Thursday, October 29, 2009

Berundur Atau Lari

Rasa macam nak berundur dari melaksanakan sesuatu.

Give-up? Bukanlah..Melarikan diri??? Lagi lar bukan....

Masa, keadaan dan sekeliling menyebabkan perasaan untuk berundur itu sangat kuat.

Kadang-kadang...perasaan untuk mengambil risiko untuk sangat gila. Sehingga mendorong kita melakukan sesuatu yang kita sendiri tak yakin kita boleh buat. Hailohh..

Payah kan?

I need booster!!duh!
_______________________________

Bercakap pasal melarikan diri tu..mm..

Kadang-kadang melarikan diri itu bagus juga. Walaupun, orang kata melarikan diri takkan menyelesaikan masalah...tapi, sekurang-kurangnya melarikan diri akan menenang dan meredakan masalah. Ye tak??

Dan dapat memberi masalah itu ruang untuk bernafas secara rasional (dehh..masalah pun leh bernafas ka? ;p)


Itu yang aku rasa lar...(suke ati aku lerrr ;p)

Saturday, October 24, 2009

I Wonder...

Suatu KEJADIAN.

Situasi :

Di satu jalan yang sempit. Di hujung jalan telah ditutup sebab ada seekor backhoe sedang bekerja. Di kiri dan kanan jalan itu adalah parking kereta.

Oleh kerana jalan itu sempit, maka, mana-mana kereta yang mahu keluar dari jalan itu..harus atau lebih tepat wajib keluar secara mengundur. (kecuali bagi kereta-kereta comel seperti kereta aku yang boleh pusing sana-sini suka suki).

Jadi, pada masa KEJADIAN, aku dapat lah memparking kereta menghadap jalan keluar sebab aku dah pusing siap-siap. Lagipun pada masa aku nak pusing tu, Enche Backhoe dan kawan-kawan kasik ruang sikit untuk aku pusing. Thanks! Kalau ikutkan memang susah jugak nak pusing. Sebab, ruang yang agak besar yang selalunya dijadikan tempat pusing-memusing oleh kereta-kereta yang parking di situ telah di-rampas-kuasa oleh backhoe.

Tiba-tiba datang sebuah Kenari. Beliau jalan sehingga ke hujung..Oh, tiada parking kosong lagi! Makanya, terpaksalah dia mengundurkan keretanya.

Tiba-tiba, pada kedudukan 6 meter (sempat estimate lagi tuh..hihi) sahaja lagi dari jalan besar, seekor Kancil (saja guna 'seekor' nak mengambarkan tuan kereta itu) masuk ke jalan sempit itu. Di ikuti pula dengan sebuah Frontier. Si tuan Kenari pun mengeluarkan isyarat tangan mengatakan "Tiada parking kosong lagi di depan sana tu..maka, kamu-kamu sila lar reverse!"...

Oh, lupa nak cakap..aku tak keluar dari kereta pun. Kawan aku je keluar, sebab nak bungkus makanan jek. Lagi pun aku parking kat lot yang telah 'dicop'. Parking aku adalah secara sisi..parking yang side lagi satu adalah parking secara angle.

Maka, Si Frontier pun reverse dan blahhh.

Tetapi tetipu tetopi..seekor Kancil tu...duk senyap jek kat situ. Tak bergerak-gerak. Semua orang dah pandang-pandang dah (sebab sebelah dorang tu kedai makan). Kancil tu leh wat derk jek. Si isteri Kenari pun pergi lar cakap kat Kancil..suh reverse sebab parking dah full. Kancil wat derk lagi.

Kemudian, ada sorang brother India naik motor ni plak pegi cakap kat Kancil tu..reverse lar Kancil! Kancil masih wat derk lagi.

Aku yang jadi saksi ni plak rasa macam nak hangin.

Pastu, Tuan Kancil itu keluar dari kereta. Oh, orang tua rupanya. Katanya kepada Kenari..."You pigi depan lar..You parking je mana-mana tepi..saya mau jalan lorr.."

Bengong..maksud dia tu..parking je kat belakang kereta lain! Kalau parking kat belakang kereta lain..macam mana kereta-kereta lain nak jalan...sebab jalan tu memang muat sebuah kereta je lalu!! Aiyoh...sik skola ka...

Kenari pun jalan lar ke depan sikit..dan masuk secara melintang kat belakang kereta aku (ada ruang sikit dan muncung kereta dia terus ke koridor kedai di sebelah aku). Boleh tak bayang kedudukan kereta kitorang? Aku parking secara sisi. Pastu Kenari parking secara menegak. Jadi, macam bentuk L lar...

Pastu Kancil tu jalan ke depan sikit dan terus saja parking kat tengah jalan! Sengal alam!

Aku pun keluar kereta.

Aku : "Abang, jap ye...saya ke depan sikit..nanti senang sikit abang nak reverse. Tapi,kalau abang nak parking ni, abang tunggu kejap ye...kawan saya pi bungkus..tapi, parking ni pun tuan kedai ni punye.." Depan aku tu ada ruang lagi sikit.

Tuan Kenari : "Oo yeke..takpelar..nak reverse jek"

Kenari pun reverse dengan jayanya...dan aku pun kasi sedas jelingan halilintar kat Tuan Seekor Kancil itu. Dan dia buat muke tOOye jek.

Hairan aku. Apa salahnya kalau Kancil tu reverse saja..lagipun, bukan jauh pun jarak dia dengan jalan besar tu. Kalau pun dia nak parking suka suki kat jalan tu..bagi je lar Kenari tu keluar.. Kenari tu dah berjaya keluar nanti, masuk lar balik kat jalan sempit tu. Itu pun susah sangat ker?

Susah betul dengan orang yang takmo bagi kerjasama neh. Bukan nak suruh hulur duit pun..mm..

Sarah Oh Sarah

Wah Sarah...masuk jarum kau yek?!

Gile dingdong Sarah ni. Fanatique! Tak boleh terima kenyataan. Tak redha. Psiko. Gunting dalam lipatan.

Sampai hati kau burukkan namaku ini Sarah..eh, shilap...perasan jadi Nur plak..;p hi hi hi

Punyalah teruk Sarah ni, sampai ada orang hantar mesej kat aku kata dia malu sebab nama dia pun ada 'sarah'...hekss~ Sarah ni dengan Sarah ko lain lar babe!

Buat, Nurdiana Ashraf dan Afiza Bohari...giler lawak otroman taro korang buat ye malam ni. Buat panggilan hangus kat aku ek di kala daku terbuai-buai dek keMacho-an Adam...;p


Huh, dah Episod 21 dah ni Nur Kasih. Dah nak abis dah...=/

Thursday, October 22, 2009

Belajar dan Bekerja

Masih belum ketiduran aku kala ini. Mengantuk..tapi, tak boleh tidur..hah, camno tu?

Ahha..itu yang kite tak tawuu..;p

Sebenarnya tadi aku sedang buat kerja sikit. Jadi, rehat sebentar untuk menulis di sini. Tadi terfikir sesuatu. Apa seronoknya bergelar insan bekerjaya ni?

Mm..buat apa pun, sama ada belajar atau bekerja..sama aje. Pasti ada dugaan. Pasti ada kesusahannya yang tersendiri. Cuma, apabila kita bekerja, kita memerlukan kebijaksanaan yang lebih dari apa yang termaktub di dalam silibus matapelajaran di sekolah hatta di universiti pun.

Teori yang perlu diaplikasikan ke realiti. Hah, susah tu. Tak semua teori itu relevan untuk direalitikan.

Ketika sesuatu masalah itu masih diperingkat teori, kita boleh saja untuk menyelesaikannya. Sebab kita hanya berurusan dengan kertas sahaja (nak lulus ujian kan??). Paling tidak pun, berurusan dengan pensyarah si penanda kertas sahaja. Tapi, realitinya..haa...hambik kau, depan belakang atas bawah kau kena ambil kira. Rasa-rasa macam dah settle semua..tup tup tup..gedeganggg!! yang di sisi pulak hempap kepala. Adehh...terlupa nak fikir pasal yang di sisi rupanya.

Bila bekerja, kita perlu detail..particular...err..atau mungkin hampir mencapai tahap perfectionist!

Bekerja yang melibatkan ramai manusia, memerlukan kita mempunyai nilai sensitiviti yang sangat tinggi. Dan tak lupa juga, budi bahasa. Manusia kan ada hati dan perasaan. Kalau kita sekadar bekerja dengan bata, konkrit atau simen..tak perlu kot merealisasikan kempen budi bahasa amalan mulia tu.

Pada masa ini lah..keupayaan kita untuk membezakan yang mana adalah nilai ketegasan, kebelagakkan atau kepoyoan (abes ar aku kena serang dengan Dewan Bahasa neh) seseorang itu.

Atau bak kata cicak, professionalism.

Bekerja..harus segala-gala pantas. Kamu terlewat, kamu tertinggal. Tapi, tak salah untuk melakukan kesilapan yang tidak disengajakan..bukankah kita belajar melalui kesilapan yang membawa kepada pengalaman yang tiada tolok bandingnya?

Dan tak salah juga untuk kita mendengar pandangan orang lain. Apatah lagi teguran dari yang lebih arif. Tak salah juga untuk kita mintak tunjuk ajar dari yang arif. Jangan bodoh sombong.

Yang penting, jiwa kena kuat. Mental kena banyak bersabar (aik, mental ke?ngee~). Kenapa aku cakap macam tu? Sebab selalunya, orang yang nak turunkan ilmu ni selalunya dia dera mental kita dulu. Nasib lar....~

Oh, ini aku cakap berdasarkan pengalaman. Seorang perempuan yang menerjah dunia pembinaan yang penuh dengan lelaki. Pastinya banyak pandangan yang skeptikal. Perempuan, harus bekerja di bidang lain ok. Mereka kata la.

Pada masa inilah, kesabaran penentu segalanya..[wah, sila buat tajuk lagu ok!!].

Pernah aku cakapkan ayat ini kepada seorang kawan...
"Aku pun tatau..macam mana aku boleh sesabar ini dan buat muka toye je time orang marah!"

Sebab..memang kontraktor akan kena marah setiap kali meeting! Tak kira salahnya kecik atau besar. Kalau besar memang penyek ar..

Mungkin sebab aku dah matang kot (kih3~ perasan). Tu sebab cam tak berapa nak berangin kalau kena marah ni.

Dulu, pernah seorang senior..time jumpa aku je nak marah-marah...ada saja lar salah aku. Tapi, aku wat muka tak berperasaan je. Dalam hati marah juga, tapi, tak guna siram minyak atas api kan... Aku cuma bercakap bila perlu saja dengan dia. Biar bercakap ada isi. Ibaratnya, biar apa yang kita tuturkan itu seperti mutiara. Berkilau. Dan nah..apa yang aku dapat dari dia selepas itu? Hormat & ilmu. Dan, dia mula menjadi rakan akrab aku untuk berbincang segala macam hal. Dari hal kerja, kehidupan mahupun isu semasa. Banyak juga ilmu yang diperturunkan. Alhamdulillah.

Mula-mula menjejak kaki ke negeri nasi kandar ni pun macam tu juga. Ada yang memandang enteng. Tapi, senyum aje. Ada peluang tembak...tembak terus dengan bom atom. Senyap lar dia. Sekarang, segala hal jadi sangat mudah. Dia pun tak teragak-agak nak membantu dan menurunkan ilmu.

Yang penting, setiap apa yang kita lakukan, perlu mengambil kira segala aspek.

Betul, kesabaran manusia ada batasnya. Betul sangat-sangat. Tapi, tak salah kan untuk kita mencuba bersungguh-sungguh untuk sabar dan positif?

S.A.B.A.R..sabar..bagus, anak murid Cikgu Syuhadah ye? ;p






**aku pun perlu upgradekan hati dan jiwa aku, sebab hanya boleh positif & sabar bila tiba perkara berkaitan kerja sahaja. Masa lain..out!! duh, keciwa.



::jadikansenyumansuaturutin::

Saturday, October 17, 2009

Cinta Misteri

Bagaimana kita jatuh cinta, ia misteri.

Bagaimana cinta terjadi, ia misteri.

Cinta misteri..bila ia datang...dan bila ia pergi.
.
Bagaimana ia tumbuh di dalam hati...ia misteri..dan ia misteri bila cinta semakin pudar di dalam hati.

Kita boleh untuk menganalisis atau mencari sejuta sebab untuk itu (tumbuh dan pudar)..tapi akhirnya, kita hanya mampu menerima ia adalah sebahagian dari aturcara dan alur hidup kita. Atau boleh dipanggil sebagai pengalaman.

Bagaimana hidup itu sendiri..ia lebih dari pejam dan celik mata. Ia memerlukan pengisian. Begitu juga dengan cinta.

Bila ia tumbuh...dari semaian dua hati..perlu dibajai dan dibelai..moga ia tidak terus layu.

InsyaAllah.



::cintakekalmisteri::

Nabila

Tak penah pun aku bercerita pasal Nabila ni.

Siapa??

Ala...Nabila kawan baik Nur Amina lar..

Hihihi..ye, aku nak citer pasal Nur Kasih nih.

Aish, tapi terlupa plak nak tengok nama betul dia.hehe..

Aku suka gak watak Nabila ni. Dari awal lagi dia seorang kawan yang baik. Sangat baik (kecuali time dia paksa Nur kawan dengan Ikram ;p). Sangat protektif. Walaupun kadang-kadang dia yang terlebih risau & takut dari Nur, tapi itulah kalau dah kata sahabat, mesti nak yang terbaik untuk sahabatnya dan pastinya nak kan sahabatnya itu bahagia.

Memetik dialog Nur Kasih Episod 20..

Nur "Sayang jugak kau kat aku ye"
Nabila "Tu la, padahal ko bukan baik pun.."

Haha..aku suke ayat balas dari Nabila tu..(sebenarnya aku tak sangka dia nak cakap macam tu..;p)

Dan..aku terus forward kan dialog tu kat kawan aku..keh3~ untuk bagitau dia kenapa aku sayang dia walaupun dia 'bukan baik pun' haha..~ joking. Dia sangat baik. Dia cuma tak baik time mengenakan aku jek ;p


**Nabila sangat cantik =)

Menanti 10 tahun lagi

Ada apa 10 tahun lagi?

Baca sini.





hidup di dalam air kah kita nanti?

Monday, October 12, 2009

Kita Tak Berada Di Dalam Kasutnya

Beberapa minggu lepas, aku sedikit down. Kerana satu berita. Jadi, macam biasa aku akan bagitau sahabat di perantauan itu. Wajib.

Dan pujuknya...Sabarlah, dugaan ko ni tak lar besar mana kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang Ziana Zain (bukan nama sebenar) hadapi.

Kemudian, dari kisah aku beralih pulak kepada cerita Ziana ni. Memang berat. Dan, bagaikan sudah tiada jalan untuk menoleh kebelakang semula. Dari seorang anak yang taat kepada ibu sudah jadi sebaliknya hanya kerana cinta.

Siapa sangka manusia sebaik dia berubah? Salah kami ke, kerana membiarkan dia hanyut? Syukur, masih tidak melepasi batas...tapi, ketaatan itu yang hilang.

Jujur, rasa sangat kesal. Kesal yang amat. Tapi, seperti kata sahabat ku, kita tak berada di dalam kasutnya...kita yang hanya melihat ini, boleh cakap itu atau ini. Mungkin juga kalau orang lain yang menghadapi masalah begini, Ziana pun akan cakap seperti mana yang kami cakap. Secara waras. Sebab dia tidak berada di dalam kasut itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan?

Ok, berbalik kepada berita tadi tu. Selepas beberapa hari..aku dikejutkan dengan satu lagi berita yang berkaitan dengan berita pertama. Menggeletar satu badan. Walaupun sebenarnya berita kedua tu aku dah dapat agak sebab instinct aku tentang itu jarang salah. Tapi, bila empunya diri yang mengiyakan berita kedua itu...aku jadi tak boleh kontrol..tak tahu lar menggeletar kerana marah atau kerana sedih. Sedih di tipu. Dan empunya diri boleh bertanya..apa salah dia..dan emm...

Dan boleh menelefon dengan senang hati? Oh, sungguh aku tak faham. Dan, derrrr...dia boleh cakap begini "masih sama lagi ek..happy go lucky"...mm...tak tahu tangan aku tengah menggeletar menahan rasa.

Aku maafkan dia. Tapi, kadang-kadang kegagalan aku mengawal rasa marah pada dia membuatkan aku kecewa pada diri sendiri. Sedih tengok keadaan diri sendiri.

Dan syukur, aku masih tidak bersorangan. Walaupun sahabat aku tu sangat sengal..tapi, dia totap ada bahu yang best untuk dipinjamkan pada aku, ceewahh (tapi, bahu secara sms saje ;p).

Apa-apa pun, bukankah hidup harus di teruskan???

Buat si polan...dunia ini bo0lat. Jagalah anak dan adik kamu baik-baik...cikendotss =)

Mencapai Tahap Kebersamaan

Ikan di laut...asam didarat..dalam periuk bertemu jua. Aiceewah ;p

Ikan terkedek-kedek di laut..asam terlentang di darat..yang membuatkan mereka bersama adalah periuk.. Eh, salah..manusia lar..manusia yang nak makan!

Jadi, persoalan yang ingin disoalkan oleh keme adalah......
jengjengjengjeng....satu...dua...tiga...empat...dehh..penat mengira...

Ok, soalannya adalah...adakah untuk mencari atau mencapai satu tahap kesamaan antara dua jenis berlainan..kita memerlukan faktor ketiga / pemangkin. Contohnya macam di atas lar..ikan dan asam dapat bersama sebab manusia nak makan. Manusia adalah faktor pemangkin (faktor pendorong).

Jadi, lelaki dan perempuan (aiceh..malu saya nak berbicara soal ini ('',)) bersatu kerana apa??

Haa...itu yang kite tak tawuuu...;p

Ada orang cakap, nak cari pasangan biarlar yang bertentangan pe'el nye. Sorang api..sorang air. Sorang tanah, sorang lumpur..eh, adeke ke? keh3~

Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Macam tu jugak sebaliknya.

Tapi, kalau cakap pe'el yang bertentangan ni bukan bermakna salah seorang tu mesti jahat. Kecuali untuk kes-kes tertentu..perempuan baik dapat lelaki kureng cam Nur dengan Adam (eh, termasuk plak cite Nur Kasih kat sini..mokeke). Tapi, pastu Adam berubah jugak kan....

Kadang-kadang...aku selalu pikir (ni aku pikir ye..sukati aku ler ;p), bila seorang perempuan tu kawin dengan seorang lelaki yang tak berapa nak malaikat ni...aku selalu positif, selepas kawin, dia ni (suami) akan berubah..tu sebab lar dia dijodohkan dengan wanita yang baik. Tak gitu? Begitu jugak sebaliknya (lelaki baik, perempuannya kureng).

Kata Dr. Love aku (cess..ak iktiraf plak budak kecik ni Dr. Love..mesti bangga giler ar neh), bila kita dah buat keputusan untuk bersama dengan seseorang itu, kita perlu untuk menerima segalanya...dan kadang-kadang untuk mencapai tahap persamaan antara dua jiwa itu sangat lar susah. Susahnya tu sampai rasa tension yang amat sangat.

Dan pada masa inilah salah seorang daripada mereka itu harus memainkan peranannya. Mempertahankan hubungan tersebut. Kerana, pasti akan ada salah satu pihak yang akan berputus asa. Maklumlah nak cari persamaan di antara perbezaan...kan susah tu. Ini bukan persamaan Matematik tau..(kalau aku, sure fail punye..aku tak suke matematik! hihi).

Walaubagaimanapun..itulah perjalanan (mencari persamaan dalam perbezaan lerr) yang menyeronokkan (kata Dr. Love aku ar) dalam sesuatu hubungan tu.

Tapi, yang aku paling pasti dan kalau ikut bahasa orang Parit, Perak..SURE CONFIRM nye..SABAR itu penting. Ala..kan Cikgu Syuhadah dah ajor banyak kali..S.A.B.A.R = sabar!

Bak kata Mak.."Mak ni kalau lar tak sabor..ee..tak tahu lar ape nak jadiii..." Ha ha ha..Mak & Abah aku memang berbeza, ok. Pastu cam biasa, pas mak cakap tu aku confirm gelak. Pastu mak akan geram..."Ni yang mak malas cakap dengan kamu ni..mak cakap je kamu gelak..bukan nak kesian kat mak!" hihi..ampun!

Bila kita terlewat


Bila kita rasa kita terlewat untuk memulakan sesuatu??


Kadang-kadang, bila kita sedar kita patut lakukan itu atau ini...kita sebenarnya sudah terlambat. Terlambat untuk bersama peluang yang hanya singgah sementara..menyapa dan terus pergi.


Pada kita yang baru sedar akan kelewatan kita merebut peluang itu, kita cuma boleh berharap..agar peluang itu akan menoleh ke belakang..menggapai kembali tangan kita..dan membawa kita bersama-samanya.


Namun, jika ia tidak kembali...kita masih boleh mengharap agar akan tiba peluang lain..mungkin yang lebih baik...untuk bersama dengan kita.


Cuma, bila dan di mana kita akan bertemu peluang lain..itu tidak pasti.


Kadang-kadang..peluang datang kepada kita...


Tapi, kadang-kadang..kita yang harus dan wajib mencari peluang.


Bagaimana? Itu terpulang kepada kebijaksanaan kita. Sama ada memilih yang berliku atau jalan yang lurus. Yang pasti..setiap peluang..hadirnya dengan pelbagai cara. Kita berhak memilih.


Bak kata Murni...jangan takut melakukan kesilapan..ceewah..murni, aku quote kata-kata ko neh..=P


Sunday, October 11, 2009

Nur Kasih Episod 19

Naa~ i like this episode very much!..=)

Scene Adam naik moto dengan Nur cari Sarah --> comel

"Nur tahu peritnya bila cinta tak dibalas..tapi Nur tahu masa akan sembuhkan luka tu"--> makan dalam ;p

Scene Sarah mengamuk masa Nur ketuk pintu tu --> marvellous dari Ummi Nazeera =)

Scene Adam pujuk Nur masa Nur sedih Sarah hilang & Nur rasa bersalah pada mak ayah Nur
--> sedap je Adam dapat peluk Nur, dulu asyik peluk Kat..hihi

Scene Adam & Nur balik dari kubur Hj. Hassan..Bila Adam tau Nur suka dia dah lama..dan Adam sangat seronok dan cakap "Nur, Adam pun cintakan Nur" --> suka expresi muka Nur+Adam.

"Dalam hati Nur tak penah ada cinta kecuali untuk Abang Adam sorang" --> sangat lampi Adam pi tanya sape yang tak balas cinta Nur tu.

Nur ulang kata-kata Adam masa malam pertama dulu "Saya tak cintakan awak, dan saya tahu awak pun tak cintakan saya" --> makan dalam..;p

Scene Adam + Nur kemas rumah sama-sama dan suap Nur makan --> sweet

Scene Adam tolong Aidil bersiap nak pi nikah..."Abang ingat tak..dulu Abang tolong Adam" --> scene wat aku berderau..taktau nape..haha..

Scene Nur mintak izin nak balik tengok Sarah masa tengah sibuk tolong persiapan kenduri kat rumah Aidil..pastu Adam nak hantar Nur..ada makcik ni tegur "Amboii..macam pengantin baru." --> memang 'baru' lar makcik! haiya..keh3~~

Scene Kat kembali --> surprise..keh3~


Oh lupa..episod sebelum ni..aku suka part yang Nur hulur cincin kawin dorang..dia cakap, dia tak pernah pakai since Adam tinggalkan dia dulu..pastu Adam kelam kabut sarungkan balik cincin tu..hii..suke tengok Adam gelabah camtu...=)

[raya]

wah lama gilak nang bukak ini blog. ni ada sikit-sikit (tapi,panjang jugak ar) coretan kesah di hari raya =)

Khamis, 17 September 2009
Aku drive balik. Sebenarnya...aku tak apply cuti start Khamis..Sebab, aku nak cuti seminggu raya tu. tapi, bos aku yang kasik. Mula-mula aku ingat dia ni main-main...sebab dia memang suka cakap melawak..tapi, bila dia dah asyik tanya bila aku nak balik (bunyi macam nak halau aku jek ;p)..aku pun balikkk je la...ahaha =P

Balik jek, mak asyik cite pasal nak gantung langsir..aishh..gantung langsir ni la yang paling lomah neh..aish..

Jumaat, 18 September 2009
Lepas sahur, seperti yang mak kecoh-kecohkan semalam..maka, proses menggantung langsir pun berlangsung. Tapi, ngeee~ aku duk tengok jek...sempat jugak duk menggulungkan diri dalam tilam (mak + abah tidur kat ruang tamu jek..). Pastu, pas mak bisink-bisink baru aku bangun..tu pun sebab mak dah panggil abah suruh simpan tilam tu..hehe...

"Mak, takde keje kosong lain ke mak" soal si anak ini sambil mengeluarkan diri dari gulungan tilam dengan malasnya.
"Eh budak nehhh" Mak jawab.
"Sepatutnya Abah yang tanya, ada keje kosong lain tak..." Abah menyampuk. Ha Ha Ha..Abah cakap macam tu sebab keje wajib Abah tiap pagi adalah simpan tilam. keh3~

Pastu...tingtingtingggg..aku teringat, pas sahur tadi aku dah basuh baju..so, mari jemurrr! (padahal gelap lagi..punyalar taknak gantung langsir ;p). Pastu, amik penyapu..sapu keliling rumah (sanggup wat keje yang meletihkan tu daripada gantung langsir!)..

Dalam tengahari gitu, kakak aku, Cik Intan sampai bersama 4 orang tentera bergajah. Mak deme balik raya ke-4..anto wakil jek. Pastu, apalagas..wat kuih rayo lar kito!

Petang, mak ajak round-round...ehehe..anto kuih orang tempah. Oleh kerana, 4 orang tentera bergajah tu nak ikot..terpaksa lar pinjam kete kakak ku..kancil keme mana muat..kuih lagi nak sumbat..Kuar jek..hujan turun lebat nak mampuss...rumah 1st yang kitorang gi dah ar taktau nama, salah umah plak tu, hujan lebat plak tu..haha..lawak je..Mak + aku dah basah kuyup dah..

Sabtu, 19 September 2009
Sambung lagi buat kuih. hari ni turn kuih feberet orang dalam umah neh..kek mangkuk..(leh lar nak cakap mini cupcakes..ekeke ;p)...tapi, aku mintak excuse dulu..sebab nak basuh kete..hihi..sebenonye..aku tak suke proses awalan wat kek mangkuk tu..sangat lamee...haha..tengah duk tenyeh-tenyeh kete..Along pun sampai..=)...

Abah + Mak sibuk masak lemang. Dan..macam biase..time wat lemang jek, mesti mak + abah bertekak..diulang MESTI a.k.a WAJIB, ok! haha...ade je benda nak bertekak...dan Along mengeluarkan statement ni..lawaklar pulak...

"Emm...Along dah biase...dari Along kecik..sampai sekarang..time wat lemang je camni..dah tak heran dah" hahaha...

Next kuih..Almond London. Ada ramai pembantu gak, Jaja, Kak Ngah & Hazirah. Tapi, sampai ke berbuka jugak lar buat kuihnya..=) Lepas berbuka, sambung plak buat conflake madu..kali ni Along plak tolong. Pada masa yang sama, mak tengah rebus nasi impit. Pastu mak pi tido..tido kat dapur jek. Kitorang buat kuih kat luar rumah..ada pondok (pondok ke??hihi) kat luar. Pastu mak bangun & cakap...

"Ape bau hangit neh..kome punye kuih tu hangitt!!"
Kelam kabut kitorang..maklumlar time tu kitorang bertiga tengah syok sembang + gosipan. Tapi, ok je kuih kitorang..mak ni wat gempak je. Pastu, mak sambung tido lagi...

Pastu, jengjengjeeennggg..."Ya Allah komeeeee...!!!" Tiba-tiba mak jerit. Apekehalnyeee??

kuang3~~ nasi impit hangus! 2 bungkus plak tu...ni nampak nya kami (atau lebih tepat, Mak) dalam bahaya ni. Sebab nasi impit tu Abah yang beli..kang kalau takde nasi impit pagi esok dan dia tau sebabnye adalah kerana hangit..mau nye hangin seminggu keh3~~ Pastu, selongkar punya selongkar..jumpa ada sebungkus nasi impit..tapi, yang ni yang kecik tu..yang ada 30 paket..redah je lar..asalkan ade =)

Dalam pukul 2 lebih, baru selesai wat conflake madu. Along plak ajak isi kuih dalam bekas..and isi kuih dalam bekas untuk di bawa pulang..Along siap kira untuk semua adik beradik supaya semua dapat sama rata..adil..haha..Sambil isi, sambil bergelak ketawa..melawak sana sini..rindu saat itu. Sebab, jarang ada masa & dapat bergurau senda dengan Along ('',). Kui 3 lebih..aku dah flat dah..haha..jadi, aku tido duluuu...heheh..tatau ar Mak, Along & Intan tido kul bape.

Ahad, 20 September 2009
Hari Raya Pertama!!! Selamat Hari Raya...

Awal pagi pas semayang raya, cam biasa..salam-salam..hulur-hulur duit raya..=)

Ehehe..pagi-pagi masa Along tengah potong nasi impit..Abah tanya, apsal kecik jek..semalam beso..tapi, Along wat derk jek..haha..pastu, baru Abah nampak periuk nasi impit yang hangit tu kat luar...pastu, Abah pun cakap..."OOOO...patutler jadik kecikkkkk" hahaha..Abah sengih jek fuhh..seb bek tak hangin..;p

Tengahari, gi amik kakak aku , Ina (mak 4 orang tentera bergajah tu) kat Ipoh. Tibe-tibe je balik awal..bodek bos nak balik cuti haha...sampai umah, mak sedare dah ada (Ancu)...

Isnin, 21 September 2009
Hari ni gi kawin Ayu..janji dengan Yob kul doblas nak gi..Malam sebelum tu Yob dah warning..jangan nanti, dia sampai aku tak siap-siap lagi..hehe =P..Kui doblas, Yob+Zam sampai..pastu, dorang roger-roger budak lain ajak gi..so, lepak kat umah aku sampai kul 1.30 lebih kurang sebab tunggu dorang yang lain datang..baru gerak..haha..lame giloss.. Line-up, aku,Yob, Zam, Jai, Fairuz & Sharul...hee..ye, aku seorang bunga di antara kumbang ok. (Pastu, anak-anak sedare aku sibuk tanya mana bakal Paksu dorang.haha..sori, takde di kalangan mereka ok ;p)

Memang besh jumpa kawan-kawan lama..ade Haida, Ima Rompin, Azura & Mira..ada 2 orang lagi budak laki..tapi, tak pegi bertegur sapa pun..sebab ada 'kisah lama' dengan kumbang-kumbang aku tu..hihi

Ari raya kedua ni ramai sungguh orang datang..tak putus-putus.

Malam, ikut mak + abah beli barang nak kenduri esok. Kak Long pun ikut..hehe..Sampai umah, mak sedare aku dari Johor, Makwe, dah sampai dengan sepupu-sepupu aku, Yong & Abg. Ali sefamili.

Selasa, 22 September 2009
Apalagas..proses motong memotong bahan kenduri lar..petang kang senang..masak terus. Kenduri tu malam. Ada tahlil sket. Tengahari, Yang (Abang aku) sampai. Tengahari tu lunch secara bufet..hahaha..sebab ramai sangat kat umah. Sepupu aku, Yang Fuad pun datang.

Malam, kenduri plak..Fais pun datang dengan Lan =)..Maceh, datang jauh-jauh..hihi.

Rabu, 23 September 2009
Ancu & Yang Fuad balik umah..Makwe balik umah Yang Fuad. Along pun nak balik Klang gak. Tapi, kui 1.30 lebih baru Along balik..Yang pun gi Ipoh sebab nak anto adik ipar dia start praktikal kat Ipoh.

Hari ni, aku amik peluang nak qada' tido..keh3~

Khamis, 24 September 2009
Hari ni, gi Simpang Tiga-Kuala Kangsar-Changkat Jering-Taiping. Konvoi 3 buah kete, kete Abah, kete Intan & kete Yang. Kakak aku, Ina, tak ikut..tinggal kat umah dengan sorang anaknye + bibik Yang.

Simpang Tiga, umah bapak sedare aku,Wak..pastu gerak pi umah Ancu kat Kuala..pastu, Yang Fuad, Makwe, Abg. Ali + Yong plak sampai. Makwe sefamili nak terus balik Johor. Pastu, Makcik Nor plak datang. Ni kire nak wat reunion famili belah mak lar ni..Pak Ngah je takde..Memang meriah abis..dengan sesi tangkap gambo nye..

Pastu, dalam kul 5 lebih, gerak gi Taiping plak umah Yang Fuad. Sebelum tu singgah Changkat Jering umah kawan abah.

Dalam kul 9 camtu..gerak balik Parit..=) memang ponat lar ari ni!

Jumaat, 25 September 2009
Pagi-pagi lagi budak-budak kicik ni dah kecoh..sebab Yang nak bawa dorang mancing kat bendang..hihi..

Aku plak ikut Intan + Abah gi Batu Gajah, sebab nak gi bengkel sambil tu aku nak wat akaun bank..gi bengekel sebab nak baiki brek kete akak aku tuh. Thanks advisor kete aku, Bro Syed! Kalau tak, taktau ape masalahnye kete tu...tapi, lamo gilo nak tunggu..sebab barang takde..sempat jugak lar kitorang pi jalan-jalan+mencekik kat pekan Batu Gajah tu..Kakak aku siap memborong lagi...;P

Balik umah jek..tengok sunyi sepi..hairan..apsal kitorang balik takde sape-sape serbu???Jengjengjeng..ini pelik nih..rupa-rupanya..Yang dah angkut semua kanak-kanak kat umah tu pegi Teluk Batik.

Malam. Gi beraya umah Nyah (kakak aku no.2) plak..kat Ipoh.

Sabtu, 25 September 2009
Intan, A'wek (Ina) & Yang nak balik dah...'( (aku sedih..sebab pasni aku kene kemas umah dengan mak+abah jek!!)

A'wek sefamili tumpang Intan balik KL..

Petang tu, kemas umah sikit-sikit..& malam layan Majalah 3 (cerita raya orang Parit..keh3~) & cerita Kuih Goyang Seha..hehe..besh cite ni tengok Eizlan & Rozita Che Wan.

Ahad, 26 September 2009
Bukak mata jek pagi ni..tu diaaaa....mak tengah wat operasi mengemas...apalagas...kemasssss!

Penat dowh..bertuah punye kakak-kakak & abang..tinggalkan aku keseorangan menghadapi derita ini..uhuk uhuk uhukkk....

Malam, flat..hahaha

Isnin, 27 September 2009
Hari untuk bekerja semula..MALAS!




ok, sekian..sangat panjang kan?hehe..

**gambo ade..tapi, malas plak nak tepet kan kat sini..dah upload kat facebook..;p