Thursday, January 28, 2010

Poket Doraemon

Hari 1

Enche A : Korang ade screw driver tak?

Cik K : Yang mane?yang berbunge?

Enche A : Tak..yang bese..nak baiki pintu neh..

Cik K : Oh..adee....


Hari 2

Enche A : Laa.. ni mana buleh gune paku..kene gune screw neh...

Cik K : Lerhh..kalau tak buleh gune paku..gune ajelar screw..ape masalahnyee...

Enche A : Masalahnye, saya tak bawa screw driver yang berbunge tuh!

Cik K :  Ish..small matter jek....(sambil bukak beg)...nah!

Enche A diam. Sambil pandang berkerut.

Cik K : Nape? (sambil angkat kening)

Enche A : Sume kamu ade ek? Kamu buat ape bawak segala macam screw driver neh dalam beg???

Cik K : (gelak) Ni ha..kan ada gune nye...

Hari 3

Enche A : Adoi...apa benda neh??! Laaarr..paku kat lantai! Korang saja nak buat naya kat saya ka??

Cik K : Ish..tak kuasa aih nak buat naya kat orang...

Enche A : Ni kena katuk nih..awatlar paku ni tersembui lagu nih niii....meh sini saya ketuk lar...ish hammer pulak takdak..ish..kalau mintak hammer pun bukan hang pa ada...

Cik M : Nak hammer ke?? Mintak kat K tu..dia ada...

Enche A serta merta kepala lipat 180 darjah pandang ke belakang...ke arah Cik K.

Cik K sengih sambil bukak drawer..

Cik K : Nah hammer...

Enche A : lerrrr....isshh ish ishh (geleng tak percaya). Apa lagi yang kamu ada bawak nih?? Playar ada??

Cik K : Adeee...hahahaha

Enche A tepuk dahi!

Dah macam POKET DORAEMON!

Mungkin bukan menjadi kebiasaan kut seorang perempuan ada segala macam benda macam tu. sigh.


 +++++++++++++++++++

Dulu masa zaman sekolah, pencil case aku selalu penuh. Semua ada. Pensil 2-3 batang, pen pelbagai color, pemadam, pembaris, sharpener, highlighter dan jugak gunting. Ngaa~ tak pernah dalam sejarah aku pencil case aku bersaiz kecik ;p


Selain sebab tak suka pinjam barang orang atau kena tunggu turn bila pinjam barang orang...pencil case yang penuh dan besar itu boleh dijadikan senjata..ahahahakk ;p


Senjata macam mana?? Dulu time kecik kan aku ganas + baran terlebey sikit. Especially dengan lelaki. Dulu, memang pantang betul kalau sape-sape LELAKI cari pasal dengan aku. Kalau PEREMPUAN cari pasal, aku relax je. Sape-sape yang berani cari pasal dengan aku...aku libas jek kepala dorang dengan pencil case aku...wakaka~






NOTA
Dulu ganas...sekarang..mm...lu pikiaQ lar sendirik..wakaka ;p

Wednesday, January 27, 2010

Tutur Katamu Vol.03

Jagalah tutur katamu sebelum ia menyakitkan hati orang lain. Sekian, harap maklum.









NOTA
Tutur kata itu maksudnya bercakap. Sebab bercakap itu direct kepada orang lain. Bila menulis macam ni (macam blog ni hak3~)..tak payah jaga sangat kut kecuali jangan menghina orang-orang besar dan juga orang-orang yang telah meninggal dunia. Nanti kena tangkap.(Tapi, memang kurang ajar betul kalau orang dah meninggal pun nak dikutuk)

Saturday, January 23, 2010

Tahajjud Cinta

Lirik Lagu Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padaMu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihMu
dalam tahajjud cinta bersujud

Friday, January 22, 2010

Fun & Fabulous


Hujung minggu lepas aku bersama mereka ini. (Eh, terlambat sudah ye? Dah nak kembali hujung minggu dah..hihi)


Tujuan utama kami keluar adalah untuk menghabiskan masa bersama-sama kerana En. Faizal Reza atau nama glemernye Badim Bin Badam akan meninggalkan bumi utara ini.

Jadi, program ini bermula di awal pagi. Oh, ada peristiwa lawak sarkas sebenarnya. Aku adalah orang yang paling perlu dan wajib untuk bergerak di awal pagi sebab aku yang paling jauh. Dan pagi itu dengan semangat yang penuh berkobar-kobar...aku pun bersiap-siap dan bergerak ke rumah Ema. Sebenarnya aku agak heran...apsal masa aku keluar rumah..suasananya sangat gelap. Umm..kufikirkan hari mungkin mau hujan..tu sebab gelap.

Sampai je rumah Ema, aku tengok jam kat kereta apsal macam awal semacam jek..berderauu darah aku! Aku tengok henpon yang setiap pagi menjadi alarm aku tu...err..awal sejam. Aku cek plak kat jam tangan, makkkkkk!!!! jam tangan aku sama sebijik seperti jam di kereta. Dan akhirnya aku gelak sorang-sorang..patut ar masa aku keluar tadi gelap jek!! Aku keluar rumah pukul 6.30 pagi rupanya..bukan 7.30 pagi seperti yang aku sangka!!!! derrrr.....baru aku teringat..semalamnya aku tukar sim kad..mesti aku silap masa set balik jam kat henpon tuh..huh!


Pumpampumpam bantai ayo mangga sedap Ema dan tengok tibi sambil tunggu dia bersiap pastu baru gerak amik Lee dan terus tuju Kulim nak amik Reza pulak. Tempat pertama yang kami nak tuju untuk sesi suka ria ini adalah Pulau Aman. Reza dah pergi sehari sebelum tu dengan housemate dia, tapi boleh pulak dia tak ingat jalan...sabo jela. Oleh kerana si Lee dah bisink kelaparan tu..kitorang singgah breakfast dulu kat kedai telur sedap hihi..Pastu baru gerak ke Pulau Aman.

Nak pegi Pulau Aman kena naik bot dari Batu Kawan. Dalam sepuluh minit lar naik bot. Tambang dia RM6 pegi-balik. Sampai je, kitorang pilih-pilih ketam dan udang lipan untuk masak stim. Kitorang makan kat kedai yang ramai orang tuh (ada satu kedai jek!) serta tak peramah langsung pekerjanya itu.huh!

Habis makan, kitorang blah cepat-cepat..ngehehe...sebab kitorang plan nak ke Bukit Merah..yehuuu! Sampai Bukit Merah pun dalam pukul 3 macam tu. Tapi, kitorang melawat kawasan dulu...bese ar..YB kan..hihi ;p Oleh kerana kitorang takde kelengkapan untuk bersuka ria kat waterworld..makanya, kitorang amik pakej Eco-combo..iaitu pakej ke Pulau Orang Utan, Ecopark dan Chairlift or Skycycle (pilih salah satu antara Chairlift or Skycycle..kitorang pilih Chairlift). RM30 pakej tu. Ngam-ngam jek kitorang beli, bot terakhir untuk ke Pulau Orang Utan pun sampai.

Memang besh ar layan Pulau Orang Utan...siap ada tadika orang utan tuuu..=) Pastu kitorang gi plak Ecopark. Lama jugak kat sini. Sebab kitorang ni spesel..siap ada guide ikut kitorang explain itu ini..hak3~ Lee ngan Reza sedap jek layan guide tu..Aku ni dah ar tergedik-gedik nak naik Chairlift tu..hehe

Kemudian, apa lagi..naik Chairlift ar...Chairlift ni lalu kt atas waterworld..ekeke..syioookkk tengok orang mandi hak3~

Sebelum balik kitorang makan dulu kat situ.

Masa balik, minyak kete plak nak abis..terpaksa ar ikut jalan biasa..;) On the way balik, Nabil plak mesej ajak jumpa..katanya ada hadiah untuk Reza.

Kitorang lepak plak kat Old Town Autocity Juru. Sebelum tu pi usha Porsche dan Forte kat showroom =). Gaya macam nak beli jek..ekeke ;p

Oh, hadiah Nabil tu adalah sebuah sesi fotoshot untuk kitorang dan sebuah album gambar di facebook Nabil dengan nama album adalah Badim Bin Badam..haha. Salah satu gambarnya adalah di atas itu.

Ahaks..penat gile dowh.Tapi, seronookkk sangat! =)



** Nabil tak ikut kitorang jalan-jalan siang hari tu sebab dia ada hal lain. 


Lepak Aje

Hari ini, satu hari di site, aku tak buat pape pun. Lepak aje. Sembang-sembang dengan Abang Sham, pengurus projek aku.

Terima kasih lar buat budak sebelah tu yang buat aku hangin satu badan pagi tadi. Kalau tak kerana aku hangin kat hamba Allah tu, mungkin aku tak dapat ilmu yang banyak dari Abang Sham. Terima kasih.

Kesahnya,

Pagi-pagi lagi sudah ada masalah di site. Biasa lar..miscomm & terlepas pandang (yeke??)...aku tengok jek. Sebab masalah tu aku dah remindkan orang yang sepatutnya semalam. Tapi bila tiada sebarang tindakan yang memuaskan hati dan ia pulak mendatangkan masalah hari ni...aku senyap je. Tak mau campur. Dan bila Abang Sham datang, benda tu settle dengan jayanya.

Masuk site opis, hamba Allah ni plak datang. Macam biasa, mestilah dengan gaya egoisnya. Dan juga langsi. Langsi?? Langsi tu kalau ikut bahasa aku dan teman-teman adalah kekuatan suara.

Dan selepas itu, dengan segala egois dan lagak hebatnya sudah cukup untuk buat aku naik hangin. Selepas hamba Allah tu blah dari bilik aku...aku terus sound kat YM! (ngehehe..site aku ada wi-fi tau..;p). Tapi, aku lagi jadi hangin...jadi aku  terus keluar dari bilik dan terbertembung dengan Abang Sham yang sedap duk hembus asap ;p

Aku pun terus amik port dekat Abang Sham (duduk atas meja sambil goyang-goyang kaki untuk meredakan hati yang panas..sangat tak sopan kan? Tak hedulik lar...).

Pastu apalagas..macam-macam cerita keluar. Seronok bersembang dengan orang yang banyak pengalaman ni. Dan dia membuatkan aku rasa sayang pada kerja aku dan betapa berharganya pekerjaan aku ni.

Sampai Abang Sham nak pegi solat Jumaat baru berenti. Pas dia balik, sambung lagi..haha..;p

Yeah! I Love My Job!!

Thursday, January 21, 2010

Aku Nak Kerja Kerajaan!

Tak boleh blah punya title entry ;p Aku tulis tu mestilah ada kesah yang terselit di sebaliknya. Ceewah ;p

Kesahnya begini,

Tengahari tadi, aku tertengok slip gaji sorang orang kerajaan ni. Ok, fine! Aku tipu. Aku bukan tertengok, tapi memang dengan niat untuk tengok dan telek (sampai kecik mata dan terteleng-teleng kepala aku tengok sebab tulisannya tak clear).

Basic gaji RM780 je. Aku agak maybe dia kerani je kot. Tambah campur tolak elaun segala-bagai, gaji dia jadi RM1,028  (kalau tak salah ingatan la). Derrr...kerani jek tuh. Gaji dah RM1k...tambah beberapa ratus dah sama dengan gaji aku sekarang!!! INI TAK ADILLLLL! (oppss..terEmo pulak..ngehehe ;p)

Cuba kalau orang yang cam aku, maksud aku yang ada degree masuk kerja kerajaan...huh..lumayan deh!

Cuba bayangkan...(aku nak ajak anda semua berburuk sangka...haha), Kerja tak seberapa...tapi gaji buleh plak nak sama dengan aku. isk isk iskkkk..sedihnyeee..huhu

Kerja tak seberapa maksud aku tu...kalau dorang tu kerja seperti yang aku penah nampak kat depan mata kepala idung mulut aku sendiri lar. Kalau betul-betul rajin dan mesra rakyat, tahniah lar...Maklumlah, lain orang, lain caranya kan? ;)

Oleh yang demikian, aku wajib masuk kerja kerajaan. Sebab?

Sebab...tabung impian aku ada TIGA+ tabung roadtax! Haishh...

Oleh yang demikian (eh, repeat dua kali plak..ni Cikgu Hasina marah kang..;p), anda-anda sekalian silalah tolong dan bantu'in saya untuk merealisasikan tabung impian saya!

v0te for tabung impian Munirah!!  ;)

Kerjasama dan jasa baik anda amatlah diharapkan serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Gigi

Aku sakit gigi..eh, sakit gusi kot. Ha, yela..gigi itu menyebabkan gusi sakit. Jadi, sakit gusi lar kan???

Ape-ape je la ek..

Gigi paling belakang aku (err..gigi geraham ke ek??ekeke ;p) baru nak tumbuh. Jadi sakit. Sakit larrrr....!

Orang kata, kalau gigi ni nak tumbuh, sakitnya sampai leh demam-demam. Tapi, setakat ni aku takdelar sampai demam. Cuma selsema jek. Eheh...untuk aku, dah tukar kut. Pakej sakitnya beserta selsema, bukan demam ;p

Adoi...

Oh Omak..mintak cewinggit...nak beli obattt...

Saturday, January 16, 2010

Engraved in my heart

If your name was written in the sky, wind blows it away.
If written on the beach, waves wash it away.
But if your name is engraved in my heart, nothing can touch it.

Muahahaha..so touching my dear. Thanks!

(apsal eh ko jiwang pepagi tadi ye sahabat?? PMS ka?? eh, shilap..kalau PMS marah-marah lar...kuang3~)

Belakang Buku Sekolah

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan



Masa kat sekolah, buku sekolah ada tulis ni...
Apa ni??
RUKUN NEGARA lar

Tapi kan....
Kenapa masa kat universiti...buku-buku rujukan takde pun tulis RUKUN NEGARA yek?

Muahaha...patutlah ramai yang dah tak sayang negara lepas masuk u...

LaLaLaaa~~~

Tapi kan...

Masa kecik dulu kita tau ke apekebendenye rukun negara tu yek? (ishhh...aku tak ingat perasaan tentang rukun negara ni..sama ada aku paham ke tak masa kecik dulu)

Friday, January 15, 2010

Rindu Adam

Aku rindu Adam!!


*blushing*

Manelar suami aku ni tak balik-balik koje lagi neh...

Oppss..terlebey sudaa~ ;p


Ni gambo masa hari kitorang menikah ;p


Hak Hak Hakkkkk....;p

Lahir dan terus berlari

Kadang-kadang terfikir dengan statement orang-orang tua yang perasan mereka sangat pandai. Oh, silap...perasan mereka sangat berpengalaman.

Kata mereka ,

Kami mahu yang bekerja di sini, orang-orang yang ada pengalaman kerja sahaja. 

Lagi kata mereka,

Sebab takde pengalaman lar, projek ini banyak masalah. 

Dan, aku tertanya-tanya....

Adakah mereka dulu lahir-lahir je ke dunia, celik mata je terus berjalan dan bekerja dan tiba-tiba je ada pengalaman????

Jadi, kesimpulan dari aku secara on the spot ketika itu,

Oh, orang tua ni dah nyanyuk..baik tak payah layan cakap dia ni. (dalam hati, heshhh..mana lar Jabatan Kebajikan Masyarakat ni...orang tua nyanyuk ni, hantarkan aje ke Rumah Orang Tua).

Pelik kan...orang-orang yang melalak-lalak cakap pasal pengalaman ni. Poyo yang amat-sangat-tak-boleh-blah.

Kut ye nak cakap orang lain takde pengalaman...tak payah lar cakap direct dengan nada yang sangat poyo dan perasan bagus (eh, bukan same ke maksudnye dengan poyo..haha).

Cubalah berhikmah sikit. Kata so-called 'orang berpengalaman' takkan nak cakap beradab dan bersopan santun takde pengalaman kut...alalalaaa~~ sesaje nak tunjuk poyo lar tuuu ~

Hai, manushia manushiaa....

Ada sesetengah orang, mereka mempunyai mentaliti menghukum. Mereka sahaja yang  betul. Dan mereka kedekut dengan ilmu mereka. Orang yang salah itu, tidak pernah pun mereka tunjukkan jalan dan ajarkan bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang mereka kecohkan itu.

Dan kebanyakan mereka yang berkelakuan begini adalah mereka yang sempit. Hati dan akalnya. Selain itu, mereka juga mempunyai mentaliti yang ini "Aku dulu pun kena macam ko masa mula-mula kerja, jadi sekarang ko pandai-pandai sendiri larr..."

Dan juga, of course, mereka adalah POYO.





Nota :
-Dont worry be happy...bukan aku yang dipertikaikan tahap pengalaman dengan begitu teruk tu. Orang lain. Aku hanya menyaksikan kejadian itu sahaja. Dan aku cuma tumpang berfikir je kat sini.

Terus Terang Aje la...Ecece

Lame tak menulis..(eh, yeke?ngehehe ;p)

Aku ada benda nak tulis. Dah lama dah aku pikir benda ni. Cuma, takut gak, kene serang kang..muahaha. Ah, tak kesah lar...blog aku.. 

sukatiakularnaktulispapepunkalaukorangtakpuashatikorangwatlarblogsendiridankutukjeakukatsituakutakheranpon.
Hah, hambik ko..panjang tuh.

Begini ceritanya,

Jika mahu X-TRAIL..tulis saja mahu X-TRAIL. Kalau mahu MURANO, tulis saja MURANO. Tak payah lar tulis nak 4WD 2.0 cc nanti orang quote harga sikit pulak.

Kalau mahu henpon RM3K..tulis saja kat situ. Tak payah lar orang quote harga.

Kalau mahu laptop RM4k, tak payah lar suruh orang quote harga untuk desktop.

Lain kali, tak payah tulis 'or equivalent' kalau hajat di hati TIDAK mahu pun membenarkan 'or equivalent' itu.

Kalau rasa tak nak ambil tanggungjawab atas segala keputusan, tak payah lar pegang jawatan tinggi-tinggi atau pangku jawatan. Takut kalau silap tandatangan nanti kena transfer ke hulu yeaaaa?? *wink*wink*

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan....

ANDA PUN BANYAK ALASAN KAN, KENAPA DAN MENGAPA ANDA BUAT BEGITU DAN BEGINI,

JADI, APA MASALAHNYA KALAU ORANG LAIN PUN PUNYA ALASAN ITU DAN INI?? Apa yang anda nak kecoh-kecohkan, sedangkan anda pun sama je daaaaa....hanya kerana anda so-called 'kuasa tertinggi', anda nak POYO?

Tuan-tuan dan puan-puan...inilah yang dinamakan Kepimpinan Melalui Tauladan...ekeke ;p

Bak kate tok, macam ketam nak ajar anak berjalan straight (eceh, pandai tok cakap omputih).

Eh, betul ke perumpamaan aku tuh?? kah kah kah...;p

Naa Naa Naa....~~~

LaLaaLaaa~~

(ntah apa motif aku bernyanyi-nyanyian tuh..hehe..)




Pesanan terakhir :
Ubahlar mentaliti tu. Jangan poyo sangat.

Sunday, January 10, 2010

Hijrah


Jom kita berhijrah!


Azam terbesar dan sangat kritikal untuk tahun ni.

MENGUBAH SIKAP


Sikap apa?

haaa..itu yang kite tak tawuuuu....!

Kata seseorang, sikap mempengaruhi 70% diri kita.

Jadi, aku dengan ini, sangat terdesak untuk mengubah sikap aku 'yang satu' tu.

Kenapa aku terdesak?

Sebabnya, aku yakin...jika sikap 'yang satu' tu dapat diubah, InsyaAllah..banyak perkara (maksudnya impian lerr) dapat dicapai.

Friday, January 8, 2010

LiFe #3

Che Mat dan Cik Ah berjumpa di Tesco. Che Mat janji nak belanja Cik Ah pizza. Che Ah pun cakap lar nak makan pizza yang kat Tesco tu...

Setelah mereka berjumpa, mereka pun masuklah ke dalam Pizza Hut..

Che Mat : Suke ye pegi Tesco. (sebelum perjumpaan itu, Cik Ah pernah bercerita dia pegi Tesco...kemudian pegi Tesco lagi dan lagi lagi...)

Cik Ah : A'ah (sambil tersenyum lebar)

Che Mat : Kenape? Murah?

Cik Ah : (senyum sambil geleng) Sebab saya ada kad Tesco.

Che Mat : Huh? Kalau ada kad Giant, pegi Giant je la??

Cik Ah : Yup!

Che Mat : Kalau ada kad Jusco, pegi Jusco je la??

Cik Ah : Yess..tepat sekali...kalau saya ada kad Pizza pun, saya pegi Pizza jek..(muka paling confident). Ni sebab takde kad Pizza Hut lar saya nak suruh orang belanja nih..

Che Mat : (terkejut dengan riak yang sangat ingin tahu) Pizza dah ada kad ye sekarang?

Cik Ah : Tadee...(menjawab dengan laju dan bermuka selamba yang sangat confident)

Che Mat : Huh!!&%$$$##@!!H*

**Moral of the story : 
Confident itu Penting

Saturday, January 2, 2010

Kekaseh


1 tahun, 3 bulan bersama menabur bakti dari selatan ke timur terus ke utara ;)
Jasamu Dikenang.

Terima kasih.
*wink*wink*




 :: in memory ::

Tutur katamu Vol.02

Kadang-kadang, pelik tengok sesetengah orang.

Yang ini salah, yang itu salah. Buat begini tak betul. Buat begitu pun tak betul. Habis, apa yang betulnya??

Skeptikal dan stereotaip yang mewujudkan satu stigma aneh?

Kadang-kadang...kalau boleh, setiap apa yang orang lain buat mahu dikomen dan diulas orang mereka. Dan ulasan serta komen itu semuanya yang negatif pulak tu. Asyik bersangka buruk saja. Tak bolehkah seminit dua, mereka berfikir positif tentang orang lain?

**negatif dan buruk sangka itu merujuk kepada perbuatan orang 'yang dikata' itu tanpa dilihat. Lebih tepat membuat andaian tanpa mengetahui hujung pangkal. Kecuali lar..buruk dan negatif seseorang itu memang jelas dilihat oleh mata kepala anda sendiri.

Kadang-kadang terfikir, adakah dengan berfikir negatif atau berburuk sangka kepada orang lain, ia memberikan suatu kepuasan kepada mereka?

Atau, mungkinkah mereka mahu dilihat hebat, kerana dapat menganalisis seseorang itu hanya pada gambaran luaran sahaja...dan seterusnya mewujudkan satu propaganda atau topik/bualan hangat dikalangan orang lain?

Bila berada dikalangan orang-orang yang negatif dengan kekuatan suara yang hebat, nampak seperti orang yang positif itu yang salah.





over and outofservice.