Wednesday, March 31, 2010

Panggilan Petang Yang Sayu

Hari ni sangat sibuk. Penat jugak. Bos datang pun aku selamba tempek muka kat meja. Peduli lah. Aku penat! Dan aku tak faham...kenapa bos buat gaya ala-ala nervous bila nampak aku? Siap boleh tolong kemaskan segala sampah sarap yang aku selerakkan atas meja aku. Ngaa...sempat jugak aku warning dia...sebab dia nak alihkan teh ais aku! ;p

"HAH, TEH AIS SAYA JANGAN NAK SENTUH-SENTUH EK!" Dan aku kembali menekup muka ke meja. Terkejut orang tua tu..;p Oh..teh ais itu sangat penting untuk aku yang kepenatan.

Punyalar sibuk...pukul 4 baru teringat nak bukak laptop..tu pun bawak lari laptop ke bilik mesyuarat..baru cuci mata tengok facebook..macam-macam lar orang suh buat itu ini. Kuli memang camni ;)

Kemudian..aku dapat satu panggilan. dari seorang ibu. IBU TUNGGAL. Lepas dia letak telefon tu, sedih pulak rasanya.

Soalan pertama :
Dia : Ko tak dapat ke keje kat sini tuh? (kat sini tu adalah dekat rumah dia)
Aku : Tak dapat lar..takde rezeki kot...

Kemudian soalan-soalan dia semua menjurus kepada hal kereta. Dia tanya pasal kereta. Nak beli kereta. Tapi, dia takde lesen. Katanya, susah dia nak ke mana-mana...nak bawa anak-anak. Anak-anak dia ada 4 orang semuanya. Paling besar Tingkatan 1, paling kecil..Darjah 2. Sekarang ni katanya, dia terpaksa kot amik jugak lesen walaupun dia tak berani.

Kesian. Mungkin kalau aku ada dekat dengan dia..boleh lah dia mintak tolong nak ke mana-mana. Kesian dia. Mungkin aku pun boleh tengokkan anak-anak dia. Kesian anak-anak dia.

Mmm..kawan-kawan,
Jika ditakdirkan anda mendirikan rumahtangga..peliharalah hubungan tu. Dan jika ditakdirkan terjadi sesuatu antara anda dan pasangan...anak-anak lah yang menjadi mangsa. Kepada lelaki...ingatlah anak-anak yang perlu diberi nafkah dan kasih sayang.

Ah, aku sedih lah memikirkan ibu-ibu yang di aniaya oleh LELAKI-LELAKI ITU. Dan aku lagi sedih kerana ibu-ibu itu mempunyai ikatan dengan aku!

Wednesday, March 24, 2010

Salah

Pernah tak anda rasa anda telah membuat keputusan yang salah?


Ngehehe...pastu rasa cam nak patah balik belakang. Tapi, semuanya dah terlambat. Nganga je lar kau!

Terutamanya salah pilih teman hidup..kuang3~ ;p Salah pilih teman hidup adalah perkara yang paling susah, susah dan susah sangat-sangat untuk kita patah balik.

Jadi, berpatah baliklah anda sebelum hidup anda terbalik...ngaa~ ;D


Sekian, nasihat dari Nek Guru..hakhakhak ;p

Saturday, March 20, 2010

Loading

Semenjak dua menjak ni..aku perasan..aku suka buat satu perkara. Dah lama dah aku perasan..tapi, sekarang ni dah semakin terserlah kewujudannya, sampai orang lain pun perasan (selama ni aku jek yang perasan).

Aku suka berfikir dengan sangat lama. Ye, lama sangat-sangat. Walaupun, dalam jangka masa tersebut aku buat macam-macam benda tapi, aku akan masih fikirkan benda itu tanpa henti.

Contohnya,

Bila aku tanya orang atau orang tanya aku tentang 1 masalah atau 1 perkara...aku akan bagi pandangan aku. Kemudian, masalah/perkara tersebut nampak macam dah selesai..macam case closed lar kan.

Tapi..beberapa jam kemudian atau sehari selepas itu...ketika tengah cakap pasal benda lain..tiba-tiba aku akan bagi pandangan tentang perkara tersebut yang kunun-kununnya sebelum tu dah case closed! Umpamanya semua perkara/masalah tu berstatus PENDING jek sebenarnya selama nih ;p haha...dan orang lain pun pening skali sebab kena fikir lagi benda yang kunun-kunun dah closed! hikhikhik...;p


Aku pun tatau itu adalah satu kelemahan atau kelebihan.

Yang baiknya mungkin :
* Satu-satu perkara tu aku akan fikir secara mendalam dan teliti
* Aku menggunakan setiap ceruk otak aku 

Yang buruknya mungkin :
*Kalau aku memerlukan keputusan yang sangat cepat..mungkin aku tak mampu nak buat kot.
*Kalau banyak sangat masalah/perkara yang berstatus PENDING dalam otak aku...mungkin otak aku buleh jem kot!hahahaha ;p



Nota bawahan :
Sifat blur aku dah semakin terserlah sekarang. Huh, mungkin sebab dah lama tak pi jogging....hakhakhak...ada kaitan ka? ;p

Tampar laju-laju

Semalam, ntah berapa kali gamaknya aku kena tampar laju-laju. Miong aku. Semuanya sebab asyik tercakap serentak (perkara yang sama) dengan Mas (housemate saya)!

Mas punya style, kalau tercakap serentak, dia akan tampar dan cakap "aku kawin dulu!!". Hadoyai perangaii...macam anak sedare aku jek! Ha Ha Haa...

Aku pun tak faham..dalam banyak-banyak perkataan yang ada kat dunia ni...kenapa mesti nak sama jek dengan apa yang akan keluar dari mulut Mas?!

Sebagai penyelesaiannya, Mas suruh aku tangguhkan dulu apa yang aku nak cakap selama 10 saat. Selepas 10 saat, kalau Mas tak cakap benda tu, baru aku boleh cakap! Gile mendera peraturan Mas ni!

Akhirnya, aku hanya mampu menyedut teh ais senyap-senyap sambil tengok tv dan dengar jek apa yang Mas cakap!!! Arghhh....gilak! Kena cakap senyap-senyap dalam hati jek..sobsobsobbb '(

Tapi, tak sampai setengah jam pun aku  mampu duduk senyap-senyap sambil sedut teh ais. Pastu, aku gelak guling-guling macam orang gilak...sebab aku tak tahan dengan situasi yang giler pelik tuh! Hahahhaa...

"Ko apeehaallll??" Mas buat muke tak pueh ati.

"Ko tau tak!!!aku terseksa giler kene cakap dalam hatiii!!!" Hakhakhakkk...

Mas plak take over gelak guling-guling...! Gelak kan aku lar!

paaddiYaPPa!





Nota bawahan :
Mesti orang rumah sebelah takut gile..kui 12 tgh malam dengar suara pompuan gelak cam hantu..hikhikhik ;p

Thursday, March 18, 2010

Engkau Siapa?

Pernah tak orang (ataupun nama saintifiknya lelaki) keluarkan statement di bawah ini untuk anda?

"Kamu lar sahabat sejati saya"

"nasib baik ada kau..boleh jugak lar aku nak meluahkan perasaan.."

"kamu lar teman sembang saya yang paling best"

"tak tahu lar kalau ko takde camne hidup aku nih.."

"ko tak payah risau...aku akan jaga ko sampai bila-bila walaupun aku dah kawin nanti...sebab ko kawan terbaik aku"

"Weh..sorilar telefon ko tengah-tengah malam nak crite pasal benda ni..nasib baik ko ada nak dengar cerita aku"



Kemudian...

Kamu sedar...dia tak ingat kat kamu pun...kamu tak la sepenting yang dia katakan itu. Tragis tul. Sebab, dalam agenda-agenda terpenting dalam hidup dia, dia terlupa nak masukkan nama kamu dalam list. Tadaaaa~

Usah risau...mungkin dia terlalu sibuk. Ye, sangat sibuk. Eh, aku faham..sangat faham. Kehkehkeh..saje je gatai nak cerita kat sini....sebab banyak kali dah terkena!hahahaha...ye, memang banyak kali.


[Updated]
Nak tambah sikit...

Masa kita memerlukan mereka...mereka hilang, bersama kebahagiaan mereka. Kita? di sinilah terkontang kanting. Kuang3~ ;p Tapi, tadehallahhh...kebahagiaan mereka...bukankah kebahagiaan aku jugak? Naa~~ ;)

Oh, jangan salah faham..bukan niat untuk mengungkit. Cuma GEDIK je...nak meluahkan em0si ;p hahaha..Ada ORANG cakap..kalau tak luahkan nanti leh jadik gila! No No Noo~ saya tak mahu jadik gila ;p Nanti mak saya sedih *wink*wink*








Nota bawahan :
Kadang-kadang terfikir untuk tukar profession jadi Jurudengar..bukan Jurutera ;p ...oh, i see..sepatutnya aku jadik cikgu kan? Yeay..Cikgu Munirah! ecece..kan suwittt jek...;p  Perghhhh...gile tak tetap pendirian..!!  hahahaha ;p

Hari ini kita maafkan orang...

.....esok lusa orang akan maafkan kita.



Dan...


Biarlah Allah sahaja yang membalas segala kedukaan dan kelukaan yang pernah diberikan kepada kita. Hanya Dia yang layak.

Hey kamu-kamu yang jahat nakal, jangan ingat kamu boleh terlepas! Yadayadaaaa~ wek ;p





Sekian, Berita Sambil Tengok Asmaradana..hikhikhik ;p


Nota bawahan :
Cun betul Tiz Zaqyah ni....hahahah ;p

Jodoh (Entry khas untuk Ayul ;))

Jenuh aku nak ingat aku dapat cerita ni dari mana. Kejenuhan berfikir tu, akhirnya baru aku ingat...cerita ni akak ipar aku yang cerita..tahun lepas atau 2 tahun lepas. Masa tu kami sedang bergotong royong masak kat dapur.

Katanya, kisah ni ada sorang ustaz yang cerita masa ada satu majlis tazkirah.

Macam ni ceritanya...JengJengJenggg.....;p

Cerita ni berlaku kat satu universiti kat Malaysia.

Ada suatu hari tu..sorang student perempuan ni, datang jumpa ustaz ni. Perempuan berkenaan alim dan bertudung labuhlah. Kiranya aktif jugak lar kelab-kelab dakwah  ni.

Perempuan tu..eh panjang lak nak tulis perempuan. Aku kasik nama lar..Munirah nama dia (hahaha..kasik nama aku pulak..wakaka..aku suka nama aku ;) ).

Ok, si Munirah ni gi jumpa ustaz ni sebab nak bagitau yang dia dah wat sembahyang istikharah. Katanya dia  nampak dah colan yang bertuah tuh. Oleh kerana dia tahu ustaz ni baik dengan si colan tu (kite bagi nama dia Muhammad lar ek), so, Munirah nak mintak tolong kat ustaz ni sampaikan hasrat dia lar.

Jadi, ustaz pun panggillah Muhammad datang mengadap. Ustaz pun sampaikan hasrat hati Munirah ni pada Muhammad. Muhammad ni memang diketahui umum seorang yang alim dan baik..ala-ala lelaki melayu terakhir gitu.

Muhammad pun bagitau ustaz..dia pun memang suka dengan Munirah ni. Tapi, dia kena tanya mak dia dulu.

Kemudian, ustaz pun bagitau lar keputusan Muhammad ni pada Munirah. Munirah ni memang dah berharap sangat lar kan..sebab dia dah istikharah kan.

Muhammad ni orang Kelantan. Masa dia balik kampung, dia pun ceritalar kat emak dia pasal Munirah ni. Malangnya, mak dia tak izinkan. Mak dia nak Muhammad kawin dengan orang Kelantan jugak. Oleh kerana Muhammad tak nak menderhaka kepada mak dia..makanya, dia bagitau lar kat ustaz...yang dia tak boleh kawin dengan Munirah. Keputusan dia tu muktamad...tanpa talian hayat.

Ustaz pun dengan berat hati bagitau kat Munirah keputusan Muhammad.

Nak tau apa jadi kat Munirah??

Munirah tak boleh nak terima kenyataan Muhammad tak nak kawin dengan dia. Kecewa sangat-sangat lar kan. Sehingga dia mempersoalkan kenapa Allah buat dia macam tu...sedangkan dia sangat yakin dengan istikharah dia. Dah nampak clear water no boya dah dalam bayangan dia, muka si Muhammad tu. Kenapa begini...kenapa begitu...dah jadik tak tentu hala dah Munirah...(kesian Munirah..haish~)

Dan ini jawapan ustaz tu untuk menenangkan Munirah...

Istikharah tu tak salah. Memang kita patut mintak petunjuk dari Allah bila mana kita buntu untuk buat keputusan. Tapi, tak semestinya, orang yang kita nampak dalam istikharah kita tu adalah jodoh kita. Kadang-kadang...jodoh kita adalah orang yang mempunyai IRAS DAN PERWATAKAN yang sama dengan orang yang di dalam bayangan kita tu. Supaya kita boleh jadikan dia macam benchmark untuk kita jumpa jodoh sebenar kita.

Beberapa tahun selepas itu...

Munirah pun berkahwin. Dengan siapa??? Dengan seorang senior yang sama sejibik sejiban macam Muhammad..dari segi iras, perwatakan dan akhlaknya...dan mereka hidup bahagia. Happy ending ;)

Muhammad? Dia pun berkahwin gak...pastinya dengan wanita Kelantan ;)


Nota bawahan :
** Aku hutang nak cerita kisah ni dengan Ayul ;p Ayul..kata kuncinya- IRAS ..hehe..harap kamu faham ;p
** Munirah yang real belum kawin lagi...tunggu bakal suami dia selesaikan kes mahkamah dengan Linda Onn dulu..hakhakhakkkk ;p

Monday, March 15, 2010

Perisik

WoW. Sekarang sudah ada perisik. Sub con cuba menjadi main con. Nice!

Bila datang site takde buat apa. Kemudian bercita-cita nak jadi spy pulak?

Hai..manushia-manushia....

Berhati-hati lah kawan-kawan dengan musang berbulu ayam ye.

Cikendots! Over and Out!

Inspirasi. Chaiyok!

Baru berusia 32 tahun, tetapi pencapaian dan kemampuannya boleh diumpamakan satu dalam 1,000. Betapa tidak, pada usia semuda itu beliau memiliki lebih daripada satu syarikat, bangunan sendiri yang nilainya melebihi RM1 juta dan bergelar bos kepada lebih 100 kakitangan.

Tanyalah hal berkaitan lembu, terutama lembu susu, insya-Allah beliau boleh menjawabnya. Malah ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini, beliau memberi gambaran betapa 'ilmunya' berkaitan haiwan berkenaan kadangkala tidak terjangkau dek fikiran.

"Kalau awak nak tahu, lembu susu adalah haiwan yang sensitif dan tidak boleh tertekan. Kita perlu tunjukkan kasih sayang kepada haiwan itu kerana ia kaedah berkesan untuk lembu terbabit menghasilkan susu yang lebih banyak. "Lebih elok jika wanita menjaga haiwan itu. Di ladang saya, setakat ini dua wanita ditugaskan menjaga lembu dan ia ternyata berkesan dalam menghasilkan susu lebih banyak," katanya selamba.

Siapa sangka, di sebalik usia dan penampilan yang tampak lemah lembut, wanita bernama Norazean Abdul Aziz itu agresif dalam dunia perniagaan. Sebelum 'menguruskan' lembu, beliau terlebih dulu meraih kecemerlangan dalam bidang pelancongan.

Hanya dalam tempoh tiga tahun (2002 hingga 2005) menjalankan perniagaan pelancongan menerusi syarikat Prestige Platinum Vacation (PPV) (M) Sdn Bhd, beliau berupaya membeli bangunan sendiri yang dinamakan Wisma PPV di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada usia 27 tahun.

Daripada hanya menguruskan pakej pelancongan dalam negara, kini nama PPV bukan lagi asing sebagai sebuah syarikat pelancongan yang lengkap serba serbinya. Ada bas persiaran sendiri dan sebut apa saja khidmat berkaitan pelancongan tidak kira dalam atau luar negara, semuanya ada di PPV.

Selepas enam tahun meletakkan PPV pada kedudukan terbaik dan mempunyai prestij tersendiri, Norazean menubuhkan pula syarikat Prestige Dairy Farm (PDF) (M) Sdn Bhd yang mengkhusus kepada perniagaan memelihara lembu untuk menghasilkan produk tenusu dan daging.

Bagi Norazean atau lebih mesra dengan panggilan Azean, usahanya meneroka bidang berkenaan yang semestinya dianggap janggal bagi wanita, dijadikannya cabaran. Beliau sanggup mengetepikan rasa kurang selesa terhadap haiwan berkenaan kerana yakin dengan masa depan perniagaan dalam bidang itu.

"Dulu nak dekat dengan lembu susah juga sebab saya tak tahan baunya. Sekarang tiada masalah untuk saya berbuat demikian, malah saya sifatkan lembu juga seperti haiwan peliharaan lain yang perlu diberi kasih sayang dan dijaga dengan sempurna. "Dalam perniagaan ini suami banyak membantu, malah dialah pencetus kepada penubuhan syarikat ini. Kami bersama-sama merealisasikannya," katanya.

Kesungguhan Azean terhadap perniagaan itu terbukti dengan visi dan misinya. Beliau menyifatkan susu lembu umpama gula yang diperlukan dalam kehidupan setiap hari. "Susu sama saja macam gula. Daripada bayi hinggalah orang tua, semua minum susu dan terbukti susu mendapat permintaan yang sangat tinggi.

"Bukan setakat susu, macam-macam boleh dibuat dengan susu lembu, antaranya minyak sapi. Justeru, saya ambil peluang ini untuk memberi tumpuan dalam perniagaan berkenaan," katanya. Bermula dari 2008, PDF kini mempunyai lebih 500 ekor lembu susu jenis Friesian-Jersey diimport dari Australia, selain lembu daging yang ditempatkan di ladang Alifah, Kluang, Johor.

Dengan lebih 30 kakitangan dan peralatan pemprosesan susu canggih, PDF kini tersenarai sebagai pengeluar susu lembu kedua terbesar di negara ini. PDF turut membuka peluang kepada orang ramai bersama-sama menikmati faedah daripada permintaan tinggi susu lembu menerusi pakej diperkenalkan PDF.

Beli lembu daripada PDF dan terima hasil sehingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada jumlah pengeluaran susu lembu yang dibeli.Tidak perlu bersusah payah menguruskan lembu dimiliki kerana PDF akan menguruskan semua hal berkaitan, daripada menjaga, memberi makan, memerah susu hinggalah hal pemasarannya.

Setiap lembu dibeli akan diberi sijil dan Azean mengalu-alukan pemilik lembu hadir ke ladang PDF di Kulai Johor untuk melihat lembu mereka.Bagaikan terlalu mudah, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, Azean mampu mengecap kejayaan dan memang lumrah, kejayaan diperoleh mengundang pelbagai persepsi.

Bagi Azean, beliau sedia maklum, barangkali ada yang beranggapan beliau 'orang senang' menyebabkan mudah untuknya meraih kejayaan sesingkat itu. Namun hakikatnya Azean bukan dilahirkan di dalam 'mangkuk emas' yang memungkinkan beliau lebat dengan wang ringgit sehingga mampu melakukan apa saja. Ibu bapanya juga bukan orang berpengaruh sehingga mampu membantu memudahkan perjalanan perniagaannya.

"Bapa saya bekerja sebagai pemandu limosin dan ibu suri rumah. Mereka tidak mampu memberi kekayaan, tetapi yang masih terngiang-ngiang, ayah selalu kata dia hanya mampu memberi kasih sayang dan pendidikan terbaik untuk anaknya.

"Didikan, kasih sayang dan kesungguhan ibu dan ayah memberi saya pendidikan terbaik dijadikan dorongan serta semangat untuk saya merubah nasib keluarga pada masa depan," katanya.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, perjalanan untuk beliau mengecapi kejayaan seperti hari ini bukan mudah.

"Ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, saya melakukan kerja sampingan untuk mencari wang perbelanjaan dan pada masa sama menimba pengalaman. "Nak minta wang daripada orang tua, saya tak sanggup kerana tidak mahu menyusahkan mereka. "Saya bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran di sebuah syarikat pada sebelah petang dari jam 5 petang hingga 9 malam, manakala pada Sabtu dan Ahad saya bekerja dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

"Bohonglah saya katakan tidak penat dan tertekan... bila nak mengulangkaji, menyiapkan tugasan diberi pensyarah dan memberi tumpuan kepada pekerjaan. Apapun, saya kuatkan semangat dan teruskan sehingga tamat pengajian," katanya. Kesungguhan Azean berbaloi apabila terus diberi kepercayaan bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian hinggalah dilantik ke jawatan ketua bahagian pemasaran.

Bagaimanapun, kejayaan diperoleh menimbulkan iri hati pihak tertentu, menyebabkan beliau ditukarkan ke bahagian sumber manusia. "Kepakaran saya adalah bidang pemasaran. Apabila ditukarkan ke bahagian sumber manusia, untuk apa lagi saya bekerja di situ. Saya ambil keputusan berhenti kerja dan ketidakadilan itu membuatkan saya nekad untuk bekerja sendiri," katanya.

Azean memanfaatkan kepakarannya dalam bidang jualan dan pemasaran untuk menceburi bidang saham amanah. Tidak dilayan, terpaksa tebalkan muka dan dimarahi antara pengalaman yang lama kelamaan menjadi kebiasaan buatnya. Berbekalkan pengalaman berkenaan, Azean mencuba pula bidang pelancongan dengan membuka syarikat pelancongan kecil-kecilan dinamakan PPV. Buat permulaan, tumpuan diberi kepada pakej pelancongan dalam negara terlebih dulu.

"Ketika berhenti kerja dan buat saham amanah, adalah sedikit modal. Saya sewa kedai kecil dan mencari pelanggan sendiri. Memandangkan sudah biasa 'tebal muka', saya telefon hotel sendiri, jumpa pengurus hotel sendiri dan cari pelanggan sendiri. "Alhamdulillah, berkat pengalaman, dapatlah pelanggan dan tambah dua hingga tiga kakitangan untuk melicinkan urusan perniagaan," katanya.

Setahun kemudian, PPV mendapat lesen untuk menyediakan pakej pelancongan luar negara dan pencapaian PPV terus cemerlang dengan beroperasi di bangunan sendiri dan pertambahan pelanggan dari semasa ke semasa, dari individu hinggalah sektor korporat dan kerajaan. Bertemu jodoh dengan Mohd Helmi Ali pada usia 27 tahun, PPV terus megah dan perjalanan Azean terus ke puncak dengan penubuhan PDF.

Liku perjalanan Azean dalam menguruskan dua syarikat berkenaan turut dicemari episod duka ditipu kenalan sendiri. "Saya pernah beberapa kali ditipu sehingga rugi lebih RM200,000. Kenalan sendiri sanggup berbuat demikian selepas melihat kesungguhan saya untuk mencuba cabang perniagaan saya, "Tidak perlu saya mengulas lanjut kerana insiden itu mengecewakan saya. Ia pengalaman berharga untuk saya lebih berhati-hati," katanya.

Reda dengan apa yang berlaku, Azean tidak mahu pengalaman pahit itu melemahkan semangatnya. "Saya dan kakitangan umpama keluarga. Jika saya putus asa dan perniagaan tergugat gara-gara masalah tertentu, bagaimana nasib lebih 100 kakitangan saya.

"Sampai ke tahap ini saya tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri. Nasib kakitangan juga perlu diambil berat," katanya yang kini bahagia dengan tiga cahaya mata. Di akhir pertemuan, Azean memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan yang diperolehnya dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya selama ini.

"Selain keluarga, suami banyak menyumbang kepada kejayaan saya. Dia selalu memberi semangat dan berpesan supaya jangan terlalu berasa selesa dan leka," katanya.

- METRO AHAD

Sunday, March 14, 2010

Parut Si Anak Monyet

Tadi duduk bersandar-sandar dihujung katil. Berfikir-fikir. Erm..bukan berfikir..tapi mengelamun itu lebih tepat. Kosong. Hati mahu pulang ke kampung. Kakak cayang aku ada kat kampung. Tapi, aku penat. Serius penat. Penat badan. Penat otak. Penat hati jugak.

Dalam duk mengelamun tu..terpandang kaki aku sebelah kanan. Kaki tu ada parut panjang dari jari sampai ke buku lali.Parut tu aku dapat masa aku kecik lagi. Masa umur 4 atau 5 tahun. Aku tak ingat pulak umur sebenar aku masa tu.

Kesahnya, pada satu hari tu..aku duduk seat belakang basikal. Mak aku kayuh. Dulu-dulu..kalau nak ke Pekan Parit..kena naik bot menyeberang Sungai Perak. Zaman kecik dulu Abah tak rajin pun nak bawak aku jalan-jalan naik kereta pegi pekan. Kalau nak gi..gi dengan mak lar..naik basikal. Kalau kayuh basikal adalah dalam 20 minit ke setengah jam kut nak sampai kat tempat tunggu bot tu.

Nak dijadikan cerita..hari tu kakak aku tumpang abang anak jiran opah balik naik moto. Jadi, mak suruh aku duduk belakang. Oh, lupa nak cerita. Untuk pengetahuan, aku memang tak pernah duduk belakang kalau naik basikal. Tempat duduk rasmi aku adalah kat handle. HANDLE ok! Aku duduk kat tengah-tengah handle tu.

Masa hari kejadian tu...kaki aku termasuk dalam rim basikal (aku kan tak reti camne nak duduk belakang betul-betul). Tapi, yang ajaibnya..aku senyap je. Anak yang baik kan aku? Padahal kaki dah berpusing ikut rim tu berpusing. Sampai lar satu tahap, mak dah tak boleh kayuh basikal tu...dan mak berhenti nak tengok kenapa tayar tak boleh berpusing. Masa tu..mak terkejut giler lar tengok kaki anak dia dah tersangkut dalam rim basikal!!

Masa mak cuba keluarkan kaki aku dari rim tu..baru lar aku menangis..sebab dah rasa sakitnya. Dan..yang tragisnya..kaki dah tinggal daging jek..kulit dah takdo!  huhu

Balik rumah memang aku mengamuk-ngamuk dan meraung lar..sakit sangat-sangat. Sampai lori mainan yang aku baru beli kat pekan Parit tu pun rosak sebab kena campak. Haish..aku ingat lagi..lori tu kaler merah..huhu..

Kerana luka di kaki tu jugak..tiap-tiap hari aku kena pegi klinik..cuci luka...lama sangat aku dengan mak berulang ke klinik...sampai semua orang kat klinik dah kenal aku. Tapi, luka tu tak baik-baik pun..huhu..sampai lar ada sorang ni suruh mak bawak aku pegi klinik swasta jek. Tak payah cuci-cuci tiap hari. Memang pas gi klinik tu..baik lar luka aku..dan dapatlar cenderahatinya...yang buat aku terkenang kembali tadi...ye, PARUT.

Selepas kejadian tu..aku jadi trauma duduk belakang..jadi sampai besar (sampai darjah berapa ntah) aku duduk kat handle basikal. Dah jadik macam habit pulak.

Selalu kalau nak pegi skola agama..akan bertembung dengan Abah balik keje...dan Abah akan cakap ayat ni... 
"Anak monyet mane ni duduk atas handle basikal neh"

atau pun...Abah akan timang-timang dengan ayat ini

"Anak monyet oo..anak monyet"

Anak Monyet yang berparut dan trauma itu adalah saya ;)

Sekarang..kalau jumpa orang-orang kampung yang tua-tua tu..mesti dorang akan tanya kat mak..
"Ini ke yang kecik-kecik duduk atas handle basikal tuh, Leha?? Udoh beso ghopenyeee...."

Dan aku hanya mampu tersenyum...hahaha...sebenarnya MALU! Apeke peliknye aku ni...duduk kat handle! Nak pulak..pasal hal ini je orang kampung ingat tentang aku! Kuang3~


Nota bawahan 
*Keme rindu kenangan
*Janganlar heran sangat aku beli lori mainan..aku memang tak main anak patung masa kecik. Aku bukan budak pompuan tipikal..(cacat kot)

Friday, March 12, 2010

Balai Polis Hati

Mana ntah tuan doktor aku?

Hati aku dah giler cedera parah ni. Tak kisah lar doktor pakar hati ka..doktor biasa ja ka pun tak pa...'doktor' lain-lain yang rasa boleh ubat hati aku pun, silalah serah diri kat BALAI POLIS HATI.

Kecuali...

Doktor cucuk diri sendiri ek..takmo takmo...nehi-nehi!




Nota bawahan :
Hati saya cedera parah sebab eksiden dengan manushia-manushia (banyak ok).

Wednesday, March 10, 2010

Puas menangis....

......di dalam hati.


Kepada si penangkap gambar : saya suka & saya pinjam. Thanks!

Tuesday, March 9, 2010

bibir tak henti tersenyum tapi hati tak pula mahu berhenti dari menangis

Panjang kan tajuk. Ok, itu adalah cerita bagi entry ini. Sekian. Harap Maklum.

Tabah dan Positif

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup tabah dan paling positif dalam hidup. Tapi, sebenarnya tak pun. Kadang-kadang, bagi perkara-perkara yang terlalu mudah (yang sepatutnya kita sangat tabah untuk menghadapinya), kita boleh mengalirkan airmata.

Pilihan terakhir untuk menyabarkan hati adalah ayat biasa ini,

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Walaupun ayat itu sangat biasa, tapi itulah kenyataan yang harus kita terima. Inilah ayat yang paling mujarab.

Sunday, March 7, 2010

Aku nak apply!!

Tadi aku jumpa iklan ni...hahhaha...aku nak apply lar..kalau ikut mimpi, bakal suami aku tu doktor..wakaka ;p

Nampak gaya cam menepati syarat jek...hahahah *guling*guling* (oppss..tak sopan plak..ampun mak mertua!  ;p)

Misteri Pertemuan

Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Kita memang merancang itu dan ini. Tapi, selebihnya bukan kuasa kita.

Kita tahu...perempuan itu, pasangannya lelaki.

Kita tahu...perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah.

Tapi, adakah kita tahu apa yang kita tak tahu??

Haaa....itu yang kite tak tawuuu...;p

Adoi, pening sudey...

Apa yang kita akan lakukan apabila tiba suatu hari..seseorang melamar kita, sedangkan dia baru sahaja menikahi seorang perempuan lain tiga bulan yang lepas???

Perempuan yang dinikahi atas dasar 'keyakinannya kepada istikharahnya'. Tapi kemudiannya merasakan ia suatu keputusan yang salah! Oh Allah...jauhkanlah perkara sebegini terjadi pada diri aku.

Bila ini semua terjadi....kita akan mempersoalkannya..KENAPA??

Kenapa, baru kini dia sedar keputusan untuk berkahwin itu adalah tergesa-gesa dan silap?

Kenapa, baru kini dia sedar si isteri bukanlah soulmate yang dicari-carinya?

Kenapa, baru kini dia tidak yakin terhadap keputusannya?

Kenapa, baru kini...setelah 3 bulan (atau lebih tepat...tak sempat pun inai dijari hilang)??

Jadi...

Kepada lelaki itu..(Uh, tade plak lagu Lelaki Itu..kalau tak, leh nyanyikan untuk dia) ;

Harmonikanlah rumahtangga yang baru bertatih itu. Segarkan ia dengan bunga-bunga cinta kamu dan isteri. Kamu tahu dia isteri yang baik...janganlah kamu ambil kesempatan pula. Walau apapun alasannya...bahagiakan dia. Jangan kau KEJAR cinta kawanku lagi!! Sebelum...yang telah didakap terlepas...yang dikejar tak dapat...kamu yang berdarah luka dan berparut...!


Renung-renungkan...selamat beramal!


Nota bawahan 
Bukan aku yang dilamar tu ye...jangan nak speku..;p Jika aku berada di tempat si perempuan yang di lamar itu...aku pun mati akal.huhu..sabar ye kawan...

Saturday, March 6, 2010

Tak kesian pon..;p

Starting this week, ada sorang orang baru masuk kat site aku. Orang sub-con...tapi sehingga hari ini, yakni selepas 6 hari dia bekerja, sepatah haram pun aku tak bercakap dengan dia.

Kenapa?

1. Bila kita masuk tempat orang, kita kenalah tegur tuan rumah dulu kan? At least, perkenalkan diri. Tapi, malangnya dia takde pun buat macam tu.

2. Muka nak buat sombong.

3. Aku senyum...dia buat bodo jek!!!! (haha..yang ni yang paling aku geram sekali)

4. Aku taktau apa fungsi nya orang tu diletakkan kat site aku. Sebab pekerja sub-con tu dah ramai beno kat sini.

Dah macam kera sumbang dah aku nengok mamat tuh. Adoi, tak beramah-mesra langsung...Aku bukan suruh dia bercakap tak berenti..tapi, at least, tegur lar kami ni ha (kami-aku & mas-kan perempuan..pemalu..lelaki ar yang kena tegur dulu kan..kan?? ;p). Mula-mula ada hati gak nak tegur dia..tapi, tengok dia selalu buat muka sombong jek...aku pun jadi malas nak tegur...ngaahahaha...~


Ke-tidakpeduli-an aku pada orang tu pun disedari oleh encik projek manager aku.

"Eh..hangpa tak kesian ka kat dia tuh??"

Dengan laju dan penuh yakinnya aku jawab...

"Tak kesiannnn ponnnn" Sekali dengan pakej muncung mulut..;p


"Hahaha..pasai apa?Dah macam apa jak aku tengok dia tuh..."

"Saya senyum kat dia..dia taknak senyum balik..buat rugi senyum saya jak!"

"Aduii..tu ja?!" Sambil tepuk dahi...


hihi..;p





Nota bawahan :
Aku rasa memang tak sopan kut, kalau kita masuk/pergi tempat orang...tapi, kita tak jumpa dan perkenalkan diri pada tuan rumah. Kan??

Friday, March 5, 2010

Berlari dan terus berlari

Ema kata ini lagu tema aku...(suka suki jek iktiraf lagu tema aku...haha...tapi aku pun suke ;p). Cikendots~

Berlari by ToMok

Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu

Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu

Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu

Dia sengal

Sehari yang lepas dan sehari sebelumnya ( ;p ) aku duduk di ofis. Isi tender. Haish~

Sambil isi tender..aku dan ema mengimbau kenangan lampau. Jadi..sambil isi tender..sambil bergelak ketawa sampai keluar air mata.

Actually, kenangan yang kami imbau-imbaukan itu berkaitan dengan salah seorang bekas roomate kami masa final year dulu. Aduh...memang lawak dan kelakar. Banyak benda yang ex-roomate kami buat, adalah perkara-perkara yang lawak. Walaupun muka si dia itu kadang-kadang serius dan tak berperasaan..tapi..perlakuan si dia selalu mendatangkan situasi yang akan mendatangkan gelak ketawa kami.

Sebelum kami nak balik..kami telefon la si dia tu. Aduh..dia masih sama. Kalau tak buat lawak yang sengal tak sah.  Sampai asyik tergelak je sepanjang perbualan.

Haish~ rindu nak gelakkan dia...eh, shilap...rindu nak bergelak-ketawa bersama dia dan mereka.

TaPecayee..

Hakhakhakhak ;D

Uh, sangat tak sopan...mukadimah gelak cam hantu..hahaha ;p

Aku gelak sebab aku tapecaye aku cuma post 5 entry jek bulan lepas!! Wahhh....kagum tul aku pada diri sendiri.

wakaka ;p

Sebenarnya ada banyak benda nak cerita. Tapi semua nya kena peram jek. Rasa cam tak sesweii jek nak dikeluarkan. Nantilar...kalau aku rasa ia sesuai pada masa dan keadaan nya nanti..kan ku keluarkan segala cerita itu..

cikendott...;)