Saturday, July 31, 2010

Cuci Mata : MY ADAM



saja nak menaikkan aura Nur Kasih. Ahaks ;p


Mari saya perkenalkan : Buah hati saya, ADAM ;)

Ha Ha Haaa...;p



Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

 

 

Gambar  daripada : Facebook Nur Kasih The Movie

Nak Macbook!

Laptop tak boleh bukak. Aku tatau la apa masalah dia. Semalam ok je. Ni aku guna pc jek.

Aku nak buat report meeting ni. Isnin ni meeting. technical meeting pagi, petang plak site meeting. Sakan dorang buat dalam masa sehari. Masa technical meeting nanti jangan nak komplen apa-apa pasal report aku ye. Tak sempat aku nak betulkan balik untuk site meeting. Kalau sapa-sapa suruh aku betulkan, memang nak kena la. Terus aku blah balik rumah je nanti.

Report pun tak siap lagi..dah berangan apa yang jadik pada hari kejadian. Ha Ha Haaa.....;p

Hai laptop..jangan la ko buat perangai...Bos janji nak bagi laptop baru pun haraammm tak nampak bayang. Laptop pun dah patah engsel skrin-nya.

Alang-alang nak bagi laptop..ape salahnya belikan aku Macbook Pro terus..hahaha.. ;p

Harapanlaaaaaaa nak dapat...;p

Thursday, July 29, 2010

Tough Kott...

"Mun sorang je jaga site?"

"A'ah"

"Toughnye!"

"What??!!" Senyum kambing (yang mandi) sambil cakap dalam hati.

Taktau ke aku ni dah kena aniaya??!!WTFunny!

Tuesday, July 27, 2010

Jumpa Artis II

 Soalan 1 :

1. Saya tasuke bila saya mempunyai perasaan ini.

2. Perasaan itu adalah perasaan menyampah pada orang.

3. Saya rasa seperti loser jika perasaan ini hadir.

4. Loser kerana gagal mengawal hati sendiri.

5. Loser kerana mengikut kehendak syaitan.

Arahan : Sila sambungkan ayat-ayat di atas untuk dijadikan satu perenggan menggunakan kata hubung yang sesuai. (5 Markah)

Soalan 2 :

Apakah kaitan tajuk entry ini dengan isinya?
Jawapan soalan : (soalan bonus - bagi jawapan terus) Supaya Faridah tertarik untuk membacanya kerana dia mesti fikir aku terjumpa Fahrin Ahmad di 7e lagi. hahahaha ;p

Sunday, July 25, 2010

Jalan-jalan Jumpa Artis

Baru balik dari 7e. Nasib baik ada 7e tempat membeli dan belah pada waktu malam. ;) Aku beli susu dan roti. ehikss..;p

Ok, aku bukan nak cerita pasal susu jenis apa aku beli atau roti apa yang aku beli (yang pasti bukan bun kaya ;p). Tapi, aku nak cerita pasal siapa yang aku jumpa.

Ahha..mestilah Fahrin Ahmad! Tak sangka jumpa jodoh kat 7e! Wahhaa.....tak tido la aku malam ni weh..aduh aduh aduhhh...melting gue!

Ok, stop.  Itu cuma pelamin angan ku musnah je. Kekeke...;p

Aku cuma jumpa budak. Err..budak belasan tahun yang begitu ramah menegur aku tapi sebagai balasannya dapatlah se-das jelingan maut.

Eh, tapi mungkin jelingan maut tu macam jelingan manja je bagi dia kut..adeke gelak sonok gaya jatuh cinta jek dengan aku. Ok, fine..tipu je tang 'gaya jatuh cinta jek dengan aku' tu ;p Tapi memang jelingan aku tu macam ala-ala senyuman manis bergula jek bagi dia.

Cis, budak-budak sekarang dah tak segan silu nak ngorat (gile perasan). Eh eh ehh..tapi mungkin muka aku nampak awek muda kot sampai dia ingat aku ni umur lebih kurang dia kott???Haa...fakta ini paling logik. Perkataan penegasan di sini : FAKTA.



Moral of the story
Rakyat Malaysia memang peramah ;)

Saya Tak Suka Esok

Kenapa saya tak suka esok?

Kerana esok adalah hari Isnin. Mungkin kalau namanya bukan Isnin, saya akan suka.. contohnya nama dia Fahrin Ahmad..lol.

Malasnya nak menghadapi hari esok. Sudahlah esok hari Isnin, Mr. Project Manager pun cuti. Bukan sehari...dua hari plak tu. Alamak...saat getir aku neh!Mana tak getirnya, esok dijadualkan hanya kerja plumber je dalam mode aktif. Gile! Mana aku reti dowh.

Mau nya nak mati terkujat sambil rasa nak nyorok bawah kete kalau apek plumber tu datang nak tanya apa-apa...

Aaaaa....oh takpe, aku rasa esok dan lusa apek tu pun demam sebab malam ni hujan. Dia mesti kena hujan masa balik pasar malam. ngeeheee...

Ya Allah, Tolonglah selamatkan hamba Mu yang lomah ini esok dan lusa. Amin

OMG dari tepi pun nampak tembbb (malas nak cakap *sigh*). Lelaki itu lah Project Manager saya. Oi oi oi..bukan si topi kunin..tapi si topi putih hoke..;). 

Iklan Sedikit Poyo : Saya sayang universiti saya..ngeeHee.Itu jaket biru Civil Engineering UTHM. Sekian. ;p

Sijil Halal

Kecoh la sehari dua ni pasal kopitiam guna ayam tak halal. Adoyai, tapi apa yang aku rasa macam nak hentak kepala kat dinding tu (rasa je la..bukan nak hentak betul-betul pun ;p) adalah apasal la mereka tak publish je nama kopitiam tu?

Bijak sangat ke nak suruh kami (eceh..;p) cari sendiri apa nama kopitiam tu. Ingat ini main cak-cak ka atau main sorok-sorok (amaran : jangan main sorok-sorok masa senja, mak kata nanti kena sorok betui-betui..huu..scary dowh!).

Saat-saat genting ni pun nak sorok gak nama kedai-kedai berkenaan kah? Eee..geram lah!

Derrr...tolonglah dengar rintihan hatiku ini!

Saturday, July 24, 2010

!7 : Mael's Wed

Selamat Pengantin Baru Mael ;)

Hari ni majlis kat rumah Mael. Tapi tak dapat la nak pegi kerna terdapat halangan.

Pssstt...
Orang yang 'muke paling Form 1 masa kitorang semua dah muke Form 5' kawin dulu! Uishh...ini boleh mendatangkan cabarannnn....Adoi adoi adoi!!

Rumah Saya Sudah Tidak Best Lagi

Rumahku syurgaku. Syurga tido la ;p

Mm..tapi, rumah aku sekarang dah tak besh. Oh no noo..bukan rumah mak bapak aku (kampung), maksud aku rumah sewa. Eh..bukan sewa pun...rumah tumpang-duduk kot..sebab aku tak bayar sewa pun..ha ha haa...company yang bayar sewa ;p

Dulu, aku + Mas antara manusia terawal duduk kat kawasan ni. Err flat ke ek? Rumah pangsa kot..Bukan saja kami manusia terawal duduk kat situ, malah kami lah satu-satunya rumah yang ada manusia kat floor tu...selama berbulan-bulan. Pioneer duhhh!

Dulu, senang hati jek aku nk parking kereta bawah tempat beratap. Sekarang jangan harap la. Aku tengok kereta-kereta yang parking tu tak berubah pun. Ni mesti dorang stail pergi kerja naik moto. Hampeh!

Dulu, takde pun budak-budak-baru-nak-'naik'-macam-poyos lepak kat tepi padang. Sekarang ni...hah, tiap-tiap petang bersidai masing-masing kat tepi padang dan tempat letak motor. Memalukan! Kenapa?? Sebab semuanya budak melayu!

Dulu lantak lar aku balik pukul berapa pun, tak payah pening pun nak cari parking (parking beratap pun leh dapat). Sekarang, balik pukul 11.30 mlm pun dah kena memusing blok cari parking. padiyappa!

Dulu takde pun nak dengar budak-budak, mak budak, bapak budak, nenek budak duk terjerit-jerit sana-sini (macam kawasan ni depa yang punya). Siap buat adegan pertengkaran anak beranak dari tingkat atas sampai tingkat bawah. Paling tidak pun dulu asyik dengar bunyi drill dan keletuk keletang orang renovate rumah je la.

Mm..nak cakap apa kan. Kita bukan hidup SEORANG dalam dunia ni. Ada banyak lagi manusia lain yang ada kat muka bumi ni. Macam-macam perangai.

Dan sebagai seorang injiniur umum (hak3~..civil engineer), aku paham dan sangat paham, negara perlukan pembangunan. Di mana ada pembangunan di situ akan ada komuniti. Dan pembangunan dan bangunan itu digerak gempurkan oleh injiniur umum jugak salah satunya. Jadi, semuanya salah aku! haha..miong~

Cuma, naluri seorang yang penat, balik rumah nak kan ketenangan..balik rumah tengok astro (ihsan Ema) sambil bermain-main dengan suami & baby minum milo dan makan kaya bun (patutla muka pun macam bun dah).

Sekarang, bukan saja dapat tengok drama kat astro (Iklan jap : CHUCK Bartowski, i love you! ;p), tapi drama orang-orang yang duduk kat sekeliling pun aku kena jadik penonton.

Pi Mai Pi Mai Tang Tu.....

 Kepada bakal suami, i nak umah macam Bill Gates neh..jangan lupa beli sekali banana boat ek ;) Leh kita main petang-petang pas balik koje. i lebiu lah!
 (eh, adeke orang men banana boat kat tasik ek? *garu-garu pale*)



Nota Bawahan :
Rumah mak bapakku adalah yang ter-best. Jom balik kampung! huhu..

Friday, July 23, 2010

Lelaki ke Perempuan?

Ada kawan aku pesan ini yang buat aku tersenyum lebar :

"Kamu jangan rapat sangat dengan lelaki. Maksudnya, berkawan baik dengan lelaki. Lelaki, bila mereka kawin atau mereka couple, mereka akan tinggalkan kita. Sebab, mereka nak jaga hati pasangan mereka. Takut pasangan mereka jealous. Kemudian, kamu terkontang-kanting  la sorang-sorang..sebab kamu dah hilang kawan baik kamu tu. Tapi, kalau kamu berkawan baik dengan perempuan, tak de sapa pun nak jealous. Sebab kamu kan sama jantina. Kalau kamu nak balik kawan baik lelaki kamu tu..kamu tunggulah sampai dia ada masalah dengan pasangan dia atau pun dia ada masalah lain lagi..dia pasti akan cari kamu semula. Kemudian, good bye again. Macam tu la rutin nya. Tapi kalau masa kamu ada masalah, belum tentu dia akan dengar..lain kalau macam kamu berkawan baik dengan perempuan..sampai bila-bila pun dia tetap akan jadi kawan baik kamu walau dalam apa jua keadaan pun.Kalau kamu tak pecaya, kamu try la..."

Aku senyum jek..teringat entry sebelum ni. Klik sini.

Sesetengah orang selesa berkawan baik dengan lelaki. Sesetengah orang tak. Tapi aku tak nafikan la apa yang dia cakap pasal kena tinggal tu..haha..

Aku? Dua-dua aku selesa. Kalau pun kawan lelaki aku tu nak missing in action, kemudian muncul balik bila dia ada masalah...aku anggap jela itu satu penghargaan sebab dia percayakan aku untuk berkongsi dan mendengar masalah dia.

Pastu berapa kali dia nak datang dan pergi dari hidup aku..terpulang la. Aku ada je kat sini. Tuuu aku wakilkan mata aku di atas tu kat sini. ekekeke ;p

Udang + Vitamin C = Racun

Artikel ini di ambil dari My Adha

Hati-hati!!! Udang + Vitamin C = Racun!

Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi...

Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan limapancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.

Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.

Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5) , berhuhung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama.

Kredit - Dila

Tatau

Tanak balik rumah. Tapi tatau nak pegi mana.







'(
Jantung berdegup kencang. Ribut mau melandakah? Silalah melanda amerika ka..israel ka..

Wednesday, July 21, 2010

Ha Ha Ha

If you love someone, set her/him free.Who wants to be stuck with a loser like you anyway..! 
 
lalalalala~ ;p
 
ha ha haa...
sila guna pakai ayat berkenaan untuk mempositifkan diri anda (yeke?haha ;p)
 well...life is short, make it sweet by avoiding sweet talker ya! ;)

Monday, July 19, 2010

Mataku Mataku Jua

Ada orang tanya kenapa aku letak gambar mata kat atas tu...;p

Ceritanya begini. Beberapa hari lepas..aku teringat pada seorang kawan aku ni. Kawan aku ni sangat baik. Serius dia sangat baik dan cantek ;)

Kenapa aku teringat kat dia? Bukan sebab teringat kat kebaikan atau kecantikan dia tuh..tapi...sebab teringat apa yang dia pernah cakap kat aku..

"Munirah..tolong la tanggal spek ko tu"
"kenapeee??"
"Sebab ko nampak macam penuh tipu muslihat bila pakai spek..."

Ha Ha Haa...

Mungkin masa tu dia dah tak tahan sebab asyik kena kacau dan kena usik dengan aku. Kesian dia..hahaha. Sedangkan pada orang yang tak rapat dengan aku, dorang kata aku pendiam. Tapi, bila dengan dia...hehe..bertanduk semacam jek.

Bukan la niat nak berpura-pura atau nak menyombong tak tentu pasal dengan orang lain. Cuma biasalah..tak kenal maka tak chenta...eceh! ;p

Pernah suatu ketika...aku tunjukkan satu-satunya gambar masa kecil aku yang aku simpan (ada dalam purse aku) pada seorang kakak kat u dulu. Kakak tu tengok dan slumber kodok dia cakap...

"Hah..tengok gambar pun dah tau ni budak nakal. Gambar ni memang gambaran masa depan ni kepada Munirah yang nakal sekarang ni."

Duh! Telan air liur je la. Tak sangka plak nakal tu sinonim dengan aku. Har Har Harr...

Tapi jangan risau...nakal aku bukan nakal jahat..Ala..yang ringan-ringan aje..Stakat usik-usik sayang jek...;p Heh!

Saturday, July 17, 2010

Lirik- InshaAllah- Maher Zain

Lyrics: Insha ALLAH – Maher Zain (English Version)


Every time you feel like you cannot go on 
You feel so lost and 
That you’re so alone 
All you see is night 
And darkness all around 
You feel so helpless 
You can’t see which way to go 
Don’t despair n’ never loose hope 
Cos’ Allah is always by your side 

Insha Allah x3 

Insha Allah you’ll find your way 

Insha Allah x3 

Every time you can make one more mistake 
You feel you can’t repent 
And that it’s why too late 
You’re so confused, 
Wrong decisions you have made 
Hunt your mind and your heart is full of shame 
Don’t despair and never loose hope 
Cos’ Allah is always by your side 

Insha Allah x3 

Insha Allah you’ll find your way 

Insha Allah x3 

Insha Allah you’ll find your way 
Turn to Allah 
He’s never far away 
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh 
Ya Allah 
Guide my steps don’t let me go astray 
You’re the only one that showed me the way, 
Showed me the way x2 

Insha Allah x3 

Insha Allah we’ll find our way

!7 @ Cherating

Sudah seminggu kejadian itu berlalu. Saja je tanak post awal-awal..hee~

Fakta kejadian :

+ Reunion Batch !7 SERATAS di Riverside Beach Cherating
+ Ahli kereta aku ialah Aini, Leen dan Murni.
+ Ahli kereta aku berusaha untuk keluar dari KL sebelum pukul 5 sebab takut sangkut dalam jem. Natijahnya, kami adalah askar-askar yang paling awal tiba di tempat kejadian (pukul 9 malam)
+ Askar yang lain sampai di tempat kejadian paling awal pukul 12 malam (kami dah sedap lena dalam bilik ;p)
+ Akibat nak sangat keluar sebelum pukul 5, Aini kena paksa tahan lapar sampai ke Genting Sempah.
+ Waktu sampai di Genting Sempah, Aini tanya..apa nama tempat tu..aku jawab, Genting SAMPAH..dan dia percaya tanpa banyak soal ;)
+ Aktiviti kat sana tak banyak sangat. Tapi, ice breaking tak habis-habis...haha ;p
+ Ada seseorang reveal kisah cinta dia masa ice breaking. Sangat...WoW!
+ Hari Sabtu malam, kami 4 buah kereta jalan-jalan ke Kuantan. Atau lebih tepat, pergi karok. Aku tak join karok..dorang karok, aku tido..hehe..sebenarnya aku bajet dorang nak pi ngeteh je..rupanya nak pi karok. Layankan ajelar..;p
+ Masa karok, ada orang buat sesi luahan perasaan dengan pilihan-pilihan lagu yang sampai kepada maksud hati...brilliant idea !! ;) 
+ Paling besh pegi Kuantan tu adalah...haha...dapatlar berenti sekejap kat depan ofis lama kat Jalan Beserah tu..;p
+ Hari last, fotoshoot sana sini & borong kopok lekor.

Kesimpulan :
Thanks kepada AJK yang berusaha untuk menjadikan ia kenyataan..;) Dan tahniah kepada yang hadir..walaupun jauh! Together We Stand!

Enjoy the pics! (sket je..dari macam-macam kamera ;p)













Done!

Tadaa~ sudah berhijrah ;) Nanti mau touch up lagi. Kasik muka licin lagi..;) haha..kalau rajin lar...;p

GoodBabaii..;)

Gambar Hiasan : Salah satu aktiviti masa gi Cherating aritu. Tapi ni bukan kat Cherating..tapi kat Kuantan ;p
(yang sangat bagusnya ialah...ketika mereka semua bersungguh-sungguh praktis nak audition Akademi Fantasia....aku..TIDOQ! hehe...;p)

Friday, July 16, 2010

Hijrah

Berfikir-fikir untuk berhijrah.

Nantikan kemunculannya...Yada Yadaaa~!


Gambar sekadar hiasan ;p  
(bukti pipi dah labuh..ngaa~ mummy..mummy..tulun beti)

Wednesday, July 7, 2010

Addict

Rasa macam ketagih pulak.

Ketagih dengar lagu Maher Zain.

Besh ;)

Monday, July 5, 2010

Dek dan Mok

"Acu ni dah gemok la..."

Speechless...sambil tengok orang yang tegur tu atas bawah. Rasanya aku tak silap tengok kot. Orang yang tegur aku tu pun same jek. Dulu kurus, sekarang dah dotdotdot sikit..;p

"Ala..orang pun same jugak..tapi, acu pun gemok jugak!"

Nasib baik mengaku dulu..sebelum sempat aku smash balik..hehe ;p

Sehari sebelum ditegur macam tu, aku memang tak pueh ati gile dengan penimbang berat + tinggi masa kat INTURA jumaat lepas.

Berat tu takmo citer la...wat sakit hati jek. Tapi, yang pengukur tinggi tu..adeke dia kira tinggi aku 159cm??!!! WTFunny!

Takkan la aku makin meMENDEK kot? Ini boleh mendatangkan marahhhh....adoyai..

Aku rasa penimbang + pengukur tu memang saja ja nak pekena aku. Sebab sebelum tu aku terlanggar dorang (haha..macam manusia plak). Haa..tak pun disebabkan aku dah terlanggar dorang, makanya ia telah rosak! Hah, yes..ia rosak! Ini telah menjejaskan reputasi aku nih..hatdooii....*tepuk dahi laju-laju*

Argghh..! Saman..saman..saman malu..*hiks*

Sendiri Atau Bersama

Mukadimah
Hidup bukan semata-mata mengenai diri kita seorang. Ada ramai lagi orang disekeliling kita yang perlu kita ambil tahu.

Isi Penting Tersurat
Ngaa..aku nak cite pasal world cup sebenarnya. Menarik la world cup kali ni. Pasukan-pasukan yang di anggap hebat semua tersungkur awal. Walaupun pasukan-pasukan tersebut mempunyai pemain terbaik dunia. Nampaknya semua dah ke laut. Mempunyai seorang dua pemain terbaik dunia, tak bererti mereka adalah pasukan terbaik dunia. Bila penyebut pasukan, ia melibatkan orang lain juga. Ahli pasukan yang lain. Di dalam pasukan, kerjasama dan semangat berpasukan itu lebih utama daripada skil individu. Sebuah pasukan itu memerlukan kekuatan strategi dan semangat ahli-ahlinya.

Isi Penting Tersirat
Kita hidup perlu bermasyarakat. Berkongsi sesama kita. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada apa dengan kita yang seorang ini, tanpa orang lain di sisi?

Sekadar memetik isi entry terdahulu. Di sini : Hidup Dalam Angan.

Kehidupan mungkin boleh diibaratkan sebagai sebuah pasukan. Pasukan apa-apa ajelarkan. Pasukan bola pun ok (semangat Piala Dunia..ngehee ;p). Sesebuah pasukan, untuk berjaya dan mencapai matlamat perlulah mempunyai strategi dan kerjasama (macam wonderpet) yang jitu. Proses awal bermula dengan mencari ahli pasukan yang terbaik. Mungkin tak perlu yang paling terbaik, tapi cukup sekadar seseorang yang mampu memahami matlamat pasukan dan memberikan kerjasama yang baik. Saling melengkapi antara satu sama lain. Adunan skil dan kerjasama, akan membentuk satu pasukan yang hebat.

Moral of the Story
Berdua, bertiga, berempat (..dan seterusnya) lebih baik! hi hi hi...;p

Sunday, July 4, 2010

Farewell : Penjara Pudu

Dah lama nak tulis, tapi macam nak tunggu reda dulu perasaan. Ha ha ha...

Tak de benda pun nak tulis. Semua orang dah tau, Penjara Pudu dah selamat rebah menyembah bumi. Itulah nasib bangunan lama yang secara tak sengaja terletak dalam lingkungan kawasan emas.

Masa penjara tu wujud, banyak perkara mistik yang berlaku. Selalunya.......

Selalunya lar kan...masa construction nanti pasti ia berlaku jugak. Selalunya la...tapi, kuasa Allah sapa tahu. Mesti developer dah boleh agak perkara ni akan berlaku. Mungkin dorang dah fikir langkah-langkah yang patut di ambil. Atau dorang tak kisah pun, sebab bukan dorang pun nak duduk kat site..hehe..jaga-jaga ENGINEERs! ;p

GOOD LUCK! ;)








Nota bawahan :
Salah satu site kami pun selalu 'diganggu'. Kesian indon-indon tu..sabau je la. Siang hari pun kena kacau. Moga dipermudahkan-Nya.

Sabtu Malam

Malam semalam (Sabtu)...bertemu adik-adik yang dah lama tak jumpa ;) Adik-adik kat SERATAS dulu...

Lawak pulak rasanya. Tapi, seronok sangat..;)

Kenapa?

Sebab, aku meninggalkan SERATAS tanpa menamatkan perang dingin dengan salah seorang daripada mereka. Yang paling rapat dengan aku pulak tu... ;p

Alhamdulillah, masa memudarkan dan menamatkan kedinginan tu.


Isk..lawak la perangai masa tu *tutup muke dengan kuali*.


He he he....;p

PAC

Hari Jumaat yang lepas, aku pegi PTD Assessment Centre (PAC). Ngaa~ tak sangka aku boleh melaluinya, walaupun Tuhan saja la yang tahu macam mana nak gugurnya jantung ini sebelum dan semasa menjalani assessment tu.

Sebenarnya, ada sesuatu yang berlaku sebelum aku sampai ke INTAN Wilayah Utara atau nama manjanya (bak kata penyelaras kat situ), INTURA. Perkara itu menyebabkan  aku memberi kata dua kepada diri aku (bahasa mudahnya..dah down)...'jika begini begini...aku takkan pegi INTURA...jika begitu-begitu, aku akan harung apa jua yang bakal terjadi di INTURA'. Dan nampaknya, aku ditunjukkan jalan untuk ke situ jugak. Petandakah? haha...tunggu je la, sebulan lagi...;p

Menurut pegawai daripada JPA, tahun ini, format telah diubah dari tahun lepas. Dan seperti yang disangka, calon-calon yang datang tu semuanya hebat-hebat belaka. Kat situ aku jumpa jugak kawan SERATAS, Salleh dan junior aku, G-ah.

Untuk PAC kali ni, ada 5 aktiviti. Untuk aktiviti-aktiviti tu, kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Aktiviti selepas tengahari pulak kami kena tukar kumpulan lain.

Aktiviti PAC

Aktiviti 1
Kami diberi 3 soalan untuk dibincangkan di dalam kumpulan. Kemudian, kami akan dipanggil oleh panel untuk membentangkan salah satu tajuk tersebut (dipilih secara rambang oleh panel) secara solo. Ahli kumpulan kena duduk luar bilik. Dalam masa yang sama, ahli kumpulan diberi satu keratan akhbar untuk dibincangkan sambil menunggu kat luar bilik.

Aktiviti 2
Perbincangan isu-isu yang terdapat di dalam keratan akhbar tadi. Kami dah bincang, semua orang kena bercakap, kiranya takde sape yang akan monopoli. Kami nak peluang sama-rata lar kiranya.

Aktiviti 3
Kami kena tukar grup. Kali ni dibuat kat luar..duduk bawah pokok. Aktiviti kali ni nak menguji 7th sense..hehe...kami duduk dalam bulatan, tapi dalam keadaan membelakangi antara satu sama lain. Panel bagi 1 tajuk, kami kena bincangkan dan masih lagi dalam keadaan membelakangi antara satu sama lain.

Aktiviti 4
Paling memenatkan! Haha..tapi fun ;) lari 2.4km keliling INTURA. Nak tercabut kaki keme! Aku dapat 13 min. haha..ok la kan..lelaki ramai jugak yang bawah 10 min. Gile!haha ;p

Aktiviti 5
Haa..yang ni paling besh..haha...English time! ;p..kami kena ambil sesuatu di dalam beg yang dipegang oleh panel. Kemudian, kena cerita apa saja pasal benda tu dalam bahasa inggeris. Ada yang jadi salesman, ada yang cerita kisah hidup, ada macam-macam la. Yang penting kena kreatif ;)


Dalam pukul 6, selesai la assessment tuh..;). Seronok sangat. Tengok macam-macam perangai. Haha...

Dan pastinya ia pengalaman yang amat menakjubkan walaupun penat. Hahaha ;p Kalau tak dapat jadik PTD pun lepas ni, pengalaman menyertai PAC tu sangat la menarik untuk di kenang...;) dan....

IA bukanlah sesusah yang disangka..cuma IA sangat memerlukan keberanian, kekuatan diri dan keteguhan hati serta ketebalan muka.

(haha...sape yang baca status FB aku, tau la dah kan apa maksud 'IA' tu...;p)