Monday, June 14, 2010

Baik ke?

Susah ke nak jadi baik?

Susah ke nak jadi baik ikut silibus Al-Quran?

Susah ke nak jadi baik ikut skema Allah?

Ah, diri sendiri adalah penghalang yang besar.

Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Tuesday, June 8, 2010

Panggilan Tak Jadi Hangit

Semalam, bos suruh aku cari nama penuh seorang pegawai kanan ni kat website. Korek-korek punya korek, tak jumpa jugak. Kemudian, aku teringat nak bukak lagi satu website jabatan yang sama tapi cawangan lain punya. Sebabnya, aku nak tengok kot name rumet aku masa kat u dulu ada ke kan..;)

Cari punya cari, ada la pulak. Siap tulis direct line lagi tuh..ngeHee...Teng!Teng!Teng! Biasalah..idea tak-berapa-nak-baik pun mencanak-canak keluar.

Tapi yang beshnye, aku dengar jek suara skema dia, aku pulak yang gelak sakan. Tak dan nak buat panggilan hangit pun...adoyai! *tepuk dahi laju-laju*

Tapi, yang lagi-lagi besh tu...taDaaa....dia nangis!!!

Err..betulll...aku tak dan pun buat panggilan hangit ponnn.

Haa..jadi,kenapa dia nangis?

Haaa....itu yang kite tak tawuu...;p

Mestilah sebab dia rindu dengar suara aku...*isk..malu shaye*

Isk...terharu aku ('',)


*sobs*

(nak nanges jugak, sebab aku pun rindu kawan-kawan aku)

*sobs*

Monday, June 7, 2010

Ayo Mate Yang Berderai...

Lain orang, lain caranya nak men-interpretasi-kan kesedihan masing-masing. Paling mudah dan selalu orang buat, menangis.

Aku selalu anggap, bila menangis tu...airmata itu ibaratnya kesedihan kita. Bila airmata tu keluar..maka (ikut buku rujukan tulisan Al-Munirah), kesedihan tu pun ikut keluar jugak dari diri kita. Tu la sebabnya bila selepas kita menangis, kita rasa lega. Kalau tak banyak pun, sedikit mesti kita rasa lega kan? Sampai kadang-kadang, bila aku sedih, tapi tak ter-menangis...aku akan rasa terbuku..haa..rasa macam 'tak lepas'.

Dulu aku takde lah suka menangis. Tapi, semenjak-menjak masuk asrama, aku dah start nak sensitif dan menangis. Ada satu masa, aku rasa aku baru 'berjiwa' bila masuk asrama. Sebab sebelum tu, lantak lah cerita sedih apa yang berlaku or aku tengok or orang cerita, aku buat kering jek.

Tapi, bila dah selalu 'pandai' menangis masa sedih, aku rasa syok plak..sebab seperti yang aku tulis tadi..rasa lega lepas nangis. At least, untuk 4-5 jam akan datang...

Tapi, takde lah pulak aku menangis meraung-raung depan orang. Aku memang malu giler kalau aku tau orang nampak aku menangis. Sebab? Aku tak suka orang kesian kat aku. Bila dengar orang cakap 'kesian kau', automatik rasa macam loser..dari rasa sedih terus rasa macam nak jadi Hulk kaler ijau.ngeHee ;p

Selalu je aku nangis dalam bilik sorang-sorang.

Selalu je aku nangis kat u sambil tekup muka dengan bantal sebab dalam bilik kongsi 2 & 4 orang.

Selalu je aku nangis sambil drive.

Selalu je aku buat keje sambil nangis.

Selalu je aku nangis kat tepi jalan.

Selalu je aku nangis sambil cakap kat phone tapi suara control macho jek.

Selalu je aku nangis dalam bilik air, tapi bila keluar bilik air, muka maintain senyum jek.

Tapi, yang paling terer...pernah je aku menangis depan orang..masa discussion, masa dalam kelas, masa pegi tengok site, tapi, dorang tak perasan pon. Aku rasa la dorang tak perasan, sebab takde sape pun tegur atau tenung aku ;p gagagaa~~

Atau, mungkin dorang tau kot, aku tak suka ditegur time menangis!hahaha ;p (tapi, kalau dorang baca blog ni kirenye dorang dh tau la..kuang3~)



Masing-masing ada cara tersendiri nak melegakan diri dari diselubungi misteri kesedihan. Selagi ia, tak merosakkan diri sendiri dan bercanggah dengan agama, ok la. Jangan la pi teguk ayo setan plak kalau sedih.




Nota bawahan :
*ngeHee..tapi ada sorang ni aku suka menangis depan dia or dalam telefon. Mengada-ngada gila aku dengan dia ni. Cett. Nasib baik dia dah di-delete dari senarai VIP hidup aku. Kalau tak, sampai sekarang mengada-ngada aku dan dia pun mengada-ngada dengan aku.

Sunday, June 6, 2010

Stress & SWOT Analysis

Masa kat matrik dulu, untuk kelas Dinamika Kemahiran,kelas tutorial aku bergabung dengan satu lagi tutorial. Oleh kerana ramai..jadi,untuk tugasan..kami dibahagikan kepada dua. Satu, akan buat persembahan secara berkumpulan. Satu lagi..bagi sape-sape yang bertuah kena buat public speaking.

Aku adalah antara yang bertuah sangat tuh..Ntah kenapa la aku yang bertuah tu.. huhu...public speaking. Bagi orang yang jarang keluar suara dalam kelas...ia sebenarnya adalah satu perkara yang sangat dan amat susah untuk aku. Kawan aku yang lelaki tu, ok la..dia memang suka bercakap...aku ni??!

Nak tau apa tajuk public speaking aku?


STRESS

ngeHee ;) Oleh kerana aku memang tatau nak elaborate macam mana pasal tajuk tu..aku cuma prepare point-point je. Aku cuma berharap pada hari aku kena buat public speaking tu..aku akan dikurniakan idea-idea yang datang mencurah-curah..gagaga...keputusan paling berani ;)

Pada hari kejadian...memang idea datang mencurah-curah..dan kebetulan ada sorang mamat yang boleh aku jadikan bahan iaitu bekas rakan sekelas aku kat sekolah. Ada ka patut, time aku tengah sedap-sedap pok pek pok pek kat depan, dia boleh tido! Apa lagi, aura bebelan dan repekan melebihi tahap seorang lecturer keluar la...ngeHee..

Terima kasih la kat kawan aku tu. ngeHee...(tapi, masa tu mesti dia sumpah seranah aku sebab aku kantoikan ke-tido-an dia ;p)

Masa keluar dari kelas Dinamika tu, seseorang yang tak pernah bertegur sapa dengan aku datang tegur aku dengan muka excited.

"Memang biasa buat public speaking ye?"
"Tak"
"Serius?? Tadi macam confident habis je bercakap...macam dah biasa buat public speaking je"
"Hee" Senyum-tak-habis. *dia tak tau yang aku ketaq habis!*

ngeHee...

Ok, sebenarnya aku nak cerita pasal lain. Itu mukadimah jek (gagaga...mukadimah panjang gile ;p)

Tadi, masa aku google pasal OCD. Aku google la jugak pasal stress management (hee..;p). Tiba-tiba jumpa pasal Stress SWOT Analysis. Wallaweh...stress pun guna SWOT ka?haha... banyak rupanya kegunaan SWOT Analysis ni...

Nah, baca sini.

Ok, sekian.

Haha..cerita sebenar lagi pendek dari cerita mukadimah ;p *Hattdoyaii..*

Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)

Rasanya semua orang ada penyakit ni. Sama ada sedar ataupun tidak je. Ataupun ada orang yang tak tahu ia sebenarnya adalah satu penyakit! ngeeHee...

Cuma, ada yang melampau sangat tahap OCD dia, atau yang biasa-biasa je. OCD ni kalau bahasa orang-tak-doktor macam aku ni, was-was la.

Pernah tak selepas mengunci kereta dan jalan dua tiga tapak...kita balik ke kereta dan check lagi kereta dah kunci ke tak? Haa..tu tandanya anda ada OCD la tu.

Hahaha..bukan nak cakap orang la..itu sebenarnya perangai aku ;p

Kadang-kadang kita rasa tangan tak bersih, padahal dah basuh banyak kali dah.

Ni sikit info pasal OCD dari website Malaysia Mental Health Association . (huh, kategori sakit mental rupanya!...haha)

Ciri-Ciri OCD


Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut:-
  • orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
  • Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
  • Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar 'ego alien' pada dirinya.
  • Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
  • Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
  1. Was-was
  2. Kebersihan
  3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness) 
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.


                    **********

Sekian. Kalau nak tau banyak lagi pasal OCD, sila lar google sendiri..kuang3~ ;p

Bangsa Cerdik Tapi Dibenci Dunia

Rencana Utusan Malaysia

Bangsa cerdik tapi dibenci dunia

Dia bertanya mengapakah orang Malaysia yang berada jauh dari Palestin dan tidak pernah bermusuh dengan Yahudi tetapi amat benci pada Israel.

Penulis jawab bahawa rakyat Palestin telah dirampas tanah mereka dan dinafikan hak mereka sebagai negara berdaulat dan merdeka.

Dia berhujah kembali bahawa apa kena mengena rakyat Palestin dengan Malaysia yang duduk jauh dan tidak menjejaskan kehidupan dan keamanan rakyat negara ini.

Penulis berhujah kembali bahawa walaupun Palestin itu jauh dari segi geografi tetapi dekat di hati rakyat Malaysia. Jauh dan dekat sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain bukannya kerana kedudukan geografi tetapi kerana ikatan emosi yang lain.

Ikatan antara rakyat Palestin dengan Malaysia bukan hanya soal agama. Palestin sudah dianggap bangsa saudara kepada Malaysia, tidak kira anutan agama. 

Selain daripada agama, lebih penting lagi ialah Palestin telah menjadi bangsa tertindas dan teraniaya. Rakyat Malaysia dalam semangat kemanusiaan tentunya menyebelahi Palestin.
Orang Amerika itu kemudian mengheret penulis untuk berdebat mengenai isu Palestin yang dikaitkan dengan perkauman anti-Yahudi.

Sebagai orang Melayu tentunya penulis menyebelahi Palestin. Tetapi sebagai peminat intelektual Barat, penulis menyatakan kekaguman terhadap orang Yahudi yang dapat menghasilkan banyak karya pemikiran hebat hingga mencorak tamadun dunia sejak dari dahulu lagi.

Tentunya berbeza dunia hari ini tanpa pemikiran-pemikiran Karl Marx, Sigmund Freud, Albert Einstein dan banyak lagi tokoh pelbagai bidang akademik, kesusasteraan sains dan malah perfileman.

Antara tokoh Yahudi yang penulis kagumi ialah Noam Chomsky, seorang ahli linguistik. Tetapi pemikiran politiknya yang menolak Zionisme, Israel dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa perjuangan pembebasan Palestin adalah fahaman kemanusiaan, dan tidak berkaitan mengenai bangsa dan agama semata-mata.


Bangsa Yahudi walaupun bilangannya kecil tetapi berpengaruh besar dalam sejarah dunia. Mereka memberi sumbangan intelektual bukan saja kepada tamadun Barat tetapi juga Islam.
Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, Yahudi muncul sebagai bangsa yang merampas dan menindas bangsa Palestin di atas fahaman Zionisme.

Bagi orang Melayu sejak dari dahulu, Baitulmakdis yang tidak ramai menjejakinya adalah hampir dalam jiwa bangsa. Seperti Mekah dan Madinah, Baitulmakdis juga dianggap bukan saja kota suci tetapi sebahagian daripada jiwa bangsa. Di rumah-rumah orang Melayu, antara gambar masjid yang sering digantung di dinding ialah Kubah Al-Sakhrah di Masjid Al-Aqsa.

Dalam hal ini, penulis teringat kepada seorang warga Palestin yang berhijrah ke sini dan berkahwin dengan rakyat Malaysia. Beliau menghadiahkan dua gambar Masjid Al-Aqsa yang besar dan cantik untuk digantung di dinding rumah penulis dan bapa penulis.

Generasi demi generasi orang Melayu akan diajar mengenai isu Palestin hinggakan mereka seolah-olah saudara sebangsa. Tidak hairanlah mengapa ada seorang bapa saudara penulis yang bernama Yasir. Mungkin datuk penulis menamakannya sempena Yasser Arafat.

Tetapi adiknya, Jamaluddin Elias yang merasa menjadi mangsa tahanan Israel apabila berlaku serangan ke atas kapal Mavi Marmara minggu lalu. Maka akhirnya kekejaman negara Zionis itu sampai juga kepada sanak saudara sendiri.

Beliau yang dijangka pulang pagi ini adalah rakan sepermainan penulis semasa kecil di kampung tetapi tidak selalu dapat bertemu dan berbicara dengannya.

Ternyata beliau berpengalaman luas dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan khususnya semasa tsunami Aceh dan gempa bumi yang berlaku ekoran daripadanya.

Dua minggu lalu, agak terkejut apabila menerima sms daripadanya bahawa beliau dipilih menyertai konvoi bantuan ke Gaza bagi mewakili Yayasan Amal Malaysia di mana beliau ialah Timbalan Pengerusinya. Apa yang boleh dilakukan hanyalah memanjatkan doa agar beliau selamat sambil memikirkan mengenai isterinya dan sepuluh orang anak-anaknya.
Hati hanya lega apabila kemudiannya diberitahu bahawa mereka telah sampai ke Jordan.

Di Jordan, penulis dapat menghubunginya melalui telefon dan beliau menceritakan pengalamannya di atas kapal Mavi Marmara ketika diserbu komando Israel. Betapa tiba-tiba angin kencang yang menolak ke tepi gas komando Israel yang dilemparkan ke atas dek kapal.
Jamaluddin juga menceritakan bagaimana wang RM50,000 untuk digunakan di Gaza yang diletakkan di tempat barang hilang apabila Mavi Marmara ditawan oleh komando Israel itu.
Pastinya apabila dia balik nanti, akan diceritakan kisahnya kepada rakyat Malaysia. Bukan dia saja tetapi juga semua rakyat Malaysia yang mengalami peristiwa mencemaskan di Laut Mediterranean itu.

Maka dapat dibayangkan juga banyak mereka yang terlibat dengan misi flotila itu kembali ke negara masing-masing dan menceritakan pengalaman mereka mengenai keganasan Israel. Bukan saja dari kalangan orang Islam tetapi bukan Islam.
Kalau dilihat taktik rejim Tel Aviv, mereka cenderong menjadikan Palestin sebagai isu agama. Perjuangan pembebasan Palestin digambarkan sebagai keganasan yang dikaitkan dengan agama.

Tetapi misi flotila bantuan untuk Gaza ini menyaksikan penglibatan rakyat dari banyak negara bukan Islam. Palestin telah menjadi bangsa semua manusia.

Dalam hal ini, Yahudi sebagai bangsa cerdik sepatutnya sedar bahawa Zionisme dan Israel tiada tempat dalam kamus kemanusiaan.


_____________________________
Tak paham aku kenapa Israel kata Palestin pemberontak. Helloo...sapa yang rampas tanah sapa nih?

Tak paham aku kenapa Israel pulak nak 'tolong' halang pengedaran senjata ke Palestin. Helloo..sapa lantik korang jadik polis nih? Borang pun isi tak lengkap!

Tak paham aku kenapa Israel perampas ni disokong oleh banyak negara. Helloo...tak tau tak hangpa tu subahat kepada pembunuh?

Tak paham aku kenapa ada jiran Palestin (yang obviously SEBANGSA) sokong Israel! Inilah yang paling memalukan dan menyedihkan.


Kenapa aku nak emo?

Memang pantang betul aku orang syok sendiri macam Israel + US tu. Memang pantang betul aku kalau orang yang dah buat salah, tapi berlagak macam dorang tu suci-murni-hati-putih. Memang pantang betul aku orang yang rasa dia tak pernah salah langsung padahal dia telah mencabul maruah orang lain.


Ok, sekian. Banyak betul nak tulis sebenarnya. Tapi semua menyerbu nak keluar serentak.

Manusia Tak Paham Bahasa

Sakit hati je kalau fikir. Tapi, aku mesti terus berfikir kerana sebab-sebab yang telah aku tuliskan di dalam entry ini.

Aku tak faham betul dengan orang tak faham bahasa macam ISRAEL tuh. Tak tau la macam mana nak bagi faham. Eee....!

Gila syok sendiri. Penumpang ditanah orang. Kemudian, menjajah tanah yang ditumpang.

Hakdoii....



Nota bawahan :
* teringat pulak suatu ketika dulu kawan-kawan aku pernah menggelar seseorang yang rapat dengan aku sebagai ISRAEL.
* Untuk orang Melayu...fikir-fikirkan, jangan kita pulak menjadi pengemis di negara sendiri.

Friday, June 4, 2010

Budak Setan

Agak-agak...


Agak-agaklah kan..kalau aku pi tengok Lagenda Budak Setan sorang-sorang...ada orang pandang pelik tak?

;p

Wednesday, June 2, 2010

Hidup Dalam Angan

Hidup ini macam drama tv. Kadang-kadang macam dalam novel. Kadang-kadang rasa macam penulis skrip dan novelis tu cilok kisah hidup kita kan?

Kadang-kadang bila kita sedang membaca novel, terbayang-bayang rupa orang itu atau orang ini...sama. Cuma yang tak serupanya, satu di alam realiti, satu lagi cuma di alam fantasi. Hanya bayangan sahaja.

Pernah kadang-kadang..rasa macam terlalu jahat/baiknya watak dalam novel/drama tu. Sampai rasa macam tak logik. Kemudian...tiba suatu masa, kita hanya mampu ternganga...rupanya memang ada manusia yang sebegitu rupa. Hanya beberapa inci sahaja dari lingkungan hidup kita!

Hidup sebenarnya terlalu banyak kejutan. Sama ada ia akan menggembirakan hidup kita atau ia adalah satu bencana kepada hidup kita.

Misteri sebuah kehidupan adalah sesuatu yang menarik untuk dirungkai. Umpama bermain jigsaw puzzle,  kita perlu berusaha untuk mencari puzzle yang paling sesuai. Tapi, puzzle kehidupan sebenarnya tak mungkin lengkap seperti mana permainan jigsaw puzzle itu.

Kehidupan mungkin boleh diibaratkan sebagai sebuah pasukan. Pasukan apa-apa ajelarkan. Pasukan bola pun ok (semangat Piala Dunia..ngehee ;p). Sesebuah pasukan, untuk berjaya dan mencapai matlamat perlulah mempunyai strategi dan kerjasama (macam wonderpet) yang gitu. Proses awal bermula dengan mencari ahli pasukan yang terbaik. Mungkin tak perlu yang paling terbaik, tapi cukup sekadar seseorang yang mampu memahami matlamat pasukan dan memberikan kerjasama yang baik. Saling melengkapi antara satu sama lain. Adunan skil dan kerjasama, akan membentuk satu pasukan yang hebat.

Begitu juga kehidupan. Kita adalah pengurus pasukan. Kita memilih ahli pasukan. Kitalah perencana strategi pasukan. Kitalah yang akan memastikan matlamat pasukan berjaya.

Dengan kata lainnya...kitalah penentu kehidupan kita. Ya, segalanya telah ALLAH tentukan. Tapi, kitalah yang berusaha untuk memilih jalan hidup kita. Sama ada ia akan menjadi positif atau sebaliknya. Ada sesetengah orang, dengan cepat akan menyalahkan takdir, yang dalam erti kata lain..menyalahkan ALLAH la kan? Biasalah manusia, jarang menuding jari ke muka sendiri.

Ada sesetengah manusia, hidupnya asyik membuat silap..tapi, bertopengkan malaikat, dan masih mengganggap diri suci murni.

Hidup ini memang tak mungkin kita putarkan ke belakang.

Jadi, ajarlah benih yang lahir atau bakal lahir dari rahim isteri atau diri masing-masing (termasuk si merepek ni...*Lalalaaa~* ;p)..betapa pentingnya, menentukan hala tuju hidup..supaya, tidak tercalit daki hitam yang akan menyebabkan penyesalan berpanjangan.





Wallahualam.

Renung-renungkan...selamat beramal...

Over and Outofservice ;)

Perhimpunan Orang-orang Besar

Pagi tadi berpeluang menyelitkan diri pada satu perhimpunan orang-orang besar..err..pembesar-pembesar dari agensi-agensi penting negara.

Ada satu pembentangan dilakukan. Geli hati pula apabila melihat si pembentang ketaQ..dan agak gugup nak menjawab soalan pembesar agensi sampai lain yang ditanya, lain yang dijawab. Mulut aku pun rasa cam gatai nak tolong jawab..hee (kunun je la...macam berani sangat lar..;p).

Kenapa aku geli hati?

Sebab...si pembentang tu selalu..mm..pikirlah sendiri..

Bak kata kawan aku...'what u give..u get back'





Moral of the story :
Sebesar mana pun pangkat kita, ada lagi yang lebih berpangkat dan lebih laser dari kita. Jadi, beringatlah...;)

Cecuwai tak kakak?? ;p

Apa perasaan kakak-kakak sekalian, bila tiba-tiba...

Adik anda datang kepada anda sambil bergaya ala-ala model dengan tudung/baju anda? Sambil tanya soalan ini :

"Cecuwai tak??cecuwaii tak??"

Maka kakak dengan muka kelat lagi berkerut-kerut...


"Cecuwaiii sesangattt"

Dan tanpa menunggu saat yang seterusnya..tudung/baju kakak terus di-isytiharkan sebagai milik adik! YeaY! ;)

Terima kasih kakak! Muahhhhhh ;p

Hikhikhikhik...

Bertuah adik dapat kakak yang baik ini ;)

________________________________

Si kakak sedang bersolek-solek, adik pun datang membelek-belek..

"Eh..manyaknye make-up ko..."

"Nak pakai?"

"Nak!"

"Ishh..manyak betui kaler die...sume lengkap ek?"

"Iye...nak ke?"

"Nak, nak!!" (dengan sangat pantas)

"Heh, nanti orang beli yang lain untuk ko"

Adik pun senyum lebar sampai ke telinga.

Bertuah adik dapat kakak yang baik ini ;)
______________________________________

Adik belek-belek baju t-shirt kakak.

"Cantik..."

"Hah, nak ler tuh"

"Hehehe...buleh?"

"Tak buleh!"

"Alaa...buleh lerrr....." (hampir-hampir nak guling-guling atas lantai)

"Ee...ambil laaa...."

"Yeay..maceh!"

Bertuah adik dapat kakak yang baik ini ;)



KAKAK, ADIK MEMANG SAYANG KAKAK YANG BAIK INI ;)