Thursday, April 29, 2010

FanatiQue

Kadang-kadang ada orang yang terlalu taksub kepada 'ORANG'. Kadang-kadang apa yang buruk tentang ORANG tu pun sampai tak boleh diterima.

Ingatlah..hidup tu biar bersederhana. Segala-galanya lah sederhana. Hatta nak suka atau sokong manusia pun.

Kadang-kadang bila kita terlampau fanatik menyokong/suka seseorang...orang lain akan memandang kita JELIK dan mungkin menyampah pun nak join.

Kut ye pun nak ampu...agak-agak lar...


Manushia, manushiaa....

Monday, April 26, 2010

Dyslexia

Beberapa hari lepas, aku tengok cerita hindustan. Lama jugak tak tengok cerita hindustan secara bersungguh-sungguh..haha. Ni pun sebab osmet aku tu hantu citer hindustan. Oleh kerana dia tau aku tak berapa berkenan hindustan, setiap kali nak tengok kena mintak izin aku dulu..ngee~

Tapi tak ingat la apa tajuknya. hihi..Kisahnya mengenai seorang budak yang menghidapi penyakit dyslexia. Penyakit ni menyebabkan seseorang kanak-kanak itu mengalami kesukaran menulis dan membaca. Mereka akan menghadapi masalah untuk deal dengan text and numbers. Antara simptomnya (eh, simptom ke nak sebut dia..hehe), mereka akan tulis terbalik..b akan jadi d..begitu gak sebaliknya.

Tapi penyakit ni boleh diubati, cuma memerlukan kesabaran dan kekreatifan si pengajar untuk mengubati si pesakit.

Rupa-rupanya budak-budak yang dyslexia ni kebanyakannya (atau semua kot??) kreatif orangnya.

Kalau nak tau lebih mendalam, klik la link kat bawah ni.

Link ke website Dyslexia Malaysia, klik sini.

Ehee...aku tulis pasal cerita tu kat sini kerana 2 sebab.

1. Terfikir-fikir, macam mana nak kesan penyakit gini dari awal..sebab kita tak nampak. Dah besar baru nampak. Bila masa anak-anak tu dah mula bercakap dan menulis. Bayangkan, kalau kita dapat kesan masa dia dah masuk darjah satu. Kemungkinan besar dia akan tercicir...sebab, untuk mengubati penyakit ni memerlukan masa dan ketekunan serta kesabaran si pengajar dan si pesakit. Kesungguhan masing-masing termasuk ibu bapa dan orang-orang sekeliling kerana bagi yang cetek pengetahuan mengenai pengakit ini, akan menganggap kanak-kanak tersebut nakal, pemalas atau lebih teruk, bodoh-piang! Masa inilah KEPRIHATINAN menjadi isu utama ;)

Moral of the story : Bersyukurlah bagi yang dilahirkan sempurna.

2. Ada satu part dalam cerita ni..dia panggil abang dia DADA. Hahaha...terus aku teringat kat teman se-double decker aku masa kat SERATAS. Dia ni pan-asia..ceewah ;p cina+pakistani. Adik dia panggil dia Didi. So, pada fikiran aku..kakak = didi, abang = dada..hehe. Serta merta aku pi buzz dia kat YM! Hahaha..tapi, dia kata DADA tu panggilan untuk tok dia (eh..tok ke opah?lupa plak..haha ;p). Dan tiba-tiba aku rasa musykil..kalau dia tu cina+pakistani...kalau nak isi borang pape..kaum/bangsa nak tulis apa??? ;p dan dia jawab dengan lajunya...MALAY! hihi..ooo gitu rupanya.....;)

Moral of the story : kawinlah campur bangsa supaya anda cantik dan bijak macam kawanku itu ;)

Sunday, April 25, 2010

Hujung Minggu

24 April 2010- Selamat Pengantin Baru kepada Kak Murni dan Sadat! ;)

Aku + Ema + Ainul + Rakin + Sarip + Ali (tiruan) + Matin + Jep + Zool + Faridah + Dedt + Rosni +  Ali + Arip + Jan antara yang datang umah Kak Murni. Tapi, tade gambo nak show..tunggu Rakin upload..harap-harapnya cepatlah dia upload.. ;p

Kenduri Kak Murni sangat meriah (walaupun tade sanding+kompang) sebab ramai orang datang..hihi ;p. Pengantin lelaki pun show kete Pajero gold tak tanggal plastik lagi..hahah ;p Rombongan pengantin lelaki pun ramai gilak..bas 2 tingkat + 10 buah kereta..;)

Lepas kenduri, kami pi minum ayaQ nyoQ kat depan opis dR.Rozmey Jusmate tuh (apsal 'R' dia besar ek??)

Pastu, aku + ainul tidoQ umah ema. Petang tadi Sarip + Rakin datang umah ema. Kitorang nak konvoi balik sesama. Masuk jek hiway..hujan gila lebat..jalan tak nampak tuh..

Apa-apa pun, besh dapat jumpa kawan-kawan ito..hihi...;p


Nota tambahan :
*Semuanya dah 'kembang' kecuali Ainul+Ali..slim memanjang..haha
*Tak tawu plak Rakin 'orang putih' sebenarnya...wakkaka ;p
*Matin dah smart! hahaha ;p
*Kat sebelah rumah pengantin ada satu kawasan lapang yang tulis "Parking". Nasib baik takde tulis RM1 Sejam..hahaha ;p

Friday, April 23, 2010

woot woot

ngee~ sudah-sudah!

Pegi tido lar. Lagak macam esok ngak kerja aja!

Eh, nak bagitau..tadi aku ada wat sesi jejak kasihan. Kekekkeke ...*blushing*

Dengan sape?

Haaa...itu yang kite tak tawuuuu....;p

Oppss..sebelum hormon gedik keluar mencurah-curah..baik aku berenti menulis...kakaka ;p

Babai Malaysia!!!

Kisah Budak-budak Hitam

1. Sekumpulan budak perempuan baru beli basikal. Maka, mereka secara berjemaah mahu pergi ke kelas. Ada yang di depan...ada yang berbasikal di belakang. Macam itik pulang petang. Tiba-tiba...sesuatu yang seperti dikenali tergolek-golek di atas jalan...Oh, paddle basikal rupanya. Hah?? paddle basikal?? Wakaka..paddle basikal itu rupanya kepunyaan si budak yang di hadapan sekali itu. Adoyai...basikal baru tuh!

2. Ada sekumpulan budak, tiba-tiba mendapat idea untuk berkelah. Maka mereka berkonvoi 2 buah kereta. Singgah sebentar di pekan membeli bekalan perut seperti pisang goreng dan keropok lekor. Tidak dilupa, membawa sekali tikar untuk melengkapkan aktiviti perkelahan. Mereka tiba di sebuah pantai. Setelah penat ke sana ke mari mencari port yang paling sesuai, mereka akhirnya dengan gembira melabuhkan tikar di suatu sudut pantai itu. Di mana? Betul-betul di gigi air!!! Itu keputusan yang paling bijak sekali..kerana selepas itu, mereka terpaksa mengubah tempat beberapa kali, kerana air pasang! Kuang3~

3. Ada sekumpulan budak, dengan niat penuh suci murni untuk pergi beriadah di stadium. Sambil membawa sepiring frisbee. Namun, bila tiba di stadium...semua orang memandang pelik. Kemudian, seorang daripada sekumpulan budak itu, tiba-tiba menjadi seperti duta frisbee. Memberi sedikit sesi penerangan mengenai permainan frisbee di tepi padang kepada orang-orang yang jogging di balapan (yang tiba-tiba jadi penonton perlawanan frisbee budak-budak itu). Sungguh model dia kan?

4. 3 orang budak yang terhendap-hendap nak masuk toilet bertempiaran lari apabila terjadi satu insiden hampir bertembung dengan anjing. Oh, anjing itu pun lari...sebab terkejut tengok 3 orang budak tu lari bila tengok dia (mesti anjing tu rasa dia hodoh sangat sampai budak 3 orang tu lari sambil menjerit bila nampak dia..iskiskisk..kena pegi salun ar anjing, wat facial treatment!).

5. "Nasi Lemak...nasi lemak..nasi lemakkk..." maka, berlari-larian sekumpulan budak sambil menjerit "Nak, nak, nak..kat siniii..." Itulah aktiviti budak-budak itu setiap petang jika kemalasan untuk turun ke kafe atau menghadapi kesibukan tahap melampau sehingga meninggalkan komputer dan meja itu seperti suatu kesalahan besar.

6. Sekumpulan budak-budak, mahu berkelah di air terjun. Kali ini line-up nya lebih sedikit. 4 buah kereta semuanya. Menu utama ialah ayam BBQ. Ketika sibuk meletak barang-barang dan ada sebahagian sedang menyalakan api untuk BBQ, tiba-tiba hujan turun..dan semua orang berdiri tegak.Terdiam sudey semua. Budak-budak yang berstatus cik semuanya memakai jeans. Ada juga yang memakai jeans+sweater. Maka dengan itu, mereka terus terjun ke dalam air terjun ketika hujan itu bersama jeans+sweater. Ada sorang cik yang berniat untuk tidak mahu mandi air terjun..tiba-tiba mandi hujan secara tak sengaja. Kesian kan? Kesahnya, ketika mahu pulang, semua cik itu terpaksa memakai track suit (yang sepatutnya dipakai untuk mandi!). Dan, ada sorang encik memakai kain pelikat! Kerana tak bawa seluar lebih..haha...(yang ada cuma seluar hawaiian bunga-bunga!!)

Oh, setakat ini dulu kisah budak hitam kerana pencerita sudah letih, mau istirehat. sekian. tammat.

Thursday, April 22, 2010

Sila Tawarkan Saya Kerja Baru

Saya dengan rasminya dan dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon kepada pembaca sekalian (haks...kalau ada yang baca lar)..jika terdapatnya kerja kosong, silalah hubungi saya.

Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Pernah bekerja di Pahang sebagai Site Engineer dan sekarang sebagai Project Engineer.






Nota bawahan 
*desperately need a new job*

Monday, April 12, 2010

Tagginginging

Muahaha..lame tak wat tag..so, layankan ajelar tag dari akak aku ni..hahaha ;p (lagipun ada soalan yang aku suka nak jawab kat bawah tuh..soalan no.4..wakakka ;p)


1. Siapakah anda dirumah?
Dirumah dan dimana-mana adalah Khairul Munirah ;)

2. Siapakah anda di samping rakan?
Pengacau dan pencacai

3. 5 benda yang diidamkan tp xtercapai..
- Mazda3
- BMW M3
- BMW X6
- Rumah sendiri
- DSLR
*wakakka..kete sampai 3 ;p

4.Siapakah nama pasangan anda?
FAHRIN AHMAD !! LaLaLaAaa~

5. Ceritakan 5 perkara yang anda suka tentang pasangan anda
- Hensem
- Gagah
- Perkasa
- Tough
- Perwira...eh?apaQah???hahahah ;p

6. Bila tarikh couple?
12 April 2010 (secara rasminya dengan ini, beta mengumumkan..kepakkepungkepakkepungggg...ngaa~ direnjis-renjis dipilih..eh, shilap lagu plak..)

7. Apakah kenangan pahit bersama rakan2?
Sume manis jek ;)

8. Lagu tema cinta?
Selamat Pengantin Baru..hahaha...gile dah ni.

9. Apakah perubahan yang ingin anda lihat pada pasangan anda?
Takde ape..saye trime je die seadaanya *blushing*

10. Rakan yang nak di’tag’
sape-sape je la yang rase nak perasan macam haku....wakakka miong3~

Sindrom Tunangan Orang

Pernah tak kawan-kawan anda (yang berlainan jantina la bai..) yang telah bertunang...tiba-tiba telefon, pastu gaya macam nak ajak berchenta?

Pernah perasan tak...orang yang bertunang ni..sampai satu part, dorang rasa tak yakin la..rasa cam dah salah pilih la..rasa cam tak suka tunang tu la...tiba-tiba je rasa macam-macam...

Itu lar yang aku namakan sindrom..mokeke ;p (ada penjelasan saintifik tak berkenaan penyakit ni Tuan-tuan/Puan-puan Doktor??)

Baru-baru ni adalah seseorang yang gitu perangai nye.

"Oho..time ko sibuk nak ngorat die..haramm ko telefon aku & C..tibe-tibe missing in action..ape kau ingat ko tu biskut chipsmore ke?? Dah elok-elok bertunang..boleh ko kate ko menyampah tengok muke die?! Ko ingat pompuan ni barang main ka?? Tu lar..agama suh bertunang sekejap jek..ni la pasainya.."

Tak pasai-pasai jek ada orang kena ceramah dengan aku. Dapat pulak telefon aku di waktu yang salah. Keh3~ Naseb ko lar...(sampai sekarang dia tak tepon aku...dah sebulan dah ni..haha ;p). C tu lagi sorang kawan aku yang baik dengan si polan (mangsa bebelan).



AMARAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN :
Sila amalkan kebersihan jiwa untuk menghindari diri anda dari terkena wabak penyakit ini .Jangan sesekali terpengaruh dengan bisikan chenta si tunangan orang. AWAS, MAKHLUK PEROSAK YANG BERBAHAYA.

Salah Siapa

Salah siapa atas apa yang berlaku?

Mm..

Ye, semua salah aku. Eh, orang lain kan semua BAIK-BAIK belaka..(ngaa~ sure aku kena kata sarcastic lagi..haha ;p)

Tapi, betullah kan. Mesti ada salah aku sana-sini..sampai benda-benda yang aku tak mahu, jadi pada aku. Kan? Orang lain memang takde buat salah pun dengan aku, aku je yang wat salah banyak-banyak dengan orang lain.

LaLaLaaa~ (kita patut gembira kerana orang lain TAK PERNAH buat salah dengan kita, itu maknanya orang lain memang sangat baik dan sayang dengan kita, kan?)














Waikikiki..penuh elemen sarcastic. Duh, rasa cam nak duk dalam sarkas plak ;p toing3~

Serabut

Banyak perkara yang terfikir. Pening dan serabut.

Tapi, jangan risau..hidup perlu POSITIF.Walaupun tahap positif tu dah sampai yang paling bawah sekali, kita kena pertahankan. Kalau boleh, siapkan kubu paling kukuh seantero dunia.

Yihaa..kubu. Patutnya kita kena ajar anak-anak kita perlunya membina kubu dari kecil. Kubu Hati. Kubu Mental.

Eh, sekali lagi...aku bukan serabut dengan masalah aku. Masalah aku, selalunya aku pejam mata je. Selesai senyap-senyap sudey...orang lain pun tak tahu..aku pun tak rase dihiris-hiris.

Aku cuma serabut tengok orang lain.

Kenapa??

Haaa...itu yang kita tak tawuuuuu ;p

Isk..serabut lar tengok orang yang serabut. Bayangkan kalau orang yang serabut ada masalah...haa...kan double trouble namanye...

Wallaweh..tired!

Thursday, April 1, 2010

Menyelam Tapi Lemas

Memang malanglah nasib. Hati teringin menyelam ke dasar laut. Tapi, ilmu masih belum cukup. Lantas terus lemas dan kiokKk..aiyak.

Orang tua-tua selalu pesan, jangan bermain dengan api..nanti terbakar tangan. Tapi, kalau terbakar tangan je takpe...ini, sampai rumah sendiri dan rumah orang lain pun terbakar sekali.

Haa..itu yang tak bagus tuh.

Kerana kita, orang lain jugak mendapat musibah. Ada sesetengah orang, mereka suka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mungkin, kata mereka..HIDUP AKU, AKU PUNYA SUKA LAR!

Bai, memang lar hidup kau...tapi, kau ingat kau boleh hidup ke kalau takde orang lain? Masuk U pun pinjam PTPTN!

PadiYaPPa....nama jek 'pengajar' tapi otak letak kat kepala lutut. Ee...memang tak layak lar jadi 'pengajar'.

Memang ramai kat dunia ni tak sedar-sedar diri (termasuk aku!)

Rebah Menyembah Bumi

Kadangkala kita rebah
Tersungkur menyembah Bumi
Kadangkala kita berlari
Laju...tanpa dapat dikejar sesiapa

Dunia...
Permainannya penuh misteri
Mengungkapkannya,
Kadang mendatangkan luka
Kadang beserta bahagia

Dunia...
Permainannya penuh rahsia
Kelekaan adalah ketewasan yang jelas
Ketabahan adalah senjata ampuh 
Perisai menangkis kedurjanaan

Dunia...
Permainannya penuh keliru
Dicipta sang durjana intelek
Menerobos hati dan jiwa si polos
Bagai sang arjuna termasyhur

Dunia...
Permainannya penuh teka teki
Bagai silang-kata
Bersimpang-siur

Namun...
Hikmahnya Hanya Allah Yang Tahu.




Penang
12:56 am

Berlarilah Sahabatku

Aku tahu kamu rasai semua ini...

Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu

Semuanya kerana dia..yang mengelirukan kamu...

Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu

Namun, aku harap kau bisa tegar menolak...demi kesejahteraan dirimu kelak..

Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti

Aku harap kamu bisa begini...

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Aku tahu..kamu berhak mendapatkan yang lebih baik darinya..

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti

Teruslah berlari sahabatku..sinar yang lebih cerah menantimu di hadapan sana.

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu




Nota bawahan :
Tulisan berwarna hijau adalah lirik lagu Berlari nyanyian Tomok.