Thursday, September 30, 2010

Temuduga PTD : Tawakkal Jela!

Semalam aku pegi temuduga untuk PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Macam-macam lah kan...dengan datang lambatnya (lagi 10 minit nak pukul 8pagi- kira lambatlah tu ikut standard aku nak pegi temuduga)..sebab dotdotdot...huhu..takpelah demi mak abah..huhu.

Pertama, penemuduga Dato' & En. 'Orang Teluk' (ceritanya dibawah nanti) panggil semua calon PTD masuk kat bilik temuduga untuk bagi taklimat sikit. 

Dan sebab aku ni lambat..dapatlah no.9 daripada 11 orang. Ini hari kedua temuduga untuk PTD kat Ipoh. Esoknya ada lagi 1 sesi.

Rasa nak berguling-guling atas lantai jugak lah nak tunggu giliran..pukul 1.15 baru tiba giliran aku daripada pukul 8.30 mula temuduga...haha.

Ok, mari kita ikuti suasana temuduga itu..jengjengjeng...

Penemuduga ialah seorang Dato' dari SPA dan seorang lagi dari JPA.

Dato' : (sambil selak-selak resume aku). Khairul Munirah...dulu, saya ni nak jadik jurutera...tapi saya gagal kat tengah jalan...kemudian, saya pun jadi lah PTD.....(tergantung..)....agak-agak kenapa saya tak jadi jurutera?

Aku : Senyum...dan blur...opocot kau...tu sebenarnya ayat soalan untuk 'situasi aku'!!! hahaha...tapi serius gaya beliau seperti tengah bercerita kisah hidup beliau jek. Setelah menyedari sebenarnya dia nak tau kenapa aku nak jadik PTD..aku pun toktektoktek la...

Dato' : Tak rasa rugi ke belajar engineering tapi jadik PTD pulak lepas tu...

Aku : blablablabla....

Dato' : Dari tahun 2008 sampai sekarang...apa yang kamu dapat belajar untuk kamu jadi PTD...?

Aku : blablabla...

(Dato' ni pangkah habis-habisan jurutera nak jadik PTD..jadi, terpaksa la konfiden lebih sikit)

En. 'Orang Teluk' : Munirah...ni saya tengok kamu dari Kampung Tanjung Dedalu ye? Saya ni orang Teluk...kamu tahu tak apa beza teluk dengan tanjung. Saya ni sangat tertanya-tanya lah apa beza dua-dua nih....

Aku : (haha...hambekkkk ko! soalan geografi kot neh!) blablabla..dengan penuh konfidennye!

En. OT : Ok la, saya nak bagi soalan lain pulak..simple-simple je dulu...kamu tau apa tu PBB?

Aku : Tauu...aku pun cakap la apa itu PBB blablabla...

En. OT : kamu tau tak sapa yang paling besar dalam PBB?

Aku : (dengan konfidennya ) Setiausaha Agung!

En. OT : Ish kamu nih...tu jawatan...ni saya nak tau..siapa yang paling berkuasa dalam PBB?

Aku : Majlis Keselamatan....(bantai...)

En. OT : Kamu tau tak siapa yang paling berkuasa kat dalam tu?

Aku : mmmm....(sambil angguk-angguk kepala kunun-kunun tengah berfikir....)

En. OT : (dia potong 'mmm' aku) Pernah dengar kuasa VETO?

Aku : Pernah...pastu aku cakap la apa kuasa veto tu.

En. OT : Negara mana yang ada kuasa veto nih?

Aku pun senaraikan la negara-negara yang ada kuasa veto tu..walaupun aku tak ingat...tapi..belasah je la...yang aku ingat cuma US & Rusia je..;)

Soalan-soalan susulan dari topik PBB ni..

1. Pandangan mengenai Kuasa Veto
2. Kenapa S/U Agong tak dilantik dari negara Kuasa Veto
3. Patut ke mansuhkan Kuasa Veto, ataupun tambahkan ahli Kuasa Veto

Kemudian, En. OT tanya pasal kerja pulak. Antara soalannya :

1. Macam mana nak buat kertas kerja
2. Pihak-pihak yang perlu aku berurusan untuk selesaikan masalah kerja
3. Kenapa ada konsep "ALI BABA' dalam pembinaan...(hahaha...aku dah agak dah mereka nak tanya soalan ni kalau dah asyik tanya pasal kerja jek)
4. Kenapa kontraktor bumiputra kurang berjaya.
5. Masalah-masalah dalam bidang pembinaan
6. Pandangan sama ada lebih mudah jika JKR sendiri yang uruskan projek atau JKR lantik konsultan.

Dato' pulak...soalan last (in english..muahaha..masa ni masa dah terlebey dari 1/2 jam). Can you explain, how you can elaborate your transition from engineer to PTD?

Aku pun berabuk hukhuk la menjawab...gagagaga~

Dato' : Haa..habis? Saje jek saya nak dengar kamu speaking english..(senyum...sambil terus bulatkan besar-besar sesuatu di kertas atas meja dia...apakah itu?jengjengjenggg....)

Dato' : Ha..habis dah...kamu ada nak tanya apa-apa ke??

Aku : Ada!! Aku pun tanya la pasal satu benda neh..

Dato' : Ish kamu nih...masa dah terlebih neh..tapi takpelah..dah nak last-last ni saya layankan aje lah kamu nih...kan?(tengok En. OT) Kita jawab je la soalan Cik Munirah ni ye...

Aku keluar-keluar je, calon yang lagi 2 orang tu dah cuak, sebab aku lama sangat..padahal yang terlebih-lebih lambat nya tu sebab penemuduga tu nak jawab soalan aku...;p tengok-tengok jam rupanya sampai lebih 45min aku kat dalam...kuang3~

Hah...dari calon yang ke 6 sampai aku (no. 9) penemuduga dah start tanya soalan isu-isu semasa dan dunia. Mereka tak tanya dah soalan pasal PTD, pasal negara atau kerajaan dan agensi kerajaan macam calon no.1 sampai no.5.

Jadi..segala yang aku prepare untuk temuduga tu..satu pun tak masuk la...semuanya memang betul-betul bergantung pada pengetahuan am aku je..huhu.

Apa-apa pun lepas ni..tawakkal jela..kalau ada rezeki, ada la kan..;) Boleh la ku jejak langkah senoiRita..;)

Monday, September 27, 2010

Overdose

Malam tadi tak tidur langsung. Eh, tak de la langsung..tapi tidur pun tidur-tidur ayam jek. Haa..sebabnya ter-overdose amik nescafe menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Pastu untuk menjadikan kisahnya jadi lagi tragis..bila ada orang terlupa beli susu yang aku pesan. Hailoh...takkan dah pukul 12 lebih nak ke pukul satu tu aku nak pi keluar beli susu kot. Jadik tahan je la...sambil bermandi-kan minyak angin. Naseb baik aku pun tak naik angin...ngeHeee...

Tapi yang peliknya..isk..memang pelik...

Dalam pukul  6 lebih masih sangat sakit lagi..pastu terlelap balik..bangun pastu dah ok, tadelah sakit sangat..sakit-sakit semut jek. Isk..hairan sungguh.

Tapi, Alhamdulillah..kalau tak, ade jugak orang yang cuti arini..hehe ;p

Saturday, September 25, 2010

Ok ke Tak?

Ntah dah ok ke tak blog neh. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak...kadang-kadang macam dah ok, kadang-kadang si Jentayu.com tu kacau pulak. Harap-harapnya lepas ni ok terus la. InsyaAllah.

Langit kesukaan. Sangat biru.

Mata Kasar

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...




motif menulis?

tarapappa~ ahaks~ melepaskan sedikit perasaan sahaja.



 topi tu memang sengaja diterbalikkan untuk memudahkan aku skodeng~ ehiks ;p


Tuesday, September 21, 2010

Jangkitan Paru-paru

Anak saudara aku, Puteri Ainin Aininah masuk hospital...setelah di x-ray doktor kata dia terkena jangkitan kuman di paru-paru. Dia dah demam sebelum raya lagi.

Doakan dia sihat ye.

Malware ke Crawl Errors

Ntah apa kehalnye pagi tadi, blog ni dan banyak blog lain jugak aku rasa kena sumpahan orang minyak. Tiba-tiba je bila bukak blog, dia terus direct ke satu web page ni. Adoi! Pening terus aku.

Kunun-kunun macam berkobar-kobar je aku nak menghapdet blog sebelum start kerja, tapi terus terbantut..ahaks! Kalut sekejap. Sebab aku memang lomah lutut la kalau nak me-repair benda-benda gini. Nak pulak tu arini banyak la pulak paperwork nak kena settle.

Tapi...hati tak tenang sungguh! Sambil-sambil membuat paperwork, sambil-sambil search kat google. kih3~ siap bagi emel mengadu-dombalah pendek citernye..haha

Pastu dia ada suruh buat gitu gini...jem giler otak aku!! Tensi sebab tak jumpa apa yang dia tulis tuh...haha...tapi, lama-lama godeh, jumpa jugak...tapi, masih tak sepenuhnya macam arahan yang webmaster bagi. Aku redah jeeee.....apa benda ntah aku tekan-tekan..haha...malam ni dah ok. Alhamdulillah.

Aku ada baca kat Mangga Ad punya facebook, dia kata masalah tu sebab salah satu iklan dorang. Dan masalah tu namanya 'Malware'...tapi aku check kat webmaster tu, dia kata takde Malware tapi 'Crawl Errors due to restricted of robot.txt' haa...lebih kurang gitu la. Tapi, apa yang pentinggg....kejeeesamee...dua-dua aku tak paham! kihkihkih...;p

Ikut plan B aku tadi, kalau tak boleh jugak...aku buat je blog baru! Siap dah pikir nama apa nak guna kat blog tuh..hakhakhakk....;p (nampak sangat tak boleh hidup tanpa blog..lol)

Sebagai penghargaan kepada bukan sesiapa yang tolong menyelesaikan masalah, nah...aku hadiahkan wajah comel kawan se-meja, se-kelas, se-dorm dan se-sekolah dulu ;)

Tadaaaa~

p/s : perosak gambar kat belakang itu pastinya la aku. 2-3 kali tangkap gamba ni..asyik kena marah jek dengan tukang amik gambo, sebab buat perangai tak semengah..muahahah ;p





Nota bawahan :
~ Sedang study dengan tekun untuk interview pada 29hb ni. Tooolooongg doakan aku berjaya ye! ;) Sangat berdebar..dupdapdupdapdupdappp...

Sunday, September 19, 2010

Akal tak waras

3 Syawal : tiba-tiba seisi rumah yang sedang ber-hari keluarga terpaku di depan tv. Ada yang berdiri, ada yang duduk. Dari yang kecik sampai ke besar. Dari tengahari membawa ke malam. Dari perbincangan tenang ke penuh emosi. Dari ulasan jurutera, cikgu, orang tua sehinggalah bekas askar. Semuanya bercerita tentang berita itu.

Sangat kejam ye. Rasanya trauma ahli keluarga mereka akan sangat panjang. Terutamanya yang masih kecil.

Datuk Sosilawati, Kamaruddin, Ahmad Kamil dan Noorhisham yang takdirnya meninggal dunia dalam keadaan yang sebegitu rupa.

Perghh..rasa macam tak percaya. Asyik tengok CSI...tak sangka, gaya pembunuhan yang dahsyat tu ada kat Malaysia!

Alfatihah untuk semua mangsa. Semoga si pelaku mendapat hukuman setimpal.

Saturday, September 18, 2010

Rayalah!

Tajuk  : Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010/1431
Tempat : Perak Darul Ridzuan

8 Sept / 29 Ramadhan / Rabu
Bertolak dari Penang pukul 9.20 pagi dengan harapan sama-sama sampai di rumah dengan kekanda-kekanda aku yang bertolak dari Kuala Lumpur. Singgah Simpang dulu, jumpa Murni. Nak bagi CD gambar reunion Batch !7 kat Cherating aritu. Harapan di awal perjalanan hancur, sebab aku sampai sejam awal dari kekandas aku..haha ;p Dorang sampai je terus main mercun.

Petang - mak abah pegi shopping meninggalkan kami untuk menguasai dapur.

Malam - main mercun / bunga api lagi. He he he...ter-join sekali main bunga api dengan gaya ala-ala kanak-kanak terencat. ;p

9 Sept / 30 Ramadhan / Khamis
Ketua Chef kuih raya berkobar-kobar nak buat kuih raya. Tapi, kemudiannya mood swing setelah bancuhan tak jadi ;p Akhirnya dapat satu kuih aje menjadikan raya tahun ini rekod kuih paling sikit yang dibuat hahaha...tambah tolak kuih yang mak dah siap buat awal-awal, ada la dalam 10 jenis je kot.

Ketua Chef Juadah Raya  macam biasa masak lemang segala.

Ketua Pencacai, macam biasa sapu rumah, main api, bakar sampah, main api lagi. Masak rendang sambil main api lagi. Masak lemang sambil main api lagi lagi ;p

Malam - buat kuah kacang pulak. Masak nasi impit. Gantung langsir kat dapur yang-sangat-complicated. Tidur kat dapur (kesian kan? lol) sebab mak kata 'tidur sini, jaga lauk!' ;p

3 pagi bangun, abang dan askar-askarnya sampai. Sembang sambil mamai terus angkut bantal masuk bilik.

10 Sept / 1 Syawal / Jumaat
Raya! Rayalah! Macam biasa..makan-makan, salam-salam..pastu photoshoot nak masuk majalah manggis..

Petang - berjalan-jalan di Pekan Parit (disebut sebagai PARIS ye) terchenta. Balik buat laksa pulak.

Family Portrait (setakat yang ada pada pagi raya)

Rembat tudung mak ;p


11 Sept / 2 Syawal / Sabtu
Ape ntah aku buat pagi hari. Tak ingat haha.

Petang ke Malam - ke Ipoh menghantar kekanda polisi dan konstabel-konstabelnya nak balik KL. Singgah di Pasaraya TF Batu Gajah seterusnya untuk shopping ;) Hee..sebenarnya mak suruh shopping barang nak masak breakfast esoknya...tapi, aku dan kekanda ku yang seorang tu shopping terlebey plak ;p

Sesampainya di rumah malam itu, tempat parking telah sold-out! Rumah aku telah dipenuhi kereta saudara mara yang datang untuk majlis Hari Keluarga esoknya. Kekanda dari Klang juga sampai sejurus selepas aku pulang ke rumah.

Berkurung di dalam bilik rahsia Abah untuk menyiapkan pembahagian goddies untuk majlis keesokan hari bersama mak saudara ku, sepupu-sepupuku, kekandaku dan bondaku. Sehingga ke pukul 3 pagi masih belum selesai. Kemudian, aku di arahkan untuk ke jalan besar menanti mak saudara ku yang telah tersesat jalan ;p

(mak saudara yang ini, sangat jarang berjumpa...oh, salasilah keluarga yang agak bersimpang siur ;p)

12 Sept / 3 Syawal / Ahad
Program Hari Keluarga ;) Antara aktiviti yang dijalankan, bacaan Yassin dan Tahlil, pertandingan mewarna, sesi perkenalan setiap keluarga, sesi fotografi, permainan telinga karat serta pertandingan los & faun.

Pelbagai juadah telah disediakan (eceh, cam lirik lagu plak ;p). Pastinya yang mendapat sambutan hangat adalah sate. Dan tiba-tiba jek ada pakcik jual eskrim join..haha...

 Banner Program Hari Keluarga

Merah vs Ungu

Alahai sopannye..menantu sapa la neh..hik2~ ;p

13 Sept / 4 Syawal / Isnin
Kekanda sulung, kekanda tengah, abang dan mak saudara berangkat pulang ke perantauan.

Ke Parit lah apa lagi hari Isnin ni...pekan sehari. Naik motor aje..Parit jem woh kalau naik kereta. 1st time rasa naik jambatan baru yang merentasi Sungai Perak dari Kampung Belanja Kiri ke pekan Parit (dah setahun lebih kot jambatan tuh..hehe)

14 Sept / 5 Syawal / Selasa
Melepak aje di rumah (eh, iyeke?? ;p). Malamnya tengok Syurga Cinta lah! Cikgu Syuhadah comel betul lah...;p (hari-hari asyik cerita hantu jek tayang kat TV...mentang-mentang bulan pose syaitan kena ikat..bulan syawal dorang lepaskan secara berjemaah..hampes)


15 Sept / 6 Syawal / Rabu
Buat kuih raya lagi edisi nak bawak balik punya. Buat kek mangkuk je. Nasib baik kali ni bancuhannya menjadi...kalau tak maunye mengamuk ketua chef tu..haha ;p


Inilah hasilnya..;)

16 Sept / 7 Syawal / Khamis
Lepak-lepak aje. Sambil menangisi cuti yang dah habis ;p

17 Sept / 8 Syawal / Jumaat
Selepas subuh berangkat pulang ke Penang! Kekanda ku juga pulang sambil menyinggahi rumah kekanda sulung dan kekanda polisi.

Dan aku KERJA terus!


sekian.





Laporan disediakan oleh :
pencacai

Monday, September 6, 2010

Kenapa Suka Letak Gambar Sendiri??

Kenapa ye orang suka letak gambar sendiri dalam bilik atau dalam rumah?

Pelik tak? Gambar sorang-sorang pulak tu. Kenapa nak tengok gambar sendiri? Tak ingat muka sendiri ke? he he he...

Pelik kan....

Nah..ni contoh salah sorang manusia pelik tu. Hahaha.. GIla skema..gambar pasport! haha ;p
Aku letak secara tak sengaja ok gambar tu. Gambar tu sebenarnya dilekatkan kat borang profil masa PAC dulu. Tapi, borang yang satu ni dorang tak amik terus pulak...jadi aku tanggal la balik..tapi, oleh kerana takde tempat nak simpan gambar tu, nak amik purse yang masa tu dalam beg pun malas..jadi, tepek je la kat cermin tu..lagipun, gambar tu aku masih kurus kuang3~

Ehe, panjang pulak explain..macam ada orang kesah jek. Haha..tujuan sebenar explain itu adalah untuk membuktikan aku bukanlah tergolong dalam manusia pelik itu ;p


Ehemm..iklan sat : Gunalah Garnier Light! Take Care Garnier! Ha ha ha...;p

Haa...gambar ni dah ada dengan aku since final year lagi. Frame tu dapat free, Ema kasik ;p Jadi, untuk tak membazirkan frame, aku letakkan la gambar yang aku edit & print tuh ;)





Tapi kan...nanti kalau aku dah ada rumah sendiri, nak wat satu sudut tu macam mini galeri lah...mm.....;)

Saturday, September 4, 2010

Kad Touch & Go

Sempena kedatangan Aidilfitri ni, mesti dah plan kan nak jalan-jalan ke sana ke mari masa raya nanti. Belum campur dengan kenduri kahwin lagi. Kereta kat jalan pun mestilah banyak kan. Kalau yang akan menggunakan lebuhraya, huh..mesti dah terbayangkan kereta yang berderet-deret nak tunggu bayar tol.

Haa...oleh yang demikian (skematikus plak ;p),apa kata kita pi beli kad Touch & Go nak?

JOM!

RM10 je, pastu boleh reload min RM20 dan max RM500.

Tatau mana nak beli??

Senang je..kebanyakan stesen minyak ada jual..kalau rajin, boleh la melawat laman web Touch & Go kat sini.

Untuk check kat mana ada jual kad touch n go boleh klik kat bahagian 'Where to purchase/reload'

Pastu, kuarlah benda alah ni....

Pastu isi la kotak-kotak tu...pilih la mana tempat korang cari.

Haa...kan senang....;)

Boleh la balik kampung dengan tenang..hehe..meluncur laju (dan selamat) di lebuhraya! Yeehaaaa!! ;)

Balik kampungggg..oo..balik kampungggg....!

Friday, September 3, 2010

Apa-apa jela Hawking...

God did not create the universe, says Hawking

AFP/File – God no longer has any place in theories on the creation of the Universe due to a series of developments …
 
LONDON (Reuters) – God did not create the universe and the "Big Bang" was an inevitable consequence of the laws of physics, the eminent British theoretical physicist Stephen Hawking argues in a new book.

In "The Grand Design," co-authored with U.S. physicist Leonard Mlodinow, Hawking says a new series of theories made a creator of the universe redundant, according to the Times newspaper which published extracts on Thursday.

"Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist," Hawking writes.

"It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper and set the universe going."
Hawking, 68, who won global recognition with his 1988 book "A Brief History of Time," an account of the origins of the universe, is renowned for his work on black holes, cosmology and quantum gravity.

Since 1974, the scientist has worked on marrying the two cornerstones of modern physics -- Albert Einstein's General Theory of Relativity, which concerns gravity and large-scale phenomena, and quantum theory, which covers subatomic particles.

His latest comments suggest he has broken away from previous views he has expressed on religion. Previously, he wrote that the laws of physics meant it was simply not necessary to believe that God had intervened in the Big Bang.

He wrote in A Brief History ... "If we discover a complete theory, it would be the ultimate triumph of human reason -- for then we should know the mind of God."

In his latest book, he said the 1992 discovery of a planet orbiting another star other than the Sun helped deconstruct the view of the father of physics Isaac Newton that the universe could not have arisen out of chaos but was created by God.

"That makes the coincidences of our planetary conditions -- the single Sun, the lucky combination of Earth-Sun distance and solar mass, far less remarkable, and far less compelling evidence that the Earth was carefully designed just to please us human beings," he writes.

Hawking, who is only able to speak through a computer-generated voice synthesizer, has a neuro muscular dystrophy that has progressed over the years and left him almost completely paralyzed.

He began suffering the disease in his early 20s but went on to establish himself as one of the world's leading scientific authorities, and has also made guest appearances in "Star Trek" and the cartoons "Futurama" and "The Simpsons."

Last year he announced he was stepping down as Cambridge University's Lucasian Professor of Mathematics, a position once held by Newton and one he had held since 1979.

"The Grand Design" is due to go on sale next week.

(Editing by Steve Addison)

credit : Yahoo! News

Menukar 'negara politik' kepada 'negara perniagaan'

Ada point-point menarik yang boleh difikir dan dikongsi dari artikel ini. Enjoice!




SAYA telah dijemput untuk memberi syarahan sempena hari kemerdekaan kepada para mahasiswa dalam satu dewan yang agak besar. Panjang juga syarahan saya, selain daripada mengingat kembali hal-hal sejarah, saya kemukakan bagaimana Malaysia boleh keluar daripada kemelut dalaman dan persaingan antarabangsa semasa bagi menjamin kemerdekaannya berterusan. 

Sudah berbulan-bulan media menyiarkan kontroversi di Amerika Syarikat (AS) tentang pembinaan Pusat Islam Park51, beberapa blok daripada Ground Zero, tempat terjadinya peristiwa 11 September dan berbulan juga, malah bertahun, pula masyarakat Amerika mendesak kerajaan supaya Republik Rakyat China dikenakan hukuman ekonomi kerana pada mereka China menipulasikan Renminbi dalam urus niaga dengan AS sehingga kuasa besar dunia itu mengalami defisit dagangan yang amat teruk.

Kedua-dua gerakan, Park51 dan Reminbi mendesak kerajaan AS supaya membuat keputusan yang tegas. Namun, dalam kedua-dua desakan kerajaan menjadi goyang.

Dalam kes Park51, kerajaan yang diwakili oleh Barack Obama dan Bloomberg pada mulanya seperti dengan kuat menyokong pembinaan pusat itu tetapi kemudiannya goyang untuk membatalkan sokongan. Berbanding dengan kes Renminbi, kerajaan AS seperti kuat menyokong gerakan untuk menghukum China kemudiannya membatalkan penyiasatan terhadap tindakan-tindakan manipulasi China.

Keputusannya berbeza tetapi yang tersembunyi mungkin sama sahaja iaitu isu ekonomi perniagaan. Kepentingan perniagaan dengan peniaga dan negara Islam dalam kes Park51 tidak membimbangkan AS berbanding kepentingan perniagaan dengan China.

Peniaga-peniaga Islam dan kekuatan ekonomi negara Islam di seluruh dunia telah berada dalam kawalan AS berbanding China. Laporan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Tim Geithner akhirnya menggugurkan label currency manipulator dalam laporan mengenai China yang telah tertangguh-tangguh penyiarannya.

China disyaki memanipulasikan pelbagai perkara mengenai perangkaan ekonomi dan kewangan mereka sehingga perangkaan semasa menunjukkan Jepun masih berada pada kedudukan kedua ekonomi terbesar dunia sedangkan petunjuk-petunjuk nyata tetapi tidak rasmi memperlihatkan China beberapa tahun yang lalu telah mendahului Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar dunia, setelah mengambil kira peratusan pertumbuhan ekonomi berterusan China setiap tahun.

Saya juga mengajak pembaca memikirkan mengapa Jepun, penjajah sebelum kalah Perang Dunia Kedua tiba-tiba muncul semula dengan pantas sebagai penjajah ekonomi? Walaupun orang biasa mahupun pemimpin Malaysia akan memberi jawapan yang bersifat mengagungkan kerja kuat dan kerajinan Jepun, jarang yang melihat ekonomi Jepun juga bukan dicipta semata-mata oleh orang Jepun.

Amerika Syarikat dan Tentera Berikat menjamin keselamatan Jepun dan dengan itu Jepun tidak perlu berbelanja untuk pertahanan dan ketenteraan. Mereka menumpu kepada pembinaan ekonomi yang kemudiannya bangkit pada kadar kelajuan masa yang sangat ajaib.
Sebaliknya, saya melihat Jepun dicipta bagi mengepung Republik Rakyat China (Komunis) pada zaman itu walaupun Hong Kong masih dimiliki Britain. Adakah Taiwan juga maju sendiri, atau Taiwan juga adalah rantaian kepungan benua China?

Adakah Korea Selatan juga maju semata-mata kerana belajar daripada Malaysia satu slogan yang berbunyi 'sesuatu kaum itu tidak akan berubah nasibnya jika mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri' selain dari semangat 'saemaul undong'?

Soalnya, adakah Korea Selatan yang rajin akan bangkit dengan kecepatan kilat jika tidak dicipta memenuhi rangkaian kepungan itu selain bekerja untuk menyemak masalah kecil Korea Utara yang cenderung kepada blok yang lain?

Dalam kerangka yang sama, bolehlah dilihat mengapa di selatan India dahulu ada Ceylon (Sri Lanka) dan India kemudiannya dibenarkan dibahagi dua yang memunculkan Pakistan, yang kemudian melahirkan pula Bangladesh.

Ajaib sungguh Afghanistan boleh bertahan melawan teknologi Rusia hanya berbekalkan semangat jihad. Demikian juga bagaimana jauh di selatan Afrika ada Afrika Selatan dan di Tenggara Asia juga ada negara yang dicipta yang mampu menukar nama rambutan Malaysia dengan jenama yang lebih bernilai komersil.

Berkecaikah Kesatuan Soviet akibat serangan ideologi atau serangan ekonomi? Kelihatan seperti semuanya mempunyai kepentingan yang akan menghalalkan dosa demokrasi termasuk pelanggaran prinsip keadilan perdagangan bebas demi kepentingan ekonomi yang lebih besar.

Demikianlah merenung negara saya yang merdeka ini. Bolehkah kemerdekaannya terus dipertahankan? Bolehkah pemimpin-pemimpin negara saya membuat keputusan mengenai hal dalam negara dan hubungan dengan luar negara, baik dengan jiran yang dekat mahu pun yang jauh, tanpa ragu, teragak-agak dan goyang?

Atau atas alasan diplomatik membuat keputusan-keputusan seperti buying time dengan harapan sesuatu yang menguntungkan akan lahir jua oleh peredaran masa? Dalam konteks negara kecil dan berpenduduk hanya lebih sedikit 26 juta sahaja, bolehkah Malaysia mengambil pendekatan membeli masa dan mengharap matahari akan bersinar jua selepas awan mendung pergi sendiri?

Atau, bolehkah pemimpin Malaysia membuat keputusan proaktif dan pantas sekarang juga tanpa bertangguh menukar model pengurusan negara, misalnya menukar Malaysia daripada kekal sebagai sebuah negara politik kepada Business State.

Malaysia sebagai sebuah negara perniagaan mengalihkan kepentingannya daripada persaingan politik dalam negara dan luar negara kepada kolaborasi perniagaan. Jika dalam negara satu sektor komuniti mendesak supaya syarikat milik kerajaan (GLC) dibuka kepada semua, mengapa tidak demi menjadi sebuah negara perniagaan tuntutan itu ditunaikan sahaja.
Jika tahun 1955 mengasaskan perkongsian kuasa politik, biarlah tahun 2010 menyaksikan perkongsian ekonomi melalui GLC yang dibuka kepada semua kaum.

Jika 1955, pengorbanan satu etnik mengongsikan kuasa politik diberi pampasan dengan mencatat keistimewaan tertentu kepada etnik itu dalam Perlembagaan negara maka bolehlah juga sebagai pampasan kepada pembukaan GLC kepada semua etnik, semua perniagaan termasuk persendirian, kecil atau besar, yang dimonopoli oleh etnik tertentu dibuka kepada semua perwakilan etnik.

Kewajipan itu hendaklah juga berupa catatan dalam Perlembagaan negara sebagai kontrak sosial ciptaan generasi masa kini. Malaysia sebagai 'negara politik' akan kekal sempadannya tidak boleh bertambah "Dari Perlis Sampailah ke Sabah" tetapi Malaysia sebagai 'negara perniagaan' akan memperluaskan sempadannya ke seluruh dunia tanpa batas dan tanpa peperangan.

Semua pertimbangan diplomasi politik akan beralih kepada semata-mata pertimbangan penggabungan atau pengambil alihan (merger and acquisition) berbanding penjajahan oleh negara politik yang natijahnya peperangan.

Motif perniagaan ialah memperbesarkan keuntungan dan memperbesarkan perniagaan sedangkan motif politik ialah membahagi-bahagikan apa yang ada.

Persengketaan etnik dalam negara selalu berkaitan dengan soal agihan tetapi motif keuntungan dan memperbesarkan perniagaan akan selalu menjadi motif penyatuan pemegang-pemegang sahamnya.

Sambil membelek-belek rencana Badan Penyiaran British (BBC) mengenai Park51 dan Manipulasi Renminbi, saya menghayalkan bahawa Perdana Menteri Malaysia nanti pening berfikir memperbesar dan memperluaskan pelanggan dan ROI (pulangan pelaburan) bukan pening mengagihkan kain singkat keistimewaan etnik yang sentiasa ditagih-tagih untuk diagih.

Perdana Menteri akan selalu berada di negara jiran, jauh dan dekat, bukan sebagai Ketua Negara tetapi sebagai Ketua Eksekutif Syarikat Induk Malaysian Inc. Pemimpin-pemimpin Malaysia bukan lagi dari kalangan mereka yang sangat pandai berpolitik intra dan antara parti, tetapi yang pandai mengurus perniagaan pada peringkat dunia.

Pengeluar sawit Malaysia tidak lagi perlu bimbang kejatuhan harga kerana permainan peniaga soya AS kerana peniagaan soya negara itu juga nanti dimiliki Malaysia yang juga memiliki perniagaan sawit melalui merger dan acquisition. Semua etnik nanti akan menyokong keputusan-keputusan strategik pengurusan negara kerana mereka semua adalah pemegang-pemegang sahamnya. Fitrah mereka sama: semuanya mahukan keuntungan.



Oleh : Tan Sri Dr. Nordin Kardi ialah Profesor di Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia.

credit : Utusan Malaysia

Thursday, September 2, 2010

Mari Belajar Sejarah

Sempena bulan kemerdekaan ni nak tulis sikit pasal sejarah.

 (status pada 30 Ogos 2010 -serius aku pi baca buku sejarah..tapi bukan kat MPH lar..kat atas katil je..;p)




Ingat tak kenapa Malayan Union ditentang oleh rakyat Tanah Melayu?

Malayan Union ditubuhkan setelah mendapat tandatangan Sultan dan Raja Melayu, yang hampir semuanya ditandatangani secara paksa dan tipu daya oleh wakil British iaitu Sir Harold MacMicheal. Selain itu, Malayan Union juga mewujudkan sistem kerakyatan jus soli yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu yang menguntungkan orang asing.

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union inilah salah satu pencetus terbesar yang membawa kepada wujudnya Persekutuan Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Ingat?

Mari kita lihat sepintas lalu.

Sebelum mencapai kemerdekaan, kerajaan British telah memberikan satu syarat iaitu, ketiga-tiga kaum terbesar di persekutuan Tanah Melayu hendaklah terlebih dahulu bekerjasama dalam bidang politik. Hasilnya, wujudlah Parti Perikatan iaitu gabungan Parti UMNO-MCA-MIC. Parti Perikatan telah menang besar di dalam Pilihanraya 1955 yang membuktikan gabungan ini berjaya dalam usahanya menyatukan rakyat Tanah Melayu. Kemerdekaan dapat dicapai juga disebabkan ancaman komunis. Jika negara mencapai kemerdekaan, pihak komunis sudah tiada modal bagi perjuangan mereka kerana penjajah sudah tiada.Jadi, lagi cepat merdeka..lagi cepat komunis ini dapat dibanteras.

Perlembagaan Persekutuan

Antara isi-isi penting di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Agama Islam sebagai Agama Rasmi. Ini adalah satu kontrak sosial kerana orang Melayu telahpun bersetuju untuk menerima konsep jus soli (yang sikit je ketat dari Malayan Union punya idea). Kelonggaran 'syarat-syarat kerakyatan' merupakan salah satu cara 'tolak ansur' UMNO sebagai membalas penerimaan pihak MCA & MIC mengenai 'kedudukan istimewa' orang Melayu dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi tunggal. 'Kedudukan istimewa' ini memang dari zaman British lagi telah diakui. Kesultanan Melayu dan agama Islam telah menjadi hak Melayu dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Aku ada baca kat satu komen dalam sebuah akhbar. Kata si dia, Melayu pun pendatang jugak macam Cina dan India, jadi Melayu pun tak de hak.

Ok, macam ni. Mungkin Melayu pendatang. MUNGKIN. Diulang, MUNGKIN.

Tapi, ketamadunan di Tanah Melayu (aik...sebut pun tanah MELAYU..lagi mau pertikai, padiyappa) dan sistem pemerintahan yang diwarisi sehingga ke hari ini, adalah daripada asas Kesultanan Melayu...lebih tepat Kesultanan Melayu Pertama iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ekonomi yang sangat maju sehingga menarik pedagang ASING dari serata benua adalah bermulanya dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Faham apa yang aku nak sampaikan?

Ketamadunan yang dibina itu hanya perlu dibalas dengan pengiktirafan hak-hak Melayu dan agama Islam sahaja. Mudah saja kan?

JADI KENAPA BERIA-IA NAK PERSOALKAN?

Dan aku ta-paham sangat (jadi, tolong fahamkan aku) kenapa ada sesetengah pihak yang takut sangat atau fobia sesangat dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut mengenai Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak itu? Juling mata dia gamaknya tengok clause tu. Nak Permata Hijrah tak? hee..promote, promote...;p

Mana-mana rakyat Malaysia yang masih suka mempertikaikan itu dan ini, patut melihat kembali buku sejarah. Atau, kalau rasa buku-buku sejarah itu telah diseleweng, luangkan lah masa search di internet maklumat-maklumat yang diperlukan. Dan sebagai rakyat yang lahir pada abad yang serba canggih ini, anda sepatutnya cukup bijak untuk menilai mana yang baik & mana yang tidak.  Mana yang salah, mana yang benar.

Mungkin juga mereka wajib menghayati Prinsip-prinsip Rukun Negara. Kalau tak nak hafal semua pun, cukuplah untuk faham yang 3 ini :

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan

Sama ada mahu atau tidak...sama ada rela ataupun PAKSA, anda, sebagai Rakyat Malaysia wajib mengakui isi Perlembagaan dan Rukun Negara.

Kalau tak nak, sudah. Get out from my country...kau boleh pilih negara lain untuk kau duduk. Mungkin boleh duduk kat Indonesia...boleh berdemonstrasi tiap-tiap hari bakar-bakar bendera pastu dapat upah sejuta rupiah.

Pilih la jalan mana kau nak ikut, ikut lapangan terbang boleh, naik moto ka..naik kereta ka..naik kapal star cruise ka..jangan naik sampan sudah, takut tak sempat sampai dah ka-surga kena lambung ombak.





Nota bawahan :

-Tulisan di atas adalah pandangan peribadi semata-mata hasil pembacaan dan pemahaman sendiri-punya-suka.

-kalau ada yang salah fakta, MINTA MAAF. Sila la betulkan dengan SOPAN.

Provokasi Berbaur Perkauman

Oleh Muhammad Afifi Abdul Razak
Pensyarah Sains Politik,
Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia


Sejak akhir-akhir ini, beberapa tindakan provokasi berbaur perkauman dan agama oleh segelintir pihak di Malaysia telah dilaporkan oleh kebanyakan akhbar perdana tempatan. Antara contoh-contoh 'benar' dalam hal ini adalah tindakan khatib jemputan di sebuah masjid di Pulau Pinang yang menyebut nama Ketua Menteri yang bukan Islam dalam doa khutbahnya, tindakan ahli jawatankuasa masjid dan surau di sekitar Selangor yang membenarkan ahli politik bukan Islam memasuki ruang solat utama dalam masjid dan surau, serta tindakan berulang kali oleh bekas pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan, Namewee mengubahsuai lagu kebangsaan 'Negaraku' yang mengandungi unsur-unsur yang mencemar imej Malaysia serta turut menyentuh sensitiviti peribadi individu tertentu, orang Melayu, dan agama Islam di negara ini.

Sebagaimana biasa, persepsi awal terhadap semua insiden ini sudah boleh dijangka. Khatib jemputan terbabit mempertahankan tindakannya atas alasan bahawa tidak menjadi satu kesalahan besar jika mendoakan seseorang yang bukan Islam supaya diberi petunjuk dan hidayah, walaupun sudah jelas bahawa dalam teks khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang, nama Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di negeri tersebut mesti disebut dalam setiap sesi khutbah termasuk dalam doa oleh khatib yang bertugas.

Ahli politik bukan Islam pula mempertahankan tindakan mereka dengan alasan bahawa mereka datang untuk memenuhi jemputan oleh ahli jawatankuasa masjid tersebut bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di kawasan masing-masing. Mereka juga mendakwa bahawa insiden ini sengaja dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Manakala Namewee pula mempertahankan tindakan beliau dengan alasan ia hanyalah untuk 'mencipta' sesuatu yang unik dan baru, bertujuan mengembangkan bakat kreatifnya dan supaya dia dikenali ramai. Sememangnya hari ini, Namewee sudah pun dikenali ramai termasuk di Malaysia, khasnya dalam kalangan para pembuat dasar termasuk Ketua Polis Negara, Menteri Penerangan dan Perdana Menteri sendiri.

Apa yang jelas di sini adalah semua tindakan provokasi itu dilakukan atas alasan untuk menggunakan hak dan kebebasan bersuara dalam konteks sistem demokrasi. Kerajaan juga setakat ini tidak mengambil sebarang tindakan susulan walaupun insiden sebegini telah berulang kali berlaku. Antara alasan yang biasa diberikan adalah kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu semua insiden tersebut dan kemudiannya berunding dengan parti-parti bukan Melayu kerana 'pelakunya' ialah orang bukan Melayu, manakala 'mangsanya' pula ialah orang Melayu.

Tetapi kalau 'pelakunya' ialah orang Melayu sendiri, maka sudah tentu 'secepat kilat' tindakan tegas diambil bagi menangani sebarang insiden sedemikian rupa. Apa yang jelas di sini ialah memang agak sukar untuk membuat sebarang keputusan terhadap isu-isu provokatif jika ia membabitkan selain daripada orang Melayu dan Islam.


[catatan keme : sangat setuju, tindakan pantas itu sangat jelas berat sebelah. Takutkah? Bak kata orang tua, kera di hutan disusukan...]


Ini kerana jika tersalah pertimbangan, orang bukan Melayu, yang selama ini memberi sokongan kepada kerajaan sudah pasti akan 'terasa' pedih hati walaupun dalam sesetengah insiden yang sedemikian, mereka memang bersalah. Apa yang boleh kita lihat, sebarang bentuk tindakan oleh kerajaan pada hari ini dalam menyelesaikan insiden-insiden seperti itu boleh dianggap seperti 'menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak'.

Biasanya, usaha penyelesaian masalah secara 'menarik rambut dalam tepung ini' sangat cerewet dan rumit. Ini mungkin kerana 'rambut' yang ingin 'ditarik' tersebut mungkin sudah 'reput', manakala 'tepung' yang ingin dijaga supaya tidak 'selerak' itu mungkin sebenarnya sudah 'keras'.

Kita tidak menafikan perlunya hidup bertolak ansur dalam konteks masyarakat berbilang kaum tetapi peranan dan tanggungjawab kerajaan selaku 'pemerintah yang tegas dan bijaksana' tidak wajar sekali dipinggirkan. Dalam hal ini, pihak yang benar perlu dibela, manakala pihak yang secara terang-terang melakukan kesalahan mesti dihukum dengan sewajarnya tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

[catatan keme : ye, tepat sekali!]

Semua insiden yang disebutkan sebelum ini adalah benar berlaku, manakala 'pelapornya' pula tidak mempunyai sebarang niat yang terselindung.

Masjid dan surau adalah rumah Allah SWT yang suci lagi bersih dan perlu dihormati. Orang bukan Islam, tidak kira dari mana-mana parti politik pun tidak boleh memasuki ruang solat utama masjid dan surau hanya kerana mereka ini 'berhadas besar'. Sebaliknya, mereka boleh memasuki ruang di sekitar kawasan masjid, dan bukannya di ruang utama solat.

Nama ketua agama negeri, sama ada Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan mesti disebut oleh khatib dalam setiap sesi khutbah yang dijalankan.

Tindakan menyebut nama Ketua Menteri yang bukan Islam tidak pernah berlaku sebelum ini, dan orang yang menyebutnya sudah pasti ada maksud 'negatif' yang terselindung walaupun orang itu bergelar 'ustaz' atau 'tok guru'.

Sebagai rakyat Malaysia pula, adalah tidak salah untuk menjadi kreatif dalam pelbagai bidang seni termasuk muzik dan mengubahsuai lagu. Tetapi, apakah dengan tindakan 'memperolok-olokkan' lagu kebangsaan negara sendiri dengan unsur-unsur mencemar imej negara, individu tertentu, orang Melayu dan agama Islam boleh menjadikan seseorang itu kreatif?

Apa yang jelas di sini adalah Namewee ialah seorang yang sangat kreatif, tetapi beliau juga seorang yang sangat tidak beradab sopan terhadap negaranya sendiri.

[catatan keme : tepat sekali, sangat tak beradab]

Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas dalam menangani isu-isu provokatif berbaur perkauman dan agama sebagaimana yang sedang 'hangat' melanda negara ketika ini.

Kerajaan tidak seharusnya menunggu sehingga ke saat akhir untuk mengambil tindakan kerana ia dikhuatiri mungkin agak terlewat. Kegagalan kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam hal ini akan memberi gambaran negatif dalam kalangan rakyat terutamanya orang Melayu dan Islam di negara ini bahawa mereka akan terus menjadi punching bag di negara sendiri, manakala bagi orang bukan Melayu pula, adalah tidak mengapa menjadikan orang Melayu dan agama Islam sebagai bahan kreatif dan senda gurau atas alasan hak dan kebebasan bersuara dalam negara demokrasi.

Kita perlu ingat bahawa demokrasi adalah untuk semua, bukan untuk satu golongan sahaja. Hak kebebasan bersuara dan hak untuk kreatif dalam muzik tidak bermakna kita boleh mencemarkan imej negara sendiri.

- UTUSAN

Wednesday, September 1, 2010

Budak Hingusan Hina Allah




I think she already remove her account. Or maybe she change her name. Tak dapat cari akaun dia.

Nampaknya kita semakin dihimpit kiri dan kanan. Masalah hubungan antarabangsa dan juga penghinaan dari dalam negara sendiri. Semoga kita tak terjerumus dalam provokasi murahan.




Moga kita sentiasa dilindungi Allah...InsyaAllah.

Indonesia : Berkat Mentaliti Yang RENDAH

Aku dah buang lagu Rapuh by Opick yang melatari blog ini. Sebagai tanda marah aku kepada perbuatan rakyat Indonesia terhadap rakyat Malaysia di Indonesia.

Bak moto Batch !7 : Together WE Stand!

Inilah padahnya jika KEBODOHAN dan EMOSI diletakkan di tangga teratas keagungan yang dijunjung atas nama demokrasi.

Mungkin ada yang kata, itu tak menggambarkan keseluruhan rakyat Indonesia. Kita tak patut boikot hasil seni mereka atau produk mereka.

Tapi, tahukah anda....

Mereka telah memboikot UPIN & IPIN. Jadi, apa masalahnya kalau kita boikot produk seni mereka? Sedangkan selama ini pun mereka memang susah nak beri ruang kepada produk seni kita. Cuma ada sesetengah penggerak seni ini buta mata hati kerana mengganggap di sana pasaran terbesar asia dan siap jadi penaja konsert mereka kat sini. Sampaikan penerbit Upin Ipin pun sanggup tukar konsep filem terbaru Upin Ipin daripada konsep Angkasa kepada konsep so-called zaman laksamana ke hape ntah tu. Atas alasan, cerita Angkasa tu terlampau moden untuk orang Indonesia! WTFunny!

Disebabkan mereka hidup di zaman kuno itulah, makanya masih terdapat ramai manusia di sana yang tak bertamadun. Berperangai seperti nates ungu botak.

Nak jugak dengar reaksi pengagung indonesia, bila ;

- kedutaan Malaysia di baling Malaysia
- bendera Jalur Gemilang di bakar & dipijak
- rumah rakyat Malaysia dibaling batu besar (jurutera tuhh...ini memang menaikkan kemarahan jurutera!)
- menyerang bank-bank Malaysia

Dan yang paling buat aku rasa marah, sampai aku tulis entry ni bila mereka kata nak jadikan KL wilayah ke-34 Indonesia....ewah-ewah...suka suki mak datuk ko je yek.....

Naseb la orang-orang Malaysia ni penuh sopan santun budi bahasa amalan mulia.

Harap-harap kerajaan Malaysia dapat lakukan sesuatu. Jangan sampai maruah kita dipijak-pijak macam mana mereka sesuka hati pijak bendera kita. Janganlah bagi cadangan budak-budak tadika "kerjasama ekonomi dapat meningkatkan kesefahaman". Takde maknanya...kita nak tolong majukan negara mereka, macam ni la mereka balas.

Orang Indon beribu-ribu cari rezeki kat sini, takde pulak orang Malaysia ugut-ugut bunuh. Siap suka suki buat jenayah adalah. Inilah dasar tak mengenang budi. Madu dibalas tuba.

Bukan nak mengungkit...tapi sekadar mengingatkan, masa mereka dilanda bencana terutamanya tsunami dulu, paramedik mana yang paling awal menghulur bantuan? Orang Malaysia jugak...

Sekarang, bila kerajaan Malaysia diserang begini, ada kerajaan Indon buat tindakan pantas?? Haraaammm....


Tapi, suatu hari nanti tak mustahil di Malaysia akan jadi begini. Rakyat terkinja melolong melalak kat jalanan bawak sepanduk segala bagai. Sebab...ada seorang pemimpin ni kata, kalau dia jadi perdana menteri, dia akan benarkan demonstrasi jalanan ;) 




Nota bawahan :
Dah la minggu lepas maid abang aku lari secara kurang ajar! Berani dia buat camtu kat anak sedara aku? Memang dasar orang-orang tak mengenang budi.