Wednesday, December 30, 2009

Menanti Tirai Dilabuhkan

Esok adalah yang terakhir.Kemudian, tirai baru pula akan dibuka.

2009 aku berada di dua negeri untuk bekerja. Pahang dan Penang. Timur dan Utara. Perjalanan yang..umm..menarik untuk diceritakan kepada anak cucu (harapnya umur aku panjang lar untuk melihat dengan kepala mata sendiri CUCU itu).

Apalah ada dengan 'tahun' kan? Sememangnya kita harus ke depan bukan kebelakang. Tapi, amat rugilah kepada sesiapa yang membiarkan setiap tahun itu berlalu tanpa ada apa-apa perubahan atau peningkatan pun kan.

Tahun ni macam-macam jadi. Yang tak diduga dan yang terduga serta yang mendugakan. Mujur kesabaran itu masih bersama (errr..atau mungkin boleh sebut ia sebagai ke-tak-kesah-an kut ;p)

SELAMAT TAHUN BARU!

over and out!

Tuesday, December 29, 2009

Tido itu Enak

Tido itu enak. Macam makan kek secret recipe. Enak kan? Tapi, KFC lagi enak kot. Sebab aku bukan penyanjung kek ;p

Tido itu heaven.

Tido itu indah.

Tido itu selonot.

Tido itu besh.

Tido itu damai.

Tido itu bahagia.

Tido itu tenang.

Oh tido.

Maaf, hanya boleh tulis sahaja segala keseronokan tido. Sebab pada waktu dan ketika ini, mana mungkin aku boleh tido.KERJA!!!!

Saturday, December 26, 2009

Cintaku Boleh Diloan

Ahaks. Cintaku boleh di'loan'? Sebenarnya nak tulis pelamin kita boleh di'loan' ;p


Rasa-rasa anda (bajet seantero nusantara sedang membaca blog aku wakakak ;p), adakah kita patut untuk membuat pinjaman untuk kawin?

Pendapat 1 : Kawin jika anda mampu
Pendapat 2 : Kawin jika anda telah cukup syarat..err macam sama je dengan Pendapat 1, tapi yang ni sebenarnya aku nak maksudkan...errr...hihi...kawin jika anda 'dah-tak-boleh-tahan' ;p

Pendapat 3 : kalau takde duit pun tapi kalau dah-tak-boleh-tahan kena jugak kawin iaitu dengan buat loan kat bank..or mak bapak mertua ke sedare mare ke.. or kat ahlong bukit beluntung....

Tapi kan...perkahwinan bukan untuk membebankan. Itulah sebabnya kita disuruh bersederhana. Utamakan yang wajib dalam agama. Bukan utamakan adat.

Tapi..ada orang cakap..kalau belanja kawin pun tak mampu, macam mana nak tanggung anak bini nanti? Makan pasir? Makan nasi berulam kicap? Atau minum kicap berperisa oren? Wallahualam.

Tapi..(uh, banyak pulak tapinya ;p) kalau nak gak kawin sebab dah-tak-boleh-tahan tapi takde duit, tapi nak kan majlis yang grand...kenalah jugak buat loan.

Tambah-tambah yang kerja gomen. Senang je nak buat personal loan kan?

Nak lagi selamat, biarlah isteri tu pun kerja gomen gak. Terjamin sikit masa depan.

Haa..Barular boleh buat majlis kawin yang grand sikit, pakai baju songket kaler pink ke...pelamin kaler pink ke..nak bagi goodies bag ke...upah professional photographer ke..perfect!=)

Hutang, kemudian fikir la kan? LaLaLaaa~~ tak tahan punye pasal...

Apa-apa pun, buat lah ikut apa yang anda suka. Setiap orang ada pandangan dan hak masing-masing. Masa depan aku pun aku tatau lagi.



Tepuk dada tanya Iman. (tapi jangan tanya Si Iman, anak sedare aku tuh, confirm dia tak boleh jawab..bergaduh dia sangat tau lar ;p)

**aku tak mau baju kaler pink mahupun pelamin kaler pink..nanti suami aku (Si Tuan Doktor hihi..sila Amin kan ;p) tak nampak gagah plak! ;p

Friday, December 25, 2009

Puteri Cintaku

Suatu malam, perbualan anak dan emak sambil diperhati oleh abahnya di porch kereta.

Mak : Adik, nak balik tu cuba-cuba lar telefon dulu. Ni idak, tup tup tup dah ada kat depan rumah...heshh budak nii..
Adik : Ala..wat pe nak tepon-tepon..mak bukan suke surprise ke..Ha..surpriseeee! Terkejut tak mak? (sambil sengih)
Mak : Ee..budak ni!! (Mak buat gaya nak luku kepala Adik)

Abah : Pukul berapa bertolak tadi?
Adik : 5 lebih, Bah..



Mak sibuk perhati Adik duk mengangkat barang-barang.


Mak : Adik balik ni bawak ape untuk mak??
Adik : Hah?...hehehe...heshh...mestilar adeee...
Mak : Pe die??
Adik : Baju kotor....nak basuh...hahaha
Mak : ???!!!!!! Bertuah punye anak!



Abah gelak sakan.


Pssstt...anak sapa lar tuh ek ;p


Nota :
* Puteri Cintaku adalah nama yang di'save' dalam henpon oleh Allahyarham Haziq untuk..Puteri..mm..errr...Puteri tu anak sedara aku ;p Aku pernah tulis berita pasal kematian Haziq dulu. Anak murid kesayangan mak aku.
* Kata mak Arwah Haziq, dulu dia geram pada Haziq, kecil-kecil dah pandai nak cinta-cinta...rupanya, umur Haziq tak lama pun untuk merasai nikmat 'cinta' tu.

Wednesday, December 23, 2009

Just Enjoy Ur Life (err..my life)

Ignore others.


Enjoy my job.


Enjoy my life. 

 Perfecto =) 












Aku Tau Kawan-kawan Aku BAIK HATI

Kawan-kawan...anda semua memang baik hati kan?

Ape kata tahun depan, tambahkan amal jariah anda-anda semua dan belikan hamba benda di bawah ini.


hi hi hi....;p buleh kan? ;p

Booster

Apa-apa yang kamu perselisihkan tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah. Itulah Allah tuhanku, kepadaNya aku tawakkal dan kepadaNya aku kembali
(10:asy-syura)

Hati sering meminta, atas dorongan nafsu. Akal mengawal diri. Kadang-kadang, hati mendahului akal. Bila itu berlaku, iman sajalah perisai diri. Moga nilai sahabat kita menjadi cebisan iman

Dititipkan oleh teman gado aku di kala keluh kesah yang aku hingarkan. Terima kasih kerana selalu mengingatkan aku yang selalu alpa.

Mungkin kerana itu, dia selalu di hati. Kawan yang sangat baik. Tak lupa juga kepada pendengar setia aku yang jauh di perantauan. Mendengar sambil memarahi (erk!) tapi masih sanggup berkongsi perasaan itu. 


Terima kasih juga pada kawan-kawan yang lain, yang menjadi tempat luahan perasaan secara sengaja atau tak (dengan aura marah yang sangat provokasi macam petang tadi ;p).


Terima kasih semua...kalau korang tak vote, tak dapat lar aku naik stage amik award ni....


Ahahah..mengong! ;p


Uh, ingat tadi tengah amik award Anugerah Bintang Tige...;p


Sekian. Terima Kasih. Tahun depan vote lagi tauuuu! yeeehaaa~~




LaLaLaa~ ape pandang-pandang???suke ati aku arrrr...;p

Monday, December 21, 2009

Tutur Katamu

Bersederhanalah dalam menuturkan kata-kata. Bila kita terlampau banyak berkata-kata, kadang-kadang kata-kata kita secara tak sengaja akan menyakitkan hati orang lain dan berkelakuan kurang ajar.

Atau dengan makna lain, kita telah pun membuat dosa dengan tidak sengaja (uh, maaf, siapalah aku untuk menentukan dosa pahala orang lain..uhuks).

Walaupun, mereka ini menganggap ia hanyalah gurauan untuk memeriahkan suasana, namun, mereka harus sedar..keadaan si-penerima-gurauan itu bagaimana? Sesuaikah dengan keadaan? Huh, tengok, nak buat lawak, nak bergurau pun susah kan?

Oleh yang demikian, biarlah orang nak kata kita ni pendiam ka, penyengap ka...membosankan ka...asalkan, kata-kata yang keluar dari bibir mulus kita itu bermakna, sampai pada maksudnnya dan tidak menyakitkan hati orang lain. Jangan lah sampai berlumba-lumba untuk menutur kata sehingga kata-kata yang keluar itu kelihatan 'bodoh' dan tak masuk akal.

Orang yang banyak bercakap ni bahaya tau. Bahaya apa? Selain dia berpotensi besar untuk menyakitkan hati kita, dia juga adalah orang yang mm....kurang-boleh-untuk-dipercayai.

Kenapa aku kata (err..tulis kot, bukan kata ;p) macam tu?

Kerana, bila dia jumpa orang itu..dia nak bercerita. Jumpa orang ini..dia nak bercerita. Bila dia dah habis modal cerita, cerita rahsia kita pulak yang akan diceritakan kepada orang lain. Oh, aku tak menulis tanpa asas. Aku mempunyai kawan yang begini.

Apa-apa pun, tepuk dada tanya iman!

Renung-renungkan, selamat beramal...;)

**Aku baru lepas (masih sebenarnya) sakit hati. Masa-masa demam+selsema ni memang aku tak boleh terima sebarang gurauan melampau. Aku tak boleh nak hadam. Tapi, masih tidak sampai hati untuk sound direct manusia itu. Huhu, jadi aku diam saja. Takut nanti jika aku membalas, kata-kata buruk pulak yang keluar dari mulut aku. Jadi, aku jadi sedih sorang-sorang. Sekian. Harap maklum.

Hidung

Menulis sambil baring. Dalam gelap. Hajat di hati mau tidur (tadi sudah hebahkan pada awek mukah mau tidur awal).

Tadi selepas maghrib sudah tidur. Pukul 11 bangun balik. Aiseh, ada 2 missed call. 2 sms. Aiseh, satu missed call tu takpe lar kot. Tapi, yang lagi satu tu..mm..dah janji nak jumpa. Dia nak bagi something. Something yang aku punya. Tapi, memandangkan dah lewat, pagi esok je la aku follow up balik. Mm..tapi mesti malam ni dia dah balik Shah Alam dah...adehh...

Sebenarnya ni sambil menulis sambil aaaaaachummm!!

Uh, time selsema adalah masa yang aku paling tak suka. Sangat-sangat tak boleh fokus buat apa-apa pun. 

Haish..manalah doktor aku ni tak sampai-sampai. Sesat ke hape?! Ada suami doktor pun tak leh nak ubat isteri nya ni.

Eh, suami?? Ngehehe...salah tulis plak. Belum suami lagi. Berkenalan pun belum lagi. Ahaha ;p

Well, berangan kan ke kepakaran aku?!! LaLaLaaa~~~ ;p

Sunday, December 20, 2009

LiFe #2

Jalan di depan macam ular kena palu. Diana masih tekun memandu. Maklumlah dia baru saja beli kereta. Baru bertatih nak memandu. Ini pun nasib baik Anis ada. Kalau tak, jangan harap Diana dapat memandu sejauh ini. Masuk bandar pulak tuh.Jangan harap mak nak lepaskan dia memandu seorang diri.


Sesekali dipandangnya ke tempat duduk sebelah. Memandang Anis, yang kadang-kadang seperti sedang merenung jauh. Termenung. Baru sebentar tadi Anis meluahkan hati. Menceritakan kisah hidupnya. Kesian. Rupa-rupanya selama ini Anis ditipu hidup-hidup.


Bukan Diana tak tahu, macam mana kasihnya Anis pada lelaki itu. Lelaki yang pertama bertakhta dalam hati Anis. Cinta pertama. Tapi sayang, Anis tidak pernah dihargai rupanya. Sudahnya sampai sekarang Anis masih trauma dan fobia pada sebuah hubungan. Bukan tiada yang merisik, tapi semua ditolaknya. Semuanya gara-gara tidak yakin pada lelaki dan trauma.


Pertemuan Diana dengan kawan baik lelaki itu di Mersing sebulan yang lepas, merungkai satu lagi penipuan lelaki itu pada Anis. Rupa-rupanya, selama ini lelaki itu berkasih dengan pelajar UNITEN. Diana pasti, tiada satu pun rakan-rakan lelaki itu mengetahui kewujudan Anis dalam hidup lelaki itu.


"Sudahlah...tak guna pun kau ingat pada lelaki yang tak tetap pendirian tuh" Pujuk Diana.


"Ntahlah...kau bukan tak tahu aku sayang dia macam mana..sekali kena tipu hidup-hidup aku.."Perlahan Anis menutur kata.


"Takpelah Anis, sekarang dia dah jadi laki orang pun..mungkin dia akan berubah"


"Aku pun harap...Dan moga dia sedar...apa yang dia buat kat aku, mungkin akan berlaku pada adik-adiknya atau pun anak-anaknya..."


"Mm..kau sabar ye" Pujuk Diana lagi.


"Kau ingat tak dulu...kau pernah cakap..kalau lah suatu hari nanti aku kahwin juga dengan dia, kau tak nak datang pun majlis aku?" Anis senyum tawar sambil mata masih tekun memerhati jalan di hadapan.


"Anis..aku tak bermaksud pun...aku bukan nak doakan kau dengan dia..." Ayat Diana tergantung di situ. Rasa bersalah pula.


"Takpe, Alhamdulillah, aku tak terus ditipu. Kalau selama ni dia tak pernah pun nak pertahankan cinta kami..kemungkinan besar, selepas kahwin nanti pun..dia tak pernah nak pertahankan aku atau perkahwinan kitorang..." Antara dengar tak dengar Anis menutur. Sebak.



"Dulu, aku harap sangat dia berubah..aku percaya kat dia. Aku tak pernah pun nak meragui dia curang atau apa walaupun aku tau..dia ada rupa, dan dia boleh untuk curang. Aku cuma harap dia setia pada aku macam mana aku setia pada dia. Rupanya kesetiaan aku tak erti langsung pun pada dia. Sikit pun takde Diana... " Sayu Anis menutur.
"Aku bukan nak disanjung..cuma cukup kalau dihargai je"  Sambung Anis lagi.
Diana memerhati Anis "Semuanya pasti ada hikmahnya, Nis. Pasti" 
"Yup, and thanks"  Anis senyum memandang Diana.






nota :
entry-entry bertitle "LiFe #**" adalah kisah benar berdasarkan pengalaman tuan punya blog dan kawan-kawannya tetapi diolah sedikit penceritaannya.






Saturday, December 19, 2009

First Impression

Adakah anda seorang yang suka membuat kesimpulan mengenai seseorang hanya pada pandangan pertama?


First Impression. Sometimes good can turn to bad...also bad can turn to good.



Untuk difikirkan (dicedok dari blog seseorang =)) :

Membuat kenyataan itu tidak salah
Tetapi membuat kesimpulan dari kenyataan itu yang salah.

Friday, December 18, 2009

Cita-cita dan Kerja

Anda berpuas hati dengan kerja anda? Tercapaikah cita-cita anda di bangku sekolah?
Dari angan-angan menjadi impian dan cita-cita.

Aku?
Pergilar korek entry-entry lama aku kalau nak tau cita-cita aku apa
(eh, adeke ke kat blog ni?ke kat blog lame ek?haha ;p)

Yang ni boleh masuk dalam kategori CITA-CITA tak?ngehehe ;p

2010


2009 menuju ke penghujung.

Azam 2009 aku. Baca sini.

Ada 2 je. Rasanya yang pertama tu berjaya dikurangkan. Tetapi yang kedua tu tak perlu ditambah. Sebab memang power tak berubah pun.

Penghujung 2008 dulu aku di Pahang. Penghujung 2009 aku di Penang. Penghujung 2010...aku tak tau aku kat mana. Mungkin bukan di Penang. Siapa tahu?

Mungkin aku di Putrajaya...(nak 'P' jugak! ha ha ha).

Kenapa Putrajaya? Of course! Sebab masa tu aku dah jadi Menteri....

Ahahaha....oh, berangan memang kepakaran aku..;p

Load Test

This is maintain load test. Ujian Beban Cerucuk. Diulang. BEBAN. LOAD.

Sudahlah nama pun beban, memang pembawa beban kat orang plak tuh.

Nasib, nasib....

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan?

Bak kata Mr. Bos...dapat jaga projek yang bermasalah adalah satu peluang yang baik untuk belajar.

Memang betul pun. Kita patut berfikir dari sudut positifnya kenapa sesuatu masalah itu berlaku dan kesannya kepada diri kita.

Bayangkan...projek ni kecil saja (walaupun nilainya berjuta jugak tapi masih kecil sangat berbanding projek aku di Pahang dulu)..tapi, macam-macam method digunakan kat projek ni. Serius sangat menarik dan berguna sebenarnya untuk diikuti perkembangan tentang projek ni. Terutama bagi pengamal professional dalam bidang pembinaan ni.

Tetapi, kadang-kadang 'orang-orang' sekeliling buat kita rasa macam nak baling tukul besi je kat muka 'orang-orang' tu.

Satu Malam Yang Gembira

Malam tadi, keluar bersama kawan-kawan. Agak lewat sebenarnya kitorang keluar. Sebab, plan asal Jep nak datang arini. Semalam kan ada siaran langsung Malaysia vs Vietnam (tahniah Malaysia!), jadi, Jep kata nak tengok bola kang tak sempat datang Penang.

Alih-alih..kol kata on the way datang pulak. Kebetulan memang Ema pun ada kat rumah aku. Jadi, Jep & Nabil ambil kami dan terus pergi jumpa Faridah pulak. Faridah datang dengan kawan dia..err..lupa plak namanye..haha ;p

Rancangan asal nak lepak di Gurney Drive tapi cancel. Faridah kata nak ke Batu Feringhi. Jadi kami ke sana lar...kemudian tukar plan pulak. Nak lepak di airport pulak sambil melihat kapal terbang mendarat dan berlepas (giler jiwangkarat Nabil ;p).

Uh, kami melalui jalan bukit lama untuk ke Bayan Lepas. Sebab kami dari Batu Feringhi. Sangat seram ok jalan itu. Haha...kesian Faridah follow belakang.

Saje nak kasi orang JKR (Faridah) lalu jalan yang teruk tuh..haha.

Sampai airport, kafe yang nak dituju TUTUP lar pulak!

Kemudian, kami pergi pulak kedai makan tepi pantai kat depan Jabatan Laut tuh...punyalar lambat. Tapi, elok pun lambat...banyak benda yang digosipkan...Ngehehe...;p

Memang pening terus kalau keluar ada Nabil. Sengal alam tersangat! Perangai tak semengah betul..muahaha..;p





Nota :
~ dalam kereta ter-reveal sesuatu. Kebetulan yang amat tak sangka.

~jom karok dangdut pattani (khas untuk Jep + Nabil hahah)

Monday, December 14, 2009

Reunion di Wedding Aniem


Sabtu yang lepas, Mahanim selamat jadi isteri orang (lebih tepat, jumaat lar..-nikah jumaat). Mahanim, kawan lama di SERATAS. Sesame hoye-hoye di E22 dan main hoki.

Aku pegi dengan Aini dan Yana. Pagi tu aku pegi umah Aini dulu. hik3~ Mak Aini tak bagi dia drive kalau aku takde..hak3~ ;p Aku nak merasa gak Aini bawak kete...kete baru plak tuh ;p Aish..tapi lupa plak nak snap kete Aini yang oren tuh..;p

Pastu amik Yana kat Medan Gopeng dan terus gerak ke umah Anim....dan terlepas simpang yang sepatutnya...hik3~ Anim pun satu...tak letak ape-ape penunjuk arah pon..haha..;p bunga manggar pun betul-betul kat blok tempat majlis berlangsung. Haha...seb bek leh aci redah jek ;p

Sampai kat depan pak gad kem PGA...kecut jek nak masuk...haha..upenye, sempoi aje pak gad kem tuh. Beria-ia jek kitorang takut ;p

Kitorang sampai sama dengan pengantin lelaki sampai. JengJengJeng...pengantin perempuan tak jumpa lagi..dah jumpa pengantin laki..hak3~ dan jugeee...sepupu pengantin lelaki..hihi..Payer..;p (oleh itu, sila jangan heran ada gambo aku dengan Payer ye..Payer bukan jadi peneman aku ke majlis ini..tetapi die ikut rombongan pengantin lelaki ye ;p)

Pelik-pelik..pusing-pusing jumpa orang yang sama jek. Asik berkait-kait je kawan-kawan aku ni.

Kemudian, mak Anim suh kitorang join rombongan berarak ke pelamin. Jumpa lar Fiza di situ yang duk teman Anim...Pak Jane dah sampai..tapi, buleh plak mamat ni lepak dalam kete je!

Pastu ape lagi...snap sana-sini, makan, snap lagi...dan Pak Jane baru nak memunculkan diri!

Pastu baru lar segerombolan angkatan SERATASIAN Batch 17 datang. Dorang ni pun dah lame sampai tapi duk lepak bersembang..adoyai..;p

Line-up seratasian batch 17 :
Aku, Aini, Fiza, Yana, Pak Jane, Yan, Mai, Anis Fadilah, Anis Amirah, Naem, Faridah, Syikin, Naneen, Solehah, Nad (dan suami dan anak hihi), Nisha, Azuwa, Aida, Izya, Hasz, Pacat, Syed, Pa'an, Shahrul, Fizri, Herman dan Hakim.

(sesiapa datang selepas kitorang balik..tatau lar plak...)

Dan..ah, haru biru jadinya! Sangat meriah...kenduri Anim kitorang dah tukarkan jadik majlis reunion ok! Keh3~ kitorang duk sembang dan snap sana sini semuanya depan pelamin Anim (bermaksud, ditonton oleh orang lain juge ok~ saje nak overshadow pengantin..haha ;p)


Sangat best! Tatau nak cakap camne..tapi ia memang sangat best! hihi =)

Friday, December 11, 2009

Jalan ku hampa


Aku bengang.

Patut ke aku soalkan kenapa, kenapa dan kenapa?Kalau aku tahu kenapa tu takda makna pun pada orang lain.

Orang lain akan teruskan hidup mereka dengan gembira sedangkan aku nak terus persoalkan kenapa itu kenapa ini dan kenapa sekian-sekian??

Argh. Doa saja. Doa orang yang dianiaya kan ke akan dimakbulkan Allah.

Aku bengang dan aku sangat bengang. Rasa jantung aku berdegup dengan sangat kencang. Mau terkeluar gamaknya. Oh, kalau berdegup sebab jumpa dengan ChentakuFahrinAhmad takpe jugak. Ini berdegup kencang sebab marah. Marah, marah dan marah. Atau lebih tepat formulanya :

(Bengang+Marah+Malu) - kesian = Jantung berdegup kencangmacamribut



Nota
Jangan risau, marah aku tak pernah lama. Kejap lagi ok. Dendam aku je selalunya lama. Dan aku akan ingat sampai bila-bila. sekian (tolong jangan nasihatkan aku supaya "Jangan berdendam" kalau tak nak aku lagi marah dan berdendam)

Wednesday, December 9, 2009

LiFe #1

Petang..

"Weh, sekarang kecoh pasal anjing-anjing berkeliaran kat hostel ni" Peah bukak cerita

"Tular pasal...sampai masuk kawasan asrama pulak..ee..seram aku" kata Limah sambil buat gaya geli-geleman.

"Aku dengar dah ramai yang kena kejar dengan anjing tuh..tak pasal-pasal je nanti kite kene samak" Jijah buat muka.

"Kat tingkat satu ni pun dia penah naik tauuu..." sambung Peah lagi.

"Hahhh??! Giler ar anjing tuh. Anjing ni mesti dari site belakang tu kot..takpun dari ladang kelapa sawit sebelah nun...awatlar kat tempat kita ni yang menjadi pilihan hati untuk dorang bersiar-siar..nak kuar pun tak tenang...aishhh" Minah membebel.

"Weh, jom ar balik..tak kan nak lepak kat kafe ni sampai malam kut..." ajak Limah.

"Ok, jomm.."

"Eh, japppp!!" Minah mendepangkan tangan menghalang kawan-kawannya dari berlalu.

"Napenye??"

"Err..kite nak balik ni....selamat tak?"

"Hehe..apelagi..pandang kiri, pandang kanan..jalan terus.." Peah ketawa.

Malam...

"Korang tak nak tidur lagi ke? Jom ar gi gosok gigi...aku takut ade anjing lar" Limah menjengulkan muka di bilik Peah dan Jijah.

"Ok, ko pi lar ajak Minah skali" Usul Jijah.

"Baek"

"Haa..cepatlar...aku dah ready dah nehhh" Minah mengcekak pinggang sambil buat gaya gosok gigi.

"Korang gi dulu lar..kang aku follow" Peah buat muka malas.

"Weh, camne ni? Jauh perjalanan kite nak ke toilet ni.."Limah risau.

"Jauh apekebendenye...selang enam bilik jek"Minah budget cool.

"Kite jalan ar slow-slow...tapi ko depan yea..hihi"Jijah pandang Limah.

"Ciss..yela-yela...."

"Tu kat bilik ampaian tu bahaya tu..aritu ade orang bertembung dalam bilik ampaian tau!" Minah bukak cerita pulak.

Maka, mereka bertiga pun berjalan lah secara slow-slow dengan gaya seperti orang nak mengendap tapi dengan penuh fokus. Mana tau, kut terdengar derap kaki anjing ker...Peah pulak masih di depan pintu, memegang berus gigi. Tengah berkira-kira..nak pergi sekarang ke tidak.



Tiba-tiba....
"Aaaaaarrrrrrghhhhhhh, toloooonggg" suara tiga manusia memecahkan gegendang sunyi malam.

Mencicit mereka bertiga lari..

"Weh kenape weh...kenape..kenapee???" Peah blur dan terkejut masih berdiri kat depan pintu.

"Anjinggggg" Sahut Limah sambil tercungap-cungap. Limah, Minah dan Jijah cepat-cepat masuk bilik Jijah dan Peah.

"Oppsss" Peah baru tersedar dia masih di luar bilik. Ini bahaya! Masuk bilik cepatt!

"Kat mane anjing tu?Die buat ape kat korang?? Die kejar korang ke??" Bertalu soalan Peah setelah dia masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.

"Dia kat depan toilet..betul-betul kat bucu dinding tuh. Ala, dekat pintu bilik ampaian tuh" Limah memberitahu sambil masih tercungap-cungap.

"Ooo..bistu, dia kejar korang ke?"

"Takk..."

Peah garu kepala. "Bistu yang korang jerit beria-ia pastu lari macam tak cukup tanah tu apsal??"

"Aku jerit sebab aku terkejut tengok anjing tuh.." Limah ketawa.

"Aku jerit sebab Limah jerit" Jijah pun gelak.

"Aku pun same..."Sampuk Minah pula.

"Hahaha...sengal lar korang! Bistu, ape jadi kat anjing tu??" Soal Peah lagi.

"Anjing tu pun terkejut tengok aku. Dia lari arah sana..kitorang lari arah sini" Terang Limah dalam ketawa yang masih tak henti.

LoL. Berderai lagi ketawa.




nota untuk ema :
Lawa kan aku lukis gambar orang...??? LaLaLaaa~~~ ;p

Tuesday, December 8, 2009

shoot the feeling.kill the feeling

take the position. aim the target. focus. shoot! senior sniper wannabe. (now, junior sniper executive ;p)

enemy.cikendot babe!

over dan out!

(uh, sniper kena lari cepat...nak turun bangunan lagi...eh, ke nak loncat-loncat je antara bangunan?adoyai *tepuk-tepuk dahi*..lupe nak plan plak camne nak cabut lari...LoL)


Confident Meter

entry title + photo above = fill in the blank____________ =_=



I Need Booster, ok! Boooooster! Say it loud...BOoOOSTERR!!

Keyakinan

Orang kata, kalau buat sesuatu jangan lar over-confident. Sebab, kalau tak dicapai apa yang dihajati itu, kecewa melampau-lampau pulak.

Macam mana pula bagi orang yang mempunyai keyakinan yang rendah? Rendah keyakinan sama ke dengan rendah diri? Tak sama kut. Mm..Okeh, aku wartakan ia adalah tidak sama (sukati aku ler..;p).

Mungkin akibat dari rasa rendahnya keyakinan di dalam diri seseorang itu, maka terbitlah perasaan rendah diri. Ye tak?

Oleh itu, rendah keyakinan diri adalah salah satu..di ulang..salah satu penyebab kepada wujudnya sindrom rendah diri.

Maka, dengan yang demikian (ecece..bahasa buku contoh karangan SPM duh ;p), rendah keyakinan bukanlah penyebab langsung kepada rendah diri. Banyak lagi sebab yang mendorong kepada perasaan rendah diri itu. Jadi, rendah keyakinan sama sekali tidak boleh disabitkan kesalahan membunuh dengan niat perasaan rendah diri. Mungkin boleh disabitkan kesalahan tanpa niat kot.

Dah mula pening?

Ok, mari teruskan pemening-an (maaf Dewan Bahasa dan Pustaka) anda.

Perasaan kurang keyakinan diri ini memang kadang-kadang...dan jarang-jarang muncul dalam hidup (aku). Selalu tahapnya takde lar sampai 'kurang'..selalu ia 'sederhana' saja. Jadi, bila yang 'kurang' itu datang..rasa cam nak penampar semua orang. Eheh, ni semua salah semua orang...;p

Oleh yang demikian, ada sape-sape nak volunteer nak kene penampar dengan aku tak?

Muahahha...ampun!
Saje je tepek kan muke Nur Amina ni kat sini. Aku suka gambo neh ;p

Monday, December 7, 2009

Berpisah dan Bertemu

Bertemu dan berpisah. Adat kehidupan kata orang. Ada awal dan ada juga pengakhirannya.

Sama ada ia awalan atau pengakhiran yang baik, itu kita tidak pasti dan tidak tahu.

Mungkin, kita ditakdirkan untuk bertemu bagi kita menemui sesuatu atau seseorang yang lebih baik.

Jadi, pertemuan adalah satu segmen pengajaran dan pembelajaran dalam hidup kita. Yang akhirnya menjadi sebuah pengalaman. Sama ada indah atau pun sebaliknya.

Satu pertemuan bukanlah menjanjikan satu pengakhiran. Mungkin kita memerlukan beberapa pertemuan untuk menemui satu pengakhiran. Yang baik pastinya. InsyaAllah.



Nota :
Gambar family reunion masa Hari Raya Aidiladha yang lepas. Pertama kali untuk empat orang adik beradik berada di bawah satu bumbung yang sama.

Saturday, December 5, 2009

Minggu Laju

Semalam aku ingat hari Khamis. Hari ni hari Jumaat!

Patutlar ramai orang pakai baju melayu semalam..

huahua...

Aku tanya kat Mas:

"Hari ni hari ape??" Sebab masa lunch aku nampak 2 orang budak pakai baju melayu.
"Khamis" Mas pun konfiden je jawab! haha...

Kemudian..pergi bank..ada lagi orang pakai baju melayu..aish...macam ada jamuan rumah terbuka pulak.

Sebelum balik kerja. Pekerja kat site tegur..."Balik kampung ke arini"

Haa? "Sabtu keje"

"Yela, balik lar esok"

"Tak boleh..sabtu keje!"

Har har har...betul lar apek tu cakap esok balik lar..sebab esok yang dia maksudkan adalah sabtu..sedangkan esok aku dan Mas adalah Jumaat! LoL

Kemudian, balik rumah bukak facebook. Ada plak 2-3 orang duk tulis "Jumaat pertama tanpa Nur Kasih"

Aik?? Arini Jumaat ke?

Sebelum tu aku YM! dengan seorang kawan..heran aku dia pergi cc petang-petang. Selalunya dia pergi cc malam-malam. Aku tanya lar dia..nape gi cc siang-siang ari ni?

Dia kata "nak tengok anugerah skrin"

Aik? bukan anugerah skrin ari Jumaat ke??

Pastu aku pun cek kalendar kat laptop..ngeh3~! Friday!

Pastu cek henpon...Friday sayang!

Wakakka....;p Miong betul kamu!


Rasa sangat cepat berlalu plak minggu ni..mm...

Tersasar di jalanmu

Kadang-kadang yang terbaik bagi kita, bukan yang terbaik untuk orang lain. Kan?

Kita rasa, kita dah buat yang terbaik. Tapi mungkin pada orang lain, ia masih tak mencukupi.

Jadi, adakah kita perlu melakukan sesuatu itu mengikut 'terbaik' bagi definisi kita atau 'terbaik' mengikut spesifikasi orang lain?

Kadang-kadang nak ikut 'terbaik' mengikut apa yang kita definisikan pun tak boleh jugak...sebab, macam syok sendiri. Kan?

Mana tahu...sebenarnya 'terbaik' kita adalah serendah-rendah 'terbaik' yang ada di muka bumi ni!

Jadi, macam mana nak buat ni??

haaa...itu yang kite tak tawuuuuu!

Pernah dengar tak orang cakap (uh, ni dalam drama banyak) :

"Saya tak kesah orang cakap apa pun..yang penting saya dah buat yang terbaik untuk menyara keluarga saya..."

Err...orang yang cakap tu kerja sebagai pelacur ka..perompak ka...pencuri ka...

Betul ke duduk letaknya perkataan 'terbaik' itu bila merujuk kepada perkara di atas?

Mungkin ada orang kata....

Buatlah ikut apa yang kamu mampu.

Tapi...mau ulang ayat di atas :

Mana tahu...sebenarnya 'terbaik' kita adalah serendah-rendah 'terbaik' yang ada di muka bumi ni!


Ah, susah! Confuse!

Bye!

keh3~ pulak dah~ miong!



____________________
Untuk renungan~

Petikan dari Drama Nur Kasih :

“Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu.Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah).

Thursday, December 3, 2009

Qurbani


Aku ngantuk. sangat. jadi, mari kita bercerita ye. Tersebutlah kisah di suatu hari bersamaan hari raya korban.....

uh!

Pandai-pandai lar tafsir sendiri gambar-gambar berikut...kalau tak paham angkat tangan ye.


_____________
next...


Nur Kasih sudah habes!

Tapi tak feel ar tengok Nur Kasih finale tu aritu..sebab tengok ramai-ramai. Pastu macam kecewa sket ar..part Nur jumpa Adam tu cam takde impak sangat.

Taaapiiii....aku suka part Nur marah Sarah (kat rumah Mak Adam & kat kedai). Sebab macam sebelum ni Nur tak pernah rasanya nak marah or meninggi suara dengan Sarah.

Dan nasib baik Sarah tak buta ka..cacat seumur hidup ka...kalau tak mesti Nur tu rasa bersalah jek..tak pun Sarah tu nanti salahkan dia plak..aish...

wee~ apa-apa pun Adam memang......ensem...;p