Thursday, November 26, 2009

Mati Kutu

Err...tiba-tiba je mati kutu. Taktau nak buat apa. Hati sudah di kampung.

Tadi macam banyak kerja je. Nak buat tender. Tapi ema dah angkut balik plak. Fail surat menyurat (maklumler keme S/U teragung..muahaha) semua sudah di hapdet dan dikemaskinikunun-kan. Aish...


err..jadi, dah buleh balik kut?hahaha ;p


Sekian. Harap Maklum.

Ku Masih Di Sini

Aidiladha tahun lepas, aku cuti lama. Hampir seminggu. Macam-macam benda aku buat. Baca sini. Tapi, tahun ni takde kut aktiviti menarik nak buat.

Cuti pun sampai Ahad jek. Dah tu nyaris-nyaris kena pergi meeting kat Putrajaya pulak tu ari isnin. Seb baik aku ni degil dan keras hati ;p Kalau tak, confirm kena pergi.

Tahun lepas pun Intan ada kat semananjung..hihi..tahun ni dia beraya kat perantauan *wink*wink*

Ok lar..cukup kut. Arini nak balik kampung ok.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!!


Sebenarnya arini aku datang awal..(awal sangat-sangat tersangat)..sebab janji nak jumpa klien aku. Tau kut sape klien aku..kalau taktau, pi lar korek-korek entry lama aku ;p. Tetapi tetopi tetipiii..aku jumpa dia just 1 minute...1 minute ok! Huahua.. Tapi, masuk opis dia macam masuk opis aku pulak...disebabkan selalu sangat menempel kat situ, dari tukang kebun, pak guard sampailah akak opis semuanya nak beramah mesra. Huahuahua....

Cerita pasal tukang kebun. Aku suka tukang kebun dorang. Suka tu maksudnya sangat-sangat menyenangi...apa yang dia buat sampai aku suka dia sangat? Sebab dia baik sangat. Sangat suka tolong orang. Dia sangat suka buat aku terharu dengan pertolongannya walaupun kecik je pertolongan dia tuh. Memetik kata-kata Mas "bila seseorang tu sincere...kita akan tahu. Tak perlu dia buat lebih-lebih. Sikit je dah cukup. Sampai kita pun kadang-kadang rasa bersalah untuk mintak dia buat itu ini."

Mungkin aku patut cadangkan kepada orang bilik sebelah untuk belajar ikhlas dan menghormati orang dari tukang kebun tu. Err..mungkin dia takkan terima kut. maklumlar,ego sebesar tongkol batu. ;p

Tuesday, November 24, 2009

Psikologi

Lunch time siang tadi, lunch bersama-sama budak arkitek.

Kalau dah keluar dengan dorang memang lar sewel..dorang tuh memang sah-sah sewel...dengan aku yang dah lama tak menyewel pun terus sewel skali. Hadoiyaii..

Antara tips psikologi sewel yang dorang kasik...

Kalau taknak orang marah kita (refer to someone yang suka 'menggarang' dengan kitorang)...panggil lar dia 'uncle' supaya dia sejuk hati dengan kami.

Contoh ayat :

'Uncle, nanti munirah betulkan ye uncle...munirah tak perasan pulak...'
dengan gaya suara paling manja sekali.

Hahaha..tak mampu daku menahan gelak...gile ape nak panggil beliau dengan panggilan itu. Mau nye kena debik sorang-sorang!

Balik pulak terpaksa angkut budak-budak neh...adeh, dalam kete lagi lar...memang tak mampu lar menahan kesewelan itu.

Semuanya isu nak disewelkan..hailoh!

Tak Paham

Adaptasi dari Drama DuaTigaBabak.

Atai, Boboy, Atan, Ahboon, Acik dan Cici sedang makan tengahari. Selepas meeting.

Atai : Weh, hangpa pasni balik opis nak wat apa ek? (merujuk kepada Boboy, Acik dan Cici).
Acik : (Senyum jek~berfikir)
Cici : (Blurr...)
Atai : Si boboy ni aku tau lar dia mesti tidoq punyee....tu memang keje die..
(muka Atai slumber jek sound)
Acik & Cici : Hahaha....(no komen ;p)
Boboy : (muka terkejut~kantoi)...eshhh..memang lar..aku tidoq tuh kat bilik meeting tuh..alaa kat kerusi yang En.Ali (bukan nama sebenar) duduk tadi tuhh..sempoooii...
Atai : Hoh, memang semmpooii...bistu hangpa buat ape plak?

Atai tanya Acik & Cici lagi.

Atai : Si Cici ni aku tau lar...aku penah nampak die baca novel...
Cici : Ala tu time honeymoon dulu..time takde keje..
Acik : Ahaha..honeymoon time is over ok..


Selepas habis makan, balik lar ke pejabat masing-masing. Acik, Cici dan Boboy di pejabat yang sama. Atai dan Atan di pejabat yang lain. Ahboon pulak ada meeting di tempat lain.

Selepas lebih kurang pukul 2 petang..Acik nak semayang..tempat semayang Acik memang kat bilik meeting. Tapi, alangkah terkejut-badak-sumbu-tertelan-panadolnya Acik, bila nampak ada manusia sedang tidur kat kerusi bilik meeting tuh. Sape lagi..Boboy ar..

Hailahh...

Setahu Acik, memang si Boboy tu tak pernah pun nak tidur kat bilik meeting tuh.Dia tidur kat bilik dia jek. Sebab, bilik Boboy memang dah besar dan sesuai sangat lar nak tidur..maklumlar, lampu bilik dia pun ala-ala tak nak terpasang jek.

Acik ingat dia aje yang tak pernah bertembung dengan si Boboy yang tidur kat situ..makanya Acik pun pi lar tanya kat Cici. Cici pun gelak terbahak-bahak tengok muka Acik yang blur...

"Hahaha..dari lepas kita balik lunch tadi dia dah take over bilik meeting tuh! Aku pun tak paham, apsal dia tiba-tiba tidur kat situ!!"

Jadi, cuba fikir...kenapa tiba-tiba hari ini dia tidur kat bilik meeting itu?

Adakah kerana dia telah terlepas cakap di depan Atai, Acik, Cici, Atan dan Ahboon bahawa dia suka tidur dalam bilik meeting? Jadi, dia mestilah membuktikannya kan? Supaya Acik dan Cici nampak perbuatannya itu?

Sekian. Mesti tak paham kan?kan?hahaha.....

Monday, November 23, 2009

OST Bad Disember

Playlist orang kiciwa kata Mas...

Ha Ha Haa...tengok lar list lagu-lagu aku tu. Semuanya lagu ala-ala orang kiciwa jek. Kuang3~ miong teruss...

Tiap-tiap hari Mas terpaksa dengar lagu-lagu ni. Sampai sekarang Mas dah pakai HEADFON! Aku ke penyebabnye? weee~ satu pencapaian neh..hak3~ deshummm~~

Walaupun ada banyak lagu dalam playlist tu..tapi, sebenarnya aku duk ulang-ulang 4 lagu terakhir tu jek..hak3~ mananya tak bengang Mas!

Aku Wanita Biasa -Krisdayanti
Syurga Cinta - Mohram
Sang Mantan - Nidji
Ore Piya - Rahat Fateh Ali Khan



Nota :
Aku bukan sedang kecewa..cuma, itu lagu soundtrack sempena menyambut THIS COMING BAD DISEMBER. Cam hampeh je. Kan? ;p

Mandat Pelik

Teman serumah aku kata,"Kenapa hidup ko macam pelik je this lately..."

Ngaa~ aku pun takde jawapan tu. Tapi, memang pelik pun...haha..

Dan semalam aku just like 'ternganga' jek...sebab ada sorang kawan masa sekolah rendah telefon (sila ambil perhatian, dia tak PERNAH telefon aku ok! Bermesej pun rasanya tak pernah. Cuma last jumpa time raya puasa dulu). Nak tau kenapa dia telefon? Sebab dia nak bagitau dia tak dapat balik raya haji ni. Dah lar dia telefon dengan bukan bernada nak bertanya khabar..keras semacam..aishh...dah lar macam cakap senafas jek. Pastu terus letak.

????!

Err...pas dia letak telefon..lama aku garu kepala yang tak gatal. Apsal dia bagitau aku??? Aku ada janji nak jumpa dia ke? Rasanya kitorang takde janji nak wat gathering ke hape...heran..heran..lastnya, ketawa lar aku sorang-sorang macam orang gilak.

Dua tiga hari lepas pun ada sorang ni contact aku. Siap ajak dinner lagi. Aishh...sebelum ni mesej pun susah nak reply..tuptup leh plak ajak dinner. Yang ni lagi pelik. Macam-macam benda aku pelik dengan dia ni. Tapi, takleh lar cerita kat sini. Sebab ia pelik yang confidential..hahaha..buley ka begitu? ;p

Ada lagi kisah aku yang pelik..tapi, tak tau nak di-interpretasikan dengan tulisan. Sebab ia pelik. Aku pun pening. Kang aku tulis semua orang tak paham. Pening terus..Ngee~


___++++++___

ok, tukar cerita lain :

Adeke orang yang dah nak kawin, sebuk nak halang teman aku ni kawan dengan orang lain..ishh..sape plak yang bagi mandat-duli-yang-maha-agung kat dia ni nak halang teman aku kawan dengan sape-sape pun?!


___+++++___

ok, tukar cerita lain :

Sekarang aku suka mengikuti perkembangan seseorang. Bukan stalker ok. Ini secara baekk punyee...Haa..mesti ingat dia tu lelaki ar tu. Perempuan ok! Err...wanita. haha. Menarik personaliti dan karektornya untuk aku ikuti perkembangannya. Memberi inspirasi gitu. hihi...

Sunday, November 22, 2009

I'm Stuck!

Apa jadi kalau kita ter-stuck dalam hari yang sama? Bukan sekali, bukan dua kali...tapi, seratus kali!! ee...takutnya..melalui seratus kali hari yang sama pada hari yang sama?

Mesti tension gila macam awal-awal penerimaan Sara (Dira Abu Zahar) dalam cerita Seratus Harijadi yang aku tulis kat entry sebelum ni. Tapi, aku suka betul time Sara tu nak tenangkan diri dia..bagi motivasi pada diri sendiri. Ha Ha Ha..lawak. Mungkin dia punya moto hidup "Apa yang pentinggggg.....pooositif!"..wakaka ;p

Tapi, mungkin bagus juga kalau stuck pada hari yang sama ni. At least, kita dah tahu apa yang akan jadi pada masa depan kita. Dan yang lagi bagus tu, kita ada peluang untuk memperbaiki kesilapan diri kita tu.

Wahh...best siott...sebab ada banyak benda yang aku nak ulang dan aku nak perbaiki..dan kalau boleh, ada yang perlu di-delete terus dalam sejarah hidup aku.

Tapi, sudah semestinya TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI perkara tersebut akan berlaku kan?

Aish...dalam mimpi je la (atau dalam drama tv je la..huhu)

Saturday, November 21, 2009

100 Harijadi

Baru habis meng-YouTube...tengok cerita Seratus Harijadi. Lakonan Dira Abu Zahar dan Zahiril Adzim...

Besh!!

Ok, tu je aku nak cakap...hahaha




**tibe-tibe rasa cam jadik kipassusahmati Dira plak...wakaka

Ketika Jantung Terhenti

Ketika jantung terhenti
Denyut mematikan irama
Nadi turut mematikan langkah

Tawa lenyap
Senyum lenyap
Riang lenyap
Sedih juga lenyap

Sunyi...
Mungkin juga tenang

Tetapi...
Di sudut sana
Tangisan bergema
Sedih tidak lenyap
Kehilangan mengambil tempat
Juraian airmata menyertai
Pilu menghiris.

Ketika jantung terhenti
Alam kini juga berubah.

Seumur hidup

"Nur tak sedia lagi nak balik KL tanpa Abang Adam..Nur nak Abang Adam ada kat sini"

"Sampai bila?"

"Sampai dia balik!"

________________________


"Tolong jaga mak..Ajar budak-budak mengaji..semua tu tak berfaedah ke bang?" Naa~ hambek ko...terdiam Aidil.

________________________

"Nur rasa tenang kat sana..dada tak sakit..kepala tak berat.."



Seumur hidup Nur akan tunggu Abang Adam...

iskiskiskisk '(

Tragis-tragis...walaupun aku tau Adam tak mati pun. Aku suka scene Aliya beritahu Nur bangunan hotel tu dah musnah..sorang pun tak selamat. Time Nur duk sedih-sedih tu, ada flashback masa dia dengan Adam..mm..touching ye di situ...

Thursday, November 19, 2009

BlurpBlurpBlurp

Petang tadi pulang dari kerja dengan penuh emosi, amarah dan ketidakstabilan hormon.

Nehi nehi nehi...tak de kaitan dengan masalah kerja. Tapi, pasal manusia. Lagi sekali, tak de kaitan dengan manusia yang bekerja dengan aku.

Macam biasa, kalau marah aku suka pasang muzik kuat-kuat. Ngee~~ mesti sebatu leh dengar radio kereta aku tuh. HarHarHarrr....

Malam ni, pergi Tesco. Terkejut badak-sumbu-separa-tergolek Mas, bila dia On radio kereta terus berdentum dentam bunyi nya...hahaha...lupa plak aku nak perlahankan volumenya masa off tadi...

Pergi Tesco plak..ramainyee owanggggg!!!! Pelik tul aku, bukan ujung bulan pun..awal bulan pun tak..aishhh..bonus ke? Ishh..baru bulan seblas jek.

Punyalar ramainya orang tuh, sampai Mas punya urusan membeli belah 2jam baru selesai...padahal nak confirm kan jek...tak cukup kaki dan tangan orang-orang yang jaga department tu. Tergelak kitorang tengok akak tu duk kelam kabut, orang sini panggil, orang sana panggil..aish...

Tu pun aku dah tinggalkan Mas bersama akak tu selama 2 jam..dan aku telah pun khatam pusing Tesco tu sebanyak 3 kali...Mas dengan akak tu tak settle lagi!

Berbalik pada emosi tak stabil aku petang tadi..sekarang pun masih...

Mencik tul aku pada orang yang bajet-bajet bagus ni. Kalau bagus betul takpe lar jugak! Dah ar tak adil....grrrrr....tak aci..tak aci!!

Esok nak baling selipar Asadi kat dorang (macam berani ;p)

Palm ke Nipah???

Aku dah dapat sticker kereta. Tuan rumah dah bagi.

Rujuk sini.

Tapi kan...dia tulis kat situ...Palm & Nipah Court. Aish, mana satu nama flat aku nih?haha... takkan nama ada 2 kot..tapi hairan jugak tau...tiba-tiba je nama blok 7A, 7B dan 7C...mana pegi blok 1 sampai 6?? jengjengjengg...misSstewiiiii...;p

Tapi kan..dapat sticker pun macam dah takde guna jek..sebab pak guard dah tak tahan pun kereta-kereta yang masuk situ. Sehari yang first tu je dorang beria-ia tahan..pastu tak de dah. Cuma dorang dah buat 3 bonggol kat flat tu..hahaha...sempat gak lar hari pertama bonggol tu wujud, kancil aku meloncat-loncat kat situ...wakakka..biasa ar...aku memang suke kona baring jek masuk...tiba-tiba jek ada bonggol...mana tak meloncat kancil tuh..hak3~



**Mungkin aku patut ikut cakap Ema...panggil jek Nipalm Court hahaha sukati jek minah tu nak cantum-cantumkan nama flat aku..;p dah ar pi cerita kat orang aku duk kat TANJUNG COURT!! Ntah mana datang nye TANJUNG tu pun aku tatau...mokeke..;p

Sang Mantan

Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang slalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri

Mana janji janjimu


Nidji~ Sang Mantan


syiokk (sampai kiook) plak layan lagu ni...lagu tema untuk hari ini, ok? Layannnnn....!

Coming Soon

Selamat Datang Disember 2009.

Ngaa...bulan November pun baru tengah bulan, dah ucap selamat datang pada bulan Disember?

Hairan?

Sebenarnya aku nak Disember 2009 cepat datang dan cepat berlalu.

Bulan Disember 2009 (Disember 2009 sahaja) bakal menjadi bulan berkabung untuk aku dan sahabat aku. Itu saja. Kami telah mengisytiharkan bulan Disember 2009 adalah bulan berkabung (bulan malang) untuk kami.




Sahabat, kenapa kamu lahir bulan Disember?? Kalau tak, mesti projek berkabung ni lagi mantopp!

Wednesday, November 18, 2009

Bila hasratku keliru

Situasi :

Sedang mendengar alunan seruling Mohram lagu Syurga Cinta berselang seli dengan lagu Aku Wanita Biasa nyanyian Krisdayanti.

Secara rasmi ia di isytiharkan sebagai lagu tema hari ini. Sekian, Harap Maklum.

Perasaan :

Nak nanges.

Kenapa :

Haa..itu yang kite tak tawuuu....ahahhakkk...;p

Moral of the story :

Masa bekerja fokus. Jangan sibuk nak layan lagu..;p





** 2 hari lepas...aku gelak guling-guling (labun je...mustahil untuk aku gelak guling-guling (walaupun teringin nak wat gak hihi). Kesahnya, bila seorang teman aku bercerita mengenai seorang teman lain dengan menulis nama teman itu sebagai "Si Polan (nama teman kami tu lar) Moral Of The Story".

Hahaha...

Nak tau kenapa ada Moral Of The Story kat belakang nama dia tuh?

Hal ini adalah kerana (ceewah..cam nak tulis karangan ke hape ;p), teman itu masa kat universiti selalu lekat kat board dia lirik lagu jiwang-leleh..pastu kat bawah sekali dia akan tulis..Moral Of The Story...haha..

Jika anda melihat dia, pasti tak sangka dia layan lagu-lagu jiwang-leleh. Sebab dia sangat GAGAH. Ngee~~ Berhati kering gitu.

Tapi, akhir-akhir ini semenjak dia sudah bekerja..katanya dia tidak lagi berhati kering...sebab, sekarang tempat kerja dia dekat dengan laut...

Muahaha...sila tafsir ayat dia itu dengan sendiri ye. Double meaning di situ ye ;p

Double Meaning lar...

1. Memang tempat keje dia dekat dengan laut...selalu lar basah..tu pun kalau dia selalu pi mandi laut ar...

2. Adakah laut yang dimaksudkan dia itu..adalah....jengjengjeng....hatinya basah, mungkin kerana...jengjengjengg...ala, pikir sendiri lar..*wink*wink*



Cik Moral Of The Story, ko jangan nak macam-macam ye...nanti ada orang kena mandi bunga bawah jambatan...LaLaLaaa~



Sekian, ROGER and OUTofservice =)

Tuesday, November 17, 2009

Dunia Ini

Dulu...aku selalu cakap..

"Kamu ada adik perempuan...ada mak...apa perasaan nya jika diperlakukan seperti apa yang kamu lakukan terhadap kaum sejenis dengan adik dan mak kamu.."

Jawapan....

"Jangan libatkan family saya...mereka lain, saya lain"


Lupa agaknya pada hukum karma. Dunia ini bulat (maunye aku kena debik dengan cikgu-cikgu sains neh..cakap bulat plak..;p).

Sekarang..aku mau cakap begini pulak...

"Jaga lah & bimbinglah anak kamu sebaiknya."

Aku ni gile banyak salah dan kurangnya...mana penah pun orang dengar cakap aku..hik3~

Eh, aku tulis di atas tu bukan sebab tak puas hati dengan sapa-sapa...jauh sekali nak berdendam...tapi, biasalar...women always forgive..but to forget..its not easy as salin baju. Ambil masa...dan ambil hati...eh, ambil hati??? Weee~~ Haaa..itu yang kite tak tawuuuu ;p





::sekadar coretan masa lampau::
::tiada isu berbangkit melainkan kuih bangkit semata-mata::
::yang buruk simpan kemas::
::yang indah kekal dihati::


err..tu pun kalau ade yang indah lar...muahaha..kecian gile!

troubleshooting

Err..

Tadi ada orang tanya kenapa memblog? Tulis blog untuk apa?

Aku cakap....

"Saja..nak merepek suka hati..aku tak suka bercerita (iaitu dengan perlunya bercakap)...aku cuma reti menulis, jadi aku tulis"

(tu sebab aku suka buat karangan BM masa sekolah dulu...;p)

Aku pun tak berapa gemar orang follow-up balik apa yang aku tulis...maksudnya, in real life...kalau boleh, aku tak nak orang tanya berkenaan apaQah yang aku repekan dan tulis itu. Kalau boleh biar habis di sini. Ye, di sini. Cuma, ada orang-orang tertentu sahaja yang jika memfollow-up aku akan ceritakan/ulas balik.

Mungkin...ia boleh dikira...meluahkan perasaan...ahaha...gila apa...meluahkan perasaan di internet! Kenapa perlu di internet???

Sebab, aku tau akan ada orang yang baca (duh, sangat perasan!). Sebab aku kan tak suka bercerita. Jadi, jika dipublishkan di internet, ia boleh dikira meluahkan perasaan secara tak sengaja! Boleh pakai ka teori ni?? Apa-apa jela... ;p

Dan yang penting, aku tak perlu mengadap muka sape-sape pun untuk cerita itu ini. Hatta, untuk menulis berapa lama pun takde sapa nak halang...dan aku pun tak ambil masa orang lain untuk dengar cerita aku. EEuuEE...sounds like anti-social person.

(cuma ambil masa orang untuk baca saje..;p tapi takpe... baca buleh sambung-sambung, leh berenti makan kitkat dulu..;p)

Tapi, tak dinafikan....ada jugak yang terasa dengan apa yang aku tulis. Bak kata cicak.."Sape makan cili, dia yang keluar asap".

Pandai cicak...citt citt citt...kedebukkk ..oo mak kau jatuh! Oppss...gam kat jari cicak dah abes lorhh...;p

Tapi serius...aku memang tak reti nak bersembang...sape-sape yang berangan nak bergayut telefon dengan aku lama-lama dan tiap-tiap hari..ngee~~ sila peram cerita anda 2-3 hari baru tepon balik dan cerita ok? HaHaHa..kalau tak..bercakap lar hangpa sorang-sorang...Sebelum telefon, pastikan cerita itu ada kaitan dengan aku...kalau tak, mungkin akan berlakunya situasi no-respon (not Miss Murni Norespon ya ;p)..wakakak....Kalau nak gak tepon hari-hari..sila jangan cakap melebihi 3minit (siap estimate duh! ;p)..kang ada plak situasi bisu tanpa suara (errkk..bisu memang ar takde suara..derr..mengong!)

Err..nampak sangat aku tak reti berkomunikasi dengan berkesan...huahuahua~~ tu lar..dulu masa belajar effective communication main-main...;p

Eh, siap bagi tips tuh...macam ada je orang nak tepon aku...haha..perasan lagi..tapi, Ema aku tau la..tiap-tiap hari nak call aku...pasal keje lar...ngeh2~



~Setiap orang ada cara...dan ada sebab tersendiri untuk buat itu atau ini. Ini atau itu...selagi tak salah dari segi agama dan moral...buatlah ikut acuan sendiri~

::Kita yang memilih::









THE LOVING PERSON HAS NO NEED TO BE PERFECT, ONLY HUMAN.


[updated, 20Nov2009]

Lupa lak...ada orang cakap kat aku...aku tulis blog sebab nak hentam-hentam orang lain. Jawapannya pastinya TIDAK. Ia cuma luahan perasaan aku. Hanya aku. Terpulang kalau nak anggap ia adalah sebuah hentaman (kes terasa lar neh..mokeke ;p). Suka hati aku lar...this is my territory! Hambek ko..bukan Celcom jek yang ada territory tau!

Tular..sape suh korang takde blog..kalau korang ada blog..korang pun leh ngata aku gak..macam korang kata aku mengata korang (kalau ada). Tular...dulu cikgu BM suh wat karangan takmo wat leklok...duk sebuk mengaco anak dara/teruna orang jek...teacher suh wat essay pun tak nak buat..korang pi usha junior...

Jari aku bertulang..jadi, aku mampu menulis di sini...Jari kamu juga bertulang..tapi, kamu memilih untuk menggunakan lidah kamu. Lidah tak bertulang KAMU...ayat saja manis. Tapi mmm....lu pikiaQ lar sendiri.

Monday, November 16, 2009

Terpaksa Atau Dipaksa




Ole!
Tersungkur di pintu syurga...wee~~


Sowie...arini keme nak syok sendiri. HarHarHarr...Keme tak hedulik..sukati keme ar..;p

Selepas apa yang terjadi dalam hidup ini...sejak dua tiga menjak ini..marilah kita sama-sama syok sendiri. Wakakaka....*guling*guling*

Well...at least aku tau aku syok sendiri kan...hahaha...

Better than orang-orang yang tak sedar diri tu...ishhh..kesian kat dorang. Aku pulak yang nak rasa malu bagi pihak orang-orang yang tak sedar diri.

Kesahnya....

Tak tau lar kebetulan atau apa..tiap-tiap hari..akan ada orang yang berlainan membawa cerita yang sama. Kesian pulak kat orang yang dikata itu. Bukan kesian dia kena kata dengan orang lain...tapi, kesian sebab dia tak sedar-sedar diri.

Kadang-kadang terfikir...adakah sejak lahir dia memang begitu...atau adakah kerana nak menjaga status-quo dia. Perlu ke nak bercakap dengan orang yang duduk tak sampai sejengkal dengan nada suara yang ntah tinggi berapa oktaf tu? Hairan..hairan...

Ishh...ntah lar...agaknya dulu dia tak pernah diajar apa itu budi bahasa...dan jugak budaya hormat menghormati.

Kenapa perlu memandang rendah pada orang lain. Walaupun orang itu perpendidikan rendah..tapi, adakah sewenang-wenangnya setiap pandangannya boleh dipandang enteng? Biarpun dia tidak berpendidikan tinggi..tapi, dia tetap orang tua yang perlu dihormati kan? Paling tidak pun, dia manusia juga.

Ironinya, apa yang orang 'berpendidikan rendah' itu cakap, memang betul + ada kewajarannya pun. Aku pun menyenangi je orang itu. Kerana dia sangat detail...dan dia pun tak malu mengaku dia tak pandai, dia cuma cakap berdasarkan pengalaman saja.

Dan nak tau?? Hari Jumaat yang lalu..pada pukul 4 petang...aku sangat kecewa...bila orang cerdik pandai (ketua si penutur oktaf tinggi itu) menuturkan ayat berlagak ini...

"Buat ape nak ikut cakap die...die tu sape?? ********* cabuk je!"....derr~ ape kes?!

Perlu ke cakap macam tu depan aku dan depan orang-orang lain itu? Nak tunjuk dia sangat berkuasa ke? Perghh..patut ar pekerja berlagak...

Selama ni, aku cuma rasa je orang yang menuturkan ayat di atas tercabar dengan ke'detail'an 'orang cabuk' tu....tapi, akhirnya...hari Jumaat tu...orang berkenaan mengiyakan jugak apa yang aku rasa selama ini.

Aku ni konservatif a.ka. kampung sikit...aku memang memandang tinggi orang yang keluar universiti ni..tambah-tambah universiti seberang laut..dah tu ada title yang menjadi idaman setiap engineer plak tuh...tapi, aku tetap tak boleh terima kalau orang suka-suka hati nak hina orang lain.

Manusia adalah manusia. Serendah mana pun kedudukan mereka, kita tetap tiada hak untuk merendahkan mereka!

Kalau pun kita tak suka mereka...lebih baik diam sahaja. Atau, kalau pun nak protes...sikit-sikit sudah lar...jangan terlebeyy sudah...

Eh, panjang plak membebelan..tadi bercadang nak letak gambo je..tak nak menulis pun..tapi termenulis plak...dah menulis...panjang plak hahahha...





**aku baru tau salah sorang kawan aku nak kawin.hak3~ tahniah! akhirnya...
***tajuk memang tak berkadar terus dengan isi entry...cuma berkadar sonsang saja..ahaks!

Sunday, November 15, 2009

Hari ini kurasakan...

Hari ni..habis sudah mendownload Nur Kasih dari Episod 1 sampai 24...sebelum ni tak download pun dari episod awal-awal...

Heehee~~ habis hati betul aku dengan drama ni. Hampir sempurna cerita ni. Hampir, ok. Ada jugak yang aku tak suka tentang cerita ni. Tapi, lupakan ajela...

Skrip, sinematografi, pelakon....dan jugak ekspresi muka pelakon nya (atau pun disebut penghayatan..hihi)...memang menarik untuk diteliti dan dilihat.



cikendots!

Saturday, November 14, 2009

Skeptikus

"Bila pile tak cukup length baru semua gabra...semua nak keluar duk kat site. Consultant dulu pun tengok orang piling dari bilik jek"

Ayat di atas adalah kunun-kunun ayat sound oleh abang IKRAM yang jaga cracks bangunan sebelah site aku. Mintak maap lar bang..kalau nak sound saya salah orang kut. Saya tak lut kalau orang sound-sound ni.

"Bang...abang dan orang piling ni datang time saya nak meeting...banyak benda saya kena settle untuk meeting..bila nak meeting, semua orang cari saya..ligan saya.."...itu je jawapan aku..dan senyum. Tak payah kut nak explain lebih-lebih pada orang yang tak tahu dan tak perlu tahu pun apa yang aku buat.

Lagipun, masa tu baru je habis meeting...segala berat kat kepala otak aku dah lepas sikit. Jadi, boleh lar aku mengadap bangla-bangla tu buat keja. Selama ni pun, masa dorang piling, ada je aku duk mengadap dorang...tapi, tak lama la.

Pelik gak aku..bila masa plak kitorang gabra. Consultant tak tau ar. Kalau dah over load...tak kan nak jack in gak. Kata nak jaga sangat bangunan sebelah yang tunggu masa je nak rebah ke bumi tu. Lagipun, kalau kurang length kan ke ada pihak yang suka...takde ler kena bayar lebih kat kitorang..keh3~joking~

Dia ingat aku goyang kaki ke hape duk kat site opis tu? Apakah kerana kita ditugaskan menjaga site..makanya 24/7 kena terpacak kat site? Itu lagilar namanya takde keje...

Ingat aku ni berkira sangat ke kalau kena gi site...aku bukanlah orang yang tak boleh redah becak..atau tak tahan panas sampai kena berpayung ke site macam consultant tu...oppppsss! harharharrr...

Teringat kata-kata lecturer UTHM dulu...

"Kalau kamu pegi site pakai payung...jangan mengaku kamu student saya!" wakaka...;p

Pagi tadi...bersembang-sembang dengan surveyor...salah satu soalan dia..

"Siapa yang berpayung pegi site tu??!!" Dengan pandangn sinis. Hee~~~~

Mungkin...bagi graduan kejuruteraan awam universiti berprestij (yang menjadikannya sangat berlagak) seperti si pemayung itu...bukan suatu yang menjatuhkan air muka bila berpayung di site...yang penting, kulit yang halus mulus perlu dijaga..haha..mulus ke?muka aku lagi licin..;p

Lu Pikiaq Lar Sendiri! ;p


Things to ponder...

bangunan kosong....yang tak ada orang duduk, dijaga beria-ia..tapi, bangunan yang orang nak duduk diabaikan. Bangunan kosong itu mati-mati dipertahankan. Tak pentingkah nyawa manusia??? Apakah yang mereka mahu buktikan? Pejuang warisan tak bertempat. MANUSIA KADANG-KADANG MEMPERTAHANKAN DAN EMOSIONAL PADA PERKARA YANG TAK PERLU DAN TAK MUNASABAH. MENJADI JUARA YANG KALAH.

Monday, November 9, 2009

Sisa Bisa

**Ku masih di sini...
Sampai bila...
Entah mengapa
Harus lara..
Ku masih begini
Tak bergoyang walau sedetik
Atas kabutnya jiwa
Ku sandarkan kata doa
Disusuli satu cerita..

Bayangan perasaan
Ku coretkan satu pengalaman
Ku lepaskan...


Jalan-jalan yang ditempuh setiap orang..setiap manusia..setiap insan..semuanya berbeza. Tapi, cerita permulaannya selalunya sama. Jalan saja yang berbeza.

Kenapa jalan-jalan itu berbeza? Kita yang pilih, kita yang rancang dan kita yang menentukannya.

Sampai satu tahapnya, the road not taken...(duh, ingat lagi tak poem SPM neh? ;p)

Mungkin, bila sampai ke jalan yang kita sendiri tak pasti untuk lalui...kita patut terus berada di situ. Mungkin juga masa akan menunjukkan kepada kita jalan mana yang sepatutnya kita lalui.

Harus di ingat, jalan yang kita pilih...harus dipertimbangkan dari segala aspek. Kita ingat pada mak, abah, kakak, abang, adik, sahabat, tok, opah, tok cik, pak ngah, mak uda, kucing, lembu, kobo dan sebagainya.

Janganlah nanti...jalan yang kita pilih itu, akan mengorbankan orang lain. Huh, berat kan?

Keme bukanlah nak suruh jaga hati semua orang...jangan salah faham pulak...cuma, jika BOLEH...JIKA ye..diulang JIKA (yang telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh).

Bak kata cicak...

Carik-carik bulu ayam...bulu tak koyak...ayam tak togel... hak3~ bengong cicak neh punya perumpamaan ;p

Bukanlah apa...takut di kemudian hari, kita hanya mampu mencoretkan satu pengalaman kegagalan kita untuk memilih jalan yang betul...

Tak salah untuk pilih jalan yang tak betul (bukan jalan yang salah..yakni ke neraka ;p). Tapi, pastikan segala perkara telah masuk di dalam perkiraan pemilihan jalan kita itu (kalau sampai kena guna formula matematik sekalipun, gunalah ;p ). Supaya, jika pun jalan itu tak berapa nak betul...kita tak menyesal..=)

Takde lah di pertengahan atau sepertiga jalan nanti kita akan terjelepuk kat tepi jalan dan berkata :

"Nyesallllnye tak bawak Cik Kobo...kalau tak, leh wat Kobo panggang..takdelar aku kebulur camni!"


IshIshIshhh...wassalam.





** Lirik lagu Niskala ~ Masih Di Sini
** Kobo = kerbau

** tajuk entry takde kaitan dengan cerita..ngee~

Tuesday, November 3, 2009

Ampun







"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunkanlah aku."
(Al-Qashash : 16)

Sticker

Hari ni balik keje kena tahan dengan Pak Guard. Pak Guard umah aku lar..eh umah sewa aku. Wee~ rumah i ada guard ok! *wink*wink*

Giler kerek guard tu tahan aku. Sib bek yang ni bukan guard Bangla tu. Ni guard India. Guard Bangla tu tatau ntah pi mana. Dah lama dah tak nampak.

Dia tahan aku sebab dia kata aku takde sticker...HoHoHoo..baru aku tau kena ada sticker!

Actually, baru arini nampak guard kat flet ni bekerja (ee..betul lar flet..takkan apartment kot..aiyo tak seswai ok). Kalau tak tu duk menepek kat jalan masuk tu tatau ar dia wat ape. Malam-malam, dia ajak geng-geng dia lepak kat guard house dia. Kalau time ujan, guard tu pun hilang...mokekeke..tapi, kalau dia tabah gak duk kat guard house tu time ujan memang confirm ar aku calonkan dia dapat Anugerah Guard Terbaik =P...sebab, guard house dia sangat kecik, kalau kentut pun tak sampai sesaat dah fening sendirik ~ ;p leh muat sorang jek plak tuh hak2~

Berbalik kepada sticker tu tadi. Lepas guard tu lepaskan aku (giler, soal siasat aku macam aku wat salah jek..walhal tiap-tiap ari dia angkat tangan+lambai-lambai kat aku..bukan ramai sangat kat flet ni sampai dia tak ingat aku?!!! cess), aku pegi lar kat management office untuk tanya pasal sticker tu. Rupanya owner umah ni tak bayar lagi yuran maintenance, tu yang kitorang tak dapat sticker tu. Cess, sok pagi-pagi nak gi serang ar tuan umah..muahaha