Monday, August 30, 2010

Lirik 150 Juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

...Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya..."

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...



by Fynn Jamal (Keynote)

Lori Gula Terbalik

Tak mau tulis banyak. Cuma sempena Hari Kemerdekaan esok, aku nak dorang pulangkan duit claim aku. Sila bayar!

Macam tak logik...duit gaji tapi guna balik untuk kerja. Habis tu, mana partnya yang aku nak guna untuk diri sendiri? Kalau boleh claim on the spot..tadehallah! Ini...claim bayar 2 bulan (la ni dah sampai 3 bulan) sekali..tu pun bayar untuk sebulan punya je. Habis tu, bilanya dorang nak bayar habis claim aku?!

Hangpa nak tolong jawab?

Mangkuk-tingkat-plastik-murahan sungguh!

Dapat duit...keluar Kompressor dua bijik! Asbestosss.....!

Esok, kalau ofis terbakar, jangan cari aku. Memang aku tak buat.




Maaf, meter kesabaran hari ini sangat rendah.

Rimas

Rimas dengan orang yang terlampau suka bercakap ni. Agaknya, sebab terlampau suka bercakap, sampai benda yang remeh temeh pun nak diulas gaya macam masalah negara jek.

Orang yang suka bercakap ni, sampai satu tahap dah tak tau nak cakap apa, mereka mula lah cakap perkara-perkara yang menyakitkan hati orang...atau mengganggu gugat orang lain. Haa..kan dapat dosa free jek menyakitkan hati orang.

Kalau bercakap tu perkara yang berinfo, tak pe la..memang aku suka, bercakap la ko 24jam, InsyaAllah aku boleh dengar. Ini kalau bercakap merapu meraban..pastu segala benda nak dikomen...haa..itu namanya sengaja cari pasal dengan aku (walaupun dia bukan komen aku ;p)

Bosan betul...tiba-tiba jek aku jadik macam manusia kena sumpah jadi batu kalau mereka ada.

Hah, lagi satu..aku rimas betul dengan orang yang suka kondem orang lain. Macammm BAGUS! Nak pasang rak pun tak reti, ada hati nak kutuk orang. Kata masuk u.......mm...





Nota Penting :
1. Aku rimas dengan orang banyak bercakap - merapu & kosong. Noktah.
2. Aku rimas dengan orang yang suka kondem orang lain. Noktah.

Hukum Pemakaian Inai Bercorak

Yang ni pun menarik jugak.


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Wanita Haid Di Dalam Masjid Untuk Pembelajaran

Tadi selak-selak e-fatwa JAKIM. Terpandang satu fatwa.

Adoi! *tepuk dahi laju-laju*. Kenapa adoi? Sebab selalu orang kata, sebaliknya...rupanya ada fatwa dah..huu...

Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sunday, August 29, 2010

Berbuka bersama

Hari ni...err..dah masuk hari lain dah kot ni..haha, ok la. pada 28hb Ogos (Sabtu), aku berbuka bersama-sama teman-teman UTHM.

Tak ramai pun, ada Jep, Nabil, Zool, Rosni, Dedt, Faridah, Ali dan Saleh (yang dibawakan khas dari KL ;p). Kami berbuka kat Penang Golf Resort. Meriah la..ramai orang...haha ;p

Pastu, oleh kerana Nabil selaku OTAI Penang nak entertain Saleh..so, kitorang pun jalan-jalan pusing Penang.

Sakan Nabil lenjan City Saleh...naseb la aku leh layan aktiviti selit-menyelit tuh..Sabau je la..kesian Jep yang tumpang aku, kecut perut gamaknya...sorry la Jep, pemandu kat Penang memang sangat sopan santun cam kami (terutamanya Nabil..haha ;p)..pandai-pandai jek Nabil claim aku drifter Penang. ngok ngek sungguh.

Tade gambar la nak letak...tak bawak kamera..eh, bawak..tapi tade bateri..kuang3~ Nantila, kalau dorang yang bawak kamera tu dah upload kat facebook, aku update la post ni...(kalau rajin la...;p)





Nota bawahan :
"Munirah..bukan semua benda tu harammmm" Kata seseorang bila aku tengok orang melayu beli makanan kat gerai Cina. Boleh caya ke?huuuu...

Saturday, August 28, 2010

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang SALAH

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


credit :  Sebutir Mutiara Seindah Wanita

Tuesday, August 24, 2010

Bila Syaitan Diikat....

....tapi kita masih berperangai seperti 'syaitan', maka sangat jelaslah bahawasanya, selama ini, bukan syaitan yang mendorong anda melakukan kejahatan. Tetapi, adalah sangat jelas, kejahatan itu sememangnya datang dari diri anda sendiri.

Heyy kamu kamu...syaitan tu terlampau sibuk la kamu tau? Tau tak berapa juta-juti umat manusia yang ada kat muka bumi ni yang syaitan nak hasut? Kamu pulak asyik nak salahkan syaitan je. Syaitan pun tak macam kamu syaiiiitannnn!

Appeeeraa...kamu yang volunteer jadi assistant dia..buat-buat tak tau pulak. Huh! Purak-purak!

Luckily, i have Inspector Shahab to protect me  ;)


Let me introduce my Inspector Shahab ;p Tadaaa~~

Hehe..ampun Tuan Inspektor! saya pinjam badan..tapi muke nak Kindaichi...haha ;p
(psssttt...Tuan terer cam Kindaichi tak? ;p)

Monday, August 23, 2010

Kerana Mereka Lelaki...

Cerita ni dah lama. Cuma tak tahu macam mana nak susun ayat..eh, nak susun cerita. Mmm..bukanlah cerita pun..ia sebenarnya adalah perbincangan sepanjang pergi dan balik ke/dari Cherating untuk reunion batch !7 dulu.

Perempuan, kalau bersama...mestilah cerita pasal lelaki, kan? haa...;p

Macam-macam persoalan yang ditimbulkan..dan adakalanya kami biarkan ia berakhir tanpa jawapan...ditinggalkan dalam persoalan juga.

(i) Kenapa lelaki curang?

Kata teman, dia ada mendengar di radio, seorang pemanggil lelaki mengatakan dia ingin berkahwin lagi. Bukan sebab isteri dia tak sempurna. Malah bagi dia..isteri dialah yang terbaik dari segala segi...tapi, kerana DIA LELAKI, jadi dia rasa dia patut berkahwin lagi.

Bagi aku, alasan dia tu tak berapa tepat kot. Mungkin kena bagi alasan yang lebih bijak.


(ii) Lelaki dan Pilihan

Ada sesetengah lelaki ketika zaman bercinta...mereka akan pasang dua tiga kekasih. Alasannya, supaya senang dia nak buat PILIHAN. Walhal, si kekasih-kekasih (perempuan) sangat la setia. Adilkah? Sampai satu tahap, mereka dah tak tahu nak buat pilihan, mereka akan ambil jalan mudah..."aku lamar je mereka semua...sape yang tak banyak songeh..aku rembat je". Dan mereka pun kahwin. Tapi, tak berapa lama selepas itu, si lelaki mula 'mencari' bekas-bekas kekasih dia yang lain tu.

Oh, tolonglah fahamkan aku..lelaki jenis apakah mereka ini?

Dan, tolonglah fahamkan aku..adakah lelaki sahaja yang berhak untuk membuat pilihan..dan adakah bodohnya perempuan kerana setia?


(iii) Cinta tak terucap

Lain orang lain caranya mengungkapkan cinta. Ada orang, tidak diucap dengan kata-kata...tetapi hanya dengan perbuatan. Namun, kadang-kadang perbuatan itu tidak cukup untuk menyakinkan wanita untuk mempercayai akan cintanya. Akhirnya...si wanita memilih lelaki lain, hanya kerana tiada sebarang lafaz & pengakuan dari lelaki pertama. Tragis. Setelah bertahun-tahun memendam rasa cinta, dia terlepas begitu sahaja.

Memang kadang-kadang kita tak pernah memahami kenapa ia dipanggil cinta. Sesetengah orang mengatakan ia perlu dilafaz. Sesetengahnya mengatakan ia cukup sekadar perbuatan. Ada lelaki-kurang-ajar-yang-suka-berlagak-alim beranggapan, cinta itu adalah apabila dia dapat jalan berpegangan tangan.







Nota bawahan :
semua perkara di atas, telah dibincangkan dengan sangat panjang...aku pendekkan aje ;)

lelaki pun suke bergosip tau! haha...(budak 2 orang ni tak baca blog aku kot..;p. mampuih aku kena buang daerah kang..lol)


[update]
kih3~ dah tuko gambo..;p

Kehilangan

Sunyi sangat. Sepatah pun tak terkeluar. Masing-masing dengan hal sendiri. Sendiri. Kau kau..aku aku...

Lantas terbit...

Rasa kehilangan yang amat. Sangat. Pedih.





Nota bawahan :
makin berdarah la. Asyik melukakan diri sendiri jek. (err..ni dikira menzalimi diri sendirikah?aiyak!)

Friday, August 20, 2010

Nasi Kerabu

Bazar ramadhan kat umah aku dah ada jual nasi kerabu!! YeaY!

Tahun lepas takde...masa hari 1st puasa pun takde. Semalam pegi dah ada..;) Tapi, hajat nak makan nasi kerabu tu dah termakbul dah minggu lepas...sebab aku pi bazar ramadhan kat Permatang Pauh..haha..jauh giler-dingdong kan? ;p

Tapi, takde la jauh sangat...sebab masa tu aku dari Perlis. Pas amik kereta yang aku park kat Sunway Carnival (pergi Perlis naik kereta bos) & cuci-cuci mata sat kat Megamall, aku pi la bazar tu...sangat la sewo0onoknyee...;) Tahun lepas memang tak gi mana-mana bazar ramadhan pun kecuali bazar-ramadhan-yang-takde-nasi-kerabu tuh! ;p

Tahun ni, setakat ini dah pegi 3 bazar ramadhan yang berlainan...;)

Satu pencapaian. ahaks!

Tuesday, August 17, 2010

Hidup dan Roda

Biasa dengar orang kata ini....?

Hidup ini umpama roda, kadang-kadang kita di atas..kadang-kadang kita di bawah.

Dulu..

Mereka ketawakan aku kerana satu musibah.

Penegasan : MUSIBAH
ia adalah sesuatu yang menyebabkan aku 'kerugian', kecewa & kesedihan. 

Apakah perasaan anda, bila dalam keadaan yang sangat kecewa dan sedih, anda ceritakan musibah yang terjadi kepada mereka dan reaksi pertama mereka adalah gelak besar dan cakap 'padan muke ko!'.

Syukur, masa itu aku masih boleh bertenang dan diam...menelan kata yang sangat kejam (kot) untuk orang yang baru ditimpa musibah.


Kemudian setelah beberapa ketika....

Mereka yang gelak besar itu ditimpa musibah yang sama. Apa yang perlu anda lakukan?

Gelak besar juga?

Cakap PADAN MUKE KO!??

Mm...

Syukur, aku tak terfikir pun nak buat apa yang pernah mereka buat pada aku.

Syukur juga sebab dalam keadaan yang sama dulu, aku masih boleh bertenang, menyelesaikannya dengan teratur walaupun pada satu ketika, aku tak dapat menghubungi sesiapa pun untuk di minta bantuan.

INSAF.

Allah itu Maha Adil.

Ironinya, ketika mereka masih terkejut dan tak-ketahuan kerana musibah itu...aku orang pertama yang dihubungi untuk meminta pertolongan.




Nota bawahan :
Jagalah tutur katamu...lakumu...adabmu...HATImu...


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi!

Alhamdulillah, masih bernafas untuk menikmati satu lagi Ramadhan. InsyaAllah, eh, tapi belum tentu lagi...haha..esok baru Ramadhan. ;p

Ramadhan ini adalah yang ketiga setelah bekerja.

2008
2 Ramadhan memulakan fasa baru dalam hidup. Bekerja dan merantau jauh dari keluarga. Ada orang kata aku gila masa tuh..sebab nak duduk sorang-sorang kat Pahang. Ada Awal seorang jek kawan yang aku kenal dan rapat. Sebenarnya aku bersyukur sangat la start kerja dan mula hidup baru pada bulan Ramadhan sebab agak senang untuk aku susun jadual hidup aku. Agak smooth & steady. Kalau hari-hari bukan puasa, rasanya agak terkejar-kejar.


2009
Ramadhan kali ni, aku dah merantau ke Pulau Pinang pulak. Heh, dari timur ke utara. Ok, Ramadhan kali ni agak smooth & steady sebab masa tu project delay & stop. Hak3~ cuma ada sikit je kerja kat site...jadi, hidup dengan sangat gumbira aje dengan Mas.

2010
Kali ni aku dah merantau ke Kanada pulak...


he he he...[ngigau jap]


Ok, masih di Pulau Pinang. Kalau ikut perancangan sepatutnya aku di Perak. Takde rezeki lagi. Mungkin Ramadhan akan datang. InsyaAllah.




+++++ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK+++++


Sunday, August 8, 2010

Sekolah Kehidupan

Apa yang kita harapkan daripada hidup kita? Apa yang kita cari sebenarnya?

Kenapa kita hidup? Pernah fikir? Kenapa kita 'di-hidupkan'? Dan digelar manusia??

Adakah kita hidup hanya untuk melihat sahaja? Adakah kita hidup sekadar untuk menjadi pemerhati? Adakah kita hidup hanya untuk berseronok di atas daratan ber-bangunan, lautan ber-manusia? Adakah kita fikir hidup kita hanya untuk diri kita? Adakah kita fikir Allah jadikan kita hanya untuk bekerja tanpa henti? Adakah kita fikir Allah berikan kita peluang untuk bernafas 24 jam sehari hanya untuk menelanjangkan maruah kita sendiri?

Adakah anda perasan ayat di atas semuanya diakhiri dengan tanda soal???

Ironinya, hidup kita memang penuh dengan persoalan. Persoalan yang perlu dirungkai seiring dengan perubahan umur dan kematangan manusia. Untungnya kita, kita ada guideline..iaitu Al Quran. Tapi walaupun ada guideline, akhirnya terpulang kepada kita untuk memilih. Pilihan ada di tangan kita. You choose!






"Di sekolah perubatan kami, berpuluh-puluh kelas mengajar bagaimana untuk menghalang kematian, tapi tiada satu pun kelas yang mengajar bagaimana untuk meneruskan hidup" ~ Grey's Anatomy


 Gambar dirakam di Air Terjun Bekok, aktiviti terakhir bersama rakan-rakan universiti (April, 2008)

Bukan semua perkara kita boleh lihat secara terus. Kadang-kadang ia perlu dilihat secara tersirat.

Catriona Ross : Hidayah Di Butik Tudung


pix_middle

PERUBAHAN imejnya mengundang perhatian ramai ketika bertandang ke Balai Berita baru-baru ini. Sungguh, dia sangat cantik bertudung hingga pujian meniti di bibir beberapa teman media yang menyapa. Sambil tersenyum manis, pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini meminta izin ke studio kerana jurusolek sedia menunggu. 

Berkongsi momen itu dengan Selebriti, pemilik nama sebenar Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross ini menjelaskan, sampai masanya dia bertudung dan niat murni itu dilaksanakan dengan ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga.

Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.


Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.


Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.


"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.


Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.


Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.


"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.


"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.


"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan? "Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.


"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.


Perasaan gembira melakukan penghijrahan itu turut dikongsi bersama ibu tercinta. Sebaik mengetahui Cat bertudung, ibunya bergegas terbang ke Kuala Lumpur, malah turut dibelikan tudung untuk dihadiahkan kepada aktres itu.


"Ibu sanggup terbang dari Kelantan semata-mata mahu melihat perubahan saya. Terharu saya melihat riak gembira di wajah ibu dan berita itu turut dimaklumkan kepada bapa saya yang bertugas di Romania.


"Ramai juga teman terkejut dengan perubahan saya dan masing-masing bertanya apa menyebabkan saya tiba-tiba ubah imej. Terus-terang saya sangat bersyukur diberi hidayah dengan cara begini.


"Tak pernah saya rasa setenang ini, sesungguhnya saya antara manusia bertuah," kata Cat sambil mencium pipi montel buah hatinya, Sephia Rania Ross-Iddin.


Hadir berdua ke Balai Berita, Cat cekap menguruskan Rania. Lebih menarik, bayi comel berusia empat bulan setengah itu seakan-akan memahami komitmen ibunya yang perlu memberi pose terbaik di depan lensa kamera tidak banyak kerenah.


Berkongsi pengalaman sebagai ibu, Cat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata yang mudah dijaga. Lumrah ibu beranak kecil, pasti kurang rehat dan tidur, namun berbeza dengannya apabila tidak berdepan situasi itu.


Zuriat hasil perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Shahruddin Mokhtaruddin itu senang dibawa ke mana-mana, malah dari kecil dia yang menguruskan segala keperluan Rania. Jika terbabit dengan penggambaran, Rania ditinggalkan dengan mentua atau ibunya jika bertandang ke Kuala Lumpur.


"Mula-mula memang kekok, maklumlah tidak ada pengalaman, tetapi lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri. Rania anak yang baik dan bukan jenis suka merengek atau menangis.


"Saya gembira dapat melihat dia membesar depan mata. Setiap perkembangannya dapat saya saksikan dan itu momen yang sungguh bermakna.


"Daripada pemerhatian saya, Rania mudah mesra, sangat berdikari dan suka berkawan tetapi mudah terasa hati. Dialah permata hati saya dan suami," kata lulusan Bachelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia ini.


Beralih perihal karier, Cat masih aktif berlakon, cuma seperti kebanyakan teman artis yang mempunyai anak kecil, aktiviti seninya sedikit terhad di mana dia hanya menerima tawaran penggambaran sekitar Kuala Lumpur.


Dia tidak ralat meskipun banyak tawaran terpaksa ditolak demi Rania. Ini kerana sebagai ibu dia mahu memberikan perhatian terbaik buat anaknya.


Serentak perubahan imejnya, ada suara nakal berbisik kononnya ruangnya untuk berkarya dalam persada lakonan kian terbatas, namun bagi Cat itu cuma omong kosong yang sedikitpun tidak berbekas di hati.


"Saya sedikit pun tak risau soal ini. Ada doa yang berbunyi: 'Ku mohon rezeki dari langit Kau turunkan, rezeki dari bumi Kau keluarkan, rezeki yang jauh Kau dekatkan, rezeki payah Kau permudahkan'. Saya pegang doa ini. Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah dan sebagai manusia kita kena berusaha dan bertawakal.


"Tiada apa perlu saya takutkan dengan perubahan imej ini. Bukankah menutup aurat itu tuntutan agama. Jika kita perhatikan sudah ramai artis bertudung, tak ada masalah pun.


"Kalau benar kerana memakai tudung tawaran selepas ini mula berkurang, saya pasrah. Dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini pun saya tidak ralat kerana tawaran ada, cuma saya perlu lebih selektif kerana tidak sampai hati berjauhan dengan Rania. Jika penggambaran di lakukan sekitar Kuala Lumpur saya akan terima.


"Jika tidak terbabit dengan penggambaran, sambil uruskan Rania saya ambil tempahan biskut cip coklat dan sibuk dengan bisnes aksesori serta pin tudung. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan, termasuk dari Kota Bharu.


"Seperti saya katakan tadi, dengan izin Allah rezeki ada di mana-mana saja dan datang dengan berbagai cara. Justeru, tidak perlu ragu-ragu bila ada suara sumbang cuba menakutkan kita," katanya.


Credit : Metro Ahad 

Sangat terharu pada perenggan ini :


"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan? "Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.



yeah, ayat yang dibesarkan itu yang wat aku rasa nak nanges *s0bs*

Saturday, August 7, 2010

Hai

Hi hi hi..tadi check akaun nuffnang...tengok kat keywords..ada jugak orang yang rajin taip cari 'khairul munirah taris' ye...siap nama penuh lagi..siapalah orang tu??

Hah..cepat ngaku!

Iktibar Tsunami Acheh

Semalam kat Astro Oasis ada program Iktibar Tsunami Acheh. Aku tatau la plak kalau rancangan ni ulangan ke hape...(astro kan suke mengulangkaji).

Aku memang suka rancangan macam ni. Masa Norzie Pa'wan Chik (betul ke nama ayah dia ni?;p) pergi kat Acheh untuk program Majalah 3 dulu..kalau boleh aku tak nak bergerak pun dari tengok tv. Paling aku tabik spring kat Norzie masa dia pergi Palestin dulu. Sejak tu la aku jadik suka sangat kat Norzie...sempat la jugak berangan nak jadik wartawan penyiaran macam dia yang pegi tempat-tempat bencana dan krisis.

Ok, berbalik ke cerita asal, Tsunami Acheh. Program ni fokus untuk menunjukkan kebesaran Allah, macam Masjid-masjid yang tak terusik dek tsunami dan makam wali yang tak hilang dalam gelombang tsunami.


Sebenarnya aku tak faham kenapa mereka tayang program ni, pada masa ni. Heh,  nak kata memperingati...err..lama lagi kot.


Tapi takpe, itu semua TAK PENTING, sebab yang pentingnya..pada ketika mereka tayang tu, aku tengok! Ya, ini yang paling penting ;)

Sebenarnya, aku tulis panjang-panjang ni (panjang ke? ;p) cuma nak quote kata-kata salah seorang mangsa tu. Beliau hilang isteri dan anak-anak serta saudara mara sampai dia pun terus pindah ke Medan.

"Pengajaran daripada tragedi ini..yang pertamanya..jagalah AURAT. Kalau ketika hidup kita jaga aurat, maka masa mati pun Allah akan jaga aurat kita. Masa kita mati, jaga aurat tu dah bukan kerja kita..tapi kerja Allah. Saya sudah lihat di depan mata, orang yang masa hidupnya tak jaga aurat...masa matinya pun..dia mati dalam keadaan aib"

Subhanallah.

Aku pernah fikir pasal perkara ni masa tengok emel gambar-gambar tragedi ni dulu. Betul sangat la apa yang dia cakap tu.

Janganlah kita mati dalam keadaan aib.

wallahualam.

Rombongan Che Anas Ke Langkawi

Huh, sekarang ni mak abah aku sedang membeli belah dengan suka ria kat Langkawi (sure punyeee la mak tengah membeli belah!).

Tadela bengang sangat tak ikut kan. Tapi, bengang la jugak. Aku ingatkan ini rombongan orang-orang tua...tapi ada jugak orang muda-mudaan pegi. Cis, tambah-tambah plak ada 2 orang budak ni duk men-jeleskan aku kan....heshh!

Kepada Mak & Abah :
Anakanda ingin mengucapkan selamat hari raya bergumbira!

Friday, August 6, 2010

Imam Muda

Baru lepas tengok Imam Muda : Jejak. Kisah Imam Muda Terunggul, Asyraf.




Best kan kalau dapat anak jadik imam.

60 Petua Mendapat Pasangan Dari Dato' Hj. Fadzilah Kamsah

 Jom kongsi petua..hehe..tapi, bukan petua awek muda tau..;p


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.



credit : http://mama-cantik.blogspot.com/

Melayu Paling Ramai Hidap HIV/AIDS

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim mendedahkan, daripada 63 penagih dadah yang dikesan setiap hari, 44 daripadanya Melayu. 

Lebih menyedihkan katanya, daripada sembilan kes HIV/AIDS yang dikesan, enam daripadanya melibatkan individu Melayu dengan purata tiga kematian setiap hari.

“Fakta diperoleh daripada Kementerian Kesihatan. Bermula dengan cuma empat kes pada 1986, sebanyak 87,710 kes HIV dikesan sehingga penghujung 2009. 

“Sebanyak 71.8 peratus atau 62,975 daripada kes itu terdiri daripada individu Melayu diikuti Cina (14.6 peratus) dan India (8 peratus). Ia menunjukkan betapa serius gejala itu di kalangan masyarakat Melayu negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Seminar Menyambung Kasih Ilahi: HIV/AIDS Bersama Ditangani di Pusat Islam, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Faisal menambah, kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 60 peratus ibu hamil yang dijangkiti HIV menerima virus itu melalui suami.
“Masalahnya, mereka ini lama-kelamaan dijangkiti pula virus AIDS yang membawa maut. Hal ini menyebabkan kira-kira 6,000 kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah menjadi yatim piatu.

“Pastinya ketiadaan ibu dan ayah membawa kesan sosial yang besar kepada anak itu. Ia secara tidak langsung turut merugikan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kira-kira 1,000 peserta seminar tersebut agar memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan di kalangan masyarakat bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Pencegahan merupakan satu-satunya jalan kepada masalah ini kerana tiada ubat dan vaksin yang mampu membunuh virus HIV.

“Apa yang ada hanyalah ubat untuk menyekat pembiakan virus itu. Itu pun ia memerlukan belanja yang besar sehingga mencecah ribuan ringgit setahun,” ujarnya. 

credit : utusan malaysia


Hai MELAYUUUU! Layu nya lar kau menghadapi pancaroba donia.

Menghadapi Temuduga Kerja

Sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak dapat kerja yang bagus-bagus kat syarikat besar-besar supaya gaji pun besar...lama-lama badan pun besar.

Tak pun, berlumba-lumba nak kerja kerajaan. Kenapa? Sebab jaminan masa depan la. Orang kata, kalau kau tu ikan bilis masak sambal jek, jangan berangan la nak masuk kerja kerajaan...jawatan TETAP. Kontrak mungkin la. Tapi...kalau kau ikan siakap 13 rasa, hah..senang je nak bolos ke jawatan tetap.

Itu deme cakap lar..keme tak cakap...T_T

Tapi takpe, rezeki masing-masing kan...walaupun nampak macam tak adil.

Peringkat paling penting nak dapat kerja (bagi aku) adalah sewaktu temuduga. Ada orang cakap, resume tu yang paling penting...tapi pada aku, tak kot. Sebab...dah banyak kali dah aku berada pada situasi terkejut-ala-kucin-comel (ngeehee ;p) sebab ramai sangat datang temuduga. Rupanya...mereka panggil semua yang hantar resume/borang permohonan.

Bahagian penting dalam temuduga
1. Persediaan
    - kajian (research) mengenai syarikat/organisasi terbabit & maklumat pekerjaan
      tersebut
    - latihan..latihan bercakap la apa lagi. Kang gagap plak..
      jangan tetobe plak nyanyi lagu Gagap Stacy tu dah ar..;p

 2. Tawakkal
    - doa la apa lagi. Setelah berusaha, kenala berdoa supaya dipermudahkan.


Dah..tu aje. Senang kan? Apa yang pentinggg?? KEYAKINAN. Bak kata aku (haha..;p) "Yang penting confident..betul salah belakang kira"..;p

Tapi, kalau tak dapat..jangan la kecewa sangat. Mungkin bukan rezeki lagi. Thomas Edison pun tonggang tergolek beratus kali baru berjaya *wink*. Apatah lagi kamu yang cuma Khairul Munirah je..mesti setakat berpuluh kali jek. Ahaks ;p



Nota bawahan :
Teringin sangat nak bertukar tempat kerja sekarang ni. Rasa macam dah lemau. Otak tak berkembang. huuu....

Iklan :
Sesiapa yang ada kerja kosong dalam bidang Civil Engineering/Construction, silalah maklumkan kepada saya. Terima Kasih *dengan muke penuh berharap*




Kartun Hiasan (erk? ;p)

CSI : Misteri Kematian Misteri

Apedaa punya tajuk..kata perulangan. Mesti marah Cikgu Hasina kalau tau aku buat ayat macam tu. ;p

Agak-agak, kes kematian apakah yang paling mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang prihatin sekarang ni?

Aku tak berminat nak ulas pasal isu-isu peribadi si mati. Tapi, cara kematian itu yang menarik minat. Sangat mencabar hati dan nurani ke-CSI-an aku untuk mengikuti kes tu. Oh, jangan risau..tiada sebarang andaian dan spekulasi yang akan ditulis di sini. Aku tulis kat otak aku jek.

Kita tunggu dan lihat aje nanti.

Tadi, aku ber-telefon-an dengan seseorang yang bekerja di Shah Alam. Kebetulan isu ini pun dibangkitkan. ha ha ha..sangat sirius perbincangan kami kan ? ;p Tak sangka plak, berkongsi pendapat yang sama berkaitan bagaimana & mengapa kes ini berlaku.

Apa-apa pun, Alfatihah untuk mereka.





Nota Bawahan :
Teringat kakak ipar aku pernah kata, dia rasa anak bongsu dia berpotensi tinggi nak jadi peguam kalau melihat perwatakan dia sekarang. Katanya, mungkin sebab masa mengandungkan anak sedara aku tu, dia sangat mengikuti kes pembunuhan Noritta. Ingat lagi tak kes ni?



Thursday, August 5, 2010

Laporan Bergambar


Tajuk laporan : Kehidupan seorang mahasiswi di universiti.
Masa : Tahun 2004-2008
Objektif : Untuk memberi sedikit gambaran mengenai kehidupan sebagai mahasiswa/i serta menggalakkan adik-adik untuk bergiat cergas tidak kira dengan buku mahupun dengan buku ruas.
Ucapan : Enjoice!! ;p
 Amaran : Sangat panjang hoke! Jangan malas untuk scroll mouse anda. Jika anda malas, anda tidak akan berjaya di universiti..hak3~ pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Milo Fuze ;)

 Objektif Tersirat : saya windu zaman di universiti..*s0bs*

Di Terengganu, jalan-jalan sambil pura-pura buat lawatan sambil blajo ;p

Bakal Engineer (kunun) berhati waja nak melawat SMART TUNNEL
2 hari sebelum pameran poster PSM II, kami bergumbira tak hengat
Malam Anugerah Pelajar KUiTTHO (tak tukar nama lagi masa ni)..tetobe jadik calon..ntah pape jek..;p
Dinner Sekretariat IEM Bahagian Pelajar UTHM..makan sushi dengan pakai baju kurung
Banjir ha ha ha..cootiiiii..pastu hampir kiok ganti klas *sigh*
Pertama kali berplan-busuque ke JB

Part time duta Frisbee UTHM
Ber-open-house sehingga ke Mersing
Ber-open-house sehingga ke Melaka setelah ada orang merajuk..ho ho ;p
Plan busuque kedua bersarapan di Hutan Bandar+tengok wayang sambil mereka tido dan aku yg terpaksa tengok cite yg aku tasuke tu *sigh*
Menyibuk uruskan konvo orang (tatau la konvo aku, dorang bz tak?ha ha ha)
setelah abes menyibuk di konvo orang, kami dijamu dengan manyaaakk makanan
Malam Anugerah Sinar Gemilang. Kat gambar ni tulis aku koordinator..
tapi aku pun tak ingat ape yang aku buat..ha ha ha ;p
Ke Melaka untuk terima surprise hari jadi (tapi aku dah tau dulu..ngee)
Ke Sarawak selama seminggu untuk melawat kawasan (biase ar..YB..;p)
Program Motivasi Take Charge!
tibe-tibe jek TER-pegi Melaka selepas kenduri kawin Sue kat Muar
tibe-tibe TER-berkelah kat Pantai Punggur
Program Anak Angkat di Mersing
Program Tunas Harapan di Tanjung Piai
tibe-tibe TER-bukak pose kat umah MB Johor

Monday, August 2, 2010

Kunang-kunang Kecil

Aku...
Hanya sinar yang melintas sekedip
Bagai kunang-kunang kecil
Dan engkau sayap-sayap yang meranggas seusai
Sekepak kau mengudara
Membawa hatiku semua.


Pemandangan Pekan Balik Pulau ketika senja...sesudah pencarian mencari durian balik pulau berhasil..




Nota Bawahan :

1. Belek-belek diari lama masa kat u dulu..terjumpa 1 doa yang di print oleh Ayul..tercatit disitu : "Khas daripada yuyul UTHM 07/08". Petikan doa itu ;

Seandainya telah engkau catitkan..dia milikku..tercipta buatku..
Satukan hatinya dan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami....

Sesungguhnya..memang ayul la yang pertama antara kami yang ditemukan dengan pasangan abadinya. Semoga semuanya berjalan lancar..;)

2. Terjumpa juga gambar kecil yang dikerat dari majalah universiti. Paling hopeless romantic-nya..dibalut dengan tisu yang ditulis..."Guminavo Zou Diau...." MasyaAllah. sangat childish.