Monday, February 22, 2010

Jangan senyum!

"Haa..akak jangan senyum ye..serius! Akak senyum, akak siap!"


Erk?! Itu adalah amaran dari adik amik order kat kedai makan kat umah aku ni. Itu semalam punye citer...

Arini...dia warning lagi..

"Akak jangan la gelak-gelak...order je..tak payah lar gelak-gelak...serius.."

tak paham betul aku..

Mesti dia tu cair kut nengok senyuman aku...haha ;p (fine..keme memang perasan pun...wakakka ;p)



Nota bawahan :
Bulan lepas budak tu kata aku ganas! Aish..stalker ke ni??..haha (perasan lagi..;p)

Saturday, February 20, 2010

sekarang zaman apa?

Mak, sekarang kita hidup dalam zaman apa?

Ini soalan budak 6 tahun..

Ha3~ mak sila jawab dengan berhemah yek.











saya mahu ke Johor!
:: k h a i r u l m u n i r a h ::

Thursday, February 18, 2010

Februari : U r d best Batch

Pertamanya, nak ucap tahniah kat both Abdul Rahman from Batch 17 SERATAS. Dua-dua Abdul Rahman ni kawin pada hari yang sama, 14 Februari. Kebetulan yang comel..;)

Satu majlis di Parit Buntar, satu lagi di Bangi. Jadi aku pergi di Parit Buntar ajelar..dekat. Aku pergi dengan Aini, Yan dan adik Yan. Kami pegi agak awal..atas alasan tatau jalan, dan kirenye nak bajet masa tambahan untuk SESAT lar..hihi.

Bila sampai Parit Buntar, kami kebetulan berenti kat depan rumah orang kawin ni. Sebabnya nak telefon kawan-kawan yang lain...nak suruh amik kitorang kat situ. Rupa-rupanya...rumah itulah rumah Abdul Rahman @ Bedul!! Ngehehe..secara tak sengaja, kami lar orang yang paling awal sampai..;p

Lepas tu Ajeh dan Nazib pulak datang. Kami lepak dulu sebab nak 'masuk rumah' dengan kawan-kawan yang lain. 10 minit camtu, segerombolan kawan-kawan yang lain sampai. Dorang dah berkumpul kat pekan Parit Buntar sebelum tu.

Dann...diantara segerombolan itu..terselit Sir Rahim! Besh!Sweet!

Kenapa aku kata besh?Sweet? Sebab....segerombolan yang datang itu (yang lelakinya) majoritinya adalah bekas-bekas yakuza masa kat SERATAS dulu. Sir Rahim plak cekgu disiplin merangkap warden. Haa..kan pertembungan yang sweet. Dan masing-masing tak segan silu nak smoking depan Sir Rahim lepas makan..haha...

Aksi yang paling kelakar skali..bila saat Bedul nak berarak..adeke budak-budak lelaki ni leh pi kerumun...gelakkan Bedul ramai-ramai..haha...

Bedul..geng 'nakal'dorang yang pertama yang kawin...dorang pun giler hepi..;)

 Dengan pengantin

 
wit Sir Rahim
After kenduri kami ramai-ramai makan mee udang..eh mee bandung udang kat Ban Pecah. Besh! Konvoi banyak-banyak kete..=) Yang tak join cume Ajeh dan Karim jek..dorang kena balik awal.

 
Ban Pecah
Best Quotes ;

"Sudah-sudahlar tu merokoknye..kan dengan kawan-kawan ni" Sir Rahim tegur salah seorang budak lelaki yang sedang menyembang dengan kami (perempuan)..haha...

"Ya Allah..nakal tak habis-habis..." Sir Rahim kata bila tengok budak-budak lelaki pi tergah Bedul.

"U r the best batch!" Sir Rahim kata...;)

"Bagitau Norihan...kalau saya jumpa dia..saya nak luku kepala dia! Dia je yang saya tak jumpa lepas keluar sekolah" Ngehehe..jaga-jaga Ann..nanti kena luku dengan Sir Rahim.

"Ini Noraini Sabri..dulu dorang kenenkan abang dengan die..tapi takdak jodoh...jodoh, kita bersama.." Ayat Bedul (yang paling lawakkk) bila dia perkenalkan kawan-kawannya pada isteri dia.

"Ini kawan abang dari dalam perut lagi ni.." Bedul perkenalkan Pio pada isteri dan Pio buat muke giler terharuu...hahaha....(Pio + Bedul kawan dari sekolah rendah sampai masuk SERATAS pun skali)

"Jemputlar bulan 7 nanti..." Mail (yang sudah tinggi melangit)..next!

"Aku punye bulan 11 tau..nanti aku bagitau lain" Karim juga!

"Aku kawin bulan 1 haribulan sebelas 2011" Ketior pulak..errr..tapi, aku kurang nak percaya..hahaha (boleh tak taknak pecaye..;p)


NOTA :

1. Tahniah untuk Aini...sebab telah berjaya drive sehingga ke Negeri Kedah! wakakka ;p

2. Kami pusing roundabout sebanyak 2 kali sebab nak cari masjid..keh3~

3. Ada peristiwa kelakar telah berlaku kat masjid *wink*wink*

Tuesday, February 9, 2010

Marah ke Malu?

Semalam, aku ada bermesej-mesej dengan sahabatku di perantauan tu. Topiknya pasal perkahwinan (masa tu baru selesai entry sebelum ini..;p)

Antara petikan salah satu isi sms kami tu yang buat aku macam orang gilak gelak sorang-sorang dalam kereta (lepas tulis entry sebelum ini...aku terus pergi meronda kawasan ;p),

"gile kite ni.kite dah 25 tau. kalu lagi 10 tahun kite still macam ni..ak ingat nak ajak ko makan pokok bunga trus"

Har Har Har....

Kebetulan, pagi tadi Ema datang site. Jadi, isi sms ini pun terkeluar sama dalam perbualan kami.

Kemudian, kami berdua pergi lunch kat kedai feberet aku tuh. Kami lunch agak lewat..jadi kedai tu dah lengang dah.

Masa kitorang baru nak start suap nasi, tiba-tiba adalar 3 orang mamat (pakai pakaian seragam) ni datang duduk meja sebelah. Tapi, salah seorang ni gatai nak beramah-mesra pun. Nak duduk kat meja kitorang plak. Uh, aku tak angkat muka langsung. Ema jek layan.

Dan secara tak sengaja...sangat spontan masa tu..aku menjawab. Sebelum tu lelaki tu ada kata sesuatu.

Ngaa~ dan ini respon Ema,

"Memang patut ko kene makan pokok bunge!!"

"Hah? Apsal?" tak pueh ati aku..

"Yela, garang sangat! tibe-tibe je nak marah"

"Mane de aku marah.."

"Bistu yang muke ko sampai merah-merah tu kenape? Ke sebab malu?"


Oppssss...ngehehe


Hak Hak Hak...kesahnye....





Nota Bawahan :
* Masa aku menjawab tu, aku memang takda sebarang perasaan marah ke, malu ke..atau apa-apa aje. Neutral. aku pun tatau nape nak merah muke plak..ngee~

* Dari awal sampai dorang balik aku tak tengok pun muke dorang. Ahaks. keh3~

Monday, February 8, 2010

Perkahwinan

Perkahwinan itu sepatutnya menggembirakan bukan menyedihkan.




Kan?



Bila kawan baik nak kawin, kita pulak yang sedih. Naahh, padan muka! Dulu aku gelakkan Cinoi nanges sebab Stef kawin...!!

Aku bukan sedih apa..cuma mungkin aku tak bersedia lagi kut nak hilang antara kawan yang selalu aku humbankan masalah dengan masalah aku. Umpamanya kehilangan satu kaki meja. Kalau dulu meja ada 4 kaki, sekarang satu dah takde..tinggal tiga je lagi. Mestilah tak stabil rasanya kan? Itulah yang aku rasa.

Mungkin tempoh pertunangan dia yang lama tu buat aku tak menyediakan diri aku untuk kehilangan dia. Katanya, lambat lagi dia nak kawin sebab dia nekad nak melakukan sesuatu sebelum dia kawin..tuptuptupp..tau-tau dah nak kawin dalam masa yang terdekat ini (serius sangat dalam masa terdekat). Dan yang paling chantek tu..sampai sekarang...dia tak bagitau aku pun secara rasmi tentang majlis tu. Tau pun semua dari orang lain. Mm..



Nota bawahan :
Tengahari tadi aku kol dia, tapi dia sibuk..janjinya, dia nak kol balik...tapi...sampai sekarang (sudah malam ni)..mm...



wakaka..tiba-tiba plak nak sentap-sentap...paddiyaPPaaa la munirah!rubbish!