelas di matrikulasi. Murni & Munirah. Seswaii kan? ;)
psssttt..nak panggil Murni Norespon pun boleh..kihkihkihh ;p


dan lagi Si Dia ini juga....

Nurul Huda Ahmad -> Si sengal alam yang bermastautin di bilik sebelah kat office :)
pssstt...kawin lalu bawah pedang. Tabik toinktoink skettt..;p

SKMI

Seminar Kecemerlangan Modal Insan (SKMI)

Isnin hingga Khamis depan aku kena gi SKMI. Salah satu step untuk ke DPA (diploma pengurusan awam). SKMI ni kat INTAN Wilayah Selatan, Kluang (IKWAS) sama macam Kursus Asas hari tu. Lepas SKMI kena gi Lead Camp pulak.

Doakan la selamat ye...hehe, macam nak pi berjuang menentang raksasa ijo pulak.

hahaha..sebenarnya aku tengah tengok cerita Filipina Captain Barbell kat TV9 neh. hehehe...lawak pulak. tengok citer superhero hahaahahahah...ok, serius cite tu lawak. walaupun cite ni serius sebenarnya.

hahahha...ok, i cant stop laughing. ahahha..

Unsangkarable

Pengakuan pada pukul 1 pagi tadi.

Terkejut. tapi syukur.




..cepatt...keluarkan aura itu.supaya si dia boleh merasakannya.....


psstt : gamba tak berkaitan ;p

Lirik Pokok - Meet Uncle Hussain

Sedang layan lagu ini secara berulang-ulang...muehehe ;p

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Thursday, June 2, 2011

Rakus

Bawa ia jauh-jauh
Lari terus ke hujung sana
Hilang terus dari mata
Aku mau jaga hati aku
Bukan engkau.



syuhhhh!

Tuesday, May 31, 2011

Penghibur Hati

Hahaha...jalan-jalan di fesbuk si dia yang sengal ini...terbaca pulak status di atas..yang aku terlepas pandang dulu. Tarikh 17 Disember 2010. Masa itu adalah hari-hari terakhir aku di Penang ;) Tengah kelam kelibut mengemas dan menguruskan itu ini, persediaan untuk melarikan diri dari Penang ;p

Great Weekend With Great Friends

Kami dan Pengantin








;)
(tak berapa nampak plak rambut nabil yang sedikit panjang...kihkihkih)
:: Nilai-Sepang ::

Sunday, May 22, 2011

Apa Yang Membahagiakan

Apakah yang membahagiakan bagi seorang manusia?

Apa ukurannya?

Adakah dengan bergelak ketawa sepanjang hari?

Adakah dengan tanpa perlu berfikir mengeluarkan duit untuk membeli barang-barang kesukaan?

Adakah dengan senyum simpul setiap masa?

Adakah dengan ketenangan dalam setiap hal?

Apa?Apa?Apaa??



Heh..tolong jawab!pleaseeeee.....

Corntoz

Heheh..suka betul aku dengan iklan corntoz tu. Hehehe


Hahaha..tak penah fail untuk gelak...;)

Friday, May 20, 2011

Akhirnya..bertemu Adam kembali

 *nak gak buat macam Cinoi..hihi*


Semalam, berjaya jugak menengok Adam pada hari pertama tayangan...hihi...disebabkan eksaited sanggup tengok pukul 10.10 malam sebab pukul 8.10 malam dah tak boleh booking ;) Paling legend...booking pun guna akaun Siti Rahimah Rosseli..hahah ;p

Dalam ke-eksaited-an nak gi nengok tu..siap terlepas jalan masuk ke Megamall lagi..pastu slumber-cicak jek langgar lampu merah sambil 3 manusia di dalam kereta itu menjerit senada dengan penuh redha. psssst..bukan aku yang drive..;p

Ok ok ok...jooommm kita review ini pelemm!

1. Filem ni buat aku berfikir lama...lama sangat..even masa aku menulis ni..aku masih berfikir.
2. Best. Sangat best ok..eh, bagi aku la.
3. Scene dia sangat laju. Tak sempat nak feeling lebih-lebih. tapi aku suka...kalau tak, mesti aku ter-nanges nanti...hehe..;p Tapi, kalau tengok sorang-sorang ada potensi nak kuor ayo mate gak..;p
4. Jalan cerita unexpected! I likee....;) Penat je berteka teki....lain pulak jadinya.
5. Sangat cintaaanyaa Nur Amina pada Adam..huhu
6. Sila tonton.
7. Oh lupa..Mia Sara..macam biasa, sangat comel. Ilyas pun sangat comel. 

Eh, macam bukan review jek..hahaha



Moral of the story ;
Hidup ni kita tak boleh berputus asa. Bukan hak kita menentukan hidup mati. Siapa kita untuk menghalang kuasa Allah. Kun fayakun. Even saat kita merasakan ajal itu terlalu hampir...kita masih lagi diberikan peluang.

Sunday, May 15, 2011