Monday, December 13, 2010

Minggu Terakhir

Minggu terakhir memakai topi itu.





pssst : masih pakai tshirt sponsor...Pambantu Minggu Haluan Siswa UTHM..hahaha ;p



Nota Bawahan-yang-panjang :
Ahha..ada orang terganggu nampaknya dengan entry-entry positif-skala poyo paling baik (dia cakap macam tu kat aku) aku tuh. Entry tu bukan nak cakap aku baik orangnya. Tujuan utama adalah untuk mengingatkan diri aku. Kemudian baru jatuh hukum nak peringat kat orang lain ;p Kalau tak suka..tak payah peduli la. Yang nak sakit hati pehal?hihi...

Kenapa aku tulis? Sebab, aku sangat percaya..setiap sesuatu itu, jika ditulis, ia akan melekat dengan lama dalam otak. Macam kita menulis setiap impian yang kita inginkan..impian tu kita kena tulis. Aku pernah baca, kebanyakan orang yang berjaya mencapai impian dia...sebelum itu dia pernah menulis apa yang dia inginkan. Kalau boleh, ditampal di mana-mana supaya boleh di baca dan secara sengajanya (hehehe) akan meningkatkan usaha kita untuk mencapai impian tersebut.

Oleh yang demikian, ditegaskan di sini segala entry yang bersifat positif dan motivasi tuh (gagagaga~ ;p) memang ditujukan khas untuk diri aku in first place.

Hahaha..kiranya ada 1 bahagian dalam diri aku yang aku lantik jadik pakar motivasi untuk diri aku sendiri. lol...macam split personality jek pulak..wakakakka..nehi nehiiiii!

Sunday, December 12, 2010

Kalau Hari Ini...

Kalau hari ini kita lihat dia muka pecah rumah. Ntah-ntah esok lusa, dia lah yang paling hensem seantero dunia.

Kalau hari ini kita lihat dia bertanduk empat. Mungkin esok lusa, dia lah yang paling kusyuk dan tawadduk, pengimarah masjid.


Kalau hari ini kita lihat dia lah yang paling selebet. Siapa tahu esok lusa, dia lah yang paling cantik bak bidadari.


Kalau hari ini kita lihat dia gemuk. Ntah-ntah esok lusa, dia lah yang paling ramping pinggang bak kerengga.


Kalau hari ini dia dapat nombor terakhir dalam kelas. Mungkin esok lusa, langkah dia lagi panjang sehingga ke seberang laut.

Ok, sebenarnya nak bagitau...dalam hidup ni, jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan sesekali kita ajar anak-anak..erm uhuk...anak-anak saudara kita untuk memandang rendah pada orang lain. Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata, telan je la...

Memetik kata-kata si dia... "kita hanya sedar benda ni..bila kita dah besar. Kenapa masa kita kecil, takde sape pun nak peringat kat kita?"

Oleh yang demikian, jangan lah kita lupa untuk memperingati 'warga-warga kecil' di sekeliling kita supaya jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.

Friday, December 10, 2010

Selesai

Merujuk entry di bawah. Sudah selesai apa yang mau diselesaikan. Alhamdulillah. Berpoloh-poloh jugak la tadi mencari Pesuruhjaya Sumpah..;p

Cuma tinggal beberapa perkara je sebelum aku meninggalkan negeri ini...

1. Renew roadtax
2. Ambil medical report
3. Servis kete (claim oh claim..masuk cepat!!)
4. SERANG Celcom berukban! huh!

Dah. Nak crite lain pulak. 7hb lepas..bersamaan 1 Muharram 1432H, kawan se-double decker aku yang sangat baik masa Form 5 kat Seratas telah kawin..;) Moga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ini kami yang datang...yang takde kat gambar Fatimah & Nad..yang datang lepas kami balik tetau la plak..

pantas!

banyaknya benda nak kena settle. dah. cukup. ini namanya entry ala-ala status facebook.hahaha

Saturday, December 4, 2010

Ambil Berat laaa...

Perbualan seorang mak saudara & anak saudara berumur 6 tahun.

Ika : Maksu..ika dapat masuk kelas 1 Merah nanti...

(1 Merah kelas kat sekolah rendah tahun depan)

Maksu : Oo yeke...ramai kawan ika kat kelas tu?

Ika : Takde la...semua masuk kelas lain-lain...

Maksu : Oo..kesian ika takde kawan. Ika masuk sekolahnye bile?

Ika : Ntah..tatawu la...

Maksu : Kenape tatawu? Cikgu tak cakap ke??

Ika : Cikgu memang la tak cakap...cikgu hantar surat je la!

Maksu : ERK??!! Err..mana la maksu tau cikgu hantar surat..ingatkan cikgu cakapppp.... 

Maksu layankan aje anak saudara sorang neh.

Ika : Makssuuuuuu....pasni tolong la amik berat sikit pasal ika!!

Maksu : ERKKK!!! (kebab00ooomm...kena lagi!!!)...Ok..ok..pasni maksu amik berat pasal ika eh...

Anak Saudara dan Maksunya.

Zon Fikir : Kenapa Tidak Aku?

Kadang-kadang kita selalu mempersoalkan kenapa itu kenapa ini. Walaupun kita sedar, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Cuma, hati kadang-kadang nakal...membentak-bentak untuk mempersoalkan itu ini yang bukan bidang kuasa kita. Sudah..sudah..jangan bangau-kan hati!

Hati tu kan sebahagian dari kamu! Sudah terang lagi bersuluh...hati adalah salah satu organ terpenting dalam struktur badan manusia. Malah, hati bukan sahaja mempunyai fungsi untuk melengkapkan sistem biologi tetapi juga emosi dan psikologi.

Kadang-kadang kita bertanya....

Kenapa tidak aku yang jadi bos...?
....mungkin jika kamu jadi bos sekarang, kamu lagi teruk daripada bos kamu sekarang.

Kenapa tidak aku cantik bak supermodel...?
....mungkin jika kamu cantik bak supermodel, kamulah orang yang paling tidak menutup aurat di muka bumi ini.

Kenapa tidak aku yang jadik kaya bak Bill Gates...?
...mungkin jika kamu kaya sekarang, kamu adalah orang yang paling kedekut dan paling sombong di muka bumi ni.

Kenapa tidak aku kahwin awal seperti kawan-kawanku yang lain...?
....mungkin jika kamu kahwin awal, kamu tidak mampu pun untuk memikul beban tanggungjawab perkahwinan itu.

Kenapa tidak aku yang berkahwin dengan si hensem itu...?
...mungkin jika kamu kahwin dengan si hensem itu, kamu asyik akan makan hati jek..sebab banyak sangat wanita-wanita bak model yang mengorat suami kamu yang hensem itu.

Setiap apa yang berlaku, pasti ada pro dan kontranya. Perkara yang paling penting yang patut kita buat jika sesuatu berlaku adalah berfikir. Bermuhasabah. Bukan asyik merungut itu ini..kenapa tidak aku? Sekurang-kurangnya, kita kena bersyukur...musibah dan kekurangan yang kita dapat serta hadapi itu sebenarnya bukan sesusah mana jika dibandingkan dengan orang lain yang mungkin lebih getir perjalanan hidupnya.

Peliknya, ketika kita sedang bahagia, sedang bersenang lenang diulit keindahan dunia....tak pulak kita persoalkan kenapa aku bahagia? Kenapa aku banyak duit? Kenapa aku cantik?

Kenapa bila tiba perkara yang buruk, negatif atau yang tak kita senangi berlaku dalam hidup kita, kita pantas menyoal kenapa mesti aku?

Tuesday, November 30, 2010

Aidil Zafuan..eh, Aidiladha la ;p

Ikut hati, sejurus selepas pulang dari sana, terus mau tulis. Tapi, waktu sangat dikekang. Huahuaa..padan muka cuti lama sangat...banyak kerja menanti untuk di-settle-kan. Setakat nak tulis entry pendek dan laju macam entry sebelum ni, boleh la nak curik-curik tulis. Hahaha..bajet cam nak tulis banyak jek. lol.

Hari raya Aidiladha yang lepas sangat la lama aku cuti. Dari hari Rabu sampai Selasa. Sepatutnya sampai Isnin..tapi Selasa ter-mc. ;p

Raya Aidiladha neh macam raya puasa pulak. Sakan berjalan...yang paling bestnya tu sebab ke-sakan-an itu melibatkan geng-geng zaman sekolah rendah. Eheh..gileee lama memang tak pegi rumah masing-masing.

Semuanya tak dirancang..pegi rumah dorang, pastu angkut dorang pegi rumah orang lain. Mula-mula Ita amik aku kat rumah, pastu baru gi umah dorang. Pegi rumah semua orang semuanya main terjah jek...hehe...;p masing-masing comot jek..pastu kena paksa siap lawa-lawa sebab nak gi terjah rumah orang lain. Hasilnya..dari aku dan Ita jek..kami angkut sekali Idah, Ain, Ina & Syata...ke destinasi terakhir rumah Anil & baby boy di Lambor...;p

Bakal pengantin, si Ita tu slumber jek jalan-jalan sampai malam..lagi 2 hari jek nak nikah ;p

19/11/2010 ~ Selamatlah Fazlita menjadi isteri Abu Bakar. Dan...oleh kerana kami ahli rombongan masa hari raya tu semua tak boleh datang esoknya. Makanya, semuanya datang malam nikah..;p


20/11/2010
Masa untuk bersama geng bas sekolah pulak!!hehe..bukan..bukannn...ini adalah Geng Basikal di Universiti!!

Naik bas gi KL. Pastu Jue & Cha amik kat Bukit Jalil kemudian amik Intan gerak ke kenduri Dai. Rombongan yang sepatutnya ramai...akhirnya tinggal kami berempat je. Petang baru gerak ke Rompin, sempat la jugak jalan-jalan kat Jusco cari hadiah untuk Awal..hihi.

Malam - Rasa macam kena khianat jek dengan Awal...haha..sebab dia kasi kitorang chalet yang hujung sekali, tepi stor basikal....yang err...horror gile! Sebagai dendanya, Awal kena belanja kami makan malam tu..ngehee..takde motif. haha..Pengantin lelaki disamping 4 wanita..auwww...ini bukan parti bujang hokee...haha ;p parti mengepaw pengantin jek lol.

Kenduri Daiyana

21/11/2010
Pagi breakfast kat pekan Rompin, kemudian pergi jalan-jalan cari pantai. Photoshoot lerh..;p On the way ke pantai tu ada la seekor civic hitam ni nyempit kat sebelah. Huh..ingatkan ada orang nak ngorat i..ghopenye si pengantin lelaki-yang-otw-nak-g-bermekap. Buang karan betul..rugi jek i malu-malu...;p


 Antara Hasil Photoshoot..;p

Pukul 2 baru pegi rumah pengantin. Tu pun sempat la Yani buat lawatan sambil belajar ke chalet kitorang..kes tak tahan nak tunggu kitorang datang. haha ;p
 Kenduri Awal

Dalam pukul 4 balik KL konvoi dengan Amar...dan JEM! sampai Bukit Jalil nak pukul 10 terus amik bas balik Ipoh pukul 10.30 ;)



Moral of the story
1. Berjumpa kawan-kawan memang seronok.
2. Perpisahan memang me-nyebak-kan

Sekian.



Laporan disediakan oleh ;
Bukan JAJA..hahahaha ;p

Thursday, November 25, 2010

Hati Untuk Dicloroxkan

Kadang-kadang orang selalu terasa dengan kita untuk perkara yang kecil. Perkara yang besar lagi la kuat terasa nye kan.

Terasa tu apa? Ala...perasaan tergeget dek semut hitam di hati kita tu...

Perasaan terasa mereka itu seolah-olah itulah kesalahan terbeEEeesar kita kepada mereka. Sampai mereka lupa atau pura-pura lupa yang sebenarnya, mereka tu dah banyak kali gila-gila kali darab tambah campur menyakitkan hati kita. Takde tolak atau bahagi pun langsung!

Tapi, hairannya, kenapa kita tak ambil peluang untuk terasa? Rugi kan?

Sebab, bila kita terasa, mereka akan cop kita sebagai "Sensitif tak bertempat", "Kaki baran"..atau mungkin mereka akan kata "eleeh..nak gurau sikit pun tak buleeehh", "Hek eleh..itu pun nak marahhh" atau "Ala..ko kan baikk...." (cubaan untuk mengipas).

Mereka pun kadang-kadang boleh terasa jika kita ini dirasakan tidak mengambil berat akan hal mereka. Sedangkan...adakah mereka mengira dengan sempoa mahupun kalkulator saintifik..berapa kali kah mereka mengambil tahu hal kita? Berapa kali kah mereka memberi peluang untuk kita meluahkan masalah kita? Berapa kali kah mereka pernah mendengar keluh kesah kita? Berapa kali kah mereka membalas sms kita di saat kita memerlukan mereka? Berapa kali kah mereka akan ingat kita di saat mereka berada 'di atas'?

Jangan suruh Buntong Kali yang kira...sebab dia pandai kira pistol & duit aje. Sigh.

Kadang-kadang...mereka ingat kita ni tak teringin ke nak hempas kepala mereka bila mereka suka suki sergah kita gaya meroyan kat tepi telinga kita masa kita tengak khusyuk buat kerja atau tengah feeling tengok telenovela venuzuela??!!?

Agaknya mereka nak kita MATI kot sakit jantung. Huh, kalau aku mati sebab sakit jantung akibat sergahan mereka itu, jangan harap pastu korang nak hidup aman damai. Ke hulu ke hilir aku ngekor korang...Ada brannnn?

Kadang-kadang...mereka ingat kita ni tak teringin ke nak rendam kepala mereka dalam Laut Pasifik bila mereka sedap mulut jek cakap itu ini dan kuat nak mampus gaya macam sorang duduk kutub utara, sorang kat kutub selatan kena guna pembesar suara sebesar bola sepak yang dijemaahkan sebanyak 150 juta!

Kadang-kadang..mereka ingat kita ni tak teringin ke nak pijak-pijak perut boncit mereka bilamana kita nak bercerita masalah kita, dia cross sana sini nak cerita pasal hal dia sampai last-last kita kena jadik kaunselor tak bertauliah?!!?

Tapi...walau macam mana pun kita teringin nak membunuh secara tragik dan kejam mereka itu...sehingga ke hari ini..mereka masih hidup!

Persoalannya di sini...patut atau tak mereka ini dibiarkan.

1. Dibiarkan -
    pijak kepala kita kemudian hari. Kita merana jiwa sorang-sorang

2. Tak dibiarkan a.k.a pangkah habis-habisan -
    ????? mungkin akan hilang kawan. Mungkin...erm..ermm...pikiaq ah sendirik.

Jadi..tepuk dada..tanya Iman.

Sabar...sabar....


Akhir Kalam,
FORGIVE your enemy..but NEVER forget their NAMES! ~ JFK

Lalalaaaalalaaaa~

Gembira Sungguh Hati Ini Dapat Melihat Si Dia Bergelak Ketawa

...dah, tade nak citer apa lagi.

Semua dah tulis kat tajuk atas. Sekian.

Larut.

Mission accomplished. 

Happy.

Tuesday, November 16, 2010

Offline Again!

Tidak akan online dalam jangka masa yang lama.

Selamat hari Raya Aidil adha. ;)

Monday, November 15, 2010

Luar Lain Dalam Lain

Dulu macam dah pernah tulis. Soal kenapa dulu lain sekarang lain. Eheh..macam lirik lagu err...Tan Sri SM Salim kot. ngeHee.

Orang kata, selagi belum sampai usia perkahwinan 5 tahun, jangan harap la ko betul-betul kenal pasangan ko.Yang lagi tragik, orang kata la...setiap 5 tahun tu la akan ada 1 ujian besau yang akan melanda perhubungan tersebut. Duh!!

Setiap saat dalam suatu perhubungan itu adalah satu sesi perkenalan sebenarnya. Sedangkan ibu yang mengandungkan anak itu pun tak kan dapat kenal anak dia tu 100%. Yang lagi haruuunya, anak tu sendiri pun tak berapa nak kenal diri mereka sendiri!

Jadi sebenarnya, ice-breaking ni takkan pernah habis punya!

Pernah dengar tak, ada sesetengah pasangan ni..mula-mula kenal gaduh sakan, kemudian berchenta bagai nak rak, kahwin terus. Dari mata turun ke hati gitu. Bila dah lama-lama kenal, ada pulak perasaan tetttt terus terpikat dan kahwin pulak tu. Ada jugak yang sebaliknya. Mula-mula i sayang u, u sayang i, pastu semua benda melayang.

Ada sesetengah pasangan, masa berkawan lain pe'elnya..tiba-tiba bila dah couple..oopocot mak kauuu!! lain pulak perangainya..ternganga la kita. Adui...Kalau tengah couple boleh la mintak putus, kalau dah kahwin? Redha je la. Nak cerai? Na'uzubillah. Bergegar arasy.

Haa..masa ini la kemahiran (erk, macam selalu sangat aku guna ayat permulaan ni) berkomunikasi dan give & take nak menunjukkan kehebatan mereka.

Habis la...pasni ramai la amik course komunikasi...kuikuikui ;p

Tapi kan...kalau kita cintakan seseorang itu kerana Allah, insyaAllah semuanya dipermudahkan. Ye dak?

Ceh, cakap macam orang dah kawin plak...;p


Apa-apa pun, tepuk dada tanya IMAN! ;)





 Posisi asik nak sama jek.hahaha..takde variasi langsung! lol


Nota bawahan :
Malam Sabtu lepas, dapat mesej dari Kak Azizah, ex-PKP Seratas dulu, ajak kenduri kawin dia. Tapi, yang ralatnya...20/11 la pulakkk!! Adoiii..apsal la antara orang-orang penting dalam idup neh semuanya nak tarikh 20 & 21 Nov..tell me why?why?why?? heh, drama!

Friday, November 12, 2010

Zon Fikir : Malaysiaku Gemilang

Kadang-kadang...ketika di waktu lapang (masa sibuk pun)...dan ketika waktu sebelum tidur, aku selalu berfikir-fikir...berfikir-fikir...tentang sesuatu..hal aku, hal orang-orang lain, hal negara, hal dunia (mengalahkan perdana menteri plak). Ouch!Patut la tidur selalu tak nyenyak..gagaga~ dah dapat jawapan masalah tidur tak nyenyak.

Tapi, sebelum tidur tu lebih kepada post-mortem kepada apa yang aku buat, apa yang orang buat dalam hari tu.

Semalam, aku terfikir tentang sesuatu ini. Setelah membaca suatu contengan seseorang. Ehiks. Sekadar hairan. Sebelum tu sila ambil perhatian. Aku bukan orang ke-partisan ek. Sekadar buah pikiran jauh di sudut otak aku yang paling dalam.

Si dia ni, dari dulu..dari zaman kanak-kanak ribena lagi aku kenal dia sebagai anti sangat-sangat teramat sangat (serius sangat-sangat) tak suka dengan kerajaan.

Tapi, aku jugak tau yang dia sangat-sangat teringin nak kerja dengan GLC. Alaa..syarikat berkaitan kerajaan (Government-Linked Company). dan setelah besar ini, masih lagi menjadi penyokong kuat 'team sebelah sana', dia berjaya kerja di GLC.

Dunia ini adil kan? Kau layak...kau dapat. Latar belakang kau, tadehal punya. Tapi, hairan....kenapa dia masih teringin sangat nak kerja dengan organisasi yang dia war-warkan korupsi, kronisme dan 'isme' yang lain? Ludah ke langit ek? Lenkali time tadika prektis ar ludah ke bawah. Padiyappa.

Semalam, selak-selak muka buku...oh, ramai jugak ahli 'team sebelah sana' kerja kat Putrajaya maksud aku dalam organisasi kerajaan.

Suatu ketika dulu la kan....masa Putrajaya nak di bangunkan, ramai berkicau di awangan. Masa nak buat KLCC, Sepang Circuit..KLIA pun sama.

(ayat iklan)
Oleh kerana, aku ni memang berjiwa 'bangunan' dari kecik..jadik nak buat bangunan-bangunan hebat ni memang buleh buat aku terlopong sekejap. ;p

(ok, sambung balik)
Sekarang kan.....

Ramai jek yang berkicau tu siap bangga tangkap gambo sendiri guna henpon Blekberi, Iphone4, DSLR dan tak ketinggalan digital kamera kat bangunan-bangunan tu.

Ironi sungguh kan. Isk.

Melayu memang mudah lupa. Kih3~

.

Wednesday, November 10, 2010

Takde Pakwe Eh?

Setelah habis meeting...

Dia : Nanti kalau ada apa-apa call la ye. Eh betul ke nombor telefon awak tu?

Aku : Betul...

Dia : Habis tu..kenapa saya call tak angkat?

Aku : Ooh..kalau saya perasan, saya angkat la...kalau tak perasan..saya tak angkat la...lagipun, saya takkan return call punye..sebab saya pakai prepaid...

Dia (muka pelik) : Takde pakwe ek?

Aku : HAAHHH??

Dia : Yela pelik betul...orang-orang yang tak alert dengan handphone ni selalunya takde pakwe.

Semua orang yang sedang dengar perbualan ini memandang tepat kat Aku. Nak tau jawapan "Ada pakwe ke tak?" kot.. Hee ;p

Aku : Tu RAHSIAAA!! (terus buat-buat sibuk dengan laptop orang sebelah)


gagagagaa~ Adeke tanya soalan cenggitu kat public dan kuat-kuat..awat taknak guna mikrofon terus..kasik satu bangunan dengaq..kut-kut ada bakal mak mertua ke nak anto borang...*blushing* Eh, ni pun kira public jugak kan?hahaha...takpe, yang ni tak nampak muka sape-sape lol

Ku Tunggu Jandamu..Oppss

Ahha..tak bley blah tajuk ;p

Seharian semalam ngak online, rupanya ada orang tertunggu-tunggu. Haha, kesian...terpaksa memendam hasrat berkobar-kobar nak bercerita.

Keh3~

Monday, November 8, 2010

Eh, baby la!

Kerna bayi itu menyebabkan beberapa orang tersentuh hatinya. Terasa pedih hatinya. Terasa didera hatinya.

Kerna bayi itu!

Tapi, semuanya bukan salah bayi mengandung...

Eh, shilap...

Bukan salah bayi itu me-lahir-kan-dirinya.

Saturday, November 6, 2010

Offline!

Yeay!

Babai sekalian alam. Saya mau pulang untuk berjumpa kesayangan.

Tadaa~

Psst..kiut kan si botak neh..hehehe ;p

Friday, November 5, 2010

Psiko-senget : Cabul & Rogol

Pernah terfikir tak kenapa kes cabul, kes rogol ada yang dilakukan oleh orang yang berkerjaya sebagai guru?

Betul, cikgu manusia biasa, yang ada nafsu, yang tak sempurna dan segala-segala 'yang' lah di muka bumi ni. Tapi, perbuatan ini sangat tak boleh diterima. Sama la juga jika ia dilakukan oleh ustaz, polis atau askar.

Kerjaya yang memungkinkan mereka mempunyai prinsip yang sangat tegas. Sangat berdisiplin gitu kan. Tapi malangnya...selalu pulak orang-orang yang berkerjaya ini yang dilaporkan melakukan jenayah tersebut. Sadis betul.

Adakah ia disebabkan tekanan membawa 'imej baik'?

Susah sebenarnya nak dengar berita arkitek, jurutera & doktor (atau patut salahkan wartawan sebab tak laporkan?) melakukan jenayah rogol atau cabul.

Jadi, kenapa?

Renung-renungkan. Selamat beramal.




Nota bawahan :
Jawapan dari sudut hati aku yang paling dalam adalah...arkitek, jurutera & doktor terlampau sibuk untuk fikir & buat perkara tersebut...terutama jurutera.. yang bestfriend dengan 'pembaris' (lurus ikut law ;p). P E A C E !


UPDATED 12/11/10
Baca muka depan Harian Metro semalam (11/11/10)?Baru je tulis..*sigh*

Mereka Tolong Kita?

Pada suatu malam, ketika sedang menunggu makanan yang dipesan sampai ke meja. Kami sama-sama bertongkat dagu tengok berita TV3. Sebenarnya nak tongkat perut sebab lapar sangat...tapi tak leh kan..tongkat dagu sudaa ;p

Berita ketika itu adalah tentang banjir besar yang sedang melanda Kedah & Perlis sekarang.

Kemudian, si dia kata..."See...ada negara lain tolong kita?"

Dia cakap macam tu sebab sebelum ini dia pernah tanya aku....masa tu berita pasal bencana di Pakistan beberapa bulan lepas. Soalnya ketika itu.."Kita sibuk-sibuk tolong negara orang ni kan...kalau masa kita susah agak-agak ada ke negara lain tolong?"

Jawapan aku mesti la positif aje kan. Kemudian kena tempelak "Positif tak kena tempat!"

Gagaga~




PSSSST..masa WTC runtuh Malaysia tade hantar pasukan bantuan kan?hehe ;p

Hantu Ada di Mana-mana

Malam semalam tengah tension buat CPM, aku pun gatal tangan gi google 'khairul munirah'. Saje nak tengok ada ramai ke tak khairul munirah neh. Hehe...nak tau apa yang aku jumpa? Ada khairul munirah kat sebuah institusi neh..institusi yang sama dengan seorang manusia yang aku tak-berapa-nak-ehemehemm..dulu pernah pe-dajal aku.

Haha...lawak pulak rasanye. sangat mengeletek perut ;p..terus aku mesej si dia di perantauan tu bagitau berita hot neh. Pukul 2 pagi kot time tu...kang dia ingat dia mimpi lagi plak macam hari tu sebab dapat mesej pagi-pagi buta.

Pagi tadi dia reply "mentang-mentang nak jadi _ _ _...semua pengetahuan tak berapa am pun kena tahu ke?Haha..dia diekori kisah lampau..." hahahahhaa....

Iniiii aku suka! keh3~





Nota bawahan :
Tadi kemas-kemas fail lama, terjumpa satu nota tulisan si dia di perantauan tu. Dia tulis ;

"Makcik Munirah F**** R****...hi3! Merayap jer ek...terpaksa aku layan Nisa. Kesian dia tinggal sorang..dia ngadu kat aku ko slalu buli dia..siap ko esok! Aku coconut kan ko nanti!"

Hahahaha...adoila! Tak ingat pulak aku si dia penah gosipkan aku dengan F**** & R****. Gila betul dia playgirl-kan aku. Sampai dua orang sekali gus! Gagaga~

* Nisa = rumet masa 1st year kat U dulu.

Wednesday, November 3, 2010

Line Tak Clear

Berkira-kira nak stay back kat site office. Siapkan site meeting report. Tadi, ada dengar si sorang lagi tu pun nak siapkan report site meeting dia jugak. Nak buat sama-sama kat site office aku. Ni, dah nak ke malam, batang hidung pun tak nampak.

*Jalan ke telefon. Angkat. Dail*

*Tuttt tutt tutt*

"lalaala lalaaa" Ntah ape lagu la budak ni karok.

"Hujan laa" Bingit telinga aku.

"Lalalalaaaa" Degil sungguh budak ni.

"Hoi, hujan laaaa!"

"hahahaaa..ko ni sebok jek. Aku nak nyanyi la"

"Tak sedap pon. Tak payah! Kata nak datang sini? Tak jadi ke?" Terus kepada tujuan telefon si dia.

"Beta rasa beta nak balik dulu la...badan berlengas..." Si dia kata. Perasan Rajakapor pulak dia.

"Oh yeke...err..beta pun nak balik dulu la cenggitu!" Oh, aku pun ikut perasan jadik Rajakapor.

"Cis, ko suke copy aku."

"Eh, suke ati aku larr..."

"Ok, ko cepat balik..masak nasik" Amboi..bagi arahan nampak...

"Hah? Ape? Tak dengar??" Pura-pura tak dengar.

"Masak nasiiiii"

"Hah? Padiaa??tak dengar laaa" Sambil jauhkan fon dari telinga. "Ehhh...line tak clear..line tak clear" Klik. Terus letak.

Lalalalaa~ *jalan ke tempat duduk asal dengan senyuman*


Hahahaha...seb bek kat cerekarama Tibi Tige pernah ajar trick cenggitu. Phewwww....selamat!Keh3~

Makan Kat Mane??

Aku : Weh, jom makan...

Dia : Ok..jom..Tapi, kat mane?

Aku : Err.....kat...

Dia : Jangan cakap makan kat mulut ye...Aku bagi sebijik kang!

Aku : Huh?? Ooo..ko selalu cakap cenggitu takpe plak! Aku nak cakap tableh plak..mane aci!

Dia : Yelaaa...tu ayat aku..bukan ayat ko!

Aku : Erk??? (Cis, ingatkan nak marah pasal buat ayat loyar buruk..rupanya marah sebab ambik ayat dia!!)

padiyappa~

Pe-langgar Berjaya

Dulu...suka melebamkan diri sendiri dengan melanggar kaki katil, kaki bangku dan segala jenis benda yang boleh dilanggar.

Sekarang, suka men-darah-kan diri dengan melanggar dengan kuasa momentum yang lebih kuat.

Kuang3~

Luka kelmarin, dah bengkak..tambah lagi arini...Sebab tertinggal kaki sebelah kat belakang...tersepit bawah pintu...

Keh3~

camne keme leh lupe kaki lagi sebelah tak abis lagi melangkah ke depan...adoila!

Takpe, menghapus dosa kecil *wink* bak kata aku pada Mas (nama sebenarkah?) tengahari  tadi.

"At least..hapus jugak dosa aku kutuk ko dalam hati!"
"Bapak la....tu kena mintak maap dengan aku la!"
"Oh, salah fatwa ye?"
"!!??!!!" Buat muka tak pueh ati.


Kuang3~ miong.

Tuesday, November 2, 2010

Kereta Kecil Pon Pon

Cik Timah : Weh, kete baru dia dah sampai (merujuk kepada bekas housemate).

Aku : Mana tau?

Cik Timah : Tadi dia cakap...

Aku : Oo..jom la turun..(ke parking)

Cik Timah : Hah? (muka terkejut) Nak buat ape?

Aku : Pergi calarkan kete dia la....(serius)

Cik Timah : HAHHH??! (muka lagi-lagi terkejut) Takkan...kot..ko..seriussss?

Aku : Ada aku cakap aku serius?

Cik Timah : GI....LA la lu!!!




Moral of the Story
Gurauan tu kan boleh menambah seri dalam rumahtangga..ehiks ;p



Nota bawahan :
Sedang membaca Chicken Soup for the Teenage Soul on Relationship ;) Auww..i jiwa remaja u...

Monday, November 1, 2010

Ber-dua Raikan Chenta

Bulan November dan Disember ni banyak betul jemputan kahwin..huhu..berderet-deret...

November
6 - Sabil
20 - Ita / Dai / Jijah & Azam
21 - Awal / Mashitoh
27 - Azam & Jijah / Simaa

Disember
5 - Wak
7 - Sarah
12 - Hasmah
18 - Aini
19 - Khai (sebelah lelaki kat Bote)
25 - Wati

Lupe pulak Hazila bape haribulan..rasanye 12hb jugak..tunggu je la kad dia sampai..

Hah, pe lagi...arrange la perjalanan! hihi :D

Tahniah ye kalian!!

UPDATED

21/11 - Jep
11/12 - Hazila

Fasa baru

Malam ni baru boleh tengok betul-betul keputusan tu dengan 4 mata sendiri. Siang tadi, Ema yang tolong tengok sebab aku tak boleh bukak. Tak puas tak tengok sendiri...dah tengok sendiri baru nak tulis kat sini...dari siang tadi Ema dah suruh blog-kan :)

Berkenaan entry ini, keputusannya...saya berjaya. Alhamdulillah.

(sedang bukak balik website berkenaan sekali lagi untuk confirmkan)

Terima kasih kepada famili & kawan-kawan yang tolong doakan...dan tentu sekali pertama-tamanya kepada Allah yang memberi peluang ini.

Tak lupa juga kepada juri-juri yang mengundi untuk memilih saya untuk memenangi award ini. Oppss..ter-mood Festival Filem Malaysia plak ;p

Langkah SenoiRita akan dijejaki..dan tanggungjawab pun semakin besar. Semoga berjaya untuk diri aku ;)

Sunday, October 31, 2010

Ber-anak

Kisah Hujung Minggu Lepas

(Perbualan SMS)

Peah Popcorn : Ramainye kawan-kawan aku yang dah ber-anak. Aku ni dah ketinggalan zaman sangat ke?

Aku : Memang ko ketinggalan zaman pun. Aku pun dah ber-anak....sedare. At least ade la jugak drpd ko...

Peah Popcorn : KUANG AJAU MUNIRAH!


Kuang3~

Lelaki Mata Beruang

Petang tadi menghabiskan masa di Taman Perbandaran. Akhirnya jumpa jugak tempat riadah yang OK kat Penang neh setelah 1 tahun 4 bulan aku menetap kat negeri nasi kandaq neh. Terer kan aku cari?kuang3~ Padahal lebih kurang 10 minit je dari rumah...padiyappa~

Sambil beriadah, sambil mendengar keluh kesah kecewa seorang teman yang lama-lama sama lebatnya dengan hujan yang turun petang tadi. Natijahnya, aku sedang sakit kepala sekarang! Berkat percampuran formula kimia air hujan dan peluh. LOL.

LELAKI.

Itulah punca kekecewaan kawan aku tu. Tergamak ye lelaki yang sudah bertunang, mencari kekasih lain. Padahal, hidup ditanggung oleh si tunang! Memalukan!

Inilah contoh lelaki yang merasakan mereka berhak untuk memilih perempuan yang terbaik untuk diri mereka. Pasang dua tiga, kemudian pilih. Perghhh...macam pilih ikan kat pasar tani ye bang?

Semoga si tunang dapat mencari yang lebih baik. Tinggalkan aje lelaki sebegitu. Bikin panasss jek. Kasik zass sama dia!

Friday, October 29, 2010

Pathetic

Hari-hari yang kebelakang dua, tiga, empat hari yang lalu itu sangat pathetic. Sebab?


.......Biarlah Rahsia (Palinggg Siti Nurhaliza punya statement)


Jadi, sebagai permulaan menghilangkan nilai-nilai pathetic itu, AKU MAAFKAN KAU!

Aku redha dan aku serahkan kepada Yang Lebih Berkuasa kerana Dia tahu setiap hikmah bagi setiap yang berlaku.

Sekian, Terima kasih.

Wednesday, October 27, 2010

Entry Khas Untuk Mysarah

*Aku post atas permintaan Mysarah disebabkan anda tidak dapat membuka mukabuku. Ni aku copy jek dari mesej mukabuku beserta 1 perenggan yang telah didelete sebab ia hanya sesuai untuk bacaan kaum wanita sahaja..hehe ;p

Tentatif perjalanan ke Rompin, Pahang.

Line-up : aku, jaja, intan, ema, ayul, jue, cha. (sila tambah jika ada tambahan)

kenderaan : Persona Jue & Gen2 Ayul..;). Kalau sape2 ada kete yg lg beso..buleh muat semua orang lg bagus ;) Cth ; Alphard ka..Stavic ka...Naza Ria ka...;)

tentatif cadangan :

Sabtu 20hb Nov 2010

Pagi :
lebih kurang pukul 10-11pagi :- Keberangkatan Yg.Mulia Tengku Puteri Munirah Bulan Kayangan ke Stesen bas Bukit Jalil (kalau Pudu tak siap renovate lagi time ni).

Jadi, org2 dari sebelah selatan sila fetch beta hehe..

contoh sistem fetch-mengefetch ni :
jue & ayul amik cha kemudian ema, beta & intan dan terus ke gombak utk amik jaja. *aturan utk amik sape dlu terpulang kpd kesesuaian jalan anda*

Tengahari :
Bergerak ke Pahang Darul Makmur

*terpulang sama ada nak menyinggah ke mana-mana sebelum ke Rompin, daerah tujuan sebenar.

Malam :
Tido di homestay yg disediakan awal. Homestay ni tatau lg kena bayar ke tidak & xconfirmkan lg. Beta dah suruh awal bayarkan.ngehehe...tp nak mintak sape-sape pi folo up kt awal boleh?

Beta cadangkan JULIANA ASHRAM untuk folo up..

Ahad, 21hb Nov 2010

Pagi - Tengahari
Bersantap di kendurinya Awal

Petang
Berangkat pulang

*atau nak singgah mana2 lagi?hehe

PSST : beta mau tumpang umah sape2 malam ahad itu..sobs..beta pulang ari senin.

Isi Penting dari Tentatif :

1. Jue (sekiranya bersetuju) folo up pasal homestay
2. Jue & Ayul (sekiranya bersetuju) sediakan la kete tu wangi2 =)
3. Semua ahli rombongan, hadiah mau kongsikah?
4. Ada cadangan tambahan? Silalah...


sekian,
Betachi

    ******************

Untuk perhatian Mysarah..hasil perbincangan adalah seperti berikut ;

1. Kita akan pegi Rompin dari Melaka.
2. Kenderaan : Jue & Ayul
3. Jue akan folo up homestay
4. Mysarah & Jaja sila pergi ke Bkt Jalil jugak sebab Ema akan fetch aku...atau mungkin korang boleh ke mana-mana yang Ema senang nak fetch (Ema dari Putrajaya).
5. Kemudian akan pergi ke Nilai, dari Nilai naik kete Ayul ke Melaka.
6. Buat masa ni, Cha tatau lagi macam mana...sebab tak dapat dihubungi.
7. Sila buat cadangan nak bagi hadiah ape ;)


Ucapan aku :
Ngak sabau mau jumpa kalian!!! muahahaha

Tuesday, October 26, 2010

Anak Dilari Beruk

Situasi :
Si anak sedang membasuh kereta di bawah porch dalam jam lebih kurang 6.30 petang. Keadaan agak gelap memandangkan hujan baru sahaja selesai menyembah bumi. Si Mak pulak sedang duduk bersila tak jauh dari anak sambil menampar-nampar nyamuk.

"Watpe duduk situ mak?" Soal sang anak.

"Saje je la..." balas mak, sambil tangan masih sibuk menampar nyamuk lagi.

"Kira nyamuk eh?" Soal anak lagi.

"Tak de la...tunggu anak lerr.."

"Huh? Wat pe nak tunggu??"

"Takut anak dilarikan BERUK!!" Mak buat muka slumber sambil tangan masih lagi kejar nyamuk.

"HA??!" ingat aku anak ayam ke hape? Adoyai!

*tepuk dahi laju-laju*

Wednesday, October 20, 2010

Dia Ke Orangnye?

Zaman sekarang ni..sekolah rendah lagi ramai budak dah couple. Siap cakap aku cinta kau, i love you too three four lagi. Gelilaa! Hailoh...ntah mereka paham ke tak apa makna cinta tu. Main sedapp bulu hidung dorang jek cakap.

Kadang-kadang bila pergi shopping complex bertembung dengan kanak-kanak hingusan ni..amboi amboi...bukan main lagi berpeluk sakan...mengalahkan orang yang dah kawin padahal muka pun tak baligh lagi. Adoi la. Rasa macam nak baling tong sampah jek. Yang lagi malu..mestilah sebab semuanya kaum sebangsa. Ceh!

I love You...
Sayang...
Cinta...
Kasih...
Rindu...

Senang kan nak ucap. Tapi malangnya, kita selalu tak paham apa yang kita ucapkan.

Aku selalu usik anak sedare aku...bila masa mereka kat kampung tanpa mak mereka...aku suka tanya mereka...
"Rindu mama tak?" 
Dia jawab "Rindu.."
Aku tanya balik "Rindu tu macam mane ek rasanye? Maksu tatau..."
Tersipu-sipu "Rindu tu rinduuuu laaa....!"
"Yela..tapi macam maneee??"
"Ee...tatau la..rindula!" Haha..dah tension.
Maksu pun buat muka paling syaitonnirrajim. keh3~
"Sayang mama?"
"Sayang laa...."
"Macam mana sayang tu??"
Diam. Termenung.
"Ntah"

Ok, bukan Maksu ni tatau apa itu rindu. Apa itu sayang. Cuma, nak tengok...apa yang seorang budak sekolah rendah faham tentang perasaan yang satu tu. Sebab budak-budak ni, pembesaran mereka (cara berfikir) mereka bergantung pada apa yang ada disekeliling mereka. Apa yang telah tersedia di depan mata. Bukan semua kanak-kanak nak/boleh berfikir di luar kotak.

Kalau mereka selalu disogok dengan aksi-aksi berpelukan itu yang dikatakan cinta, maka begitulah fahaman cinta yang mereka akan bawa dan ikuti. Bayangkan kalau sampai dah besar pun masih tak sedar-sedar lagi makna cinta kasih dan sayang yang sebenar? Berapa keratlah umat manusia kat muka bumi atau boleh dikecilkan skopnya kepada Malaysia ni, akan hidup bahagia? Makanya tak hairanlah kadar perceraian di kalangan pasangan Melayu tiap-tiap tahun meningkat kan.

Kadang-kadang kita terfikir dan tertanya-tanya, dia ke Mr/Mrs Right kita?

Macam mana nak tau? Mungkin kita patut buat list kot...

Mungkin dia bagus sebab ..
1. sanggup meredah banjir nak bagi bantuan bihun goreng kat anda
2. sanggup datang kat hostel anda nak tolong tukarkan tayar basikal
3. temankan anda di perpustakaan kala anda dah down giler nak study
4. payungkan anda ke kedai makan depan pagar universiti
5. pinjamkan motor tatkala anda bersusah payah terpaksa jalan kaki ke lab masa short sem
6. hantarkan ubat tatkala anda sakit tekak & demam
7. selimutkan anda dengan jaket tebal dia tatkala kesejukan di dalam bas

Tapi dia tak bagus pulak bila...
1. anda bagi dia hadiah..dia baginya hadiah tu kat makcik cleaner
2. dibelakang anda dia bermain kayu tiga empat lima bahkan enam
3. anda bersusah payah belikan tiket balik raya untuk dia..tapi dia slumber jek tak balik.
4. cemburu buta tuli pekak rabun sampai nak keluar dengan kawan perempuan pun tak boleh
5. suruh jumpa mak ayah anda, dia bagi 1juta alasan tak nak jumpa
6. ajak anda kawin lari kat sempadan Thai sebab katanya tak cukup duit nak buat majlis kawin
7. tiap kali keluar nak pegang tangan & pegang semua anggota

Ok dah...seri 7-7. Real Madrid lawan Manchester United.

Betul...semua manusia tak sempurna. Aku pun bukan baik... Tapi, sangat malanglah manusia yang tau dirinya tak sempurna, tapi tak langsung ada inisiatif nak memperbaiki diri, kan.

Bukan nak suruh jadi malaikat. Bukan nak suruh jadi Rasulullah. Tak mungkin pun.

Tapi, cukuplah kalau dia faham. Dia tahu. Apa itu Cinta. Dan sejauh mana dia mampu mencintai manusia kerana Allah. Menyintai manusia untuk sama-sama mencari keredhaan Allah.

Wallahualam.




Nota bawahan :
Masing-masing ada kisah silam. Tutup buku kisah silam kemas-kemas, lilit dengan rantai tebal, campak ke laut biar jadi tukun. Bukak buku baru.

Tuesday, October 19, 2010

Jangan Pandang Belakang

Kadang-kadang kita perlu untuk pandang ke belakang...melihat kembali apa yang ada di belakang...


Terutamanya...





Kalau anda tak percaya si driver boleh reverse dengan selamat. Hikhikhikk...;p Tak salah untuk skali skala jadik 'reverse censor bercakap' :)

P E A C E !

Sunday, October 17, 2010

Tempat & Masa yang Salah

Kadang-kadang bukan semua benda yang kita buat tu kena pada masa dan tempatnya. Macam aku. Selalu berada pada masa dan tempat yang salah. Lepas tu tersepit. Keh3~

Padan muka aku.

*tampar muke laju-laju*

*oh, sakit*

Ala, tapi ramai je sebenarnya selalu berada dalam keadaan yang aku berada sekarang. Eh, bukan sekarang...tapi yang dulu dua-tiga-karang. Panjang cerita, pada masa dulu kala..atau pada masa depan-kala.

*merapu*

Ok, bila tersepit pada situasi inilah bakat semulajadi kita sebagai artis kebudayaan negeri johor seorang yang cool perlu di-aura-kan seantero dunia.

Pada masa ni la ilmu menyelesaikan masalah perlu digunakan sebaik mungkin. Mungkin juga perlu menggunakan ilmu psikologi. Huh..pendek cerita dan jugak kesimpulannya...jadilah manusia berilmu supaya anda berupaya untuk mengawal tindak-tanduk dan situasi anda terutamanya ketika saat-saat genting begitu.

Sekian, tazkirah petang Ahad. Goodbabai!

Bila Ada Orang Meninggal Dunia...

....korang perasan tak sesuatu?

Terutamanya dalam suratkhabar la...kat tv pun sama 2 x 5...sampai kadang-kadang boleh buat aku skip berita tu atau tukar channel lain!

Annoying betul. Rasa macam nak hentak-hentak kepala wartawan tu pun ada. Miskin idea & soalan sungguh wartawan neh.

Ni la soalan yang boleh buat aku hangin tu....

"Si polan ada buat perkara-perkara yang pelik ke sebelum meninggal?"

"Ada apa-apa perubahan pada diri si polan sebelum kematiannya?"

Dan aku kesian sangat pada mak ayah isteri suami anak dan keluarga si mati yang terpaksa jawab soalan miskin idea dari wartawan neh.

Sangat kesian. Haish~

Macam perkara wajib pulak, bila nak meninggal dunia kita perlu buat benda yang pelik dan berubah. Sampaikan, kalau ada orang 'tak pelik' dan 'tak berubah' tu yang jadi kepelikan kepada orang lain.

Buat wartawan..carila idea lain nak tanya soalan. Muak dan menjengkelkan (oh, atau cuma aku je yang muak dan jengkel? ahaks)

Saturday, October 16, 2010

Kalau Berpacaran




Lagu yang sempoi..;)

Nyanyian : Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan & Altimet
Video dari : Obit Lensa

Ducati 848 Evo

I nak amik lesen motolah pasni...ngeHee ;) Terjatuh hati dengan abe ducati...ensem betul...bak penjahat berkaliber yang gagah perkasa jek. Memang ensem...



Hensem & Gagah kan? ;)

Tapi..kena dapatkan yang ini dulu....

Hehe..ada sape-sape nak SEDEKAH? 

kuang3~

Disudut hati yang paling dalam


Jangan biar hati terikat pada yang 'salah untuk dicintai' biarpun namanya masih terukir disudut hati yang paling dalam

Tuesday, October 12, 2010

Perlu Paham


Perlukah kita ketawa untuk bagitau kita gembira. Perlukah kita menangis untuk bagitau kita bersedih. Perlukah kita menengking untuk bagitau kita marah. Perlukah kita ke sana sini untuk bagitau kita sangat sibuk. Perlukah kita berteriak supaya semua orang MEMAHAMI kita. Sesungguhnya, mata kasar tak boleh menilai. Jaga adab, jaga diri, jaga tutur, jaga hati.


Sunday, October 10, 2010

Keep Loving You

Ask me why I keep on loving you when it's clear that you don't feel the same way for me... the problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you.
 
haha...copy dari status Ajeh kat FB yang Ajeh kata dia copy dari sape ntah.  
 
Tade makna apa-apa ye yang berkaitan hidup aku...saje jek. ;) 

P E A C E !

10.10.10

Hari ni ramai orang kawin..maklumler..tarikh chantekk....sebenarnye..tak berapa nak paham kenapa orang beria-ia nak tarikh kawin yang chantek-chantek camni....nak jadikan hari yang istimewa bertambah istimewa kot? gagaga~ atau senang nak ingat?

Hari ni pun pakwe aku kawin....*s0bs* opppsss..ex-pakwe...sebelum dan selepas Fahrin ahhaha..paham tak timelinenye? tak paham sudah..buat-buat paham jek. Haish~Kalau tak arini aku dah sanding ala istana kayangan dah..wakakakaka :D

Saja tangkap gamba ni...nak mengabdikan tarikh 10.10.10 tu..haha...;p
(kat opis di hari ahad?itu adalah kebiasaan..mm..)

Saturday, October 9, 2010

Gadis Semasa



Yuna - Gadis Semasa

Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu

Kau mahukan gadis biasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan aku begitu muda untuk dirimu
Kau memang begitu

Kau mahu perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau begitu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Oh aku memang begitu
tetap seperti dahulu
terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk dirimu



 :: foto di suatu masa dulu ::



Nota bawahan :
Aku tak ada kaitan apa-apa pun dengan Silat Cekak Hanafi. Cuma tumpang bergambar je...sebab semua sepanduk Hari Ko-ku tu aku + intan + yuyul + awal yang buat..muahahah :D

Friday, October 8, 2010

Thursday, October 7, 2010

Pirate of the Paritian

Takmo tunjuk muka sebab tadi ada orang cakap aku dah tembam lebih dari biase *s0bs*



Resolusi bulan Oktober : Jogging 24/7 ..hiks ;p

Ini tidak adil..tidak adil..



Yuna - Penakut

Tak semua kau rencana kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Oh ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil untuk kau bertanya cintaku mencintaimu juga

Tidak adil tidak adil baginya....
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Oh ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil untuk kau bertanya cintaku mencintaimu juga
Bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Mengejar dunia semata-mata


:: selautan luas pemandangan ::

Ku Harap Kau Masih Percaya



pejamkan matamu
untuk ku...
dengarlah dunia berkata-kata
usah kau ragu di sini tempatmu
walau berubah
di mata kita tetap indah
selagi kau masih percaya

ketawa..kecewa..terpisah...
jalan yang lurus kian berhalang
adakah semua ini yang ku inginkan
ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
kuharap ku masih percaya

adakah semua ini yang ku inginkan
ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
ku harap kau masih percaya

buka matamu
biar aku memelukmu
kita bersama
masih muda masih mentah
ku harap kau masih percaya

selama ini...

Lagu : Sungai Lui
Penyanyi : Aizat Amdan

Tuesday, October 5, 2010

Family Day : Keluarga Kecil Keme

Inilah keluarga kecil keme. Reunion ni cuma start (salasilah) dari opah+tok (ta-penah jumpa pun).

Penganjuran family day ni atas idea Ancu - mak sedare aku, adik bongsu mak. Tapi salasilah nya agak pening sikit...haha..maklumlar..orang dulu-dulu kawin banyak kali ;p tu belum yang dicampur dengan bagi anak kat orang (tragis kisah ini).

Persiapan nak buat family day ni lama jugak la. Siap jawatankuasa segala bagai. Aku AJK pendaftaran.

Kerja masak memasak kitorang gotong royong la sebelum malam kejadian. Cuma laksa & nasi impit je yang dimasak kat rumah tuan sponsor ;)

Menu :
sate (order), laksa, nasi impit, lemang, nasi, laukpauk sikit, kuih raya..Err..macam lupa plak apa menunya..sebab macam aku makan sate & laksa je..haha..laksa pun pau anak sedara aku punya ;p


Aktiviti :
Sesi memperkenalkan ahli keluarga, tahlil & yassin, pertandingan mewarna (idea bernas taknak budak-budak bising time orang tua kat dalam baca yassin & tahlil), permainan cari-cari tak jumpa (haha..sukati aku bagi nama game ;p), pertandingan telinga karat (yang duk ulang dua tiga kali sebab budak-budak tu excited nak main), pastu sesi fotografi.


Cenderahati :
buku salasilah, mug, key-chain, cekedis & duit raya (untuk kanak-kanak ribena). Kain batik + kain pelekat, tasbih, sejadah untuk induk (anak-anak opah & tok).

Setiap family dibahagikan ikut warna tema..tadaaa~

Family Ungu : Makwe Ro

Family Oren : Anak cucu cicit Arwah Pak Ngah

Family Krim : Anak cucu Arwah Makcik Lijah

Family Hijau-yang-ta-berapa-nak-hijau : Makcik Esyah

Family Pink : Makcik Siah

Family biru : Makcik Nor

Family Merah-nye-mak-yang : Mak aku la!! ;) (tapi tak cukup korum)

Family Kuning : Ancu

Ni la induk dan suami masing-masing (yang pakai kopiah baju biru tu bapak sedare mereka)

AJK termasuk AJK on-da-spot-yang-kaler-oren-tuh ehiks ;p

Memang penat la kan, sakit kaki keme...seb bek keme dah makan sate banyak lol ;p Malam sebelumnya tido pun pukul 3 lebih sebab susun cenderahati sampai tido pun kat atas sofa..*s0bs*..pastu kena beratur lagi nak guna bilik air..ngeHee..seb bek aku + kakak aku menggunakan teknik magik untuk mendapatkan turn mandi..keh3~ lalalallaaa~ oppsss..terlebih suka plak...hihi.

Cuma ada satu perkara ter-miss la yang macam hampir-hampir nak melomahkan majlis neh, tade mikrofon!!! aiyak, seb bek bukan keme yang jadik mc! ehiks ;p

Adoila, dalam list peralatan memang ada mikrofon..tapi, tiba-tiba hari kejadian, mikrofon tak kunjung tiba..hehe..kaki patah kot lol ;p

Dalam pukul 3 macam tu majlis ni selesai...dan aku pun pengsan terus haha...niat di hati nak rehatkan kaki je..tapi mata pun sibuk nak rehat sama-sama ;p sedar-sedar je dah tinggal periuk terakhir je untuk dibasuh..jadi kita tengok je la kan, biorler orang yang mulekannye, ngabiskan koje deme! ;p



Nota bawahan :
Mikrofon adalah sangat penting untuk majlis yang ada ramai kanak-kanak ribena.

Saturday, October 2, 2010

Munirah, Kamu Kan Penyabar!

....ye, tapi aku rasa angin dah naik sampai ke otak dah ni nengok bangla ni konkrit!

padiyappa...salahkan tong konkrit plak..cis~

Meniti Alam Dewasa

Jam 1.07am ketika tengah tekun tengok cerita Santau Keramat kat Astro sorang-sorang, hampir nak tercabut jantung aku. Dari berbaring terus lipat duduk. Kus semangat. Masa tengah kuar lembaga hitam tu laa ada orang call. Hammmbek ko..dah la ringtone level 7 (paling kuat). Ringtone pulak lagu pecah kepala..haa..padan muka aku la!


"Munir aku nak tanye niii...."
"ye, aku solo lagi" (haha...;p)
"Huh??Apsal ko jawab macam tu? Ko ingat aku nak tanya ape ha?"
"Yela..mesti ko nak tanya aku solo lagi ke tak kan??" Hahaha...paling confident ;p
"Yang tu aku tak payah call pun aku tau jawapannyeee!!"

gagaggaga~~~

Sabau je la..Dia call untuk bincang perkara yang serius pulak tu...hahaha..dah 'pagi' kot time tu. Nyaris je aku ingat budak tu ngigau. Tapi takpe...aku suka perbincangan itu.

Mm..

Susahkan bila masa kita mahu berubah ke arah yang lebih baik...tiba-tiba datang seseorang mengungkit kisah lama kita yang tak-berapa-nak-baik. Mungkin orang lain itu, tak berniat nak mengungkit kisah lama...cuma keterlanjuran kata aje.

Betulla kata kawan aku tu...sepatutnya orang-orang di sekeliling dia sokong la perubahan yang dia nak buat. Bukan buat dia rasa down atau yang sewaktu dengannya. Dan aku tak rasa kawan aku ni main-main bila dia kata 'dia nak berubah'.

Tapi, yang buat aku rasa macam nak pecah perut gelak tu...bila dia kata (lebih kurang) 'dah terlampau tua ke aku ni..sampai aku dah rasa takde hati nak bersosial'

Dan lagi satu dia kata, adakah semua ini disebabkan sudah tiba masa untuk kawin? ngeHee...


Moral of the story 

Janganlah kita ketika muda ini ada hati nak buat perkara yang kurang baik atau kurang ajar-an...sebab, resam manusia akan ingat perkara yang buruk-buruk je pasal kita. Yang baik, memang orang jarang nak ingat. Tak adillah untuk orang yang betul-betul nak berubah macam kawan aku ni. Tapi, kalau setakat nak berubah hangat-hangat taik ayam-katik je macam 'mangkuk tingkat' tu..memang patut pun kena sekeh. opppss..emo ;p

Kita memang selalu kena bagi peluang pada orang untuk berubah. Tapi, bukan pada orang yang selalu mempersendakan dan mempersiakan peluang yang orang dah bagi pada mereka. Kerana bagi mereka, nilai 'peluang' itu sangat rendah. Dan mereka yakin mereka boleh mendapat peluang ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya dengan mudah. Kan?




Nota bawahan :
+ Dia sebaya aku (maknanya dia tak tua la kan..sebab aku muda. lol) dan dia perempuan.
+ Katanya, dia tatau nak tulis blog meluahkan perasaan macam aku. Jadi, aku cadangkan dia buat video blog.hahaha ;p tunggu dan lihat, dia nak buat ke tak..;p

Friday, October 1, 2010

Keme Nekad!

Sebagai mukadimah..nah, lirik lagu Gemuruh dari Faizal Tahir. Ha...masa aku tengah kalut nak temuduga aritu, ada la seorang 'pensyarah dari mukah' tu cadangkan aku nyanyi lagu ni kuat-kuat..haha...mau nye aku kena halau keluar dari pusat temuduga tu kang lol. Sejarah aku dan lagu ni bermula di bumi sarawak..di kala aku dan kawan-kawan di paksa nyanyi dan terima lagu ni sebagai lagu tema Program Asimilasi Ilmu Ke Bumi Kenyalang oleh Kema! Ha ha ha...betullll...Kemaaa pakse kitorangggg!

Bagus lagu ni untuk menaikkan semangat ;)

Tajuk Lagu/Lirik: Gemuruh
Penyanyi/Artis: Faizal Tahir

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa



Ok, bercerita pasal NEKAD tu. Ha..takde le ape sangat...hiks ;p Cuma, telah sebulat suara hati untuk meneruskan untuk mencapai SESUATU itu. Tak kira! Aku nak jugak! Sehingga titisan peluh yang terakhir sekalipun. Hiarkhhh...aja-aja fighting. Mana buleh sekerat-sekerat jalan kan? Alang-alang menyelup pekasam..biar sampai ke pangkal lengan..aiceewah!

Oleh yang demikian, bermula dari hari ini, jam ini, minit ini dan saat ini..marilah kita bersama-sama mengumpul segala bukti & bahan untuk dijadikan benteng terakhir di medan perang kelak!

No matter how great the challenge or how difficult the circumstance, change is always possible if you're willing to work for it and fight for it...and above all, BELIEVE in it.


Yeah! WORK FOR IT...FIGHT FOR IT!


Nota bawahan :
Semalam ditawarkan tugas baru. Jadi PENULIS BLOG UNTUK BLOG ORANG LAIN (dan tulis kisah dia). Adoila! Sabau jela...hahaha

Thursday, September 30, 2010

Temuduga PTD : Tawakkal Jela!

Semalam aku pegi temuduga untuk PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Macam-macam lah kan...dengan datang lambatnya (lagi 10 minit nak pukul 8pagi- kira lambatlah tu ikut standard aku nak pegi temuduga)..sebab dotdotdot...huhu..takpelah demi mak abah..huhu.

Pertama, penemuduga Dato' & En. 'Orang Teluk' (ceritanya dibawah nanti) panggil semua calon PTD masuk kat bilik temuduga untuk bagi taklimat sikit. 

Dan sebab aku ni lambat..dapatlah no.9 daripada 11 orang. Ini hari kedua temuduga untuk PTD kat Ipoh. Esoknya ada lagi 1 sesi.

Rasa nak berguling-guling atas lantai jugak lah nak tunggu giliran..pukul 1.15 baru tiba giliran aku daripada pukul 8.30 mula temuduga...haha.

Ok, mari kita ikuti suasana temuduga itu..jengjengjeng...

Penemuduga ialah seorang Dato' dari SPA dan seorang lagi dari JPA.

Dato' : (sambil selak-selak resume aku). Khairul Munirah...dulu, saya ni nak jadik jurutera...tapi saya gagal kat tengah jalan...kemudian, saya pun jadi lah PTD.....(tergantung..)....agak-agak kenapa saya tak jadi jurutera?

Aku : Senyum...dan blur...opocot kau...tu sebenarnya ayat soalan untuk 'situasi aku'!!! hahaha...tapi serius gaya beliau seperti tengah bercerita kisah hidup beliau jek. Setelah menyedari sebenarnya dia nak tau kenapa aku nak jadik PTD..aku pun toktektoktek la...

Dato' : Tak rasa rugi ke belajar engineering tapi jadik PTD pulak lepas tu...

Aku : blablablabla....

Dato' : Dari tahun 2008 sampai sekarang...apa yang kamu dapat belajar untuk kamu jadi PTD...?

Aku : blablabla...

(Dato' ni pangkah habis-habisan jurutera nak jadik PTD..jadi, terpaksa la konfiden lebih sikit)

En. 'Orang Teluk' : Munirah...ni saya tengok kamu dari Kampung Tanjung Dedalu ye? Saya ni orang Teluk...kamu tahu tak apa beza teluk dengan tanjung. Saya ni sangat tertanya-tanya lah apa beza dua-dua nih....

Aku : (haha...hambekkkk ko! soalan geografi kot neh!) blablabla..dengan penuh konfidennye!

En. OT : Ok la, saya nak bagi soalan lain pulak..simple-simple je dulu...kamu tau apa tu PBB?

Aku : Tauu...aku pun cakap la apa itu PBB blablabla...

En. OT : kamu tau tak sapa yang paling besar dalam PBB?

Aku : (dengan konfidennya ) Setiausaha Agung!

En. OT : Ish kamu nih...tu jawatan...ni saya nak tau..siapa yang paling berkuasa dalam PBB?

Aku : Majlis Keselamatan....(bantai...)

En. OT : Kamu tau tak siapa yang paling berkuasa kat dalam tu?

Aku : mmmm....(sambil angguk-angguk kepala kunun-kunun tengah berfikir....)

En. OT : (dia potong 'mmm' aku) Pernah dengar kuasa VETO?

Aku : Pernah...pastu aku cakap la apa kuasa veto tu.

En. OT : Negara mana yang ada kuasa veto nih?

Aku pun senaraikan la negara-negara yang ada kuasa veto tu..walaupun aku tak ingat...tapi..belasah je la...yang aku ingat cuma US & Rusia je..;)

Soalan-soalan susulan dari topik PBB ni..

1. Pandangan mengenai Kuasa Veto
2. Kenapa S/U Agong tak dilantik dari negara Kuasa Veto
3. Patut ke mansuhkan Kuasa Veto, ataupun tambahkan ahli Kuasa Veto

Kemudian, En. OT tanya pasal kerja pulak. Antara soalannya :

1. Macam mana nak buat kertas kerja
2. Pihak-pihak yang perlu aku berurusan untuk selesaikan masalah kerja
3. Kenapa ada konsep "ALI BABA' dalam pembinaan...(hahaha...aku dah agak dah mereka nak tanya soalan ni kalau dah asyik tanya pasal kerja jek)
4. Kenapa kontraktor bumiputra kurang berjaya.
5. Masalah-masalah dalam bidang pembinaan
6. Pandangan sama ada lebih mudah jika JKR sendiri yang uruskan projek atau JKR lantik konsultan.

Dato' pulak...soalan last (in english..muahaha..masa ni masa dah terlebey dari 1/2 jam). Can you explain, how you can elaborate your transition from engineer to PTD?

Aku pun berabuk hukhuk la menjawab...gagagaga~

Dato' : Haa..habis? Saje jek saya nak dengar kamu speaking english..(senyum...sambil terus bulatkan besar-besar sesuatu di kertas atas meja dia...apakah itu?jengjengjenggg....)

Dato' : Ha..habis dah...kamu ada nak tanya apa-apa ke??

Aku : Ada!! Aku pun tanya la pasal satu benda neh..

Dato' : Ish kamu nih...masa dah terlebih neh..tapi takpelah..dah nak last-last ni saya layankan aje lah kamu nih...kan?(tengok En. OT) Kita jawab je la soalan Cik Munirah ni ye...

Aku keluar-keluar je, calon yang lagi 2 orang tu dah cuak, sebab aku lama sangat..padahal yang terlebih-lebih lambat nya tu sebab penemuduga tu nak jawab soalan aku...;p tengok-tengok jam rupanya sampai lebih 45min aku kat dalam...kuang3~

Hah...dari calon yang ke 6 sampai aku (no. 9) penemuduga dah start tanya soalan isu-isu semasa dan dunia. Mereka tak tanya dah soalan pasal PTD, pasal negara atau kerajaan dan agensi kerajaan macam calon no.1 sampai no.5.

Jadi..segala yang aku prepare untuk temuduga tu..satu pun tak masuk la...semuanya memang betul-betul bergantung pada pengetahuan am aku je..huhu.

Apa-apa pun lepas ni..tawakkal jela..kalau ada rezeki, ada la kan..;) Boleh la ku jejak langkah senoiRita..;)

Monday, September 27, 2010

Overdose

Malam tadi tak tidur langsung. Eh, tak de la langsung..tapi tidur pun tidur-tidur ayam jek. Haa..sebabnya ter-overdose amik nescafe menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Pastu untuk menjadikan kisahnya jadi lagi tragis..bila ada orang terlupa beli susu yang aku pesan. Hailoh...takkan dah pukul 12 lebih nak ke pukul satu tu aku nak pi keluar beli susu kot. Jadik tahan je la...sambil bermandi-kan minyak angin. Naseb baik aku pun tak naik angin...ngeHeee...

Tapi yang peliknya..isk..memang pelik...

Dalam pukul  6 lebih masih sangat sakit lagi..pastu terlelap balik..bangun pastu dah ok, tadelah sakit sangat..sakit-sakit semut jek. Isk..hairan sungguh.

Tapi, Alhamdulillah..kalau tak, ade jugak orang yang cuti arini..hehe ;p

Saturday, September 25, 2010

Ok ke Tak?

Ntah dah ok ke tak blog neh. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak...kadang-kadang macam dah ok, kadang-kadang si Jentayu.com tu kacau pulak. Harap-harapnya lepas ni ok terus la. InsyaAllah.

Langit kesukaan. Sangat biru.

Mata Kasar

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...




motif menulis?

tarapappa~ ahaks~ melepaskan sedikit perasaan sahaja.



 topi tu memang sengaja diterbalikkan untuk memudahkan aku skodeng~ ehiks ;p


Tuesday, September 21, 2010

Jangkitan Paru-paru

Anak saudara aku, Puteri Ainin Aininah masuk hospital...setelah di x-ray doktor kata dia terkena jangkitan kuman di paru-paru. Dia dah demam sebelum raya lagi.

Doakan dia sihat ye.

Malware ke Crawl Errors

Ntah apa kehalnye pagi tadi, blog ni dan banyak blog lain jugak aku rasa kena sumpahan orang minyak. Tiba-tiba je bila bukak blog, dia terus direct ke satu web page ni. Adoi! Pening terus aku.

Kunun-kunun macam berkobar-kobar je aku nak menghapdet blog sebelum start kerja, tapi terus terbantut..ahaks! Kalut sekejap. Sebab aku memang lomah lutut la kalau nak me-repair benda-benda gini. Nak pulak tu arini banyak la pulak paperwork nak kena settle.

Tapi...hati tak tenang sungguh! Sambil-sambil membuat paperwork, sambil-sambil search kat google. kih3~ siap bagi emel mengadu-dombalah pendek citernye..haha

Pastu dia ada suruh buat gitu gini...jem giler otak aku!! Tensi sebab tak jumpa apa yang dia tulis tuh...haha...tapi, lama-lama godeh, jumpa jugak...tapi, masih tak sepenuhnya macam arahan yang webmaster bagi. Aku redah jeeee.....apa benda ntah aku tekan-tekan..haha...malam ni dah ok. Alhamdulillah.

Aku ada baca kat Mangga Ad punya facebook, dia kata masalah tu sebab salah satu iklan dorang. Dan masalah tu namanya 'Malware'...tapi aku check kat webmaster tu, dia kata takde Malware tapi 'Crawl Errors due to restricted of robot.txt' haa...lebih kurang gitu la. Tapi, apa yang pentinggg....kejeeesamee...dua-dua aku tak paham! kihkihkih...;p

Ikut plan B aku tadi, kalau tak boleh jugak...aku buat je blog baru! Siap dah pikir nama apa nak guna kat blog tuh..hakhakhakk....;p (nampak sangat tak boleh hidup tanpa blog..lol)

Sebagai penghargaan kepada bukan sesiapa yang tolong menyelesaikan masalah, nah...aku hadiahkan wajah comel kawan se-meja, se-kelas, se-dorm dan se-sekolah dulu ;)

Tadaaaa~

p/s : perosak gambar kat belakang itu pastinya la aku. 2-3 kali tangkap gamba ni..asyik kena marah jek dengan tukang amik gambo, sebab buat perangai tak semengah..muahahah ;p





Nota bawahan :
~ Sedang study dengan tekun untuk interview pada 29hb ni. Tooolooongg doakan aku berjaya ye! ;) Sangat berdebar..dupdapdupdapdupdappp...

Sunday, September 19, 2010

Akal tak waras

3 Syawal : tiba-tiba seisi rumah yang sedang ber-hari keluarga terpaku di depan tv. Ada yang berdiri, ada yang duduk. Dari yang kecik sampai ke besar. Dari tengahari membawa ke malam. Dari perbincangan tenang ke penuh emosi. Dari ulasan jurutera, cikgu, orang tua sehinggalah bekas askar. Semuanya bercerita tentang berita itu.

Sangat kejam ye. Rasanya trauma ahli keluarga mereka akan sangat panjang. Terutamanya yang masih kecil.

Datuk Sosilawati, Kamaruddin, Ahmad Kamil dan Noorhisham yang takdirnya meninggal dunia dalam keadaan yang sebegitu rupa.

Perghh..rasa macam tak percaya. Asyik tengok CSI...tak sangka, gaya pembunuhan yang dahsyat tu ada kat Malaysia!

Alfatihah untuk semua mangsa. Semoga si pelaku mendapat hukuman setimpal.

Saturday, September 18, 2010

Rayalah!

Tajuk  : Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010/1431
Tempat : Perak Darul Ridzuan

8 Sept / 29 Ramadhan / Rabu
Bertolak dari Penang pukul 9.20 pagi dengan harapan sama-sama sampai di rumah dengan kekanda-kekanda aku yang bertolak dari Kuala Lumpur. Singgah Simpang dulu, jumpa Murni. Nak bagi CD gambar reunion Batch !7 kat Cherating aritu. Harapan di awal perjalanan hancur, sebab aku sampai sejam awal dari kekandas aku..haha ;p Dorang sampai je terus main mercun.

Petang - mak abah pegi shopping meninggalkan kami untuk menguasai dapur.

Malam - main mercun / bunga api lagi. He he he...ter-join sekali main bunga api dengan gaya ala-ala kanak-kanak terencat. ;p

9 Sept / 30 Ramadhan / Khamis
Ketua Chef kuih raya berkobar-kobar nak buat kuih raya. Tapi, kemudiannya mood swing setelah bancuhan tak jadi ;p Akhirnya dapat satu kuih aje menjadikan raya tahun ini rekod kuih paling sikit yang dibuat hahaha...tambah tolak kuih yang mak dah siap buat awal-awal, ada la dalam 10 jenis je kot.

Ketua Chef Juadah Raya  macam biasa masak lemang segala.

Ketua Pencacai, macam biasa sapu rumah, main api, bakar sampah, main api lagi. Masak rendang sambil main api lagi. Masak lemang sambil main api lagi lagi ;p

Malam - buat kuah kacang pulak. Masak nasi impit. Gantung langsir kat dapur yang-sangat-complicated. Tidur kat dapur (kesian kan? lol) sebab mak kata 'tidur sini, jaga lauk!' ;p

3 pagi bangun, abang dan askar-askarnya sampai. Sembang sambil mamai terus angkut bantal masuk bilik.

10 Sept / 1 Syawal / Jumaat
Raya! Rayalah! Macam biasa..makan-makan, salam-salam..pastu photoshoot nak masuk majalah manggis..

Petang - berjalan-jalan di Pekan Parit (disebut sebagai PARIS ye) terchenta. Balik buat laksa pulak.

Family Portrait (setakat yang ada pada pagi raya)

Rembat tudung mak ;p


11 Sept / 2 Syawal / Sabtu
Ape ntah aku buat pagi hari. Tak ingat haha.

Petang ke Malam - ke Ipoh menghantar kekanda polisi dan konstabel-konstabelnya nak balik KL. Singgah di Pasaraya TF Batu Gajah seterusnya untuk shopping ;) Hee..sebenarnya mak suruh shopping barang nak masak breakfast esoknya...tapi, aku dan kekanda ku yang seorang tu shopping terlebey plak ;p

Sesampainya di rumah malam itu, tempat parking telah sold-out! Rumah aku telah dipenuhi kereta saudara mara yang datang untuk majlis Hari Keluarga esoknya. Kekanda dari Klang juga sampai sejurus selepas aku pulang ke rumah.

Berkurung di dalam bilik rahsia Abah untuk menyiapkan pembahagian goddies untuk majlis keesokan hari bersama mak saudara ku, sepupu-sepupuku, kekandaku dan bondaku. Sehingga ke pukul 3 pagi masih belum selesai. Kemudian, aku di arahkan untuk ke jalan besar menanti mak saudara ku yang telah tersesat jalan ;p

(mak saudara yang ini, sangat jarang berjumpa...oh, salasilah keluarga yang agak bersimpang siur ;p)

12 Sept / 3 Syawal / Ahad
Program Hari Keluarga ;) Antara aktiviti yang dijalankan, bacaan Yassin dan Tahlil, pertandingan mewarna, sesi perkenalan setiap keluarga, sesi fotografi, permainan telinga karat serta pertandingan los & faun.

Pelbagai juadah telah disediakan (eceh, cam lirik lagu plak ;p). Pastinya yang mendapat sambutan hangat adalah sate. Dan tiba-tiba jek ada pakcik jual eskrim join..haha...

 Banner Program Hari Keluarga

Merah vs Ungu

Alahai sopannye..menantu sapa la neh..hik2~ ;p

13 Sept / 4 Syawal / Isnin
Kekanda sulung, kekanda tengah, abang dan mak saudara berangkat pulang ke perantauan.

Ke Parit lah apa lagi hari Isnin ni...pekan sehari. Naik motor aje..Parit jem woh kalau naik kereta. 1st time rasa naik jambatan baru yang merentasi Sungai Perak dari Kampung Belanja Kiri ke pekan Parit (dah setahun lebih kot jambatan tuh..hehe)

14 Sept / 5 Syawal / Selasa
Melepak aje di rumah (eh, iyeke?? ;p). Malamnya tengok Syurga Cinta lah! Cikgu Syuhadah comel betul lah...;p (hari-hari asyik cerita hantu jek tayang kat TV...mentang-mentang bulan pose syaitan kena ikat..bulan syawal dorang lepaskan secara berjemaah..hampes)


15 Sept / 6 Syawal / Rabu
Buat kuih raya lagi edisi nak bawak balik punya. Buat kek mangkuk je. Nasib baik kali ni bancuhannya menjadi...kalau tak maunye mengamuk ketua chef tu..haha ;p


Inilah hasilnya..;)

16 Sept / 7 Syawal / Khamis
Lepak-lepak aje. Sambil menangisi cuti yang dah habis ;p

17 Sept / 8 Syawal / Jumaat
Selepas subuh berangkat pulang ke Penang! Kekanda ku juga pulang sambil menyinggahi rumah kekanda sulung dan kekanda polisi.

Dan aku KERJA terus!


sekian.





Laporan disediakan oleh :
pencacai

Monday, September 6, 2010

Kenapa Suka Letak Gambar Sendiri??

Kenapa ye orang suka letak gambar sendiri dalam bilik atau dalam rumah?

Pelik tak? Gambar sorang-sorang pulak tu. Kenapa nak tengok gambar sendiri? Tak ingat muka sendiri ke? he he he...

Pelik kan....

Nah..ni contoh salah sorang manusia pelik tu. Hahaha.. GIla skema..gambar pasport! haha ;p
Aku letak secara tak sengaja ok gambar tu. Gambar tu sebenarnya dilekatkan kat borang profil masa PAC dulu. Tapi, borang yang satu ni dorang tak amik terus pulak...jadi aku tanggal la balik..tapi, oleh kerana takde tempat nak simpan gambar tu, nak amik purse yang masa tu dalam beg pun malas..jadi, tepek je la kat cermin tu..lagipun, gambar tu aku masih kurus kuang3~

Ehe, panjang pulak explain..macam ada orang kesah jek. Haha..tujuan sebenar explain itu adalah untuk membuktikan aku bukanlah tergolong dalam manusia pelik itu ;p


Ehemm..iklan sat : Gunalah Garnier Light! Take Care Garnier! Ha ha ha...;p

Haa...gambar ni dah ada dengan aku since final year lagi. Frame tu dapat free, Ema kasik ;p Jadi, untuk tak membazirkan frame, aku letakkan la gambar yang aku edit & print tuh ;)





Tapi kan...nanti kalau aku dah ada rumah sendiri, nak wat satu sudut tu macam mini galeri lah...mm.....;)