Saturday, May 29, 2010

3 budak beli ayo

Lokasi : Stesen minyak di sebuah pulau di Negeri Al-Baghdadi

3 orang budak sedang berkeliaran di dalam stesen minyak..masing-masing ingin memilih air minuman kegemaran masing-masing. Setelah menemui minuman kegemaran, mereka pun pergi ke kaunter untuk membayar. Di kaunter terdapat 2 orang cashier.

Ketika sedang meng-scan kotak minuman Budak A, Cashier 1 pun berkata :

Adik, arini takde plastik tau!

Budak A : Hah? Apsal pulak?? Bukan weekend je ke takde plastik?

Cashier 2 : (sambil senyum) ish..takla..arini pon takde plastik.

Budak B : Ishh..ape ko nih! Memang ar arini takde plastik. Arini kan rabu!

Budak A : Eeyy...ade la..apsal pulak takde

Budak C yang dari tadi duk senyap-senyap kat belakang Budak A dan Budak B bersuara plak.

Weh, memang arini takde plastik la!

Budak A : Yeke? Tak pecaye la...tempat saya ari ni ade je plastik.

Cashier 1 : Mane tempat adik tu??

Budak A : Adelaaa...!

Budak B : Ehh..dah-dah...cukup-cukup..abang, biarkan die...die ni makhluk asing.  Ntah dari mane ntah datangnye..

Budak C : Hahahaha.....

Budak A berlalu sambil buat muke tak pueh ati kat abang cashier. Giliran Budak C plak nak bayar. Budak B pun sudah berlalu mengekor belakang Budak A.

Cashier 1 : Adik-adik ni dari mane? Nak ke mane?

Budak C : Mm...dari belakang...nak ke depan.

Cashier 1 : H%$##@@!!! (speechless)

Cashier 2 : Hahahahaha....palinggg sempoi! Hambek hang!

Cashier 1 : Amboi..jawapan....

Budak C : Hehe..ok la, bye!

Friday, May 28, 2010

Serabut Otak!

Hari Wesak. Semua orang cuti. Oh, bukan semua la. Ada jugak yang tak cuti. Contohnya doktor, bus driver dan pekerja 7-eleven ;p

Aku? Masih di site. Hmm, siapkan report site meeting. Aku tak suka buat report meeting. No..no..bukan tak suka buat report meeting, tapi tak suka 'perasaan' ketika membuat report meeting.

Tambah serabut otak, bila kongsi-kong di belakang ni pasang lagu yang ultra-super-duper-kuat. Tak tahan. Jadi, aku pulak yang jadik ultra-super-duper-hulk.

Ok, sekarang sudah slow. Sebab tadi ada hulk tu mengamuk...ngee~ ;p

Ok, sekarang mari buat report dengan tenang.

Bismillahirrahmanirrahim..

Wednesday, May 26, 2010

Eh!

Saje letak buat cuci mate. Ha Ha Ha..baik kan alasan ;p
Tadi aku selongkar album gambar, jumpa gambar ni. Dan aku gelak. Ha Ha Ha...

Sebab, arini aku pakai uniform yang sama. Sejibik sejiban..t-shirt, jeans dan tudung yang sama.

Babai. Nak pi cari ayo susu ;)

Hari Selerak Sa-dunia

Meja sendiri ta-cukup, jadi kita selerakkan meja lain ;) (hahaha..at the same time, aku sedang stalk blog orang....)

Derowing yang gulung-gulung-susah-nak-bukak-aku-campak-campakkan-aje pastu tulis notes kaler merah (dengan harapan senang nak nampak tapi letak kat bawah timbunan sampah sarap..ngee~ sampah sarap yang ta-buleh buang..ngaa~)










Rasa macam dah kurus la. Dah 2 hari ta-makan nasik lunch time..semalam diner pun ta-habes pun makan. Arini makan, amik sikit jek. Ngaa ngaa ngenggg ;p

Cam cemongat plak nak kurus ;p Sempena menyambut hari lebaran yang bakal tiba *kakaka...ade kaitan ke?lambat lagi dowh..LaLaLaa~*


Ekceli, jeles Lee kata Nabil kurus semalam! Dem ah! Nabil kan memang kurus, nape nak cakap dia kurus lagi?! Cube cakap dia gem0k, mesti dia trus migrate pi duk bertapa kat Gunung Rapat..ngengengeee ;p

Paling besh, tengah sedap sroott sroot sroottt isap rokok straw ayo teh hais, tiba-tiba terpandang abang yang tengah bukak gerai kat sebelah. 

Nabiiiillll!! terus aku jerit gaya paling teruja ah. 
Nape? nape? hang kenape???
Tuuuu....! (sambil tunjuk abang yang baru siap-siap nak mula niaga tuh)
Huh! *buat muka tak pueh ati* Tak payahh..aku dah hensem!
erk, rasa nak tercekik teh hais jek dengar! ;p

Nak tau aku tunjuk ape?

ngee~

Abang tu jual ubat rawatan rambut, nak lebatkan rambut..hak3~

Teka-teki untuk hari ini :
Kenapa aku tunjuk ubat tu kat Nabil?hahaha ...;p

K0me Pikior ler sendirik *wink*wink*



Eh, tadi rasa macam tulis pasal selerak...last-last cerita pasal lain pulak..wakakka ;p

Tuesday, May 25, 2010

Masa Silam Yang Kelam

Seminggu ini aku telah dihubungi oleh seseorang dari masa silam.

Terkejut dan hairan sebenarnya kenapa perlu dia kontek aku lagi. Katanya, nak mintak maaf. Hidup dia tak tenang katanya, sebab tau aku marahkan dia.

Hidup dia tak tenang - itu bukan masalah aku.

Jujurnya, maaf aku bukan mahal pun...cuma bila memikirkan betapa mudahnya dia menuturkan maaf...membuatkan aku rasa macam takde makna pun kalau aku cakap kat dia "aku maafkan kau..."

Bila kita meminta maaf, maknanya kita akan berusaha untuk tidak mengulangi kembali kesalahan yang telah kita lakukan itu. Tapi, dalam kes orang itu...rasanya dah terlampau banyak kali dia minta maaf atas perkara yang sama.

Alasannya - dia bukan malaikat  : oh, sangat mudah alasan itu.

Jadi...sama ada aku maafkan dia atau pun tidak...takde bawak apa-apa makna pun kan.

Pernah dengar tak, woman always forgive but never forget.

Never forget...bukan untuk berdendam...tapi, untuk peringatan. Peringatan untuk diri sendiri dan untuk orang lain juga.

Penawar Kesedihan

Ok. Bohonglah kalau aku kata aku tak sedih (berhubung entry sebelum ini). Setahun lebih aku tunggu diorang panggil temuduga. Alih-alih, bila peluang itu datang..masalah komunikasi menjadi masalah dan penghalang. Perasaan sedih itu sebenarnya lebih kepada ralat.

Dan kalau aku tak sedih sangat..takkan la aku sampai google ini.

1. Zikir Penawar Kesedihan

2. Doa Penawar Kesedihan Yang Mendalam

dan aku paling suka artikel yang ini...

Kesedihan adalah ubat, gembira adalah penawar

Sedikit petikan dari artikel berkenaan :

Kita boleh ibaratkan kesedihan itu umpama ubat yang pahit. Memang sukar untuk ditelan tetapi akan memastikan kita berasa sihat di masa hadapan. Bayangkan pula kegembiraan itu seperti gula-gula atau coklat yang manis, rasanya memang enak tetapi hanya seketika cuma tetapi meninggalkan kita dengan pelbagai penyakit dan masalah di masa hadapan!

Kesedihanlah yang menjadikan manusia itu hebat dan maju kehadapan. Kesedihanlah memotivasikan diri kita untuk lebih berjaya. Kesedihanlah yang akan membangkitkan jatidiri setiap individu. Kesedihanlah meletakkan kita samada menjadi insan yang berjaya atau yang gagal.


Bersyukurlah yang kita masih diingati oleh Allah dengan diberi sedikit kesedihan tetapi dijanjikan ganjaran yang hebat di masa hadapan bagi kita yang mahu berfikir!



Tapi sebenarnya..lepas baca artikel itu aku lebih sedih. Ha ha ha..dari taknak nangis, jadi nangis plak. Kenapa? pikir la sendiri.

Oh, dulu (takde la 'dulu' sangat pun) aku pernah rasa sedih macam ini. Sedihnya tu sampai aku tak nak dengar sape-sape pun cakap pasal hal itu. Sebab, kalau dengar pun aku rasa terhirisnya sangat dalam. Nak sebut perkataan itu pun, aku rasa macam menghiris-cincangkan hati sendiri. Sampai aku nak cerita kat sape-sape pun tak mampu. Sampai teman yang nak mintak pendapat tentang perkara yang sama juga aku buat derk jek. Akhirnya kemudian si teman marah dan merajuk (aku rasa sebab ini la kot).Hah, kronik betul kan. 

Tapi, muka kena maintain senyum kan? Sangat penat rasanya kalau menahan diri dari senyum. Lagipun, senyum kan juga penawar kesedihan ;)

Naa...aku nak tulis juga apa yang aku titipkan buat teman di Melaka tadi, "kan ke apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya"

Tasuke!

Sepatutnya.

Sepatutnya!

Aku sepatutnya ada di Johor pada ketika ini. Interview kat tempat yang aku nak sangat tu. Tapi...grrr...begini kisahnya..(sedang kendurkan mode keciwa...sedang bertukar ke mode redha).

Kawan ku juga dapat interview itu, pagi tadi dia call tanya apsal aku tak datang? Nama aku ada dalam list! Aku pun terkojut, sebab rasanya aku tak dapat call apa-apa pun. Huhu..aku suruh kawanku tanya orang-orang yang berkaitan..ada lagi tak interview ni..

Sejam kemudian, dia call balik, katanya diorang dah call sekali tapi tak dapat! uwaaa (oppss..sabar..sabar...redha..redha..huhu)

Dan..aku kena isi borang lain kalau nak lagi...huhu...sebab, interview berkenaan habis arini..hukhukhuk..eh, sabar..sabar...


Ucapan kasih-sayang untuk kerani-yang-buat-call berkenaan...
I LOVE UUUU!! (lain kali sila buat call 2 kali ye (atleast)..huhu..tau la banyak colan lain lagi. Aku call balik, ko takmo angkat plak..huhu)

huhu..

Takpe-takpe aku redha. Bukan rezeki aku kali ni. Mungkin aku belum bersedia sepenuhnya untuk di-interview oleh mereka. Walaupun aku memang nak berenti keje sangat-sangat sekarang.

Peluang kan sentiasa ada, tak gitu? *wink*wink*

Monday, May 24, 2010

Macam disko

Hari-hari site ni macam disko. Kongsi-kong hanya 2-3 tapak belakang site office. Tiap-tiap hari dorang akan pasang lagu kuat-kuat. Kuat-kuat ok. Jantung aku pun sekali berdegup kencang! Pergh..berdegup kencang bukan sebab nampak chenta-hati..tapi, sebab lagu kuat yang amatttnye!

Sudah semestinya la lagu indon! Kesian kan bangla-bangla yang duk sekali kat situ...;p


Tapi...

Petang ni dorang pasang lagu lain lar. YeaYY..o0ommbak! haha..apekejadahnya aku pulak yang suka?! Mungkin sebab dah bosan dengar lagu indon..*sigh*

Petang ni dorang pasang lagu HINDUSTAN!! haha...(sampai menggerakkan aku untuk tulis kat sini ;p)


Oppss..dorang dah berenti pasang lagu hindustan. Dangdut yeyeea! Gelek ah gelek mak siti ;D

Sakitlah!

Sakitlah!

Marah kat orang, sakit kepala...orang marah kat kita pun sakit kepala. Hari ni, aku jadi sangat kedekut. KEDEKUT SENYUM. Akhirnya aku jugak yang sakit kepala. Hailoh!

Patutlah orang kata senyuman itu pengubat jiwa.










Nota bawahan :
~ Punyalar masam muka, sampai bos yang suka gurau-gurau dengan aku pun tak melawak dengan aku arini. Aku tau dia mesti banyak benda nak tanya aku, especially berhubung khabar angin yang tersebar luas pasal aku. Ataupun, dia sengaja tak nak cakap banyak dengan aku, takut aku sembur dan tanya soklan-soklan HELLious kat dia. Orang salah memang selalu takut kan?mm...

Pengurus Kedai

Perbualan di antara Makde dan anak sedarenya tentang Maksu dia.

"Makde, maksu keje ape ek? Engineer macam ayah ke?"


"Ha'ah"


"Kite ingat Maksu pengurus kedai..."

Kuangkuangkuangggg~~ ;p

Ok gak tu kalau Maksu jadik pengurus kedai. Kedai yang menjadi p0jaan hati mesti ar kedai buku!!

Boleh baca novel free...baca  buku engine free...baca majalah free...;p






Nota bawahan :
Makde = kakak aku
Maksu = AKULERR ;p

Monday, May 17, 2010

Kilang Tebu

Ada orang suka menanam tebu di tepi bibir. Maksudnya, mulut manis betul la...cakap jek pandai..tapi, harammmm...

Tapi, zaman sekarang ni..bukan setakat tanam tebu, kilang tebu pun orang berani buat kat tepi bibir. Si semut pun sampai tergolek dot terkejut (lalu mati terkejut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Semut Hitam).

Hailoh...

Apalah nasib mereka ini bila dah tua nanti ye. Sakit kencing manis-sampai-kena-potong-kaki-sampai-punggung kot.

Bak kata Azizah isteri si Fariz, biarlah Allah sahaja yang membalas apa yang telah dilakukannya.


Nota bawahan :
Ada seorang teman first time dengar peribahasa berpatah arang berkerat rotan! Hadoyai..tepuk dahi laju-laju...(eh, peribahasa kan ayat tu?haha ;p ke perumpamaan ek?)

Kedaung

Malas betui nak pikir. Makin dipikir, makin berat...berat...berat...dan berat...lalu tidoQ..

kr00h..kr00h...kr00hh....hak2~ tak senonoh betui ;p

Tapi, kalau tak fikir, nanti otak jadik lembap pulak. Kesian keturunan aku nanti. Semua dapat penyakit lembap.


Sebagai seorang bakal nenek dan moyang yang bertanggungjawab (LaLaLaaa~~~), aku mesti terus berfikir supaya otak aku sentiasa cergas dan bertenaga. Eh, bertenaga ka? Apa-apa jelah! ;p

Walaupun perkara itu tak melibatkan aku, tapi aku mesti tolong fikirkan jugak. Contohnya, persoalan kenapa bangla suka pakai seluar merah atau hijau terang? Kih3~ ;p

Atau,

Kenapa tiba pada satu tahap umur, lelaki suka tangkap muat jek colan isteri?

Ngehehe...

Banyak lagi contoh-contoh yang aku tak perlu fikirkan, tapi aku gatai nak fikir jugak.

Penegasan di sini. Kita perlu sentiasa berfikir walaupun benda yang remeh temeh. kerana dari yang remeh temeh itulah timbulnya masalah/perkara sebesar titanic..weehuu..You Jump, I Jump!

Err..rasa cam dah putus fius jek. Okeh lah...over dan out! kennyRoger!



NOTA :
KEDAUNG tu maksudnye ape ek?hihi.....

Friday, May 14, 2010

Anak baik

Anak yang baik kah bila seseorang itu pijak semut pun tak mati bila di depan mak bapak?
Anak yang baik kah seseorang itu, hanya kerana dia seorang anak ahli kariah?

Mak ayah,
Baik kah anak itu jika lewat malamnya berpeleseran di jalanan?
Baik kah anak itu jika di depan kalian dia menunduk mengangguk mengiyakan setiap tutur kalian?

Mak ayah,
Sangat memalukan, mengkambing-hitamkan orang lain atas kesilapan yang dilakukan oleh anak kalian.

Mak ayah,
Mudah sahaja formula matematik ini...
Jika tiada kesalahan anak kesayangan kalian, wujudkan kesalahan si kambing-hitam?
Jika tiada kesalahan laku anak kesayangan kalian, wujudkan kejadian memalukan itu?

Ah, mak ayah...jangan tertipu dengan permainan laku anak kalian.

Memalukan.

Mak ayah, memalukan apabila kalian menyalahkan pihak lain, sedangkan kalian lah yang perlu bermuhasabah diri. Rumah itulah permulaan syurga keluarga. Tempat menyemai benih sifat murni.

Tapi, adat manushia...selalu melihat kesalahan manushia lain lebih besar dari kesalahan diri sendiri.

Maka, kambing-hitamlah menanggung peluru kiri dan kanan.

Ah, aku tak suka kambing hitam. Kasihan kamu dikambing-hitamkan.

Masyarakat? Suka menangguk di air keruh.

Buat si anak, Al Fatihah.

Yang pergi tetap pergi...hanya Allah berhak membalasnya...Namun yang pergi telah meninggalkan manushia lain hidup dalam tanda tanya...kesedihan dan mungkin penganiayaan. Wallahualam.

Wednesday, May 5, 2010

5 Tahun Tade Bulan

Itulah tajuk novel terbaru dari aku. Ha ha harrr...nak challenge 5 tahun 5 Bulan, Hlovate punya ;p

Ngehehe..tade kaitan pon..

Sebenar nak tanya. Eh, nak bagitau kot..erm, lebih kurang la.

Orang selalu cakap, tempoh 5 tahun adalah tempoh yang sebenar-benarnya kita kenal suami kita. Kalau belum sampai 5 tahun tu kita cakap serba-serbi kita tahu pasal suami kita, tu maknanya tipu la tu.

Orang kata la. Betul ke tak, aku pun tatau..aku belum test lagik...hik hik hik ;p


Nanti aku test dulu ye..*blushing*

Monday, May 3, 2010

Budak Kicik Memang Suke Bertekak ;p

Suatu hari di petang yang hening, ku belek-belek, ku telek-telek muka buku...ada la pulak Kajian Bulan dan Sikap Anda..jadi, aku pun buatlah. Ini hasilnya
Kemudian, ada budak kicik ni komen

 
Kemudian, budak kicik ni tingin plak nak wat...

 Kemudian, kami pun bertekak..hahaha


Macam-macam daa~ ;p



Nota bawahan :
Cha tu memang suka mengata aku kuat berangan (hanya sebab aku suka potong kertas kecik-kecik tepet-tepet kat board buat nota!);p

Sunday, May 2, 2010

8 hari 1 bulan

Kalau kita selalu baca suratkhabar, kalau ada berita pasal perceraian...antara jawapan skema yang selalu ditulis ialah,

tiada persefahaman

Bila dah bertahun-tahun kahwin...baru rasa tak de persefahaman. Rugi kan masa tu.

Semalam, aku menghabiskan masa siang aku bersama seorang teman lama. Kebetulan, si dia terbang ke Penang...jadi aku temankan. Program sebenar cuma nak lunch sahaja. Tapi, melencong terus ke Queensbay bila dia kata dia ada masa sampai pukul 5 petang sebelum dia kena balik.

Seperti selalu pada setiap perjumpaan, kami akan lepak kat tempat makan dengan sangat lama untuk bersembang dan bertukar cerita.

Salah satu kisahnya  mengenai hubungan dia dengan pasangan yang tak berapa nak mencapai matlamat, sedangkan sepatutnya mereka akan bertunang Jun ini. Sebenarnya dia nak suruh aku bagi nasihat kat dia. Kueng3~ aku ni bab bagi nasihat memang lar fail...kalau menjadi pendengar memang aku paling hebat ;p

Secara rumusannya (ceh, siap ada rumusan ;p), aku rasa masalah dia sebab takde persefahaman. Ha, macam mana tuh? Belum kawin dah takde persefahaman.

Mereka bermula sebagai stranger..diperkenalkan oleh kawan, merasai bunga-bunga cinta sekejap..tapi, kini dah pudar terus...

Dia kemudiannya mempersoalkan kepada aku..kenapa perkahwinan yang diperkenalkan/diuruskan oleh keluarga (family arrangement) boleh berjaya sedangkan mereka juga bermula sebagai stranger?

Jawapan aku :
Engkau tu kapel..bukan kawin. Ko ada masa dan ada peluang untuk berpatah balik dan putuskan hubungan tuh. Sedangkan, bagi orang yang dah kawin, seboleh-bolehnya sehingga titisan darah yang terakhir pun, hubungan tu nak dijaga dan diperlihara. Ko kapel dan ko putus, itu maknanya bukan jodoh ko...bila ko dah kawin dengan seseorang tu, itulah jodoh ko.

Err..betui ka jawapan aku?kueng3~ paling confident jek aku ;p

Sebelum balik (dalam kereta), aku tanya dia,

"So, apa keputusan ko?"

"Aku memang berat nak clash...tapi, dia DOKTOR dowwwh!"

"SO..WHAT???!!!"

Terkejut beruk budak tuh dengar aku tinggi suara. haha..sorry tak sengaja...haha..tiba-tiba jek aku emo dengar jawapan dia tuh..(bukankah aku  yang beria-ia nak kawin dengan doktor?! hahaha ;p)

Aku pun tatau nak wat apa dengan masalah dia. Aku boleh dengar jek. Respon apa yang patut. Aku bukannya pakar motivasi cinta pun..huhu...

Harap dia dapat buat keputusan yang terbaik. InsyaAllah.




Kisah 8 hari 1 bulan
Pagi tadi bermesej-mesej-an dengan teman baik. Ada sedikit berita nak dikhabarkan. Dihujung perbualan, aku tulis ini..."....aku kanak-kanak lagi, patutlah aku tak kawin lagi.." dan dia jawab "...8 hari 1 bulan lagi ko tu 25 tahun tau tak"


Muahaha..tak yah lar ingatkan aku tentang tuh...nak perasan kanak-kanak sekejap pun tak boley..;p weks!